31 Januari 2009

Pesan Roh kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, IA akan berkata-kata Dan seluruh isi alam sama Ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin Dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi Dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat Dan IA pun memanggil-manggil Dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu IA berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim Dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku Dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak Dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku Dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana IA memperdayakan aku Dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana IA melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku Dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun Ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak Dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh Dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya Dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa Dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan Dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut Dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada Dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk Dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong Dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak TU dapat melihat kedudukannya di neraka Dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS..W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tetak tebu buatkan dayung,
Hendak berdayung ke tanah besar;
Tuntut ilmu buatkan payung,
Hendak berpayung di Padang Mahsyar.

29 Januari 2009

Dia paling setia dan manja.

Ini Kawan paling manja yang aku ada buat masa nie. Mungkin juga paling setia dan kekal manja walaupun aku adakalanya tak kamcing dengan dia. Time aku sibuk,kami tak kamcing. Time aku kerja,kami tak kamcing. Time aku lupa kat dia, dia tetap setia. Dia tak cari pun kawan baru. Orang lain dekat dia lari. Time aku marah dia, dia diam2 je. Meowww.....tengok je muka aku. Tapi kalau dia kecik hati ngan aku. Aku panggil dia buat dono je. Tapi maintain manja dengan aku je, tak nak ngan orang lain. Itulah istimewanya kawan yang satu ini. MANJA ....tulah nama dia. Agaknya tu la sebab menjadi-jadi manja dia. Kalau orang yang tak suka..tentu kata kucing mengada-ngada!

Balik dari kerja, kalau dia tak terkurung dalam rumah dia, tentu dia lah yang sambut aku . Pagi-pagi dia dengar aku kat dapur. Dialah yang menyapa aku dulu. Hehehhe mintak di bukakan kunci rumah dia. Pusing2 keliling rumah, last2 dia cari aku kat bilik. Sayang kat manja. Bila dipanggil mesti datang punya. Terima kasih kerana ada dia, aku boleh kongsi manja. Dia kawan yang setia, kena marah ke, kena pulau ke, dia tetap setia. Dia tak lari. Dia tetap ada dan kekal manja.hehehhe....

Lipat kain dikemas-kemas,
Diletak mari di atas peti;
Baik hilang barang kemas,
Jangan kuhilang buah hati.


28 Januari 2009

Alangkah bagusnya Hari Saya pada hari ini.

Semalam....emmm, aku masih suka menyentuh hari semalam pada hari-hari ini. Kerana semalam-semalam yang banyak duka, maka hari-hari ini aku tak berapa nak ceria. Okay! Aku akan cuba jadikan hari ini baik-baik sahaja, supaya hari ini aku menjadi hari semalam yang ceria pada hari esok. Eh.....berpusing-pusing. Jangan pening, baca pelan2 kompem you all akan paham. kan..kan..kan...

Ahad aku mulakan dengan hepi tapi aku akhiri dengan tangisan dalam hati. Disebabkan senario yang semalam-semalam. Terbawa-bawa duka yang aku tak nak perap dalam hati tu sehingga esok hari, membuatkan aku terjumpa 'reaching higher' supaya bangkit semula! Kena ucap TQ pada sifu Ik untuk itu. Teringat dah janji dengan adik Nizaf nak ambil buku fizik. Hahaha aku teringat pulak assigment yang tak tersentuh lagi. So petang semalam juga aku bergegas ke Kg Jenjarom. Jumpa lagi dengan man Rowi, bik Misnah, Yati, Rina dan Nizaf.....lepak borak-borak mahu juga aku kat sana 2 jam....aku lupa kejap duka. Sebab esok aku dah penuh agenda.

Hahaha betul-betul penuh. Tak sempat berduka! Awal -awal dah pergi Port Klang. Coz kat situ berlonggok bangunan-bangunan yang kita panggil BANK......Operasi bermula.Area biasa aku hala. Buat masa ni memang nak elak hala ke Klang. Jalan dah tak berapa nak paham. Yang dua hala dah jadi sehala. Kena pusing2 jauh! So ..... alternatif aku Port Klang ler. Tengahari balik kejap dan keluar balik. Ambil emmy plak....saja daripada dia dok x buat pe2 kat rumah molek juga buat teman aku kan???

