don't do the same mistake twice! again and again ! wake up ! wake up !
i said WAKE UP!
but... but... but...
its not my mistake anyway! errrkkk... erm...may be a little...
switch - tukar
tapi salah aku ke? aku tak pernah minta jadi begitu begini isk..apa yang aku dah buat? kenapa tiba-tiba
Hey...its just happen! aku tak rancang pun... adehhhhhh
Pengajarannya untuk aku atau sesapa saja lah : Apa pun yang terjadi semuanya ketentuan dari-Nya. Kita hanya mampu untuk berserah, berdoa ...semoga Dia sentiasa memelihara kita semua dalam masa kita membuat pilihan. Ada ketika kita rancang begini tapi jadinya begitu. Kita harap macam ni dapatnya macamtu. Hasil daripada satu percaturan hidup. Berhentilah menyalahkan takdir. Hadapi segalanya dengan berani dan yakin diri. Tak perlu berselindung melari-larikan diri. Manusia adalah makhluk terhebat. Maka buktikan kita benar-benar hebat! Untuk aku...dari aku sendiri...juga mungkin untuk dia, untuk kamu, untuk awak...(ada lagi sesapa nak masuk senarai? silakan )
Minggu-minggu yang menjadikan aku sedikit emo. Segala macam. Semua mahu segera! Sudah kepening-peningan lalat dah nie. Batukku sudah datang menziarah. adehhhh. Sakit dado den. Di ruang kerja. ada itu ada ini. Di ruang keluarga. ada begitu ada begini. Di ruang santai. sana sini. Arggghhh....sabo. Makanya aku berada di sini. Hehehe...terlalu banyak macam itu macam ini. June yang sedikit kelam kabut. Julai macam dah ada bayang-bayang serabut. Cepat-cepat atur, bertindak segera.
Surat jemputan sukan tahunan perlu di edar awal Julai. Ceh, sekolah lain dah lama habis sukan!
Tutorial 3-"tanyalah kamu sebelum kamu ditanya"- statement yang amat terkesan- menambah tekanan - 4 Julai
Soalan UB3 selewatnya- 10 Julai
3 set assigment tarikh akhir -11 Julai
Sukaneka -15 Julai
Hari Sukan -18 Julai
Paling emo - research kena hantar 3 Ogos....ironiknya wargghhh aku tak ingat mana aku letak pendrive aku tuh......!!!
Ah atau segala macam yang tersenarai itu sekadar alasan cuma ??! tak pasal tetiba jadi macam lagu Yuna plak... sebenarnya.... sebenarnya.... sebenarnya.... aku....
akhirnya aku pilih....GALERI WAWASAN & DIAM.
Ah....sekejap saja tak lama. Nyanyi lagi.... dan sebenarnya.... dan sebenarnya.... dan sebenarnya.... aku....
Ate....teman buat bodo je lah.....buleh???? Hormon kelam kelibut sungguh la. Ahaks! Oitttt....jom ar temankan aku balikkkk sana kejap. Takmo balik sengsorang ni, nanti aku ter'amuk' susah.....eeedaaa!!....uopsss sorry eeeda kalaumu tetiba tersedak!
Eh...u know what ??? I'm shivering once again!
Meh...kita layan jek la lagu nasyid yang kedengaran dek pendengaran zahir mahupun batin. Adios!
minggu ini aku merasa seperti pisang rebah adakala tercacak seperti lembing tergadai umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak air diminum terasa sedih, nasi dimakan terasa sekam
namun aku berkata sendiri pilihlah berhati baja, berurat kawat
hari ini seakan mencari umbut di dalam batu sepertinya dalam kilat ada kilau
di hati...seolahnya dapat tak tercapai, jauh tak berantara
dan aku sedar di mana api berpupuk, di situlah asap keluar hendakku terbang tiada pula bersayap ingin hati memandang pulau, sampan ada..pengayuh tiada ibaratnya kaki untut dipakaikan gelang
mengapalah agaknya limau masak sebelah, perahu karam sekerat? sungguhpun merajuk air di ruang, hendak karam kan kutimba juga
bijak pandai kata biar kita pegang dunia kerana jika dunia pegang kita kita manusia buta
bagaimana ya?
