16 Julai 2009

Hey Ladies!!

yang menyanyi
-ROSSA-

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada

Semogalah kita semua akhirnya

Mendapatkan cinta yang tulus


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

15 Julai 2009

antara lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa? (siri 3 )

Siri akhir untuk n3 bersiri....hahaha.

Aku menghampiri lelaki kedua yang telah menetap di dunia selama 8 tahun. Memang dah hari-hari dekat pun. Dia duduk depan aku. Menulis, satu demi satu.

K.a.t.a. K.e.r.j.a
m.e.n.u.l.i.s
m.e.m.b.e.l.a.h
m.e.l.o.m.p.a.t

belum lagi menulis (menyalin) ayat.
Takpa aku faham....slow learner.Tapi ada yang tak boleh terima, kenapa? siapa?Lelaki pertama.

dialog bersama guru pemulihan...
"kak, murid ini macam mana dalam kelas akak?"
"erm....dia lambat tapi bolehlah sikit-sikit"
"ok.."
"ermmmm....hari tu dia cakap kat akak...."
aku tunggu ayat seterusnya....."ayah kata, lepas ni tak payah pergi kelas pemulihan"
"iye?" saya kemudian diam saja.

berhadapan dengan lelaki kedua yang sedang melukis ntah apa...
lelaki, gemar lukis gambar-kenderaan-robot, saya memula bicara..

"kerja saya dah siap?"
"buku tak ada....tak bawak..."
"guna buku 2 ini..." saya dah standby ...ikihikihkihh terbantut lukisannya.
"dah siap keje saya tu, nanti boleh sambung lukis..."

sambil2 tu berborak2,

"semalam, kat rumah ada buka buku sekolah tak?"
"tak"
"kat rumah tak baca buku ke?"
"tak"
"awak buat apa?"
"tengok tv"
"ayah tak ajar ke?"
"tak"
"tak pernah ajar langsung ker?"
"dulu ada la....sekali je"
"sekarang?"
"tak..."
"mak...?"
"mak jaga baby"

"bila awak baca buku?"
"takde baca"
"habis tu awak kat rumah tak baca buku langsung lah?"
"ha.." sambil senyum.
"ayah tak marah? tak tanya?"
"ayah takde..keje, ayah balik, saya dah tido."
"siang kan ada..?"
"dah pegi keje"

so...

lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa?
aku yang tak pandai menilai kejujuran?....atau
aku yang tak nak percaya kat orang?....atau
aku ragu-ragu nak percaya kat sapa....

dan....aku berkeputusan, apa pun maklumat yang aku dapat, aku ada tugas aku....buat tugas aku ajalah. lebih selamat untuk utamakan core bisness aku . ye tak?

dua maklumat yang saling tidak sepadan antara kedua-dua lelaki

lelaki kedua yang aku kenali;
  • slow learner
  • pasif
  • kurang keyakinan diri
  • suka melukis dari buat kerja sekolah
Burung kedidi terbang ke pantai,
Terbang mari berkawan-kawan;
Ingin nak petik buah di tangkai,
Takut pula rosak sedahan.

14 Julai 2009

rasa apa ni???

Aku dah pergi "padang" yang aku pilih itu.
Muahahhahaha padan muka aku.
Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari!!!
Padan muka aku...
Padan muka aku...
Padan muka aku...

Errrkkkk tiba-tiba aku jadi tak tentu hala nie...
ada macam2 rasa dalam jiwa
Dup dap dup dap
Dup dap dup dap
Dup dap dup dap
Ntah apa yang aku rasa!!!!

Ada rasa macam2!

PADAN MUKA AKU!!!!

Eeeeee.....sungguh tak selesa, semua perkara macam tak menjadi
Aku tak suka rasa2 yang tak dapat dikenalpasti nie...
tapi aku diberi peluang untuk merasai
aku tak suka...tak suka....tak suka
bila merasa rasa yang tak dapat dikenalpasti!!!

waaarrrrrggggggghhhhhhhhhhhhhhhh
ke kiri salah ke kanan salah
ke depan tak kena undur lagi tak kena
cehhhhhh....penakut aku ni ....ngeh ngeh ngeh

harap maaf entry ini sedikit ntah hapa-hapa
seserabut jiwa yang ....yang.... yang....

nilailah sendiri berdasarkan entry ini

Waaarghhhhhhhhhhhh
Muahahhaha
hahahahhahah
hehehehehehh
ngeeeeeeeeeee

apo ni gilo ko???!!!
ntah kan den dah kabo an
den tak konal apo yang den raso an....

