15 Ogos 2009

perpisahan memang sakit!


Sah...perpisahan itu sememangnya sakit,menyakitkan.
Doktor kata dalam masa 24 jam sakit akan hilang...
Tapi hingga saat ini aku masih sakit...huhuhuhuhu...
Ubat dah telan...
Mungkin pain killer tu tak cukup kuat..
Huhu...sudahnya aku isi borang cuti je la...
Aku lapor weiiii...
Tapi apakan daya...
Perpisahan yang berlaku..
apatah lagi dengan luka yang ditinggalkan,
pergghhh...ingat senang-senang je ke nak baik??
bengkak sikit muka aku nie...issskkk

Macam tu jugaklah hati manusia
Sekali terluka, sakitnya pasti terasa
Walau peristiwa dah berlalu
Bengkak kat hati masih bersisa..
Macam tu kan? ke?

Dalam lukanya
Panjang jugalah
Masa yang diperlukan

Parah lukanya
Bertempoh jugalah
Waktu yang diminta

Untuk suatu kesembuhan...

14 Ogos 2009

angkara dia...

si bongsu...
dalam kehidupan kita biasanya
yang bongsu paling disayangi
yang bongsu paling beruntung
yang bongsu begitu dan begini
yang selalunya mewah
dengan kasih sayang
dengan perhatian

tapi
dalam kes aku
si bongsu rupanya punya angkara
buat aku tak tidur malam
buat aku menderita kesakitan
dan akhirnya si bongsu itu
telah aku singkirkan
angkara si bongsu
maka ada yang tercedera

ahhhh...aku masih terasa ngilu
Auuuchhhh...
si gigi bongsu, tumbuh menyenget
tercedera sudah gusi bawah
Issshhhhhhh terpuasa awal aku

Dalam hidup
mungkin macam tu jugak
sesuatu yang datang tidak membawa sebarang fungsi
Nyahkan sahaja
Sebelum melarat mencederakan diri dan hati

13 Ogos 2009

sungguh tak menahan...


Nak gelak...x boleh....sakit!
Nak sengih....pun sakit!
Nak ngaga....sakit jugak!
Nak kunyah....lagilah sakit!
Telan air liur pun....rasa sakitnya!
Arrggghhhhhh.....sungguh tak menahan....
Katup...tutup ....rasa kering plak bibir...

Whuahuaaaaa...
Camne nak kasi itu adik bongsu cepat2 tumbuh???
Terseksa nie...
Hhuhuhuhu...
Sungguh macam-macam lah ini Ogos yang istimewa..
ahaksss....ihikss...hahah...hehehhe
Aduh...sakit lah!
nyut...nyut...nyut...
sungguh tak menahan nih....
tak senyum....bukan sombong.
muka berkerut......bukan marah.

Al-Fatihah...

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Al-Fatihah..


12 Ogos 2009

jika begini, tidak sepatutnya begitu .....

Jap...jap....jom nyanyi sat....
walaupun kau bukan kekasih
namun bukan sekadar teman biasa
hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka...

di antara cinta dan kasih
apakah ada jurang pemisah
hadirmu membawa cahaya
di hati nan terluka
oh sayangku....
orait...lagu xde kena mengena langsung dengan coretan yang seterusnya di bawah ini. Saja nyanyi suka-suka menghibur hati....hehehe still remember? Ini Ogos yang istimewa kan....


Aku cuma seorang insan...
Walaupun mungkin dipandang luar biasa,
Aku masih seorang hamba-Nya.

Aku cuma seorang insan...
Walaupun mungkin dikata hebat,
Aku masih seorang manusia.

Aku pengajar
Aku pendidik
Di dalam ruang sekitaran

Aku memberi
Aku berkongsi
Ilmu yang juga ihsan dari-Nya.

Bersalahkah aku jika...
Sesekali aku terlupa?
Sesekali aku tersilap?
Sesekali aku terleka?

