15 Mei 2009

Lawatan Penanda Arasan 4

Okay....part ni aku paling suka. Setiap sudut,setiap koridor ada ilmunya yang tersendiri. Sangat menarik. Kat mana pun ruang...pasti ada ilmu. Kemana pun murid duduk 'bersidai' dia akan dapat sesuatu.

Dan di sini juga aku berjumpa dengan teman semaktab aku dulu.Dari mula aku berjinak-jinak dengan dunia maya nie....ramai juga rakan xmprm aku jumpa. Tapi yang seunit dengan aku cuma eeeda sowang jer.....yang lain-lain tu semua dari unit lain. Dalam alam nyata pun...asyik jumpa rakan xmprm bukan dari unit aku.

Dok jumpa roslan, itupun kalau aku secara tak sengaja terlibat ngan MSSD, Niza...call sekalik jek. Nama je dekat tapi amatlah jarang jumpa. Dengar khabar le ni dah pindah, tak duk Kg Jawa lagi. Isk...dasat aku nih. Lost dah satu couple. Dan kalau pegi PTK ada gak aku jumpa budak2 xmprm nih....rata-rata unit lain. Yang biasa aku jumpa Ruhaya Sukri mt3...ni lama tak jumpa dah. Ada Ruhaya adalah Jumain...hehhe tapi tak pernah jumpa dak Jumain ni...cenggana rupa pun ntah aku dah lupa. lain-lain...budak2 junior pun ade.

EEEaaaiii mana budak2 unit aku ntah. Alam realiti tak terjumpa. Alam maya langsung takde. Isk....geng,meh arrr join ICT nih.

Hehehe kat mana pun korang....semoga korang luar biasa hebat dan luar biasa ceria. Okay abesh dah bab lawatan penanda arasan. Apa2 yang baik moh kita sama-sama jadikannya contoh dan teladan kay!

Lawatan Penanda Arasan 3

Morning everyone.....ni aku nak sambung lotak gambar-gambar ketika lawatan ke SKBRP. Seronoknya sekolah ini. hehehe apapun, hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.....aku masih setia bersama SKTP.

Lawatan Penanda Arasan 2

Oleh kerana kehabisan kata-kata. ekekekek (yang bebenornya otak dah letih nak mengarang). Aku letak gambar-gambar je lah yer....Korang baca dari gambar-gambar tu ajelah okay....!







Mata dah tak menahan ni....esok siang aku sambung lagi okay bebeh!

14 Mei 2009

Lawatan Penanda Arasan

Hari ini aku adalah salah seorang yang terpilih untuk mengikuti lawatan penanda arasan ke sekolah yang telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang 2008...di SK Bukit Rahman Putra. Hehehe terima kasih Pn. Hjh Habibah! Seronoknya....gini lah rupanya bila orang yang jarang-jarang dapat berjalan-jalan...sesekali dapat peluang, seronok sangat! Okaylah aku pun takmo bebel panjang2, kang ntah kemana pula bebelannya.Ahaks....
  1. Ha...nilah tempat yang aku dan rakan-rakan guru yang lain tuju.
  2. Bilik Rawatan, sangat luas dan lapang.
  3. Ruang Pejabat, juga sangat besar dan selesa. Lihat sahaja semua dindingnya dilitupi kain . perghhh sejuk je pejabat di sana.
  4. Bilik Pendidikan Khas- Bermasalah Pendengaran.
  5. Pintu Gerbang...simple dan kreatif.
  6. Bilik Kaunseling. Sesuai untuk menyelesai masalah.
  7. Bilik Guru....waaaa sangat besar, luas juga lapang. SKTP? heheh
  8. Pentas Perhimpunan.
  9. Lapangan memarkir kenderaan. Bangunan itu, adalah bangunan baru. Untuk waktu ini, hanya murid Tahun 6 yang menggunakannya.

13 Mei 2009

Bahasa Cermin Peribadi

Hari ini...setelah sekian lamanya bertangguh. Aku pergi masuk bangunan ini yang terletak di bandar Klang.