13 Julai 2009

kalau bukan kita yang tolong kita-kita, siapa lagi?

Maaf....ini bukan entry bersiri tentang lelaki pertama dan lelaki kedua. Cuma sedikit terasa hati. geram? tidak....,marah? tidak...., kecewa? sedikit...., kecil hati? mungkin....!

Aku cuma perlukan pelajar-pelajar itu sekitar 80 minit sahaja.
Tapi aku juga sedar dia memerlukan pelajar-pelajar itu untuk ulangkaji, ujian menghampiri.
Dan aku juga tahu dia sudah pernah merasai situasi seperti aku, memerlukan bantuan untuk menghabiskan pengajianku.Aku tidak akan mengganggu dia jika permintaan ini seperti mengganggu pengajarannya. Tapi, aku tidak menggunakan pelajar-pelajar itu....
  • untuk mereka belajar main sorok-sorok
  • untuk mereka duduk sembang-sembang kosong
  • atau sekadar mendengar cerita dongeng
Aku perlukan mereka untuk memenuhi tuntutan pembelajaran aku.
Aku mengajar dan mereka akan belajar sesuatu juga darinya.
Tidakkah apa yang akan aku ajarkan itu juga boleh dianggap satu ulangkaji?
Aku mengajar apa yang sudah mereka belajar...tidakkah ia boleh dianggap sebagai aktiviti pengukuhan?

Aku hanya memerlukan 80 minit dari dia....
Dan aku membuat 'appoinment' dengan dia ,akan telefon semula jam 9
Untuk apa? untuk bincang agar aku dapat bersama pelajar-pelajar itu dengan sejumlah masa yang dipersetujui bersama....mungkin tidak sampai 80 minit pun !
Namun aku cukup kecewa...
9 malam panggilan tidak dijawab....
Aku berbaik sangka...
910 malam masih sepi tanpa jawapan...
935 malam terus bernada tanpa dipedulikan....
Ah, bukankah aku sudah ber'appointment' untuk satu panggilan telefon?

Tiada sms mahupun panggilan balik...
Seakannya beratnya hati meminjamkan pelajar-pelajar itu pada aku..
Sedih + Kecewa

Kalau bukan kita yang tolong kita-kita siapa lagi?
Kalau bukan kita yang menaikkan kita-kita siapa lagi?
Kalau bukan kita yang mendorong kita-kita siapa lagi?

Sampainya hati dia. Walhal di mana pun kita...panggilan yang pelajar-pelajar itu panggil kita sama juga.
Sampainya hati dia. Walhal di mana pun kita...hari kita tetap kita sambut pada tarikh yang sama di seluruh negara!
Aku masih bersangka baik. Esok pagi akan cuba buat panggilan lagi. Kalau masih tak berjawab , aku faham...terpaksalah teropong padang lain!

"Situasi ini hanya akan mengukuhkan kepercayaan..."waktu untuk bersenang-senang semua orang ada....waktu untuk share yang tidak memenuhi keselesaan....bayang-bayang pun ntah ke mana...."

Errrkkkk....patut ke aku call dia lagi???

Pantun untuk dia...(walaupun aku tahu dia tak baca punya!)....

Anak helang di kayu tinggi,
Patah ranting terbanglah ia;
Anak dagang tak lama di sini,
Sampai musim pulanglah ia.

11 Julai 2009

antara lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa? (siri 2)

Lelaki pertama yang telah menetap di dunia selama lebih 40 tahun. Datang berjumpa dengan aku.
Aku yang tengah sedikit kalut petang itu tak ingat apa-apa lancar jer mulut bertanya...
errr....boleh saya bantu? kenapa ye...nak bawa anak balik ke? ermmmm kenapa boleh terpacul soalan begitu pun tak tahu lah....

"report card..."
"aha.....sila, kita berbincang di dalam." sambil menjemput lelaki ini ke ruang perbincangan di suatu sudut.
Bla...bla...bla....
Antara kata-kata yang membuatkan aku sedikit segan dan tabik dengannya sebagai seorang bapa...

