11 Jun 2009

Pengubat Hati


Dulu dah pernah ada n3 ini. Aku nak ulang lagi untuk peringatan kepada hati seorang insan biasa.

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mahu?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).

Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah : 286).

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran : 139).

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS Ali Imran : 200).
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS. Al-Baqarah : 45).

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS. At-Taubah : 111).

Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (QS. At-Taubah : 129).

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf : 12)

10 Jun 2009

C.I.N.T.A

Tertarik hati dengan komen untuk n3 yang sebelum ini. Maka aku abadikan di ruangan ini.

Apalah yang ada.....

Subuh Rabu aku terjaga
Dengan hati yang berat rasa
Entah kenapa semacam satu beban
Yang tak tertanggung hati

Cuba ku lelapkan kembali
Namun tak daya

Persoalan itu seakan memaksa aku
Untuk jawapan yang sedang dinanti
Tarik nafas sedalamnya....lepas...

"Apalah yang ada...."

Ketenangan....Keresahan
Apa yang kamu rasa?

Kecekalan....Kejatuhan
Apa yang kamu rasa?

Cantik....Buruk
Apa yang kamu lihat?

Kuat....Lemah
Apa yang kamu fikir?

Lembut....Kasar
Apa yang kamu sentuh?

Cinta....Dendam
Apa yang kamu pendam?

Keikhlasan....Keegoan
Apa yang kamu mahu?

"Apa yang ada....."

Kembali kepada semua
Apa yang kamu rasa...
Apa yang kamu lihat...
Apa yang kamu sentuh...
Apa yang kamu pendam...
Apa yang kamu mahu...

Kita bebas memilih
Pilihan itulah
"Apa yang ada..."

Di akhirnya
Masing-masing
Bertepuk dada
Bertanyalah pada hati

09 Jun 2009

Hati yang sedikit terhiris ku tenangkan dengan laut ini

Semakin hampirnya hujung minggu ini, semakin terasa hirisan di hati. Di mana harus aku bawa hati, ke mana pun aku pergi darah itu kan tetap mengalir. Aku cuba membawanya ke pantai ini dan melontar jauh sakit itu. Semahunya aku tidak sanggup menghadapi hujung minggu ini. Namun ketetapan Illahi manakan mungkin untuk aku hentikan. Bayu pantai ini sesungguhnya mengetahui segala sejarah yang pernah aku catatkan di angin lalu.Nah....mungkin kerana itu maka pantai ini tidak seindah pantai-pantai lain yang gah menghadiahkan keindahan masing-masing. Hahaha mungkin di pantai ini sudah terlalu banyak kekecewaan di lemparkan padanya sehingga terkubur segala kesucian pantainya.

Tapi kunjunganku kali ini , aku terlihat sedikit keindahan pantai yang sentiasa ditemani sang ombak. Kehadiran ombak memukul tepian itulah yang menjadikan suasana pantai bertambah indah. Ya...seiras dengan kehidupanku yang selalu ditemani badai kehidupan, dan badai itulah seninya kehidupanku. Yang memberi corak -corak yang tak pernah ku sangkakan. Badai itu jugalah yang memberikan aku satu nafas baru setiap kali aku jatuh di pukulnya. Betapa cantiknya kehidupan ini jika dipandang dari sudut yang pelbagai. Dan cantik atau buruknya kehidupan yang bakal kita lihat dikemudian hari....kitalah yang menentukan bagaimana untuk melihatnya! Aku sering ingat ,seseorang itu sentiasa mengingatkan aku bahawa kita sebenarnya ada pilihan...dan kiranya kita tidak dapat untuk memilih di waktu ini, di hujungnya akan tetap ada pilihan untuk kita. Tapi entah..tiba-tiba hatiku seperti kembali ingin menangis persis 9 tahun yang lalu.

(Destinasi pilihan- Pantai Morib)

08 Jun 2009

Klang <--> Teluk Intan



Al-kissssahhhhhhh...petang 7 Jun 2009 yang sangat terik.