Melulu..memang aku silap. Aku mengaku.
"kalau pergi pejabat pendaftaran pun...mesti ke kaunter depan kan? mana ade orang terus pergi kaunter tepi...? macam mana ni?

Aku hanya mampu senyum...ops...okay, maaf.
"saya nak tukar kad Atm.."
" Isi borang ini dulu...", sambil satu borang kosong dihulur pada aku.

"Sesudah isi ni saya perlu ke mana? Bawa ke kaunter ini semula ke?"
"Kalau isi borang tu...dah kompem betul isinya ker?"
Uiks...aku dapat soalan cepu mas sungguh. Bunyi bahasa yang menyindir....(pada aku ler)

"Erm...ok...ok..." aku segera jawab masih lagi dengan senyuman. entri lepas2 aku ada cerita tentang jenis-jenis senyuman kan? Hah...aku tak nampak senyuman jenis mana yang aku hidangkan pada orang yang menjaga kaunter paling hadapan itu....!

Nak kata orang muda...rasanya dah tak muda. Kerana orang itu sebaya pakcik2 aku mungkin...kerana itu aku teruskan senyum sahaja tanpa aku pasti senyuman jenis apa.
Nak kata stress sebab pelanggan ramai ke....setahu aku...akulah pelanggan yang pertama pagi itu. Sah...waktu berurusan aku dapat no.1.

Kenapa agaknya layanan sinis begitu rupa? Tahulah pelanggan mereka dah beribu malah mungkin mencecah ratusan ribu. Maka aku yang hadir pagi itu yang sesempoi mungkin. Hanya berseluar jeans dan berbaju t-shirt. Tudung berselempang simple serta tanpa sebarang alat make up di wajah....Maka aku hanyalah pelanggan pinggiran! Ceh .....dia tak tahu separuh gaji aku tiap bulan orang2 di dalam bangunan tu potong!

Aku tak pasti ....satu pesanan yang selalu diingatkan pada aku...KITA BERSANGKA BAIK sahaja. Tapi lepas ni kalau orang yang itu yang berada di kaunter itu...aku sanggup tidak berurusan di situ. Cari hari lain je. kalau boleh berurusan di cawangan yang lain...aku takkan ke situ dah...!

Kalau kita rasa kita dah pandai. kenapa mesti kita rasa orang lain pun sama pandainya dengan kita? mungkin juga orang itu sedikit kekurangan...mungkin juga dia sebenarnya lebih baik dari kita. Setiap dari kita adalah berbeza walaupun dihujungnya mungkin serupa.

12 Mei 2009

SKTP Boleh!

Wah....setelah sekian lama, kini aku dapat menatapi semula kisah kejayaan sekolah di dada akhbar. Kejayaan terbaru, yang julung kalinya diraih oleh SKTP. Terima kasih kepada jurulatihnya, Cikgu Hasnizam Tumin....(dalam laporan akhbar, salah ejaan-haznizam/hanizam) . Terima kasih kerana membantu kami menaikkan nama SKTP kembali! Apakah kejayaan itu ? Johan Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah. Tahniah lagi buat pasukan sekolah!
Actually .....banyak dah kejayaan-kejayaan sepanjang penggal pertama sekolah sesi 2009. Antara yang aku ingat la kan....

Johan Olahraga Keseluruhan Kategori Perempuan Peringkat Negeri
Jurulatih : Cikgu Hasnizam Tumin

Johan Nasyid (MTQ) Peringkat Daerah/Negeri
Jurulatih: Cikgu Mohd Syazly Abd Halil

Naib Johan Syair Peringkat Daerah
Jurulatih: Cikgu Normalina Mohd Sani/Cikgu Siti Zurida

Naib Johan Kebudayaan Tunas Budaya Peringkat Daerah
Jurulatih: Cikgu Normalina Mohd Sani/Cikgu Norzamani Mohd Zin

Kalau di senaraikan...memang memotivasikan sungguh. Kejayaan-kejayaan yang berlegar-legar di sekeliling kita sungguh memainkan peranan untuk kejayaan-kejayaan yang seterusnya. Semoga SKTP kan terus MAJU!