Destinasi pertama....walau TERPAKSA pegi jugaklah. Pejabat Pos Klang. Nak renew insurans + roadtax + amik subsidi. $$$$$ hehehehe. Kan dah kata.....parking takde! Tengok dari luar, Pejabat Pos penuh...manusia melimpah sampai ke luar . Emmy cadang buat kat jusco jek. Okay gak, selesai urusan leh cuci2 mata sambil tarik2 $$$$ .mentang2 la....

Destinasi kedua...Kurnia Insurans. Selesai lebih kurang 1.00 ptg. Ke destinasi seterusnya, pejabat pos jusco....Ceh....kaunter ASB offline. Tak dapat update buku akaun. kaunter JPJ offline. Tak dapat renew roadtax + subsidi. So yang dapat....bayar bil jer lah....cukai tanah+pintu,bil air+elektrik.

Destinasi keempat....foodcourt...coz dari pagi tak makan. Jam dah 1.30++. Kami pilih menu sizzling. Lama tak makan. Hehehehe sambil2 minum fresh orange. Perrgghh lega tekak. Macam biasa, kalau dah g jusco memang tak sah kalau tak menyinggah MPH. dan kalau dah menyinggah MPH tu memang tak sah keluar tanpa membawa buku! Walaupun asalnya takde pun niat nak beli buku. Pantang nampak buku aku nih. Tapi bacanya setahun baru nak habis. ekekekek.



Terpandang ADAM KHOO. Macam ada orang yang pernah pesan supaya dapatkan buku tu. So memang sambar je la! Heheheheh. Itu lah aku, nama tu memang dah lama dalam pala otak. Tu yang bila dah jumpa, sambar terus! Set....la ni dok cari yang ini plak.....tapi belum jumpa. Mesti nak dapatkan ni. Nak dengar lagu-lagu motivasi yang ada!



Keluar dari jusco, 3.00 ptg. Destinasi Pejabat Pos Klang semula! Hahahhaha memang berjodohan renew roadtax kat situ kot. But tanya dulu JPJ offline ke tak...kang sia2 pulak menunggu.So ambil angka giliran jauhnya giliran aku....kena tunggu 300 orang.huhuhuhu. Dok melangut je la. borak2 dengan emmy dan orang2 yang duduk sebelah.ekekeke. Dari 3.30ptg, giliran aku tiba pada 5.05 petang! huaaaaa kompem ayah call dah bermiscall2. Hp tertinggal dalam kete.

Keluar pejabat pos sempat lagi menyinggah kedai buku! Hahahaha duit dalam tangan. Beli buku rujukan untuk p&p pulak! Buku lagi! Memang x boleh masuk kedai buku aku nih! Sampai rumah 6.00 ptg. Berjaya....hari ini AKU TAK INGAT PUN TENTANG DUKA SEMALAM-SEMALAM. ALANGKAH BAGUSNYA HARI SAYA HARI INI. PENAT TAPI HATI SAYA TAK MENANGIS!

26 Januari 2009

Dedicate this song to all of you...friends!

Untuk teman2 dan blogger2 yang sering berkunjung menjengok seorang ~Insan Biasa~. Yang mengikuti perjalanan hidup seorang ~Insan Biasa~. Yang memberi kata nasihat dan semangat kepada kehampaan hati seorang ~Insan Biasa~....jom kita tengok ni...untuk korang-korang semua.

p/s :Hebatkan saudara IK, dah jadi pemain gitar plak! hehehe congrate to him...and Razzi.Muz.Ik : Razzi 4 Razzi,Muz 4 Muzamil and Ik 4 Irfan Khairi.



SELAMANYA

Syukurku
Kepada Tuhan
Kau di sini

Dari dulu kita bersama
Teman sejati

Ku damba kamu teman
Waktu jatuh bangun
Tak kira hujan terang
Pelengkap ku

Akan kita
Pergi bersama
Menuju bersama selamanya

Akan kita
Hingga akhirnya
Gemilang bersama selamanya

Takkan ku persiakan
Ikatan ini

Selamanya...

Lagu: Johan Nawawi
Lirik: Irfan Khairi (IK)

Untuk diri sendiri seorang ~Insan Biasa~ :

Petikan kata-kata dari Irfan Khairi (IK) diabadikan kat sini, untuk diri seorang ~Insan Biasa~ dan sesiapa yang MUNGKIN memerlukannya sama...