*Kami bukanlah dari keluarga yang berantakan. Hubungan sangat akrab.
*Saya selalu memantau anak-anak saya , dan pastikan itu menjadi rutin ..walaupun sibuk.

*Buat kuiz kami anak beranak....dan saya dapati anak saya adalah seorang yang memerlukan cabaran. Dia perlu di cabar untuk melakukan sesuatu.

* Secara terperinci memberitahu masalah anaknya kepada aku, dan aku berasa anak ini sangat bertuah mempunyai keluarga yang mengambil berat tentang keadaannya.
* Jika kelas pemulihan yang dihadiri tidak mendatangkan hasil mengapa perlu diteruskan. Dilihat anak saya tidak ada peningkatan langsung!
* Kalau dirasakan kelas itu baik, saya tak kisah anak saya terus menghadiri kelas itu. I think you boleh teruskan, i don't mind. Ini bidang you and you know it better than me.

* So, saya cadangkan we together try to push him (anak) so, then he can do better. I tak tengok all these marks...coz I already know it.
* Rasanya tak perlu check doctor, bukan dia sakit pun...nanti ingat sakit mental pula....dia cuma sedikit lambat. Apa yang penting , kita sama-sama take care of him...push him more...di sini u incharge...di rumah let the family do it. I know he can!

Wa......detail sungguh...(walaupun apa yang ade kat sini taklah detail...)
Cuma apa yang penting....kesimpulan awal yang aku buat tentang bapa yang satu ini,

*sangat mengambil berat dan mengambil tahu kelemahan/kelebihan anak - beruntung anak ini.
*membuat tindakan untuk memperbaiki kelemahan - beruntung anak ini.

*berusaha untuk mendapatkan kerjasama dari guru untuk membimbing anak ini- beruntung anak ini.

*sedaya upaya mencari masa untuk diluangkan bagi meningkatkan tahap pencapaian anak- beruntung anak ini


keseluruhannya pada saya anak ini beruntung punya bapa sepertinya. Betulkan? Anak manalah yang tidak beruntung memiliki bapa yang begini?
Hehehe ada lagi sebab mengapa saya boleh merasa rendah diri berhadapan dengannya

*gaya percakapan yang sangat tegas/yakin
*hujah-hujah yang agak bernas

*berpenampilan yang menarik
- bagaikan seorang pegawai pelajaran gitu...ahaks

rasanya darah semua naik ke muka...ikikikiki...
Perbincangan berlangsung hampir setengah jam...lama tu aku mengadap dan mendengar dan berkongsi kata....sampai aku hilang kata-kata.

SO....ADAKAH KORANG SETUJU,
KALAU AKU KATA DIA SEORANG YANG PRIHATIN...


Hilang saja kelibat....rakan-rakan aku bertanya...

"Nis, sapa tu....?"
"Nis, insurans ke...?"

"ekekeke why?"
"Smartnya....hensemnya....bergayanya...."

"Oiiiii bapak budak ambil LAB lah!"
"OOOooooooo...."

kisah lelaki yang menetap selama 8 tahun di dunia .....akan menyusul. Tungguuuuu...

Sudah ikat baru sembelih,
Masak berempah isi kepalanya;
Intan manikam cari boleh,
Payah jumpa kilat cahayanya.

08 Julai 2009

antara lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa?

Hahahaha aduyai..............setiap hari ada peristiwa dan tinta semalam cuma menceritakan semula. So peristiwa baru-baru ini membuatkan aku tak tergamak untuk meninggalkan dunia blog walaupun hanya untuk seketika. Chewaaahhhh.....ekekekek. Kalau dah addicted tu memang payah!

Aku suka kamu. Aku sayang kamu. Aku kasih kamu. Aku dah cinta
kamu. So mana mungkin aku berjauhan dari kamu.....TINTA SEMALAM. Hahahahha...makanya terwujud n3 ini yang terpublish dengan sengaja....ngee

Okay berhenti merepek...terus ke persoalan yang ingin dipaparkan.
I need your words bloggers....


Suara kata siapakah yang lebih tulus dan telus antara mereka berdua ini???
Suara kata siapakah yang lebih jujur dan benar antara mereka berdua ini???

lelaki pertama
lelaki yang telah menetap di dunia selama lebih 40 tahun.


atau

lelaki kedua
lelaki yang baru menetap di dunia selama 8 tahun.