Tidak bolehkah aku jika...
Sesekali terjatuh?
Sesekali tersungkur?
Sesekali tersedu?

Kerana aku manusia
Yang punya hati
Yang punya perasaan
Yang punya nafsu

Mengapakah mesti ?
Orang hebat tak patut silap....
Orang bagus tak patut leka....
Orang begitu tak patut macamni...
Orang begini tak patut macamtu...

Kalau terlalu kerap mungkin tak patut...
Tapi kalau sesekala ...... salahkah?
Tapi kalau sesekali..... tak bolehkah?

Kita sering dengar ungkapan
Kita tak sempurna...x pernah sempurna...
Tapi apabila orang hebat tersilap langkahnya
Mengapa ada suara-suara di belakangnya?
Tak patut begitu dan begini
Di manakah pernyataan...'kita x pernah sempurna'
Yang dulunya menjadi mainan dibibir??

Ibaratnya - 'kita tak pernah sempurna' hanya untuk diri empunya yang tersungkur.
Begini agaknya :
Diri sendiri silap - alasan - kitakan manusia, mana pernah sempurna.
Orang lain silap - alasan - dia hebat tak sepatutnya buat silap!
Adilkah begitu??

Kehilangan


Aku kehilangan, dek kerana keletihan , dek kerana mengantuk yang amat...
Aku ketiduran. Streamyx on jek sepanjang malam, bawa ke pagi...ceh...biasa wat camtu pun.
Habit tak bagus, tapi buat juga. Alahai....

Cuma, pagi ini ada beza sikit. Aku kerabunan....ahaks.
Mana aku letak cermin mata ek...lupa.
Malam tadi tak perasan buka letak mana.
Cari atas katil...xde.
Cari bawah bantal...xde.
Cari bawah katil...xde.
Cari atas meja...xde.
Cari sebelah laptop...xde.
Aiiyyyaaa....mana dey???

Cari atas meja solek....xde jugak!
Errkkkk xde atau tak nampak??? al maklum dah rabun kan...ihiks.
Selongkar laci...ha..boleh lah!

Sib baik ada simpan daily lens nih...
Bolehlah...
Cermin mata oh cermin mata...

11 Ogos 2009

N3 Khas : Saya sayang Kamu!


Akhirnya.....yeaahaaaa....akhirnya....
Tesis aku dah selesai. Ngeh...ngeh...seronoknya!
Selepas ini bolehlah aku mengulangkaji dengan tenang.
Ada dua paper lagi ni...21hb dan 23hb..
Paper 21hb ni memang kena study betul2
Sebab....assgment x berapa nak cantik ..huhuhuhu
Kalau exam pun x cantik...sendiri ingatlah kan...
dan seperti kata Zuraidi tadi...
boleh juga 'berkebun' dengan tenang. ceh...perlikah?? hahah aku tak kisah.
Huhuhuhu...exam tak abis lagi lerrrr.

Apapun...sangat syiok Tesis aku dah hantar...Terima kasih untuk kamu,kamu,kamu yang sedikit sebanyak menyokong aku secara langsung atau tidak...beri dorongan, beri panduan, beri motivasi, dan macam-macam beri lagi la....supaya aku sentiasa tegak dan terus ke depan untuk buat yang sehabis baik. Siapa yea...hehhe
Aku tahu jugak sebahagiannya adalah silent reader blog aku ni....ketahuilah aku sangat berterima kasih kat korang tau..