kita diminta belajar untuk faham dunia kita diminta bekerja untuk tadbir dunia
cuba lihat sekeliling kita berapa ramai yang belajar untuk faham dunia dan berapa ramai pula yang bekerja untuk tadbir dunia? Ramai yang dah buta kerana dunia
Semua buat baik untuk dapat puji sehingga lupa daratan Semua bekerjakeras untuk dapat kesenangan sehingga lupa kesusahan
manusia zaman ini bukan kedepan gayanya nampak seperti maju kedepan benarkah kita sedang kehadapan? atau semakin kebelakang.... atau ketinggalan di belakang? kita di mana?
kita hari ini kemasyhuran lebih utama pangkat dan darjat dunia menjadi hala penting untuk semua orang
kita hari ini akhirnya menjadi hamba dunia kita hari ini semakin lupa apa tujuan kita ini dijadikan asalnya
untuk tidak terus leka ingat semula untuk apa tuhan jadikan kita mengapa kita berada di dunia? semoga kita berjaya menjadi pentadbir dunia! pentadbir yang sewajarnya seharusnya berpandukan kitab panduan para khalifah zaman berzaman bersama kita renungkan kembali
sedarlah dan mari ajar anak-anak kita supaya dewasanya kelak tidak tersasar hingga menjadi hamba dunia
"Aku ada di sini untuk kamu" .......biasa dengar ayat ini dipendengaranmu insan biasa? Ya...amat biasa.
Monologku bermula.
"Aku ada di sini untuk kamu"....sinis senyumanku dibibir. Ah benarkah itu? Ya pasti benar, hanya jika aku punya waktu. Jika tidak , aku yakin kamu ada dirimu sendiri. Maka bergantunganlah pada dirimu itu. Berdikari. Itulah yang terbaik. Cari silapmu dan ubahnya. Cari di mana sakitnya kamu, ubatilah sendiri. Tuhan telah berikan kamu panduan. Maka usahlah mensia-siakan panduan itu. Gunakan sepenuhnya! Maka itu kamu akan redha dan mensyukuri.
Mereka-mereka akan tetap berada disampingmu, jika waktu itu telah ditetapkan untuk kamu. Usahlah bermuram durja. Seperkara lagi, apapun yang menjadi milikmu kini tidak selamanya milik kamu. Jadi, persiapkan diri kamu untuk setiap perpisahan dan pertemuan yang baru. Saat kamu telah bersedia tiada apa yang akan menghiris hati kamu itu.
"Aku ada di sini untuk kamu".....terima kasih teman,rakan,sahabat dan kawan. Aku amat menghargai pengharapan itu. Tapi maaf jika adakalanya mungkin aku memberikan imbuhan yang tidak cukup baik untuk kamu terus berada denganku. Namun kalian sentiasa dalam hati sepanjang kita bersama.
Dan aku bermohon ampun sekiranya aku ada tersilap langkah , kata dan budi. Aku sedang membaikinya. Perlu reset minda untuk kembali membetulkan langkah yang kesasar sedikit halanya..... Hahahaha aku sebenarnya seorang yang tamak. Ha....tamak??? senyum ni. Tamak kasih dan sayang! Huhuuu....kenalilah aku siapa. Sesungguhnya aku juga insan biasa yang tak sempurna. Terlupa juga terleka.
"Aku ada di sini untuk kamu"......sinis lagi hatiku tersenyum-senyum. Kata janji manusia tak perlu kau patrikan di hatimu. Kerna suatu waktu ia mungkin akan termungkir. Termungkir tanpa disedari. Termungkir tanpa dikehendaki. Termungkir tanpa apa-apa....ia akan berlalu sepi ,beredar membontoti angin lalu. Berlalu menyelusuri peredaran masa.
Apa yang penting? Kerjasama....hahahha. Apa yang penting patrikan dihatimu dengan janji Tuhanmu. Apakah yang telah tuhanmu janjikan? Selak kembali kitab panduan zaman berzaman itu! Dan masih ingatkah dengan janjimu kepada Tuhanmu? Ingatkan kembali, dan itu lebih patut diutamakan.
"Aku ada di sini untuk kamu" Itu janji Tuhanmu yang perlu sentiasa dihatimu. Bukan janji insan yang belum pasti kan tertunai.
Untuk seorang insan biasa. usah kau resahkan janji insan lain kepadamu, tapi sebaiknya tunaikanlah janjimu kepada insan lain dan juga tunaikan janjimu kepada tuhamnu.