11 Mei 2009

Kenali Penghalang Kemajuan Diri

Antaranya;
  1. Ingkar Perintah Tuhan
  2. Kesan Didikan Ala Kadar
  3. Takut Dikritik
  4. Takut Gagal
  5. Matlamat Kabur
  6. Jahil
  7. Kekurangan Sumber
  8. Bodoh Sombong
  9. Pentingkan Diri Sendiri
  10. Mudah Patah Semangat
  11. Tergesa-gesa Mahukan Hasil
  12. Kurang Berdoa

Kita belum maju? kurang maju? Bagaiamana menganalisa kemajuan diri? Cuba kenal pasti, mungkinkah senarai yang tersebut di atas salah satunya penyebab kita berada di takuk yang sama saban waktu. Waktu itu terus berjalan dan tidak akan menunggu untuk kita berubah.

p/s : Berjadual

Siapa aku?

Aku bukan sesiapa
Aku adalah aku
Seorang anak kepada ibu dan bapa
Seorang kawan kepada temannya
Seorang guru kepada muridnya
Seorang hamba kepada Pencipta

Aku cuma seorang insan biasa
Ada kala aku menang
Ada kala aku kalah
Ada masa aku tenang
Ada masa aku gelisah

Siapa aku di kala ini?
Aku masih lagi aku
Walaupun banyak yang berubah
Jauh di sudut sana
Aku masih aku
Dan Aku sudah baru!

Cuma kadangkala lirik lagu Cuba
Nyanyian Faizal tahir...
di dalamnya ada aku.

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenangkan merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

Rawat Hati - Al-Ahzab : 58

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

10 Mei 2009

As a teacher,what do you make?

Kisah Guru Vs Peguam.Aku terbaca kisah dan cerita atau mungkin lebih tepat sebuah petikan yang mengandungi frasa-frasa ini......(datangnya dari seseorang bergelar peguam)

Golongan guru adalah golongan yang tidak dapat merealisasikan cita-citanya.Oleh itu guru hanya mengajarkannya.Jika dia boleh melakukannya sudah tentu dia sendiri akan menjadi doktor, akauntan, peguam, dan sebagainya.Sebaliknya dia hanya melahirkan kumpulan-kumpulan profesional seperti itu sedangkan dia sendiri "hanya" menjadi guru. Begitu juga, orang yang boleh berjaya menjadi doktor, peguam, arkitek,jurutera , akauntan,usahawan berjaya tidak akan menjadi guru.

Ceh....memula aku membaca..baca...dan baca frasa-frasa itu....geram jer rasa. Mereka-mereka yang berfikiran begitu...Nah, pada aku sombongnya dia! Dia lupa kot. Budak demam sakit luka, doktor yang memberi rawatan awalnya, cikgu. Dia tak perasan ke...akauntan yang dok berkira-kira segala bayaran persekolahan awalnya adalah cikgu. Budak-budak gangster di hantar ke mahkamah sekolah peguamnya , cikgu. Ish...ish...sungguh bongkak mereka-mereka yang melahirkan frasa-frasa tersebut.Aku teruskan pembacaan aku....Lahir pula soalan ini...

"I mean,you're a teacher, right? So, be honest. What do you make?"

dan respon untuk soalan itu akhirnya membuatkan aku tersenyum sendiri.

  • I make kids work harder than they ever thought they could. I can make a C+ feel like a Congressional medal of honour and an A- feel like a slap in the face. How dare you waste my time with anything less than your very best."
  • I make kids sit through 40 minutes of study in absolute silence. No, you may not work in groups. N0, you may not ask a question. Why won't I let you get a water? Because you're are thirsty, you're bored,that's why.
  • I make parents tremble in fear when I call home. I hope I haven't called at a bad time, I just wanted to talk to you about something your son said today. He said, "Leave the kid alone. Stop bullying her!" And it was the noblest act of courage I have ever seen. You have a good son. Congratulation."
  • I make parents see their children for who they are and what they can be,"
"You want to know what I make?"