Bersama dua wanita ini. Ya....aku ke Teluk Intan. Tujuan utama memenuhi jemputan seorang kerani sekolah yang membuat majlis perkahwinan anaknya di Batu 3 1/2 , Jalan Maharaja Lela. Setelah itu..hehhee aku pujuk la plak kedua wanita ini....Bonda Bibah dan Mama Tee menyinggah ke Menara Condong itu....dah alang-alang sampai kan...kan....hehe bila lagi aku nak bermanja...xde mak...maka dengan kedua wanita ni untuk sementara aku menumpang manja gitu...ahaks! Menyenang-nyenangkan hati yang sebenarnya ada sedikit sakit. Sian kat bonda and mama kena layan budak manja yang sorang nie.....hehehe


Chessseeee....mama meh tolong snap pic kenangan anakanda di sini. Okey....now my turn to snap pic mama and bonda plak....ekekekek....aku dah jadi ngengada plak tetiba hari tu...sowiiiii! Gitulah jadahnya kalau orang jarang makan angin...nge...ntah bila lagi aku akan sampai Teluk Intan ....? Cam biasa aku angkat bahu geleng kepala... Kot Cik Man jemput untuk kenduri anak keduanya la kot.....(kot masa tu Cik Man ingat SKTP lagi ler) kot...kot....kot.....banyak bebenor plak kot nya!

Pulang, Mama Tee ajak singgah Tanjung Karang....maka itu kami melalui jalan belakang (bukan takmo bayo tol ek...) Sekali.....sesak giler! Mulai dari Sekinchan sehinggalah Tanjung Karang. Lenguh kepala lutut aku beb...huhuhuhu. Singnal minyak dah lip lap lip lap....Mama Tee kat sebelah dah migrain dah. Dok terlentok je...Kesian plak...bahana panas masa kat Menara la tu. Dah sesak tu . Kami terus je la balik....x jadi nak menyinggah. Akhirnya aku cuma menyinggah pasar malam simpang 4...coz ayah aku kirim nak minum air soya! Hahaha....Letih yang amat sangat. Kepada yang bertanya khabor aku dah sampai mana...mana...dan mana....hehehe TQ lah erk. Okies....masih dalam percutian. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti dan juga kepada yang baru nak menikmati cuti.

05 Jun 2009

Tambah satu lagi x-mprm di Tinta Semalam


Hahaha...dunia blogging ku semakin menyeronokkan. Dapat jejak dan juga dapat dijejaki oleh budak2 x-mprm , x kiralah sekelas ataupun tidak....jom kita kumpul ramai2! Bertukar berita dan cerita.

Hari ini link mantan melewar bertambah seorang lagi : Shahfulrizal MT3 -MTPM : http://www.shahful.blogspot.com

Cuti-cuti Msia-sehari je (2)

Sebenarnya aku rindu kat Maktab aku ni. Banyak kengkawan yang dah singgah lalu kata dah berubah. tak macam dulu. Yelah 10 tahun kan...tentu-tentu hutan pokok dah berganti hutan batu.

~IPRM~
Sekitar IPRM (MPRM) yang terkini. Tukar kaler dah blok asrama. Blok Pentadbiran dan Bilik Kuliah pun dah lain. Ish...lupa pulak nak snap blok pentadbiran. La ni dah tukao kaler biru. Blok Asrama :ABC la ni adalah blok pelatih perempuan. Blok D yang kat hujung dunia tu la ni jadi Blok Lelaki. Betullah kan...dulu aku adalah salah seorang penghuni Blok D tu. Dah la Blok paling hujung, dapat plak bilik tingkat paling atas dan bilik yang terhujung sekali. Wakakakak adakah kerana itu aku di tempatkan di kelas2 hujung2 untuk sesi p&p aku sekarang? heheh badi ker...? (uiks..aku gurau ja)

Cafe pun dah cantik. Cuma masa kami singgah tu cafe xde buka. Kalau tak mahu juga minum-minum di situ. Koperasi dah besar. Duduk letaknya berhampiran cafe. Untungnya pelatih sekarang nak binding or fotokopi takyah nak keluar kawasan kampus. Semua ada, lengkap kat koperasi tu. Tak macam zaman aku. Semua kena buat kat luar-mana lagi, kalau tak megaway tu....petang2...malam2 kuar, kalau tak untuk lengkapkan asgmnt..g makan la kan? sesapa yang dah bercouple...taman megaway tu la tempat date-nya pun....wakakakak...

Nie pic kat pintu masuk maktab. Erk...sekarang Institut. Dulu cuma satu jer la ni dah dua pintu.Satu pintu masuk.satu pintu keluar. Lebar dan besar. Juga pic kat tepi padang . Konon nak solat kat Balai Islam. Sekali ada aktiviti kat dalam tu. So..kami bersolat di Masjid Taman Sikamat je. (Dulu xde masjid ni)

~MUZIUM NEGERI,SEREMBAN~

Dan akhirnya, sebelum berangkat pulang, eeeda ajak singgah Muzium Negeri. Ha ni memang aku tak pernah singgah walaupun 3 tahun aku kat Seremban tu. Nie lah 1st time aku jejak...hahahha ada patut kah???