Siapapun...kita tetap sama, tak sempurna. Itulah insan. Aku tetap kasih dan sayang insan-insan di kiri, kanan, depan dan belakangku.
n.a.m.u.n.r.i.n.d.u.l.a.g.i
p/s - jangan berjanji jika merasakan janji itu tidak dapat untuk ditepati. Sesunguhnya janji itu juga sebenarnya satu pengharapan kepada yang menerima.
Ceh....fobia. Nyaris-nyaris je aku nak ponteng kelas oum hari ni. Hahahha pesanan yang berbaur ugutan itu sangat terkesan kat hati aku. Pesanan yang mana ek? Alah pesanan yang - 'bertanyalah kamu sebelum kamu ditanya' ingat tak? ade dalam entri yang lalu.
dah la aku lambat kuar rumah pagi hari nie....mau aku pecut . 720 masih kat klang. Lucky highway tak sesak. dengan kelajuan yang lebih sikit dari biasa, sempat juga la aku sampai uia tu kurang 2 minit kul lapan. Hahahahah gilor! Kalau la kak sazila tau....hehe.
first class pagi ni...class dr harinder tu....bak kata elys, mengerikan. eh, betul tau memang mengerikan. Terasa sangat yang diri ini baaanyyyyyaaaakkkkkkkk lagi yang kita x tahu. every single question dr boleh jawab...boleh hujah...maklumlah subjek current issues in science nih kena banyak berhujah ....ikut fakta...logik...fuhhhh sungguh gerun. hari ini topik best, bagaimana yang dikatakan bahawa sains dan agama itu saling bertentangan. camtu la lebih kurang.
sib baik ada zuraidi and alias yang banyak cakap tu....so nampak la ada perbincangan, hah....sedar-sedar dah habis 2 jam. begitu saja. tak dan la nak berair mata. ngeee . sib baik aku tak ikut hasutan syaitan suh ponteng kelas.....astagfirullahhhhhhhhh!!
tapi aku ada masalah. modul dia penuh dengan tulisan jer.....kesannya pada aku...baru baca separuh muka surat dah mengantuksssssss....gilor! help...help.....sesapa leh tak tulun aku ....apa tips nak baca buku yang begitu tanpa rasa mengantuks itu???! tolong arrrrrr.....mana leh jadi , asai baca ngantuk.....asai baca ngantuk.....merundum la point aku nanti....kuang kuang kuang.... Wak.....Abi.....pleaseeeeeee cepat arrr buat n3 pasal tips tu...ihiks...
kelas kedua, x tension sangat. tapi mata ada sikit berair. belajar tentang automasi office, linux, staroffice bagai....dan yang sekeluarga dengannya....yalah segala prompt tu la....aiyak! selama aku guna window xp nie....tau buat and delete folder...bab2 belakang tabir tu tak pernah tau pun. hari ni baru dapat pendedahan. tapi bab2 belakang tabir blog ni, aku ....aku....aku.... pakar tak???? hehehe. cikgu zailani (blogger gak ni) kata aku expert....ceh....tak tau aku main belasah jer sebenarnya. cuba jaya! dan hasilnya apa yang korang2 tengok sekarang ni la.
kelas tiga. ni pun sama fobia. jadi tekanan plak datang kelas. syaitan pun menyucuk jarum. ponteng je lah. nak2 ada 2-3 orang dok pakat nak balik. elys kata....rugilah tak masuk kelas! eh.....pelik pulak budak nie. kalau tahun2 sudah ..hahha kak sazila pun tahu elys nih camne. aura orang dah ada tunang kot. rajin plak dia pagi2 dah sampai.ahaks.....ada sapa2 nak jadi pembangkit semangat aku tak?????? ekekekekekek......dan akhirnya hasutan syaitan itu tidak berjaya. Aku masuk kelas tu juga. Dan aku bersyukur aku tak ponteng....ekekekkek. tu la dia bahana tak buat homework sebelum g kelas.....rasakan! padan muka aku!
Esok Ahad 21/6 -Minggu 3 setiap Jun. Seratanya menyambut Hari Bapa di Malaysia. Aku punya ayah dan kami dah bersama selama 27 tahun berdua sahaja.Segala susah senangnya kehidupan. Itulah....kami berdua. Aku tanpa Ibu dan Ayah tanpa Isteri selama dua puluh tujuh tahun lamanya. Terima kasih Ayah untuk segala kasih sayang . Adanya aku kini dan siapa aku sekarang adalah keranamu. Maafkan anakmu Ayah, kerana ada ketikanya tak mampu memenuhi permintaanmu. Dan untuk Abi, juga terima kasih kerana ilmumu sedang membangkitkan aku dari kejatuhan. Ilmumu sedang membentuk seorang lagi insan baru. Terima kasih kerana tempias semangatmu. Dan akhirnya semoga hidupmu sejahtera dan terus sejahtera. Terima Kasih AYAH. Terima Kasih ABI.