Aku dah story kat my dear ayah , seorang lelaki yang dah menetap di dunia selama 66 tahun. Dan my dear ayah kata lelaki yang baru menetap di dunia selama 8 tahun itulah yang suaranya lebih tulus,telus,jujur dan benar.....

Well your answer akan memberi kesimpulan akhir sama ada aku sebenarnya dah ditipu atau tertipu.....wkakakaka ditipu dan tertipu....sama jek kan.....??? Siapa punya angkara - Tentu sahaja salah seorang antara dua lelaki yang berbeza umur di atas! Ish, LELAKI !!! Hehehehe ....bersambung.

Wau-wau batang kalu,
Anak sepat mata merah;
Minta jalan hamba nak lalu,
Kalau tersepak jangan dimarah.

p/s : heheh tak ku sangka ada juga yang rindu pantun-pantunan di sini.

06 Julai 2009

Enjoy it!

Okaylah kepada semua, sementara aku nak berhenti berblog untuk seminggu ni (kalau tahan ler) korang layan le lagu nie ek...ekceli aku 'terdengar' lagu ni kat blog dak combi ni....hehhe cam kelakar but its....ahhh u all nilai sendiri la kan...

p/s : aku ni cakap je seminggu- silap haribulan sehari pun xde...muahahaha. addicted tul...masalah negara,ni!





05 Julai 2009

kerana bekas paku yang lekat di hati

Aku merancang untuk melalui jambatan ini sejak minggu lepas. Tak jadi...sebab idah ada hal xdapat teman aku. Dan minggu ini adalah rancangan susulan. Rudy-adik aku kat sana pun aku dah call beritahu aku nak balik dan siapkan something yang aku nak ambil. Tapi tuhan menentukan. Tak jadi lagi. Idah ada hal tiba-tiba yang sukar untuk dielakkan. Aku faham. Aku masih berkira-kira mahu balik ke sana atau tak. Kalau puteri ada...soheh aku ajak dia! Last2 aku ngadap laptop ni sampai ke sudah...taklah aku balik. Aku sms Rudy...
"Akak tak jadi balik...kalau dah photocopy, simpan dulu. Ada masa lapang nanti akak balik ambil.maaf"

Ntah...aku tak tahu bila aku akan balik sana. Yang pasti apa pun jadi. Aku tak akan balik sana sorang diri! Tidak! Aku memang keras hati. Aku bukan begitu asalnya, tapi keadaan menjadikan aku begitu. Okay. Selagi aku ada urusan kat sana. Aku masih bertimbang rasa untuk balik tapi bukan sendirian. Jangan minta aku balik sorang diri, itu PASTI aku elakkan, selagi boleh. Setelah selesai SEGALAnya kelak dan setelah tiada apa lagi hak aku di sana, maka itulah saatnya ...aku takkan balik sampai bila-bila. Kalau balik pun untuk mengenangkan Eza dan Niza. Akak ada sesuatu untuk kamu Niza....cuma belum masanya untuk akak beri pada kamu sekarang dan itu sajalah satu-satu penyebab untuk akak balik! tapi hanya jika ada teman! kerana bekas paku yang lekat di hati , tak mungkin hilang.

kesian kami....erkkkk iye?

Orang kata .....duit bukanlah segala-galanya. Biasanya pada yang ada duit dan dah tak tau nak buat apa dengan duit yang dia ada.
Orang kata .....duit tu penting. Takde duit susahlah. Biasanya pada yang takde duit dan sangat memerlukan duit.

Duit....penting sungguh atau tidak...? Duit itu keperluan atau kemahuan? ermmm dua-dua kot.
Keperluan:
Zaman sekarang semua duit. Nak ke tandas pun duit. kan? Pakaian keperluan, mana datang pakaian kalau duit takde. Tempat tinggal keperluan ,juga kena ada duit tu...
Kemahuan : Biasalah bak orang dulu-dulu kata , dapat betis nak peha. Dah banyak duit....nak lagi banyak....lagi banyak...dan lagi banyak.

Uiks segalanya duit. Boleh ke hidup kalau xde duit....

Tapi,

Duit juga punca pertelingkahan, punca perbalahan, punca ketidaksatuan! Teruk kita sekarang. Duit takde dalam tangan kita....semua orang tu control...susah woooo. Nyampah mak....nyah

M. Nasir pun ada karang lagu tentang duit nie...

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

Duit- betul pembawakannya Rahmat
Duit- salah menggayakannya Padah

Ada duit Senang - Ada duit Susah.
Kenapalah aku cite pasal duit nie....
hehehehe adalah....
kesian kami!