I make kids wonder. I make them question. I make them criticize. I make them apologize and meant it. I make them write. I make them read, read, and read. I make them spell definitely beautiful, definitely beautiful, definitely beautiful over and over and over again until they will never misspell either one of those words again. I make them show all their work in math. And hide it on their final drafts in English. I make them understand that if you got this (brains) then you follow this (heart) and if someone ever tries to judge you by what you make , you give them this (the finger). Kata-kata pedas itu diikuti dengan jari telunjuk hanya beberapa sentimeter sahaja jaraknya dengan hidung rakan peguam.

Lebih lanjut...semak majalah Ehwal Pendidikan , April 2009, muka surat 43.

09 Mei 2009

Maafkan aku teman

Belasan tahun bersama. Kerana satu hal yang kecil perteligkahan itu wujud. Dan resamnya kehidupan kita takkan terlepas akan segala rasa kehidupan. Maafkan aku teman jika itu keterlaluan. Dan mulai saat ini , tidak akan ada lagi coretan tentang kamu di arena ini. Itu pilihanmu, dan sebagai temanmu ....AKU AKUR! kerana aku sayang kamu.

Ketahuilah....
Pertelingkahan yang kecil ....walaupun hanya sekecil kuman, kalau melibatkan insan yang kita sayang .....ia mampu membuatkan hati kita menangis okay! Aku tahu kau pun rasa! Sekali lagi...maaf dari aku. Untuk sementara...ada baiknya kita sama-sama DIAM. Mungkin kamu akan gelak membaca ini-(heh ele...bende kecik pun nak coret...) . Tapi...kita dah lama bersama....rasanya kamu tahu dan kenal hatiku- agaknya lah!

Aku tidak akan mempertikaikan hak dan permintaanmu temanku. Dan aku harap kamu juga tidak akan mempertikaikan coretanku yang satu ini di pertemuan kita pada masa-masa akan datang.

08 Mei 2009

Apa ada pada Nama??

Nama.....penting tak? Of course la penting. Kalau tiada nama, bagaimanakah untuk menyebut/memanggil sesuatu. Betul? Takkan la just nak panggil....oooiiiiii , wei...hei... itu bukanlah panggillan yang sedap untuk di dengar di telinga.

Apa nama korang? Dogol? Kemat? Bedah? Semah? Apa pula pandangan korang dengan nama korang. Bersyukurkan...kita semua ada nama. Oh...Dogolku sayang....oh Semah kekasihku....hehehe perkataan di belakang sebagai peneguhan je. At least itulah nama panggilan yang ada. Cuba tukar, oiiiii sayangku....wei kekasihku.... macam tak ikhlas je bunyinya kan??

Erm...apa aku melalut ntah....tentang nama. Korang pernah tak rasa nama korang tu macam melecehkan...? Macam tak best je....sebab tak glamour kot!...Dulu aku pernah rasa sangat tak suka dengan nama aku hanya kerana A di hadapannya. Dalam kelas apa-apa hal...mesti yang A cikgu sebut dulu kan? Ha...tu la tak suka! heehhe itu dululah zaman-zaman sekolah. Atau ada tak korang rasa malu mungkin dengan nama korang?

Eh....semakin meningkat usia...semakin meningkat pertambahan ilmu dan pengalaman. Siapa pun nama kita. Itu nama kita. Kita berhak ke atasnya. Dan kita ada banyak pilihan untuk jadikan nama kita bagaimana. Kenapa mesti nak tumpang nama Siti Nurhaliza? Kenapa mesti nak tumpang nama Amy Mastura. Aku percaya...nama-nama tu dulu pun bukannya sesiapa kat mata kita. Kita pun boleh serlahkan nama kita sendiri kat mata orang lain, walaupun mungkin nama kita cuma Jenab ke....Gayah ke....bunyi kampung je kan....tapi apalah ada pada nama kalau kita x dapat serlahkan apa yang tersimpan, yang belum tergilap tu! Jenab,jenab pun....glamour apa...korang ingat tak watak jenab dalam cerita bersiri suatu ketika dulu ...Opah. Famaous tu...jenab tu!