Irfan Khairi kata:

"Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda!"

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SE-DUNIA"


25 Januari 2009

Keluhan Subuh

Sekadar renungan kita bersama:

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu
tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi,
tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata
Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan
penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat
sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang
paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang
kujumpa.

Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud
Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang
berpanjangan?

Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air
tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.
Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang
kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah
kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan
sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap
langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.

Aku peroleh daripada kiriman e-mail seorang sahabat yang kukenali dengan nama panggilannya As...Terima Kasih Teman!


Mulanya begini,Akhirnya begitu.

Hari yang dimulakan dengan rasa happy coz dapat berjumpa dan bermesra dengan sedara mara. Kami semua berkumpul di Majlis Perkahwinan adik sepupu aku, Fendi. Ada juga yang dah menghadiri majlis semalam. Abang Aziz, Wak Damiri dan Wak Siman. Aku ingat dapat jumpa wak2 tu....tapi tak de jodoh. Yang ni aku terima. Hehehehe.

Aku sendiri, semua orang tanya.....ayah mana? Nak jawab apa...jawab je la ayah tak mau ikut, badan tak sedap. So...aku pergi sengsorang jer. Sejak ayah dah banyak umur ni, memang gitu la. Ke mana pun aku TERPAKSA berseorangan. Dah nasib badan. Tapi semoga nasib aku tak begitu selamanya. Amin.

Tak banyak gambar yang dapat aku snap. Kamera buat hal pulak. Huhuhuhu. Nak tunggu gambar dari pengantin..alamat lambat ler. Tu pun kalau pengantin teringat pesanan aku tadi. Ekekekeke. Selamat Pengantin Baru dik....

Nie je la yang sempat aku snap.....

Ha...hensem tak? Kuikui. Ni paman Rani : Bapak pengantin....uikssss bz..bz...bzz...


Ini antara adik-adik yang sering menjadi geng aku dalam majlis-majlis keluarga. hehehhe. Rina dan Yati. (belakang Rina-duduk bertudung: itu bik kamariah, mak pengantin). Cit ...pastu kamera bateri kong la plak. Lupa nak charge bateri malam tadik. Tak dan nak amik pic pengantin & sedara mara yang lain. Tema cekelat.



Juga hari yang diakhiri dengan situasi yang menyakitkan. Mungkin juga ini nasib aku. Tapi susah sikit aku nak terima. Aku tak tahu apakah aku akan mampu bertahan untuk menghadapi ini di sepanjang usia yang Allah berikan padaku. Aku juga tertanya-tanya, mengapa Allah memberikan aku ujian ini yang perlu aku hadapi di sepanjang usia yang bakal aku perolehi. Mampukah aku bertahan? Sampai bilakah aku mampu bertahan? Aku harus siapkan diri aku untuk menghadapi ujian ini di setiap majlis keluarga yang bakal aku hadapi di hari-hari muka. Raut wajah terlihat dengan senyuman. Raut wajah disebaliknya terasa titisan jernih mengalir membasahi hati. Mengapa aku diduga begini?



Balik ke Klang....aku bersendiri. Aku tak dapat bertahan. Jalan yang aku lalui pun ntah jalan mana. Aku redah saja. Fikiranku melayang.Nyaris tak bertembung dengan kereta yang dari arah bertentangan. Aku tersedar dan terkesima. Nasib baik sempat elak. Fikiran aku hancus...Bagaimana harus aku kuat semangat? Alhamdulillah, aku selamat! Yang pasti aku mahu habiskan kesedihan itu dijalanan. Perjalanan yang sepatutnya sejam mengambil masa yang lebih dari yang sepatutnya. Sebelum sampai di rumah . Aku teringat bait-bait kata...

HADAPI DENGAN SENYUMAN,SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA.


Cerita Gambar

Kejohanan Merentas Desa SKTP pada 24/01/2009. Aku biarkan gambar untuk bercerita.


22 Januari 2009

Alamak.....Alahai....!

Alahai Ain lagi.....

Sah la janji Ain setakat menanam tebu di tepi bibir. Cewwaahhh..cam bercinta plak. Dak aih. Hari ini sampai sekolah, aku cari Ain. Tak ade! Ain datang tak? Ain tak datang cikgu! Hati aku mencebik....buat hal lagi la tuh!