*Lagu ini untuk AYAH ....juga untuk ABI. (nak dengar - sila klik mp3 player di sidebar kiri - track 3)
LELAKI-WARKAH SEORANG ANAK
Telah berdiri seorang lelaki Hidup berbekal kecekalan diri Walau menghadapi sejuta cabaran Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan Bertahun sudah hasratmu terhalang Tetap bersemarak api keazaman Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah Kau mendaki setangga ke setangga Semakin hampir menjejaki puncak Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki Derita dapat diselindungi Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati Di dalamnya kau mengenal diri Tenangnya wajah matangnya bicara Kerana kau menyakini Tuhanlah yang maha ESA Kerana kau menyakini Tuhanlah yang maha ESA
Jangan kecil hati...Terima Kasih juga untuk lelaki-lelaki yang dipanggil BAPAK, WALID, ABAH, PAPA, DADDY walau di mana pun semuanya, Terima Kasih kerana kasih dan baktimu.
Actually n3 hari ini santai je. Aku takde idea pulak. Tapi n3 untuk hari bapa aku dah siapkan dah. Tunggu masa nak post je. Teruja. Tak sabar tunggu ahad , esok ada lah tu. Hehehe. Hari ni cite pasal ida lah....ida kalau ko baca nie mesti ko seronok kan? Hahahah saje aku nak tambah seronok dan memekarkan lagi bunga-bunga kat hati kau dan aku sekali. :-D.
Ida ni aku perasan dulu dia memang happy manjang. Cuma semenjak keputusan itu yang akhirnya menjadi miliknya, happy dia berganda-ganda. Tul tak ida? Heheheh Dan nak tau tak....happy kau tu terberjangkit kat aku sama...Terima Kasih kawan. Ida ni selalu bertanya-tanya (sejak dua menjak ni je). Macam soal selidik yang berlapik-lapik. Aku takde hal....makanya aku membalasnya pun berlapik-lapik jugak lah. HAAAA.....yang membaca tu jangan ingat kami ada scandal plak! Selisih ahhhh!
Aku tak tau la sebenarnya ida perasan atau tidak semua jawapan kepada soalan berlapik dia tu aku jawab secara berlapik juga kat arena blog nie. Heheheh aku ada tiga ....pandai-pandailah kau baca dan cari dan pikir. Ekekekek. mungkin ada pada satu, pada dua , pada tiga atau pada kesemuanya. Pandanglah dari semua sudut. Kehidupan dan Alam Semesta. Okay Ida. Apalah agaknya yang ko nak serkap jarangkan itu kan ida. Hahahaha sila jangan catatkannya di sini jika ko tak pasti akan kesahihan perkara yang ko serkap jarangkan itu! ngeee
HAAA....yang membaca tak paham. Xpe korang leh abaikan n3 ini. Kerana n3 ini khas untuk ida...tapi ida ada cakap komunikasi aku dengan dia ibarat ayam bercakap ngan itik..hehe tapi aku rasa ida paham kot bahasa itik tu....agaknya lah! Apa yang penting kehidupan kami taklah lagi mendung macam dulu. Matahari dah semakin memberikan sinarnya pada kehidupan peribadi kami. Kan Ida....?
Sebuah kapal karam di tengah lautan dan hanya dua lelaki yang berjaya berenang ke sebuah pulau kecil. Masing-masing bersepakat mencuba nasib sendiri-sendiri setelah menyedari tiada tanda-tanda akan selamat.
Mereka berdoa agar diturunkan makanan. Dan esoknya bahagian di mana lelaki A berada ditumbuhi pohon . Pohon itu tumbuh dengan cepat sehingga mengeluarkan buah-buahan yang ranum, sedangkan bahagian lelaki B masih kosong.