Actually kami nak meronda singgah semua sekolah yang kitaorang praktikum sepanjang menuntut di n9 dulu, tapi tak sempat. Coz target nak sampai ke KL awal. Tak nak lewat2. Herm...tu pun setiap sejam tepon aku bunyi dah....apo nak di kato?????

So, maybe eeeda & aku akan rancang trip kedua kot....bergantung pada keadaan. Insya'allah..

04 Jun 2009

Cuti-cuti Msia-sehari je.

Seronoknya dapat habiskan waktu dengan eeeda seharian ....dah lama betul aku tak g cuti-cuti Malaysia macam ni. Sebab ada sahaja halangan yang semacam sengaja tercipta. Tapi kali ini aku nekad! Then, sampailah aku kat negeri yang aku rindu selalu nak jengok. N9.

~SERI MENANTI~
Singgah ke Istana Sri Menanti ni. Ini adalah lawatan aku yang kedua. First time pergi 1999. Tak silap masa tu ada event kat Sri Menanti nie. Rasanya time tu tahun melawat Negeri Sembilan kot. Aku pun dah hilang ingatan tentang itu. Hehehe maklumlah dah 10 tahun berlalu.

Negeri Sembilan ni ...satu sangat aku minat sangat-sangat...muzik caklempong dia. Dulu sebelum tamat maktab aku ada beli kaset caklempong keluaran maktab la...kengkawan aku jugaklah ahlinya... sayang betul kat kaset tu...le ni aku lupa mana aku simpan. cari tak jumpa-jumpa. Nak cari ganti baru...kat mana leh jumpa ek....sapa2 ade...tolong arrr beli dan kirimkan kat aku...rindu nak dengar muzik caklempong ni....heheh

Sekali sekala bergambar sesuka hati best gak kan. Hehehe aku ni betul2 happy ker?? huhuhu hati aku jer la tahu . Tapi aku memang seronok! Lapangkan fikiran.

~KUALA PILAH~
Kuala Pilah. Kat sini pulak tempat eeeda berpraktikum. Rumah tu la eeeda ngan ami duk dulu. Kan eeeda...? Erk...gambar SK Kuala Pilah xde dalam simpanan aku ler...sowi.hehe

~REMBAU~
Ha...ni sebenarnya destinasi pertama. Rembau. Waduh rindu gila kat Rembau ni. Aku dulu stay kat sini untuk last praktikum. Terimbau masa duk kat Chengkau dulu. Ingat Zainab. Ingat kak Zulfah. Hehehe semua tu dah tinggal memori.

Aku ingat lenkali nak singgah lagi gerai cendol tu...tak puas sehhh...eeeda lenkali kita gi lagi ek...Bestnya gerai nie...leh tambah cendol...percuma! Minum le banyak mana nak minum...harga tetap semangkuk. singgit sengah. kalau cendol jagong je dua ringgit semangkuk.

~SK KG. BATU~
Ha...masih di Rembau. Inilah sekolah aku praktikum tahun 1999 dulu. SK Kampung Batu. Dekat ngan kubur sekolah ni. Memang banyak beza. Syahidah....masih kah kau ingat?? hehehe

~TAMPIN~
Sampai pula kat daerah Tampin ni. Dulu aku selalu gak g Tampin. Berdua ngan Zainab. Boleh leka sampai melangkah sempadan N9-Melaka. Hehehe kalau diingat lawak je.

~ULU BENDUL & HUTAN SIMPAN ANGSI~
Ni kat Ulu Bendul...tak masuk dalam. Kekangan masa,kami singgah kejap je.


Negeri Sembilan yang kurindu

Hehehe....bukan rindu apa. Kat Negeri Sembilan ni lah satu-satunya negeri tempat aku menetap sementara selama 3 tahun semasa belajar di Maktab Perguruan. Aku ni anak ayah, mana boleh menetap negeri lain selain negeri kelahiran aku. Dapat masuk jadi pelatih barulah aku dapat keluar dari Selangor tu.Itu pun dengan alasan belajar kan...kalau tidak hampeh! Kesian tak???Dan masa di Negeri Sembilan tu lah juga baru aku merasa suasana nak 'balik kampung'...:-) kesiankan kat aku. Masa kat Negeri Sembilan tu juga lah baru aku terasa betapa pentingnya aku di Selangor. Hahahah sebab apa? Sebab masing-masing kalau call...x kira lah keluarga ker....kawan-kawan ker....mesti tanya..."bila nak balik?"...Wahhhhh..Terima Kasih Negeri Sembilan...keranamu diriku berharga....hehehe dah cam iklan plak. Bila dah balik menetap kat Selangor...terasa macam Negeri Sembilan tu pulak kampung aku. Walhal yang ada kat sana cuma kenangan. Eh...tapi mahal loh kenangan tu. Aku Sayang!