Saudari Noor Sazila Md Desa
-tq kak ....akak dah bagi panduan sebelum saya masuk tahun akhir lagi.-

Saudari Salmiah Abd Hamid
-tq kak ....panjang lebar akak terangkan kat saya hari tu.-

Saudari Norhasnita Kusairi
-tq kak ....panduan ringkas yang akak story dan buku2 yang akak pinjamkan.-

Saudari Norhidayah Jailani
-tq dayah ....bagi akak tgk contoh dan dari situ bagi idea kat akak.-

Saudari Rozita Hassan
-tq ita ....menjelaskan apa yang aku tak paham.-

Saudari Norazurainee Abdullah
-tq kak ....menggerakkan aku supaya alert.-

Saudari Elys Rosliza Jaafar
-tq elys ....selalu tanya aku, itu membuatkan aku kena sedia selalu.-

Saudari Faridah Majid
-tq ida ....hantar aku untuk submit tesis, hehehe.-

Saudara Zuraidi Md Nor
-tq di ....tgk ko bersemangat aku terikut bersemangat nak hantar cepat.-

Saudara Ameer Hamzah Ibramsah
-tq cgu Ameer ....tukar waktu sesi mengajar dengan saya sampai 3 kali.-

Saudara Sabiahmad
-tq sabi ....tukar waktu sesi mengajar dengan aku walaupun mungkin ko x selesa.-

Saudara Harun Abu Bakar
-tq wak ....buat n3 motivasi untuk saya supaya tidak berasa takut.-


SAYANG U ALL!!

Cereka pilihan


Pergghhhh letih keletihan
kalau tak dibuat tak siap tak sudah
kalau dibiarkan lagilah entah bila nak selesai
Sendiri buat segala semua
pelan-pelan satu-satu sikit-sikit
ngeeeee adakala
sederap ha masa tu
tunggu aja la dua-tiga hari kemudian
sendiri pengsan.

Semalam satu hari yang meletihkan
Hari ini mungkin kan menyusul
keadaan yang hampir sama
walaupun tak serupa

Adehhh...sesekali hati merintih
Apa nak buat....duduklah sebentar
Merehatkan diri

Semalam pulang dari tempat kerja, di rumah sudah ada yang menanti. Beberapa orang menanti kepulangan aku. Bercerita dan memperkenalkan produk herba. Buat sedikit pemeriksaan . Target utama my dear ayah lah ....sapa lagi kan....melalui jari manis saja boleh dilihat keseluruhan tahap kesihatan dari kepala hingga tapak kaki. Pemeriksaan yang boleh dilakukan di IJN dengan kos yang agak tinggi. Aku? gunalah peluang tu juga....hehehe dan hasilnya...
"cikgu...awak pernah jatuh ek? terantuk kepala? " itu tepat!
"pinggang awak ....dada ada sakit? ini tepat yang kadang-kadang juga.Sebab kadang-kadang memang aku rasa mengah bila buat apa-apa.
"Cikgu....you tau tak sebab apa badan u boleh 'naik'....bukan sebab makan tau..."
"errrkkkk.....ye ke? sebab apa?"
"hormon cikgu....your hormon inbalance nie..." hahahah itu memang sangat tepat!
heheheh sebab hormon rupanya, padanlah diet , aerobik bagai seakan tidak menunjukkan kesan.kehkehkeh.
"you ni banyak fikir....cepat letih ....stresss" alahai...memanglah. Tiga perkara utama tak pernah lekang dari fikiran. Rumah dan ayah. Sekolah dan kerja. Universiti dan belajar. Kudrat yang ada, cuma satu. Abih camno???? Masa sesi ni berlangsung pun sempat aku fikir...mana nak cari kertas cover untuk tesis aku. Susah weiii nak jumpa warna meroon tu!

Selesai kisah pemeriksaan kesihatan, aku ambil untuk cuba beberapa produk keutamaan sekali lagi untuk ayah, keduanya untuk diri aku sendiri. Huhuhuhuhu aku nekad nie, sebab nak ayah sihat boleh berjalan balik, sebab nak betulkan hormon aku. Biarlah.....aku tak raya pun takpe! Sebab budget raya dah beralih alirannya. Waaaaaaa.Ha..kan datang stress.hehehe

Pagi ini, Kak Zie datang hantar makanan herba tu (sekali nak amik bayaran ler) . Kahkahkah...malam tadi manalah ada dalam simpanan aku. tu la pasal. Cancel la aku nak merayap cari cover kat syeksen 2 tu. Malam tadi gak aku kuar masuk giant, masuk tesco. Ahhhh boleh la kot kaler tu....!!! Walaupun aku tak pasti ketebalan kertas tu boleh ke tidak ntah dikategorikan sebagai softcover??!!Hahahah .

