Eeeda...As...Yusma...aku dah cuba. Sepenuh hati. Baca buku yang buat hati bahagia. Dekati insan-insan ceria. Kenali manusia-manusia bermotivasi. Aku pening la. Masih tak berjaya. Ada masa tengah cuci pinggan pun terimbas kisah lama. Sedang sibuk-sibuk menyapu pun flash tu ada. Waima sedang membaca terngiang kata-kata. Aku dah sibukkan diri tapi memori tu tetap menunjukkan diri. Baru beberapa langkah aku melangkah ke arah cahaya, tuhan sampaikan pada aku berita yang meluluhkan jiwa. Aku sabar. Buat biasa-biasa macam tak ada apa-apa. Hakikatnya...menipu diri sendiri saja. Aku masih cuba.
Sebelah tangan jari lima,
Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
Sampai masa peria tumbuh.
Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
Sampai masa peria tumbuh.
8 ulasan:
la..naper sedih2 ni...jgn la memendam di hati kelak memakan diri...
Endok : macam ada apa2 aja.Nak berubah dan perubahan tu bukan fitrah kita...kita memang tak suka untuk berubah. Macam nak suruh ( setengah ) lelaki berhenti hisap rokok....
Saya pun macam tu dulu.Tapi saya selalu pujuk diri...KENAPA kita gagal mengekalkan motivasi diri
Diantaranya.Tidak ada Matlamat.Kalau pun ada tidak ditulis dan seterusnya PAMERKAN..( ada formulanya )..dan seterusnya kita dominasikan keinginan itu dalam minda dibawah sedar : asakkan keinginan itu sehingga menjadi budaya seterusnya tabiat seterusnya sikap dan seterusnya takdir kita.....
Kebahagiaan diri bukan ditentukan oleh sesiapun tetapi hati kita yang memilih untuk merasa bahagia atau disebaliknya. Setiap apa yang menmpa pada diri kita samada baik dan buruk semuanya ada musibah dan kebaikan nya sendiri. Jika perkara yang negatif akan tetap jadi positif kalau kita melihatnya dari satu pandangan yang berbeza. Kekalahan atau ketewasan dalam sesuatu perjuangan sebenarnya adalah untuk mengajar kita menjadi insan yang lebih baik dan mendapat hasil yang lebih baik hasilnya cuma masa yang belum tiba. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya pada ketika itu anda sedang menunggu masuk ke ruang dewan peperiksaan, dan 1/2 jam sebelum peperiksaan bermula, anda menerima pangilan telefon dari seorang perempuan yang anda kenal dan memberitahu bahawa dia ada bersama dengan suami anda di hotel lima bintang dan si suami mengajaknya melakukan hubungan seks... Adakah anda menangis dan keluar mencari suami atau meninggalkan peperiksaan untuk melayaan perasaan sedih atau meneruskan peperiksaan walaupun jiwa anda hancur musnah? Pilihan saya bersedih kerana mempunyai suami yang bodoh dan meneruskan peperiksaan dan membina hidup baru. Biarpun saya hanya mampu mendapat B+ untuk ujian itu tetapi di final semester saya mampu mendapat A untuk kelima-lima paper. Dan untuk pengetahuan anda pada waktu itu saya tidak mempunyai pekerjaan. Dan selepas si suami meyakini cinta si perempuan ini dengan semangat kesukanan dan membara, dia melafazkan talak dengan gembiranya. Perasaan saya..sedih kerana dia berfikiran singkat, marah kerana saya ditinggalkan selepas menjual perniagaan saya dan ketika itu wang simpanan hanya sedikit kerana digunakan untuk menyambung belajar dan gembira kerana tidak berterusan menjadi mangsa bodoh dia. Saya tidak sedih kerana kehilangan dia malahan bersyukur kerana dia bukan lelaki yang terbaik untuk saya. Mungkin suami mengambil kesempatan kerana selama ini saya memberi lampu hijau jika dia ingin berpoligami. Kerana saya selalu menganggap suami bukan hak milik mutlak seorang isteri tetapi suami hanya pinjaman sementara dan ianya hanya bonus jika kita mempunyai seorang suami.
Dan kesabaran saya diuji sekali lagi apabila dia melemparkan pelbagai tohmahan di alam siber hingga saya jadi agak terkenal di suatu web site . Tetapi kenalan di siber yang mengenali saya tahu dia hanya menggunakan agama untuk mencari perempuan walaupun umum mengenalinya sebagai "merpati masjid" tetapi sebenarnya tidak faham ilmu agama itu sendiri. Dulu saya gembira berkahwin dengan dia sebab tertipu dengan kealiman kucing yang sering ke masjid. Rupa-rupanya langkah ke masjid sama banyaknya langkah ke hotel. Saya hanya mengetahui rahsianya dirinya dari ahli keluarganya sendiri termasuk ibu mertua. Perkahwinan kami hanyalah untuk 5 minggu sahaja...mungkin paling pendek selepas Briteny Spears. Apapun saya tetap tidak sedih tetapi sedikit marah selepas pengorbanan saya tidak dihargai. Dan kehidupan saya lebih baik dari dulu... Perpisahan sebelum perkahwinan adalah lebih baik kerana anda masih lagi mampu untuk mendapat yang lebih baik. Kenapa perlu bersedih sedangkan dia tertawa. Sepatutnya kita kena jadikan diri kita lebih bahagia dari dia supaya dia terkilan kerana melepaskan permata.....Fikirkanlah
komen panjang tak hengattttt..
to all above :
Aku suka dan memang memerlukannya!
kalau kita benar-benar ikhlas menyayanginya kita seharusnya tidak meminta balasan agar kasih kita diterima. Jika kita benar jujur menyayanginya kita semestinya ingin membahagiakan dirinya. Jika dia bahagia bersama orang lain relakan...kerna itu kebahagiaan pada dirinya. Jika dia menyayangi kita seperti kita menyayangi dia pasti dia tahu membuat pilihan. Kerana setiap percintaan tidak akan berakhir dengan perkahwinan. Dan cinta juga memerlukan pengorbanan dan ada masanya kita terpaksa melepaskan cinta kerana ingin membahagiakan dia. Adakah kita pasti dapat membahagiakan dia sedangkan hati, perasaan dan keinginan dia mungkin tidak sama dari apa yang pernah kita fikirkan. Mungkin kelebihan yang ada pada kita meyebabkan dia rasa kekurangan pada dirinya. Begitu juga di sebaliknya. Kerana lelaki ini aneh sifatnya. Antara keperluan dan keinginan merupakan perkara yang berbeza.
to Tanpa Nama :
Terima kasih pada anda. Secara umumnya benar bagai dikata. Cuma ada satu situasi mengapa dia begitu kpd saya yang tak dapat saya kongsikan di sini, situasi yang saya sungguh tak faham...situasi yang menyebabkan air mata saya menitis deras tetapi tidak kelihatan di pipi.Walaupun begitu saya akui satu silap saya terlalu syg dan percaya pada dia. Silap saya!
Sekali lagi terima kasih atas nasihat yang sangat2 bererti buat saya.
wholesale jewelry
Catat Ulasan