Cuti ni aku tekad nak 'balik kampung' yang dah 10 tahun aku tinggalkan. Jun 1999 aku meninggalkan Negeri Sembilan dan siapa sangka rupanya aku balik semula ke sana Jun 2009. Tapi macam biasa...nak capai sesuatu tentu ada nilai yang perlu dibayar....kan? apa dan bagaimana bayaran tu..biarlah aku dan eeeda je yang tahu. Aku tetap nak balik! Untuk dapat sesuatu kena lepaskan sesuatu..begitulah...:-(

Okaylah untuk post kali ini...lepas ni aku upload plak...gambar2 kat tempat yang aku singgah dan lalu sepanjang satu hari di Negeri Sembilan.Okay...Terubat juga rindu aku.

03 Jun 2009

Klang Oh Klang

Sesaknya Bandar Klang belum berakhir. Huhuhuhu Aku semakin berkira-kira jika terpaksa menempuh Bandar di Raja ini. Gambar ni aku amik ketika pulang dari Selayang Sabtu lepas. Saja nak berjalan sambil2 belajar jalan-jalan yang ada kat atas muka bumi ni. Lagipun x pernah sampai rumah Puteri.

Cadangnya nanti-nanti pun tak pe...ler ngupe-ngupenya Puteri dapat tukar plak. Ate....teman redah je la Sabtu tu. Hehehe penat tu, maklumlah drive sorang. Nak berganti dengan put aku tak berapa nak yakin lagi. Haaaarmmm.. tahan je la. Tak laratnya masa kat bandar Klang tu la...mak aiiiii. Klang oh Klang....Bagaimana pun kamu...Klang tetap di hati, walaupun berniat nak meninggalkan kamu...Klang akan tetap terpahat di hati walaupun aku akan pergi jauh dari sini. (Ntah bila nak perginya pun...hehhee angan-angan tinggi betul ni)

31 Mei 2009

Setiap Pertemuan Ada Perpisahan Di Hujungnya

Mahu atau tidak, aku kena akur, aku kena terima. Pengalaman juga mengajar aku cara untuk menerima sesuatu yang aku tak suka sebenarnya untuk terima. Benar- Setiap Pertemuan ada Perpisahan di Hujungnya.Buat ke dua-dua rakan sekerja di atas....Puteri dan Azlina. Aku ucapkan selamat bertugas di tempat baru. Semoga korang berdua akan lebih menyinar di tempat yang menjadi pilihan. Puteri ke Sg Buloh,KL....dekat sikit dengan rumah keluarganya. Lepas ni bolehlah teman adiknya yang selama ni dok sorang2 je kat umah tu.Azlina pulak ke Pasir Gudang,Johor. Tahniah juga PJJ (perhubungan jarak jauh) dia dengan suami tercinta berakhir sudah. Kini akan sentiasa dekat di hati ,dekat juga di mata.

Aku tak nak story panjang-panjang. Sebab aku tak suka story perpisahan! Takde gambar terakhir...sebab aku tahu hubungan kan berterusan kat sini. Sini mana? Alam siber! Takde juga salam-salam, atau laga2 pipi...sebab esok lusa aku pasti kita jumpa lagi! So...Please jangan kata bye-bye atau selamat tinggal!

Yang buat aku sedih.....SKTP makin kurang gurunya. Kasihannya anak didik SKTP. Berderet-deret guru keluar tanpa berganti!

Mahu tidak mahu...

Apa pendapat sekalian kalau guru agama yang sepatutnya mengajar agama bidang kepakarannya terpaksa menukar bidang ke arah PPSMI? Keberuntungan atau Kerugian? Siapa untung , siapa rugi? Aku harap lepas cuti.....SEMUA kekosongan terisi oleh guru yang tidak lari dari bidang asalnya. !!! Orang kata Patah Tumbuh Hilang Berganti, tapi kat SKTP, guru yang pergi tak berganti-ganti.....Setengah Tahun berlalu sudahhhhh bahhhh.