Petang ni dah janji ngan Zuraidi jumpa kat oum. Jumpa Dr. Safiah. Siap bawak cenderamata lagi. hahaha aku masih berhutang dengan Zuraidi. Cehhh. Tapi, sebelum tu....jumpa eeeda dulu. Janji jumpa kat UM....biasalah KL ni setakat UM je yang aku berani kalau driving. Nak naik atas lagi kenalah kawan yang bawak...heheheh. Oraiit...aku janji 230 tapi eeeda kata 2 ptg, awal sikit coz dia nak jumpa dekan. Masalah tutor dia, ramai student assgment diberi gred F. Gilor apa..??? F tu serupa macam orang tak hantar assgment .

Eh...orait...panjang pulak cereka pagi ni. Ada tugas tak selesai lagi yang perlu diselesaikan pagi ni. Adios....sambung cereka malam nanti. Ngeh ngeh ngeh...

09 Ogos 2009

Thats NURANI is yours


Ini adalah tentang hati.
Hati yang ada suara-suara..
Daripada pelbagai suara itu
ada yang kita panggil nurani.
Thats nurani is yours...

Bercakap daripada pengalaman,
Hati selalu berkata begini dan begini..
Dan adakala kita tahu ia adalah benar
Dan adakala kita pasti itu yang sebenar
Tapi
Angin-angin selalu membawa prasangka
Dan membuatkan kita untuk bertanya
kepada hati-hati lain untuk lebih kepastian.
Hati yang bukan milik kita
Hati yang tidak merasa apa yang kita rasa

Akhirnya kita menerima kata hati
Yang bukan milikan kita
Akhirnya kita menolak kata hati
Yang jelas nyata abadi dekat dengan kita
Nurani berbisik tapi kita menentangnya
Dihujung keputusan
Nasi sudah pun menjadi bubur
Tiada lagi gunanya...

Impak yang termaktub pada hari ini
Kerana masa lalu aku menentang si nurani
Kini aku semakin ingin mendekati nuraniku
Dan akan aku pastikan...
untuk perhalusi nurani yang selama ini
Sentiasa setia membisik tapi tidak ku endahkan

Sudah kerap benar rasanya...
Iya....tapi aku tidakkan,
Benar....tapi aku salahkan,
Sayang....tapi aku bencikan,
Bersuara....tapi aku membisukan,
Hidup....tapi aku matikan.

Apabila ada bulan, pasti ada matahari!



"You are not alone"
Lagu dendangan mendiang MJ

Aku sendirian walaupun ada di kiri juga di kanan
Siapakah mereka?
Kawan, sahabat, handai taulan
saudara mara
malah mungkin juga musuh
Di mana mereka?
Mereka dihatiku..
Aku? di sudut mana aku diletakkan mereka?

Yang memberi akan menerima..
Bunyi macam tak ikhlas aje
Kalau ada perkataan s.e.m.o.g.a di hadapannya
Tapi itulah hakikat yang perlu diterima

Kamu beri dan barulah kamu akan mendapat
Jadi siapa aku? siapa kita?
pada waktu-watu tertentu
Peneman waktu diperlukan...aku di sini
Waktu kamu bersenggang...aku masih di situkah?
Di kala kesepian...aku menyanyikan
Saat kamu dihiburkan oleh alam... suaraku masih di cupingmukah?