Kesimpulannya tak perlu bermegah menumpang nama artis glamour atau nama ahli politik tersohor ke...Kita naikkan nama kita agar sama gah di mata orang lain. Ok apa.....Nama kita itulah dia, yang telah ditetapkan. Lagipun mana ada makayah yang beri nama yang *!^#$%$ pada anak-anak dia kan? Nama itu pilihan makayah...sepatutnya kita bangga dengan nama kita kan....walau apa pun nama itu....yang pasti ia baik untuk kita.Kita nak jadikan nama kita macamne , ia terletak di tangan kita. Kita pilih ,kita tentukan!

Dah 10 tahun mengajar-harap2 bekas anak murid aku apabila terdengar 'anisah' ....emmm tu dulu nama cikgu saya. Dia ajar saya kira-kira! hehehe jadilah! I love my name much. Tak kisahlah kena panggil awal pun....Dalam senarai nama guru sekarang pun...nama aku berada di nombor 51....walaupun 51, letaknya di muka surat kedua...baris teratas sekali....sebaris dengan nama guru besar di muka surat satu yang berada di nombor 1...Hahaha sebaris tau! Dan terima kasih ayah kerana beri nama itu kepadaku. Aku bangga juga kerana aku adalah insan nombor satu di hati ayah....Selamat Hari Ibu ayah.....kerana ayah adalah ibuku.

Akhirnya..........

Apa ada pada sebuah nama? Yang penting diri kita sendiri. Kitalah yang memberikan nama itu sama ada ianya bernilai ataupun tidak. Kita yang perlu cipta sejarah untuk nama kita.Tengku Puteri Nur Aina Edora.Nama itu akan cuma sekadar nama jika kita setakat duduk berpeluk tubuh. Betul tak? Badul.....kerana kesungguhannya menghiburkan ramai orang. Semua kenal siapa empunya diri. Ya kan? So...mari kita gah kan nama kita. Paling tidak pun gah di pandangan Dia.

07 Mei 2009

Senyuman Mudah Berjangkit

Kita senyum. Lihat dan lemparkan ia....pasti berbalas. Walaupun yang menerima itu sedang berduka, resah, marah atau kecewa namun senyuman manis yang dilemparkan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Nah, itulah kuasa yang ada pada sekuntum senyuman!
Senyuman tulen lahir dari hati. Ia akan jatuh ke dalam hati orang yang menerima senyuman. Senyuman yang tulen tidak sekadar di bibir, ia melibatkan semua bahagian muka terutamanya bahagian mata. Bagaimana dapat dilihat senyuman yang tulen? -matanya akan mengecil. Yang palsu senyuman terhasil dengan bibir sahaja.

Mengapa melibatkan mata yang mengecil? Pakar bahasa badan, Allen Pease dalam kajiannya mendapati bahagian otot muka manusia bergerak secara berkumpulan apabila individu itu merasai sesuatu perasaan.

Terkejut : mata terbuka luas, kening naik, mulut sedikit ternganga.
Senyum : otot mata dan muka bergerak sekali secara konsisten dengan otot pipinya.Mudahnya, senyuman tulen hadirnya berpakej senyuman di bibir dan mata sekali.

Apabila melemparkan senyuman dari hati, ia bukan sahaja berjangkit pada orang lain,bahkan ia juga menjadi ubat yang mujarab bagi mengubati duka di hati orang yang menerimanya. Jadi, tak perlu takut melemparkan senyuman dalam setiap keadaan. Senyuman yang benar-benar tulen pasti memberikan kesan yang positif.