Dengan itu , lelaki A berpendapat bahawa doanya lebih diterima tuhan berbanding lelaki B. Dia berdoa lagi agar diberi pakaian dan makanan. Dan terdapat sebuah beg hanyut dan perlahan-lahan menghampiri tebing lelaki A. Nampaknya semua doa lelaki A dimakbulkan , manakala lelaki B masih tidak mendapat apa-apa. Dia hanya dapat melihat temannya menikmati makanan dengan lahapnya.
Lelaki A memutuskan untuk meninggalkan pulau itu dan menyelamatkan dirinya. Dia berdoa semoga mendapat sebuah perahu. Tidak lama kemudian ada sebuah perahu hanyut terdampar di tepian pulau. A dengan segera hendak meninggalkan B sebab berpendapat bahawa lelaki B tidak di kasihi tuhan. Doa B tidak pernah dimakbulkan tuhan. Jadi pada kiraannya tidak salah meninggalkan lelaki B seorang diri menemui ajalnya di situ.
Tatkala selamat, dia bertemu seorang yang tidak dikenalinya. "Wahai hamba ALLAH , mengapa kamu meninggalkan rakan kamu itu?" Dengan hairan A pun menjawab, "Dia tidak dikehendaki tuhan. Doanya tidak satu pun diperkenankan tuhan." "Kau salah." "Aku salah? Tuan tahukah, doa aku semuanya kabul. Tiada satu pun yang ditolak oleh Tuhan." "Tahukah engkau dia hanya ada satu doa dan semua doanya kabul? Dan engkau mendapat sesuatu daripada doanya itu?" "Hah, tak mungkin. Apa doanya?" soal lelaki A sambil mencekak pinggang. "Dia berdoa agar semua doa engkau dikabulkan!"
(petikan dari buku motivasi kasih sayang - membina rasa cinta)
Makanya kita perlu ingat selalu, apa pun kejayaan kita pada hari ini, ia tidaklah hadir kerana usaha kita semata-mata. Jangan terlalu leka dengan kejayaan. Orang-orang di sekeliling kita mungkin ada menyumbangkan doa kejayaan untuk kita. Tanpa kita menyedarinya. Orang memberi , kita merasa. Usaha dan doa mereka-mereka itulah sebenarnya menyebabkan diri kita berada di puncak. Dan setiap kejayaan yang kita terima ada hak-hak orang lain di tengah-tengahnya.
Status tak penting. Tapi bila situasi berada depan mata Kenapa status masih jadi perhatian????!!
Kita selalu dengar orang cakap2 Enggang biarlah dengan enggang Pipit biarlah dengan pipit Tapi kalau enggang dan pipit dah sepakat kerjasama Bagaimana pula??!!
Dilihat salah maka ia salah Itu salah Ini pun salah Lalu ditegur Yang sama benar juga salah Kenapa tidak pula di kata salah Kenapa tidak ditegur??!!
A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle. B: I don't hear him whistling. A: I said I taught him, I didn't say he learned it!
Berjayakah P&P kita selama ini. Kalau ya ..... kenapa wujud persoalan-persoalan ini? Soalan apa?
Kenapa rasa hormat itu semakin tipis di kalangan anak-anak muda zaman ini. Kenapa masih ramai yang tidak mengenal ABC dan 123? Kenapa masalah disiplin semakin menjadi-jadi? Di mana kemenjadian seorang murid setelah tamatnya proses pembelajaran? Apa dah jadi dengan tingkah laku yang sangat menyedihkan?
Dan sebagai guru, agaknya berapa ramai yang membuat refleksi tentang p&p yang telah berlangsung. Ramai.....tapi apakah refleksi itu benar-benar wujud atau sekadar melengkapkan penulisan rekod pengajaran? Terbinakah tindakan susulan hasil drpd refleksi yang di catatkan. Atau refleksi tersebut terus ternoktah di situ?
Tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, kalau pun menunding juga, hanya satu jari ke arah sasaran , jari yang lain tertumpu pada diri sendiri. Kalaulah ramai yang menunding seakannya ramai yang menunding ke arah diri sendiri.Maka...fikirlah sendiri.
Guru....agaknya berapakah nisbah bilangan guru yang tersenyum gembira dengan guru yang merungut kecewa, apabila setiap Sabtunya digunakan untuk peningkatan diri?
Kita....aku....berada dalam nisbah yang mana? Sedihnya mengenangkan ketelanjuran lalu. Berada di kelas yang dipinggirkan, dan berada di kalangan mereka yang bersemangat luhur demi kejayaan anak bangsa sedikit sebanyak mempengaruhi diri. Terima kasih kepada kamu-kamu yang bersemangat luhur ini kerana tempias semangatmu .
dan....seterusnya, di manakah agaknya kemenjadian kita sebagai seorang guru ?