Namun
Aku gembira dengan hidup pada waktu ini

Aku teruskan perjalanan
Dengan meneruskan dendangan
kepada cuping-cuping yang ingin mendengarkan...
Hidup dan penghidupan itu hanya satu persinggahan
Singgahlah kamu dalam hidupku
Walau sekadar untuk melepaskan lelah

You are not alone Insan Biasa
Cuma...
jangan kau beri jangan kau tinggalkan harapan
Yang pasti dalam hidup ini
datang dia, pergi dia
pergi dia maka akan datang pula dia
Nah...lihat! Benarkan?
Insan Biasa tidak pernah keseorangan
Sedar sekarang tentang itu
Hanya dulu..terlalu perasan
Sampai terasa nak matikan hati!

Zaman kebangkitan sudah bermula
dan
You are NOT ALONE!

-pantun TS-

Ada bulan adalah matahari,
Malam datang siang pergi;
Sudah begitu adatnya terpatri,
Datang dan pergi silih berganti.



07 Ogos 2009

Kalau begitu....

Baiklah,
Kalau begitu caranya..
Kalau begitu percaturannya..
Kalau begitu penerimaannya..
Kalau begitu sambutannya..
Saya akur.

Tidak menjadi hal..
Kerana selepas ini,
Ada kemungkinan..
Saya juga begitu terhadapmu,
Melakukan perkara yang sama.
Masuk kandang kambing mengembek,
Masuk kandang harimau mengaum..
Di mana bumi dipijak,
Maka di situ langit di junjung.

Hahaha..

Sebab.... saya tahu,
Ia hanyalah sesuatu yang remeh..
Pada sesetengah orang.

Walaupun yang sebenarnya,
Bukan saja saya,
Bahkan,
Semua orang...
Tidak mengira usia
Tua Muda atau
Kanak-kanak Remaja,
Miskin Kaya.
Pendek kata untuk semua..
Yang kita panggil manusia,
Pasti gembira..
Kalau memperolehinya..
Kalau membacanya..
Kalau mendengarnya..

Terima Kasih
Kerna pernah memberi..

06 Ogos 2009

Masih diberi peluang

Hari Ini
Istimewa
Hilangkan sedih riangkan hati,
Hati dibersih terus berjuang;
Terima kasih kepada Illahi,
Aku masih diberikan peluang.

04 Ogos 2009

Jangan nak pandai-pandai !

Balik dari sekolah, kaki kanan rasa tegang. Dari paras betis hingga ke hujung jari. Tapak...aku tahankan aja ngilu tatkala berjalan, tatkala menekan brek kenderaaan. Kenapa? mungkin melalui lorong-lorong berliku di sepanjang perjalanan . Perjalanan maaasiihhh jauhhhh.

Sentap! Giliran aku pulak hari ini. Agaknya. Salahkah pertanyaan untuk suatu kepastian hingga pertanyaan itu disergah??!! Berbaur tuduhankah pertanyaan itu sehingga seolahnya merempuh ego seorang lelaki yang bergelar pemimpin dua keluarga?? Atau dia sekadar mahu menyatakan pimpinan aku - lelaki - sebagai ketua tiada salahnya. Maka mana mungkin perkara sedemikian berlaku kepada anak pimpinanku...??

Jika begitu apalah lagi tugas guru ? Hingga pertanyaan disangka tuduhan?
Jika begitu apalah lagi kerja guru? Pemberi gred kepada keputusan akademik semata?
Jika begitu apalah lagi fungsi sekolah? Tempat penjagaan kanak-kanak kepada mak ayah yang jarang di rumah?

Sahsiah??? Mungkin tidak layak untuk cikgu-cikgu yang belum beranak! Jadi, awak jangan nak pandai-pandai! Begitu mungkinnya....

Arrgghhh.....kaki aku makin tegang....makin berdenyut-denyut! Pengalaman Ogos yang istimewa...Terima Kasih.

Kalau udang dibuat gulai,
Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
Budi bahasa pengiring diri.

03 Ogos 2009

Lihatlah bulan itu.

Rajuk? aku rajuk kah...? Perkataan-perkataan itu aku belum susun betul-betul. Ayat-ayat itu aku belum faham sungguh-sungguh. Maka aku rajuk....