(Ahmad Naim Jaafar, Mohd Ikram Mohd Nor Wazir : siri gaya hidup - Anggun di luar serlah Pesona dari dalam.)


p/s :
1. Irffan, selalu xde buku, x siap kerja, bila aku marah - dia menyengih jer....ceh kecik2 dah guna psikologi budak nih....tu sebab kalau nak marah irffan, marah tu kurang menjadi!!! abih camno??? Geram aku!
2. Ini adalah catatan berjadual.


06 Mei 2009

Lima Patah Kata Berharga

Lima patah kata yang paling berharga dan berkuasa dalam Bahasa Inggeris.
Tiada tanda harga padanya.
Tetapi pulangan dividen yang lumayan diperolehi dalam bentuk kuasa tak terhad ke atas orang.

Apabila seorang pekerja telah menghasilkan kerja yang cukup baik atau memberi idea atau cadangan yang bagus, tidak cukup sekadar mengucapkan 'Terima Kasih'. Saya akan berjumpa dengannya di barisan pengeluaran dan sambil menepuk bahunya di depan rakan sekerjanya, Saya akan berkata, "Terima kasih banyak atas usaha awak Bill, Saya amat bangga dengan awak." Bermula dari saat itu, dia akan bekerja lebih kuat untuk saya. Begitu juga dengan orang lain. Mereka juga ingin dipuji. Kata-kata daripada seorang eksekutif timbalan presiden dan ketua pengurus sebuah kilang radio dan televisyen di Barat Tengah Amerika, Geogre Whitson.

"Saya Bangga Dengan Awak" &
"I Am Proud Of You"

-Ini adalah pujian tertinggi yang dapat anda beri kepada seseorang.

:-) mari kita sama2 amalkan.
Dari teman kepada teman.
Dari mak ayah kepada anak-anak.
Dari cikgu kepada anak murid.
Dari kita kepada mereka.

hehe semoga hari-hari mendatang itu sentiasa dapat dibanggakan!

Tujuh isyarat Bahasa Gerak Geri untuk diketahui

Menurut Suzzanne Kramer, seorang ahli psikologi klinikal, ada 7 isyarat bahasa gerak-geri yang harus anda tahu:

1. Mata-memberi petanda paling banyak tentang hal yang sedang difikirkan.Walau apapun yang dinyatakan, mata akan memberitahu anda perkara yang sebenarnya difikirkan oleh seseorang. Mata membesar dan terbuka : telah mendengar sesuatu yang disukai. Anak mata mengecil : telah mendengar sesuatu yang tidak disukai. dan mungkin anda telah memberitahunya perkara yang tidak dipercayainya., maka dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai anda atau hal yang disebut.

2. Alis-Sekiranya yang mendengar menaikkan sebelah alis : anda telah memberitahu sesuatu yang tidak dipercayai atau yang dianggap mustahil. Kedua2 alis terangkat menunjukkan rasa terpegun.

3. Hidung dan telinga-Menggosok2 hidung atau menarik2 telinga sambil memberitahu bahawa dia faham apa yang sedang dibicarakan-sebenarnya dia keliru dan mungkin tidak tahu langsung perkara yang mahu dilakukannya.

4. Dahi-Mengerut dahi bermakna dia keliru dan tidak menyukai perkara yang sedang dicakapkan. Dahi berkerut ke atas bermakna dia terperanjat dengan perkara yang didengarkan.

5. Bahu-Mengangkat bahu:tidak menghiraukan langsung tentang perkara yang sedang diperkatakan.

6. Jari-Digerak2/diketuk2 pada lengan kerusi atau atas meja menunjukkan rasa tidak tenteram atau tidak sabar.

7. Tangan- Memeluk tubuh bermakna cuba memisahkan diri dari orang atau sebenarnya berasa takut kepada anda, sekurang-kurangnya dari segi psikologi, kalau tidak fizikal, dan dia sedang melindungi diri daripada anda.

rujukan:
VanFleet,James K.
Kuasa tak terhad ke atas orang dalam 21 hari, terjemahan Nor Azizi Abdullah


Tali kail panjang seratus,
Hajat mengail si ikan parang;
Hendak meniti jambatan putus,
Hendak menyeberang buaya garang.