Beberapa individu yang berumur antara 10-11 tahun. Makayah takde kat sebelah. Perlu bawa diri sendiri sebagai salah satu perjalanan dalam hidup yang akan menjadi pengalaman di kemudian hari nanti. Yang ada cumalah kawan-kawan sebaya dan satu dua orang dewasa yang pastinya ada segan silunya untuk meminta-minta. Diberikan belanja RM3 seorang untuk satu hari. Agak-agak korang apa yang dapat dibelanjakan oleh mereka ini dengan nilai itu. Ingat....hanya RM3 satu hari. heheheh kalau aku cukup untuk lepas sarapan je tu....kesian , kena puasa lunch and dinner.

04 Julai 2009

tumbang

Aduhai....tak larat la wei....so pagi nie aku kat umah je.
Tak terlawan dek aku.
Very the pening.
Hopefully tak berpanjangan
coz
ada banyak benda aku nak kena handle
huhuhuhu
have to skip my class
once again
sorry

03 Julai 2009

cantik tetap di mata

Masa makan tengah hari tadi pun, sempat juga aku berfikir. Hahahha fikir lagi. Apa yang terfikir dek fikiran aku....cantik. Dah dok sorang-sorang, makan sorang-sorang, of course fikiran pun melayang sambil menguyah pun jadikkkkk. Dasat aku nie....cakap sorang-sorang pun penah tau! ahakssss! kritikal!

Cantik...ramai kata cantik fizikal semata pun tak guna. Tapi perasan tak, itulah yang ramai orang pandang utama. Cantik...alah, muka je cantik....nak buat apa? Tapi perasan tak, itulah yang ramai orang suka nak pandang lama-lama.

Ramai juga yang cakap, kalau diberi pilihan cantik rupa dan cantik hati....of course cantik hati jadi pilihan. Errrkkkk....Jujurkah sebenarnya jawapan itu? Macam mana aku boleh tanya soalan ini? Errrr sebab tetiba saja otak aku membayangkan (fikir kot) ...katakan begini:

Si X rupa sederhana, bolehlah tahan sedap mata memandang. Budi dan hati juga menawan. Partner bangga, sebab pakej ok. Itu pun kalau dia tak jumpa yang lebih cantik lah. Andaikan terjumpa Z yang lebih jelita dengan budi dan hati yang sama levelnya dengan X tadi....ada kemungkinankah perhatian beralih pada Z? Mustahil atau tak mustahil??? (Heheheheh)

Pada aku la, orang yang sering berkata "apalah ada pada rupa"...sebenarnya dia mencari rupa. Sebab dah tak jumpa yang ada rupa, baru statement tadi tu terzahir kat bibir. Cuba kalau jumpa???? Eh, maaf.....nak tekankan kat sini - ini adalah untuk mereka-mereka yang belum ada isteri belum ada suami. Yang dah bersuami isteri tu saya percaya pasangan itulah yang tercantik! (mudah-mudahan).

Isk, lain macam plak n3 aku ni kans....sorry the morry la...its just my opinion about this 'cantik'.
Tak semestinya betul dan belum tentu salah. Apa pun cantik ini sebenarnya sangatlah umum maksudnya. Bergantung kepada individu untuk memberi value yang bagaimana kepada cantik.

Terpulang kepada persepsi masing-masinglah kan. Apa dan bagaimana...aku tetap kata cantik tetap di mata kita semua. yang cantik tetap akan jadi pilihan utama. Cantik sentiasa berada dihadapan yang kurang cantik!

Betulkansssssssssssssss???????????????? Takmo jawapan hipokrit okayssss!

Kita mungkin cantik juga....tapi kita bukanlah yang tercantik.
Kita mungkin hodoh tapi.....kita bukanlah yang terhodoh.

02 Julai 2009

Aduh!

