Okay kita teruskan dengan artikel dari sebuah majalah tempatan yang agak popular di kalangan REMAJA....
"Bayangkan kamu mencintai seseorang, tetapi si dia tidak mencintai kamu...perggghhh rasanya sakit amattt. (tuko ayat sikit nih-heheh) Tapi, kamu akan lebih kecewa apabila kamu mencintai seseorang, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang kamu rasakan. "Rasanya ada benarnya ni...dua-dua aku pernah rasa. cinta ngan dia, tapi dia tak cinta aku. cinta kat orang tu dan aku takut nak bagitahu. Hahaha dua-dua memang sakit. Pengalaman.Dan jenis yang kedua tu agaknya aku akan hadapi 2-3-4 kali lagi kot. Apelah nak sakitkan diri sendiri kan? Ish...ish....pepandailah nak hidup.
"Percaya atau tidak, kamu memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kamu cintai"
Berdasarkan pengalaman juga, ramai orang dah nasihat aku dan berkata-kata bahawasanya...cewwahhhh ... aku akan lupa kalau aku dapat jumpa cinta baru. Erm...so far aku rasa no komen dulu. Tapi betul kot....bila jumpa cinta baru automatiknya tumpuan kepada cinta baru. Cinta baru tu taklah semestinya pada manusia...boleh jadi pada hobi...boleh jadi pada kerja...Nak kekal Cinta pada yang Esa. Ish...bermadah aku ni. Tetiba pulak....
Erm....seterusnya bersambung dalam n3 seterusnya....:-) . Cinta...Cinta...Cinta lagi...hehehe
p/s : Dari mana datangnya perkataan CINTA tu erk....? sapa tahu? aku tak tahu ni...dan aku nak tahu.
3 ulasan:
Nyiur gading mayang berjurai,
Kait buah jadikan inti;
Hancur daging tulang berkecai,
Terbit cinta darinya hati.
hehhh..hehhh...lama tak berpantun.
selagi ada hati..selagi itu le ujudnya cinta cik anis weh!!!
aku sgt cinta pada laptop ku ini. kerana di dalamnya kalian tinggal.
tu tau la....cuma nak tau asal usul perkataan cinta jer...
susah nak tafsir cinta nie...aku pun pernah merasa...apa yang ko rasa... mencintai seseorg bagai nak rak...tp org tak cinta kita... bila kita tak cinta org tu... dia pulak cinta kita bagai nak rak..
cinta pada benda yg tak berperasaan lg baik kot... tak sakit hati...
Catat Ulasan