Amik hp, dail no ibu Ain. Hello, assalamualaikum kak....
Belum sempat aku bertanya, ibu Ain dah sampuk dulu.
Ha....cikgu, Ain tak sekolah hari ni. Macamni la cikgu, saya bawak Ain pergi berubat dulu. Nanti dah okay, akak hantar dia sekolah. Jadinya dua-tiga hari ni Ain cuti dulu ye cikgu. Erm, kalau akak dah kata begitu, kay lah.

OOOOoooo Ain yang tipu cikgu ek....??? Tapi sekurang2nya aku tahu Ain ada dengan ibunya! Dua-tiga hari....erm...camtu kita jumpa lepas raya cina jek la. Gong Xi Fa Cai!

21 Januari 2009

Tapi saya nak.....

Kisah budak-budak kecik lagi......
Sedang aku bersiap-siap nak keluar, aku dapat panggilan . Tengok nombor. Sape nih...? Tak kenai nombor. Jawab jugak lah....sebab panggilan masuk dari no yang aku beri kepada '........' untuk hal2 yang bukan peribadi. Hal2 yang tiada kaitan dengan kerja ade nombor lain. Hehehehe

Erm....rupanya dari ibu salah seorang anak murid aku da....Ain buat hal lagi tak mahu datang sekolah. Adeh...!! Camne ek nak buat? Ibunya siap minta tolong aku cadangkan sekolah mana nak hantar anaknya tu, supaya nak sekolah.

"Ain kat mana sekarang, kak?"
"Ada ni dengan akak....dia datang tempat kerja akak...".
"Erm....xpelah biar dia kat situ dulu, nanti petang saya pergi sana ye..."

Actually minggu pertama ada 3 hari budak ni datang sekolah. Elok je, nak kata kawan usik dia ke...buli dia ke...xde pulak dia mengadu atau...kawan2 tolong adukan. Selepas tu 2 minggu x datang. Ya ampun.....Ibunya cakap dia ikut ayahnya balik K Selangor. Sangka si ibu anaknya bersekolah di sana . Rupenya 2 minggu kat sana pun x sekolah. Bawak balik sini. Elok2 datang sehari, hari ni buat hal lagi. Aku ada meeting pulak tengahari ni. So....thats why aku janji datang petang. Habis saja mesyuarat, terus minta izin keluar sekejap....jumpa budak Ain ni kat tempat kerja ibunya....nasib baik dekat, dapatlah aku ekori dak Ain. Ibunya bekerja sebagai jaga di sebuah sekolah berhampiran.

Elok2 aku sampai. Sah...Ain ada kat situ sedang menikmati air oren. Aduh la Ain, cikgu pun tak sempat nak minum tau! Aku terus dekat dan ajak pergi sekolah. Dia menolak..."tak nak". Selamba je cakap. Tak takut dan tak ada riak wajah bersalah langsung. Dia macam :seronoknya tak pergi sekolah. Cikgu datang tengok aku lagi!....EEEEEEEeeee aku sabor je la. PERHATIAN kan?

Alasan untuk tak nak ke sekolah. Kerja sekolah bahasa Inggeris belum siap. Malam tadi nak buat, mak kata nak tidur. Ha tu la pasal tak siap. Pagi Ain buat apa? Ain senyum aje. Aku pujuk, pergi sekolah. Kalau takut cikgu Inggeris, tak payah masuk kelas tu. Ain boleh masuk kelas lain. Tak nak....Adeh! Abis tu camne? Takkan tak nak sekolah langsung? Kata nak jadi polisssss.....?
Nak jadi polis kena pandai baca,pandai tulis.....kena berani. Jom ikut cikgu pergi sekolah...kelas BI dah abis dah....Tak nak, cikgu tipu! Hek elehhhh budak nih. Okaylah....hari ni last Ain cuti, lepas2 ni takde cuti lagi yea. Besok datang sekolah? Ain kata...okay...tapi saya nak ikut cikgu kalau teacher masuk....Ain masuklah kelas teacher lain. Tak nak....nak ikut cikgu....Ish pelik lah budak nih. Hati aku macam digaru2. Kelas aku tu cikgu2 yang masuk semua macam singa. Aku pun ler. Tapi....ntahla. Okaylah...ikut cikgu...ikut cikgulah. Tapi janji lah datang sekolah? Angguk jer. Ish boleh pakai ker angguk budak ni? Betul ni? angguk lagi...tapi....Ha? ada tapi lagi ke? apa? Tapi saya nak duduk kat depan sekali...takut cikgu tak kasi? Apa2lah.....tapi Ain janji datang sekolah..?