28 Mei 2009

Aku nak Pindah!

Untuk Kehidupan yang BARU
Persekitaran BARU
Dunia BARU
Visi BARU
Misi BARU
Moga yang Gelap
Berlalu
Moga yang Cerah
Menyinari

:-)

26 Mei 2009

Ter'blur'...Ter'emosi'....

Tekanan. Sungguh sebenarnya di mana pun kita berada, tekanan itu pasti ada. Dan terpulanglah pada kita bagaimana untuk menerimanya sebagai sesuatu yang boleh kita hargai (mungkin).
Menghadapi ragam manusia yang pelbagai....pergghhh cabaran tu. Pada aku yang biasa-biasa nie, serasa tak terkawal perasaan. 'Ter'blur seketika. Hingga lambatnya nak faham apa yang orang keliling sampaikan. 'Ter'emosi tiba-tiba. Hingga hampir membazirkan mutiara jernih hanya kerana ketidaksempurnaan.

Aku bersama-sama anak-anak yang lambat kefahamannya, lambat tulis bacanya. Terasa sedih kerana aku rupanya belum mampu melunaskan tanggungjawab untuk mendidik mereka. Tapi aku berusaha melakukan sedaya yang aku daya...Sedih, kadang-kadang mereka seperti dipinggirkan. Sedih.Kadang-kadang mereka menjadi bualan yang melucukan. Sedih. Mereka di hujung dan kadang-kadang ditinggalkan. Hanya kerana mereka berada di hujung. Aku 'ter'emosi kerana hari ini mereka dilupakan....walaupun mungkin secara tak sengaja. Aku sebagai ibu kepada mereka, 'ter'emosi hari ini.

Benar mereka nakal....benar mereka aktif....benar mereka serba kekurangan. Tapi aku terkilan mereka dipandang sepi. Aku mesti buat sesuatu.

25 Mei 2009

Sejam, Seminit, Sehari & Seumur Hidup

Kependekannya 4S okay?...Sejam, Seminit, Sehari & Seumur Hidup. Ish apa yang aku tulis nie? Hehehe tentang Cinta. Opssss....sorry erk, takde niat nak mengikut jejak Kak Yan (Arryani-I Likeee) yang sejak kebelakangan ini n3nya berhampiran dengan cinta dan jodoh. Sekadarnya aku terjumpa/terbaca artikel tentang cinta dan niat aku cuma nak mengabdikannya di sini. Itu saja. (Pssstttt kak yan....orang bukan tiru kak yan tau) hehhe agaknya la...

Okay kita teruskan dengan artikel dari sebuah majalah tempatan yang agak popular di kalangan REMAJA....

"Bayangkan kamu mencintai seseorang, tetapi si dia tidak mencintai kamu...perggghhh rasanya sakit amattt. (tuko ayat sikit nih-heheh) Tapi, kamu akan lebih kecewa apabila kamu mencintai seseorang, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang kamu rasakan. "Rasanya ada benarnya ni...dua-dua aku pernah rasa. cinta ngan dia, tapi dia tak cinta aku. cinta kat orang tu dan aku takut nak bagitahu. Hahaha dua-dua memang sakit. Pengalaman.Dan jenis yang kedua tu agaknya aku akan hadapi 2-3-4 kali lagi kot. Apelah nak sakitkan diri sendiri kan? Ish...ish....pepandailah nak hidup.

"Percaya atau tidak, kamu memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kamu cintai"

Berdasarkan pengalaman juga, ramai orang dah nasihat aku dan berkata-kata bahawasanya...cewwahhhh ... aku akan lupa kalau aku dapat jumpa cinta baru. Erm...so far aku rasa no komen dulu. Tapi betul kot....bila jumpa cinta baru automatiknya tumpuan kepada cinta baru. Cinta baru tu taklah semestinya pada manusia...boleh jadi pada hobi...boleh jadi pada kerja...Nak kekal Cinta pada yang Esa. Ish...bermadah aku ni. Tetiba pulak....

Erm....seterusnya bersambung dalam n3 seterusnya....:-) . Cinta...Cinta...Cinta lagi...hehehe

p/s : Dari mana datangnya perkataan CINTA tu erk....? sapa tahu? aku tak tahu ni...dan aku nak tahu.

Rawat Hati - An-Nahl : 53

Dan segala nikmat yang ada padamu ( datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.