05 Januari 2009

Satu hari yang macam2

Satu hari yang macam2. Walaupun sebenarnya hari-hari adalah hari yang macam2. Hehehehe faham ke? ayat pusing2 ni....faham2 la erk. Mungkin sebab saya sedang bermacam2.

Pic ni sempat saya rakam waktu sekolah berakhir di hari pertama sekolah. Awal2 tak dan nak snap. Macam2 pula yang jadi. PA system wayar putus....ntahla macam kena potong jerk. Tak tahulah guna gunting? pisau? or gigi "mak ti" ke... So kelam kelibutlah sekejap. Maklum dataran bukan setakat budak2 kecik je yang berkumpul. Mak ayah pun ade sama....mana nak lapangnya.

Dah masuk kelas, mak ayah dok bersidai belah koridor, kalau yang tahun 2 pun ada dok tepi2 apatah lagi yang tahun 1. Sayangnya nak tinggal....awal tahun. Jemput anak depan pintu kelas. Depan tangga menyambut. Anak baru nak kenal sekolah...begitulah prihatinnya. Sayang anak. Tapi apa jadi hujung2 tahun? atau setelah anak dah rasi di sekolah 3-4 tahun? Tak payah lama2 la ,setahun cukup.Hari dah nak gelap masih tak nampak bayang jemput anak dari sekolah. Dah tak sayang ke? Bersangka baik....mungkin ada hal....terlewat....terlambat. Siapa bertugas tu tolong la hantar....mana tahu lambat laun kita pulak terlewat...terlambat, adalah juga ihsan sesiapa pada anak kita. begitu bersangkanya. Oh.....rupanya ayah sedang sibuk membaca surat khabar di anjung rumah! xpe.....nanti ada orang tolong hantar...... Bukan semua segelintir saja.

Ketuk-ketuk harimau garang,
Keling pandai cakap jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
Kucing di rumah sakit kepala.

5 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tak da pantun lak sini....baru cadang nak berpantun.

Unknown berkata...

Saya suka tang makayah bersidai tu...kadang2 bukan apa pun.saya nak memeriahkan suasana kut....sekarang dah macam ada satu hari cuti KHAS baru : HARI CUTI UNTUK MAKAYAH MASUK SEKOLAH SEMULA.....

~Insan Biasa~ berkata...

to one z :

ada pantunnya. lewat entry. mlm dah x terdaya jari nak menaip...tu la pasal...

to jinggo :

bukan apa, cuma amik tau jer...camne rupa cikgu. suara cikgu. nak kenal hati budi...cikgu ni boleh di mcm2 kan atau tidak...agaknya....

saya tak pernah buat. x tau mcmne selepas 10thn...saya buat. mak ayah yg dok berlonggok depan pintu tu....anak2 dah ready nak belajar. mata dok tgk pintu...ayah aku ada tak...mak aku...?

saya ke pintu...maaf ya saya bertanya,...ada ke apa2 yang nak tanya saya lagi? senyum dengan memandang wajah setiap dr mereka.

Takde cikgu...dan mereka semua berlalu pergi. Sekarang baru tumpuan murid saya yang punya! hehehhee

Tanpa Nama berkata...

ikat cemara serangkai sena
merekah karangan lantun dimuara
berat mata mengungkai pena
apakah gerangan embun dimata ?

anisah aryani namanya indah
tersirat memori penuh pedoman
usah ratapi derita sudah
kudrat hakiki ayuh teruskan..

sedih itu kalanya derita
riuh itu temannya tawa
rintih itu bukannya upaya
teguh itu hakikatnya taqwa

fikir2

ikhlas dr SaZu..
pena sakura ligar merintih tinta
memilih kata buat tatapan anis di sana.moga sentiasa ceria dan bahagia hendaknya.. ameen.

~Insan Biasa~ berkata...

to SaZu :

Terima kasih...kata2 yang amat saya perlukan untuk santapan hati lara.