Selesai 15 minit. Okay esok kita jumpa kat sekolah yea. Aku melangkah keluar pagar sekolah. Ibu Ain, terima kasih cikgu...menyusahkan cikgu aje. Ain, bye-bye cikgu. Aku bergegas balik SK aku. Terus masuk Hormat. Dah lewat 10 minit. Lalu depan kelas Gigih....Ade sorang dok kat luar kelas, mengadap dalam kelas. Aik kak? Sapa aku pada cikgu kat dalam....hukuman ke? Sambil2 angkat kening. Ha...Nis, ni dua orang anak kau....tak terkawal! Aku jengok, elok je dua hero dok bersila depan kelas, nampak muka aku diaorang leh senyum2 lagi....Ekekekkekek...Gigih dengan Hormat....serupe jerk. Cikgunya tak sempat nak bersopan santun! Dua hero aku tu....dua hero ....Hero sungguhlah! Baru sebulan....kalau setahun, mati akal cikgu! Kat sekolah aku tu, cikgu yang paling digeruni dah pindah sekolah, agaknya dah tak larat menjadi guru yang digeruni murid2...Hahahaha (gurau jek). Tapi betul ,cikgu yang kitaorang pinjam namanya untuk gertak murid nakal, dah takde!

Ain....Di dalam kelas takut nak cakap. Di luar kelas takut hilang pulak. Setiap soalan aku Ain boleh jawab dan Ain ada alasan. walaupun alasan yang x boleh pakai. tak nak sekolah. Sekolah balik pukul 6.30....kenapa tak pukul.....

aku: lor! Ain mahu PERHATIAN. Esok, aku tunggu Ain dalam kelas!

19 Januari 2009

Hari Ini untuk Hari Esok

Indahnya kata-kata, cantiknya bahasa...membawa maksud terpulang kepada yang mentafsir. Aku pinjam kata-kata indah ini, untuk diriku sendiri. Menyedarkan aku tentang kebenaran maksud yang disampaikan.

++++++++++++++++++++++++++++++
tidak semua kegembiraan hari ini
meraih kebahagian hari esok
dan
tidak semua kepedihan semalam
menggamit kelukaan hari depan
+++++++++++++++++++++++++++++++

Betapa benarnya tidak semua kegembiraan kita hari ini menjanjikan kebahagian untuk hari esok. Setiap kita yang berduka hari ini, apakah duka kita itu datangnya sejak azali? erm....tidak, kerana kita pernah berbahagia suatu ketika dulu. Dan adakah setiap kita yang pernah mengecap kebahagiaan tidak pernah terluka jiwanya? Pasti ada, walau sedikit. Dan kerana kelukaan yang tidak kita mahu diwarisi terus zaman berzaman lalu kita bangkit dan akhirnya mengecap bahagia.

Aku cuba bangkit dan bangun dari jatuhku. Walaupun terpaksa bermula semula di permulaan garisan. Walaupun terpaksa berdiri berkaki ayam...untuk bertatih semula. Kepedihan semalam belum lagi menjanjikan penderitaan untuk aku pada hari esok. Aku tanam itu dalam akalku.

Hari semalam yang berlalu, aku biarkan.Aku tinggalkan. Semuanya kenangan. Yang pahit Yang manis jadikan pengajaran dan pedoman. Tak perlu terlampau difikirkan. Ia sudah pun berlaku! Hari ini sedang berlangsung. Tumpukan sepenuhnya, supaya hari ini berlangsung dengan lancar. Supaya hari ini adalah yang terbaik untuk kita. Peringatan untuk AKU. Hari esok. Itu adalah esok. Sesuatu yang kita belum pasti apa yang ada di penghujungnya. Jadi, tidak perlu menghukum hari esok pada hari ini. Kerana esok belum pasti kewujudannya.Belum pasti akhirannya. Juga tidak perlu menghukum hari ini kerana hari semalam. Kerana semalam telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Apa yang perlu, pastikan hari ini menjadi lebih baik dari semalam. Utamakan HARI INI, kerana hari ini yang akan melakar lukisan hidup hari esok. Sedarlah seorang AKU.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Perkara yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

17 Januari 2009

Secebis kisah petang Sabtu

Supaya tidak terlampau banyak sawang.....ekekekkek....

