Maaf....ini bukan entry bersiri tentang lelaki pertama dan lelaki kedua. Cuma sedikit terasa hati. geram? tidak....,marah? tidak...., kecewa? sedikit...., kecil hati? mungkin....!Aku cuma perlukan pelajar-pelajar itu sekitar 80 minit sahaja.
Tapi aku juga sedar dia memerlukan pelajar-pelajar itu untuk ulangkaji, ujian menghampiri.
Dan aku juga tahu dia sudah pernah merasai situasi seperti aku, memerlukan bantuan untuk menghabiskan pengajianku.Aku tidak akan mengganggu dia jika permintaan ini seperti mengganggu pengajarannya. Tapi, aku tidak menggunakan pelajar-pelajar itu....
- untuk mereka belajar main sorok-sorok
- untuk mereka duduk sembang-sembang kosong
- atau sekadar mendengar cerita dongeng
Aku perlukan mereka untuk memenuhi tuntutan pembelajaran aku.
Aku mengajar dan mereka akan belajar sesuatu juga darinya.
Tidakkah apa yang akan aku ajarkan itu juga boleh dianggap satu ulangkaji?
Aku mengajar apa yang sudah mereka belajar...tidakkah ia boleh dianggap sebagai aktiviti pengukuhan?
Aku hanya memerlukan 80 minit dari dia....
Dan aku membuat 'appoinment' dengan dia ,akan telefon semula jam 9
Untuk apa? untuk bincang agar aku dapat bersama pelajar-pelajar itu dengan sejumlah masa yang dipersetujui bersama....mungkin tidak sampai 80 minit pun !
Namun aku cukup kecewa...
9 malam panggilan tidak dijawab....
Aku berbaik sangka...
910 malam masih sepi tanpa jawapan...
935 malam terus bernada tanpa dipedulikan....
Ah, bukankah aku sudah ber'appointment' untuk satu panggilan telefon?
Tiada sms mahupun panggilan balik...
Seakannya beratnya hati meminjamkan pelajar-pelajar itu pada aku..
Sedih + Kecewa
Kalau bukan kita yang tolong kita-kita siapa lagi?
Kalau bukan kita yang menaikkan kita-kita siapa lagi?
Kalau bukan kita yang mendorong kita-kita siapa lagi?
Sampainya hati dia. Walhal di mana pun kita...panggilan yang pelajar-pelajar itu panggil kita sama juga.
Sampainya hati dia. Walhal di mana pun kita...hari kita tetap kita sambut pada tarikh yang sama di seluruh negara!
Aku masih bersangka baik. Esok pagi akan cuba buat panggilan lagi. Kalau masih tak berjawab , aku faham...terpaksalah teropong padang lain!
"Situasi ini hanya akan mengukuhkan kepercayaan..."waktu untuk bersenang-senang semua orang ada....waktu untuk share yang tidak memenuhi keselesaan....bayang-bayang pun ntah ke mana...."
Errrkkkk....patut ke aku call dia lagi???
Pantun untuk dia...(walaupun aku tahu dia tak baca punya!)....

Anak helang di kayu tinggi,
Patah ranting terbanglah ia;
Anak dagang tak lama di sini,
Sampai musim pulanglah ia.
Patah ranting terbanglah ia;
Anak dagang tak lama di sini,
Sampai musim pulanglah ia.