Dah lama juga aku tak sakit kepala. Berdenyut-denyut. Dah dua hari. Dan hari ini denyut-denyut tu makin menjadi la pulak. Camne nak siap keje yang melambak ni eh? Nampak na la aku nak meninggalkan zaman-zaman boleh berjaga malam dan adakala tak tido malam pun pernah. Itu dulu. Sekarang...hampeh. Dua malam pun dah cukup...kalau tido lewat siaplah....apatah lagi sekarang ni.....

macam-macam kena fikir. Tak nak fikir pun...dia akan terfikir juga. Selagi tak selesai.... selagi tu benda ntah apa ada kat dalam kepala. hal kerja. hal keluarga. hal peribadi . Erm macam-macam hal le. Mumet kata orang jawa!

Aku dah menguap dah ni. Hancus. Dah dua malam aku tak sentuh assignment aku ni. Hhhuhuhu. Malam ni tiba-tiba plak ramai tamunya. Rumah ada sikit bingit. Tambah denyut kepalaku. Ayah....nak diurut....tukang urut sorang. Tapi yang meneman tukang urut tu sampai 5 orang. Apa logik erkkk??? Bukannya ayah aku menendang terajang pun kalau sakit....tak larat dah pun . Kaki dah tak kuat. Lelaki semua plaknya. Tambah lagi dengan asap rokok. Mak aiiiiiiiii......berdenyut-denyut-denyut-denyut-denyut kepala aku! Dah aku sengsorang wanita, maka aku bersembunyi dalam bilik je la menahan denyut kepala. (sempat gak la chatting masa nie.....melayan teman cyber -yang tetiba malam ni ada plaknya-dan melayan mama bia yang ngajar anaknya sambil chat ngan aku! ) ekekekek jangan marah akak yea bia....gurau2 jek.

Assalamualaikum.......ler ada tamu lagik. sapa pulak? Ceh puteri n zihah. Awat la mengejut...kan dah malu nak masuk umah akak yang tetiba ramai kaum adam didalamnya...(tapi aku lega....suka-suka-suka....aku ada geng la...xlah aku je bunga dalam umah ) .

Masa menulis n3..umah aku dah sepi. sesepinya. coz semua dah pulang. Makanya tinggallah aku berdua ngan ayah. Kepala aku? MASIH BERDENYUT! Macam nak demam. Oh...pleaseeee jangan demam sekarang.....pleaseeee...pleasseeeee....aku rindu kot. RINDU PELANGI...(hehehe bosan kot Naqeeb asyik baca perkataan pelangi je kat blog nih)

Adios...nak cuba tutupkan mata rehatkan minda. Aku tak tahan dah nie....zasssssss!!

01 Julai 2009

Maaf, Aku Juga Tak Sempurna.

Maaf...tak boleh nafi lagi. Aku juga tak sempurna. Aku juga cuma insan biasa.
Maaf...tak boleh elak lagi. Aku belum cukup hebat untuk kuat. Aku masih mengumpulkannya.

Maaf sangat jika entry ini mengecewakan anda yang selalu di sini memberi kata untuk aku bangkit dari kejatuhan lalu.

Tapi percayalah.....aku sedang berusaha ke arah itu. Cuma ntah mengapa tiba-tiba hari dan malam ini hujan mengunjungi hati kecil aku.

Semoga esok mentari kan kembali menyinari.

Aku adalah seorang yang selalu menanti pelangi dalam hidup. Maka tanpa hujan dan mentari...manakan mungkin ada pelangi .....


Takpe cikgu, saya tak malu...

Surat sokongan untuk Irffan ke sekolah khas aku serah hari ini. Semoga selepas ini Irffan akan lebih maju dan peroleh kehidupan masa depan yang cemerlang. Cikgu boleh tolong doa dan buat apa yang terdaya cikgu buat untuk bantu Irffan okay.

Aku sangat respect dengan ibu Irffan, sangat prihatin dengan masalah anaknya. Sanggup buat apa sahaja untuk Irrfan dan boleh terima keadaan anaknya yang agak lembam. Dan yang paling penting tindakan yang di ambil untuk masa depan Irffan. 10 tahun dalam bidang kerjaya aku, cuma 40% sahaja ibu bapa yang seperti ibu Irffan aku jumpa (tapi aku pasti ada ramai lagi di luar sana yang belum aku jumpa empat mata). Sangat risau tentang kemajuan anak yang semakin tidak memuaskan.

"Tak apa cikgu...biarlah kena pergi sekolah khas. Saya tak kisah...saya tak malu anak saya kena pergi sekolah khas....asalkan dah besar nanti boleh bawa diri. Kami ni orang susah cikgu, kalau dia tak pandai nanti, ketinggalan."