Okay...take out your M1.....

teacher...buku saya takde la
teacher....buku tinggal
teacher...buku tak bawak

Ala...ni tak best nak dengar nih...
Check la betul2...kalau teacher check jumpa
Ha...camne?

Takde, teacher...

Aku kuar jap...menuju galeri wawasan aku..
Jengok...sah, buku ada situ!
Camne la aku leh lupa, aku dah kutip buku tu ...
(minggu kepala cikgu tgh blur) heheheh
Cepat2 sambar , masuk kelas semula

Fitri Yanti:
Ha....tu buku kitaorang
Adapun kat teacher...
Camne la teacher boleh lupe?
Teacher nie....
Teacher...teacher....

Cewah...cewah....budak kecik nih sekali dia berleter plak kat teacher dia.
Wakakakakak...aku control..aku control
Sib baik aku tak marah2 deme tadik!hehehhe

Teacher balas leteran Fitri:
Ale...teacher kan dah tua...
Kalau awak ingat buku ni ada kat teacher,
Kenapa masa teacher suh cari n keluarkan
awak pun sungguh2 cari
Siap kata tak bawak lagi....

Fitri,Fifi senyum jer...ala teacher nie...

Fifi plak cakap kat Fitri;
Tu la kau, kan dah kena muka kau balik...

Ekekekek deme gelak sendiri.

Alahai.....cute pulak budak2 nie berleter .....bijak bercakap
bijak menjawab....aku sabor jer...
Tapi part aku suh tulis baca....
Lagi2lah banyak aku kene sabor!

14 Januari 2009

Suria tak indah, mendung menjelma

Salam....8.30 tadi dapat sms ....1 dari puteri....1 dari k sal....isinya same. Sms yang di"kopipes" je ni...foward,foward msg yang berbunyi begini :
  • Ayah Sul meninggal. xcident.innalillahi wainna ilaihiro ji un....
  • bila? sul dah balik?
  • tadi kul 8.00. kami teman k sul balik dengan jiran.
  • katne sekarang?
  • lagi 30km sampai k selangor.
Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan balik. Semoga Sulhana bersabar dan tabah menghadapi situasi yang tentu2nya sukar bagi seorang anak. Kita sedekahkan Al-Fatihah , semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Esa. Amin.

Senyumanku kian pudar. Suria tak indah. Mendung datang menjengah.

Senyuman yang masih dalam Impian

SENYUMANKU HARI INI
TERBITNYA TIDAK SEINDAH SURIA....

sehingGa suAtu SaAt wAkTU, TidAk seManis SenyUmaN ImpiaN

12 Januari 2009

Hadapi dengan senyuman?

Dok terpikir-pikir nak post tak..nak post tak...tapi hati ni asyik berkata-kata. So at last ambil keputusan post je la. Bak kata kengkawan blog yang lain tu...."dah ini kan blog aku...suke hati aku la nak post apa pun"...heheheh . So berdasarkan itu maka saya membuat post luahan rase .....ahaks!

Pejam celik dah masuk minggu kedua persekolahan. Tiga hari sebelum minggu persekolahan bermula, saya dah pun menjengok2 kelas yang dipertanggungjawabkan untuk saya. Kira, bilangan meja kerusi ok? ok....cantik. Belek2 papan kenyataan depan belakang. Langsir kelas. Almari buku. Banyak gak la yang perlu di make up kan. Paling ketara, papan kenyataan. Siap...saya tampal kertas baru kaler biru. Semua papan kenyataan tu saya hias simple....tak kira bahagian cikgu petang ker....cikgu pagi ker....saya pukul rata semua. Supaya seragam. Kalau harap masing2...alamatnya nanti kaler x serupa.x seragam...pada saya tak cantik! So...nak seragam punya pasal, saya buat lah sekadar mungkin papan kenyataan tu. Bab alas meja, bunga hiasan saya pas kat cikgu yang kongsi kelas ngan saya la. Heheheheh...sekali dia pilih alas meja kaler meroon da.....Cuba imagine....papan kenyataan biru....alas meja merah....dinding kuning langsat...okay tak? Heheheheh