Rajuk? rajuk kah aku? 1...2...3...detik mendekati. Aku masih belum faham. Maka aku ingin bawa diri. Menyendiri. Tapi aku bukan pendam rasa banyak-banyak...sekelumit cuma. Hahaha ini kan Ogos istimewa aku tak mahu rosakkan keistimewaan itu.

Ohhh rajuk.....juga bukan untuk lari dari realiti, tidak sama sekali. Cuma berusaha untuk menghadapi realiti. Maka aku perlu rajuk. berapa lama? bergantung kepada ringan berat rajukku . :-). Menguji diri dan........hasilnya aku nantikan. Kita bersangka baik sahaja. Tentulah....inikan Ogos Istimewa!

p/s : Catatan tambahan. bersangka baik-baik je...mengapa rajuk? sila rujuk aktiviti semasa saya....7/8...so kenalah rajuk sat...ekekke

Apa datang dari Rengat?
Sarat muatan buah rambutan,
Hati jangan rindu sangat;
Cubalah lihat dalam bulan.

01 Ogos 2009

Dia datang

Dia datang lagi.....Ogos! Ogos kali ini harapnya tidak semuram ogos yang lepas. Dan semoga itu sahajalah ogos yang paling-paling teruk pernah aku lalui. Jangan ada Ogos seperti Ogos yang lepas. Nyahhh jauh-jauh,okay!

Ogos kali ini, didalamnya aku lahir dua kali. Dan harap2nya kelahiran yang membawa sinar yang lebih menyerlah...sebab dah dua kali kan? heheh. Satu, seminggu selepas datangnya Ogos. Dua, seminggu sebelum berakhirnya Ogos. Hah di situ masanya aku dilahirkan. Bestkan dua kali lahir. Tapi boleh juga nak lahir hari-hari...boleh kita jadi baru dan lebih baik setiap detik.

Ogos ini...cerita yang macam-macam untuk hidup aku. Bulan lahir aku yang lahirnya tak cukup bulan nih...special kan? Heheh awal2 dah special! Bulan di mana aku mula duduk berjauhan dari ayah kerana berada di MPRM dan Ogos juga menemukan aku dengan kehidupan berdikari.

31 tahun lalu menemukan aku dengan dunia alam.
13 tahun lalu menemukan aku dengan dunia yg mengajar erti berdikari.
10 tahun lalu menemukan aku dengan erti kejayaan sebuah kegigihan.
04 tahun lalu menemukan aku dengan dunia yang penuh warna-warna.
01 tahun lalu menemukan aku dengan dunia yang penuh pancaroba.
yup....dan
52 tahun kemerdekaan untuk negara tercinta, Ogos juga!

Ogos dalam hidup aku pelbagai implikasinya.
Ogos terkini berganda lahirnya...semoga berganda gemerlapannya.
Ogos & Ramadhan yang hampir seiring hadirnya cukup memberikan aku satu rasa.

Ramadhan seperti juga Ogos dan yang pasti banyak episod cerita hidup aku sama ada ok atau tak ok di penghujung episod , pemulanya sering berlaku pada Ramadhan. Dan aku teruja juga, apakah dan bagaimanakah agaknya episod yang bakal Ramadhan kali ditakdirkan untuk aku??
Ogos dan Ramadhan di dalamnya terdapat episod kehidupan seorang aku yang bergelar ~insan biasa~ Betapa istimewanya Ogos yang berada dalam Ramadhan. Walaupun masih belum betul2 berselisih...ia masih istimewa kerana masanya semakin menghampiri. Fuhhhh...Semoga episod tahun ini akan lebih ......(aku xde perkataan untuk mewakili apa yang tergambar dalam minda) hahahah..menandakan kamus asli aku tak cukup lengkap lagi lah tu kansss.....

Cik bedah pergi ke pekan,
Sampai ke pekan membeli rotan;
Kalau sudah bertuah badan,
Batu di tangan menjadi intan.