Kelmarin...Ai Lin (Nama Samaran je ni yea) hadir ke sekolah bersama kedua orang tuanya. Ai Lin adalah antara murid yang sangat aku sokong jika hendak dihantar ke sekolah khas. Lagipun bukan selamanya di sana. Aku sarankan pada mereka untuk masukkan Ai Lin ke sekolah khas. Hanya untuk sementara. Apabila sudah boleh menyesuaikan diri dan pembelajaran di sekolah biasa, akan dipindahkan semula seperti sedia kala.

Kenapa dengan Ai Lin....?
Suara ntah ke mana bila di tanya, tanyalah selembut bahasa, dia akan tetap berpaling memandang kawan-kawannya dengan harapan kawan-kawan akan menjawab untuknya.
Waima nak ke tandas untuk cuci tangan pun....kawan-kawan yang tolong cakapkan.

Kenapa dengan Ai Lin ?
Walaupun sudah berumur 8 tahun, masih memakai lampin pakai buang. So, kalau hajat besar tu...aku terpaksa telefon ibunya dan Ai Lin akan di bawa pulang.

Kenapa dengan Ai Lin?
Orang lain seronok menyertai permainan dan sukaneka. Eh...Ai Lin pun seronok. Tapi tak mahu beri kerjasama. Tiba giliran dia kepit bola, dia berpaling pada kawan-kawannya dengan harapan kawan-kawannya akan ambil alih tempat dia untuk bermain.

Kenapa dengan Ai Lin?
Ai Lin pada aku dan juga guru-guru yang mengajarnya perlu mendapatkan pendidikan yang lebih dari biasa. Di sekolah biasa, bukan tempat yang paling sesuai untuknya. Bukan aku atau cikgu-cikgu lain menolaknya...tapi ia untuk kebaikan Ai Lin juga.Supaya boleh urus diri sendiri, tak perlu paling pada kawan minta simpati. Biar dan izinkan cikgu tunjuk jalan untuk kamu..ok.

Semalam ibuayah Ai Lin datang lagi...minta surat rawatan untuk murid. Syukur...mereka setuju untuk ikut saranan kelmarin. Surat untuk pemeriksaan pakar itu aku serah. Ai Lin dibawa pulang . Dia dibawa untuk pemeriksaan pada hari itu juga. Jadinya aku kena siapkan satu lagi surat sokongan.

Chaiok untuk dua anak murid cikgu nie....harap2 kamu peroleh kejayaan pada masa akan datang. Okay sayang.....:-)

kata ida...."rajinnyalah ko buat kerja remeh temeh tu...bagus.teruskan"
aku jawab...."aku baru-baru nak belajar jadi matahari,merangkak lagi ni!"

Paku yang lekat di hati

Dah biasa dengar/baca kisah ini kot...xpe kan....kalau jadi n3 di Tinta Semalam pula...

Kisah Paku Yang Lekat Di Hati


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang iu kepada anaknya.
"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu,"kilas si anak.
"Tetapi perbuatan kamu itu menyakiti hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.
"Saya rasa tidak. Selepas minta maaf segala-galanya langsai, bu."
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan faham maksud ibu nanti."
Tanpa membantah anak itu setuju.
"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini.Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"
"Baik, ibu."
Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
"Lihat ibu, mana ada paku yang tertinggal?" ujar si anak dengan bangga."Semuanya telah dicabut.Memang ramai orang yang sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf."
"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu...?"
"Maksud ibu?"
"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk, calar dan berkematu. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku...."
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Hati aku lebih kurang camtulah juga kan....mungkin hati-hati kamu,awak dan mereka juga.
Sungguhpun begitu...aku ada terjumpa bait-bait kata yang sangat bermakna untuk diri aku sendiri. Dan aku pun pernah nasihat kat hati aku ,cari ubat tu sendiri jangan ngengada nak harap sapa-sapa tolong ubatkan. Takut-takut harap kat orang terpaku plak lagi....tambah lagi parut. Payah kan???? Apa bait-bait kata tu? Ni ha................

"..A broken heart can never be healed,
but it can learn to love again..".

lagi pesanan untuk insan biasa, awak, dan juga kamu : jangan la kamu serik wahai hati untuk terima hati lain.

p/s : kredit to uncle Lee - learning in progress...........peaceeeee!!