Then....Sabtu lepas ada plak taklimat ngan GB....sekali GB nak semua papan kenyataan tu di cover ngan kain lah plak! Heh ele.....sio-sio je saya kuar duit hias papan kenyataan tu. Guna pakainya tak sampai sebulan lagi ha...Kain kaler meroon petang tadi nengok dah ada dah kat bilik guru...dalam minggu ni pasang la kot. Saya, diam....jadi tak terkata-kata la plak...walaupun hati ada gak berbisik2....#&^#^@ gitu la...Silap tindakan ke, saya ni? Almaklumlah dulu2 GB semua lelaki, dapat ayah kan....xdelah amik kisah sangat hal2 hias kelas ni. Hiasan kelas bulat2 serah kat guru kelas. Tahun ni pulak dapat mak....pepaham je la. Dah kita anak...kena lah ikut cakap mak....tak karang, tak cium syurga plak...hehehehe. Tu yang terkadang-kadang boleh terbantut kalau2 ada perancangan sendiri. Ibaratnya...buat salah. Tak buat pun salah....-->di sini saya confius.

Walau bagaimanapun, warna kain mak tetapkan, kainnya pun mak yang tetapkan. Anak-anak hanya perlu siapkan apa yang perlu di lekatkan kat papan kenyataan bahagian depan. Mak dah senaraikan dah...iaitu, jadual waktu kelas, kalendar, visi dan misi sekolah, senarai nama murid kelas, jadual bertugas, pelan kelas, dan pelan laluan kecemasan kebakaran. Dan papan kenyataan belakang kelas plak....info2 yang ditampal tu mesti ditukar setiap bulan.

Diakui la....jagaan ayah lain, jagaan mak lain. Eh, terlintas di minda-Agaknya bagaimana saya hari ini jika saya mendapat jagaan daripada seorang yang bergelar MAK? Usia saya dah 30 pun ni ha,Ermmm....apapun, saya tetap bersyukur kerana masih berjaya walaupun ayah menjaga saya dengan tulang empat keratnya seorang diri selama 26 tahun ini....Terima kasih ayah....kerana saya pada hari ini.

HADAPI DENGAN SENYUMAN, SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAJA. ahaks! I'll Try bebeh...

Dewa-dewa melihat sakti,
Diam dalam gua batu;
Jangan kita susah hati,
Susah ada tuhan membantu.

11 Januari 2009

Nilai suatu penilaian


Pandangan saya, seawalnya hanya melalui pendengaran. Kita dengar begitu dan kita dengar begini. Ada yang berkata macamni ada juga yang berkata macamtu. Kita berkata bagaimana? Biasanya kita berkata berdasarkan penilaian yang kita buat setelah mendengar yang begitu begini. Iye ke? Banyak yang baik-baik kita dengar, positif penilaian yang kita bina. Banyak yang buruk-buruk kita dengar, negatif penilaian yang kita ada. Itu dia....pandangan kita yang pertama. Yang mungkin boleh jadi kekal dalam minda kita? seperti CINTA PERTAMA ? gitu? hehehe

Setelah mendengar ke fasa melihat. Penilaian yang telah kita buat kita bandingkan pula setelah berhadapan sendiri dengan apa yang kita dengar. Penilaian kedua boleh berubah daripada penilaian yang awal. Mungkin juga tidak. Masing-masing ada view tersendiri. Tapi itulah.....CINTA PERTAMA tadi tidak semestinya kekal dengan kita. kan? Penilaian berubah! Kita beralih pada CINTA yang seterusnya.

Mendekati dan mengenali apa yang telah kita nilai. Dan pada waktu itu baru kita membuat penilaian yang terakhir. Dan terimbas kembali, penilaian dari pendengaran semata. Juga penilaian melalui penglihatan. Rata-rata mengatakan....don't judge a book by its cover! Tapi....cover tu penting juga untuk menarik kita menyelongkar misteri yang tersimpan di sebaliknya. Yang penting....dengar,dengar juga. Yang harus.....lihat,lihat juga. Tapi kita tidak patut terus terima atau tolak apa yang kita dengar apa yang kita lihat.

Ada kacang tumbuh di hilir,
Akar menyangkut di bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
Jangan menyesal di kemudian.