Dr. Harinder bercerita pengalamannya yang lalu ketika dalam kelas-first tutorial hari ini.
Seorang berpengalaman dalam bidang plastic surgery selama hampir lebih 3o tahun. Berumur lingkungan 60-an. Amat pakar dalam bidangnya. Suatu hari mengatakan yang dia sudah letih kerana terlalu lama bekerja. Lalu dicadangkan supaya bersara saja. Soalannya, tapi apa yang dapat saya lakukan selepas itu? he...many! Salah satunya membuat kerja suka rela di tempat-tempat di mana kepakarannya diperlukan. Membantu mangsa perang contohnya. Yang mendengar terdiam-mmm mengapa tak pernah terfikir ke arah itu? -jawapan mudah: DUIT. kerana selama ini dia bekerja untuk menerima imbuhan.
Terima dan terima dan terima. Ada waktu , sesekali kita perlu juga memberi. Untuk apa? Sebagai kebajikan. Sebagai kepuasan yang terasa lain puasnya bekerja. Janganlah terlalu leka mengejar kebendaan. Sehingga pada suatu ketika di saat badan sudah tak upaya, seolah kita dah tak dapat nak berbuat apa-apa. Hilangkan kegundahan dengan berkebajikan. Walaupun hanya umtuk melakukan perkara-perkara kecil cuma. Harta di dunia mahu. Harta bekalan jangan dilupa-begitulah.
Kalau hari ini kita menerima, apakata esoknya giliran kita pula memberi. Seorang Insan Biasa sedang belajar memberi dengan rela hati. Semoga kepuasan menerima dan memberi itu mendatangkan hasil pada masa sekarang dan akan datang.
II
Kelas 2 - berkaitan teknologi masa kini. Perkomputeran dan Internet.
III
Agak menarik dari dua kelas sebelumnya. Why...? kerana ada penglibatan pelajar tanpa rela dan tanpa sedia! Hahaha...modul subjek ketiga baru dapat hari ini. Maknanya satu input takde dalam kepala ketika masuk kelas melainkan pengetahuan sedia ada. Dan ade ujian ringkas. cgu-cgu kepakarannya 'menggoreng' ...apa lagi. Rupa-rupanya itulah induksi memulakan pelajaran untuk mendefinisi test, assessment dan evaluation. Saja suka-suka. Tapi diakhirnya pelajar Ingat!
Dapat gambar kartun yang mempunyai dialog berikut:
A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle. B: I don't hear him whistling. A: I said I taught him, I didn't say he learned it!
Sering berlakukah perkara seperti di atas dalam kelas kita? cuba kita sama-sama fikirkan. Dan, penafsiran aku dalam dialog kat atas tu....Kita mengajar. Tapi belum tentu murid belajar dari apa yang kita ajar. Dan untuk itu kita seharusnya peka hal ini dan seharusnya dapat memastikan bahawa murid belajar apa yang sepatutnya dia belajar. Bagaimana? Assessment lah......hehe
Satu lagi pesanan diterima untuk kali yang ketiga pada hari ini, sebelum kelas ditamatkan. "Saya di sini bukan untuk memberi kamu kuliah. Tetapi sebagai pemudah fahaman untuk sesuatu yang kamu tidak faham. Sila pastikan kamu membaca dan kita bincang bersama di sini"
Hahahha...teringat kata-kata Dr. Harinder; Kalau di masjid-masjid atau surau-surau terpampang besar
"Bersembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan (i)" (sepatutnya-->disembahyangi) Okay untuk kelas ini saya akan tukar kepada "Bertanyalah kamu sebelum kamu ditanya"
hahahah satu kelas gamat! Ingat , tutorial seterusnya, saya tak akan bersuara selagi kamu tak memulakan bicara untuk perbincangan!
IV
Sepatutnya dah boleh ambil anak kunci kereta dan memacu kenderaan pulang. Tapi aku, Elys, Zuraidi dan Fuad sepakat berjumpa Dr. Safiah di OUM. Lega, aku dah nampak arah bagaimana nak menghabiskan kajian. Seronoknya ....dalam diam-diam aku dah berada di tahun akhir. This semester is my second last semester!!!