18 Jun 2009

Ingat selalu! orang memberi kita merasa tanpa disedari.

Sebuah kapal karam di tengah lautan dan hanya dua lelaki yang berjaya berenang ke sebuah pulau kecil. Masing-masing bersepakat mencuba nasib sendiri-sendiri setelah menyedari tiada tanda-tanda akan selamat.

Mereka berdoa agar diturunkan makanan. Dan esoknya bahagian di mana lelaki A berada ditumbuhi pohon . Pohon itu tumbuh dengan cepat sehingga mengeluarkan buah-buahan yang ranum, sedangkan bahagian lelaki B masih kosong.

Dengan itu , lelaki A berpendapat bahawa doanya lebih diterima tuhan berbanding lelaki B. Dia berdoa lagi agar diberi pakaian dan makanan. Dan terdapat sebuah beg hanyut dan perlahan-lahan menghampiri tebing lelaki A. Nampaknya semua doa lelaki A dimakbulkan , manakala lelaki B masih tidak mendapat apa-apa. Dia hanya dapat melihat temannya menikmati makanan dengan lahapnya.

Lelaki A memutuskan untuk meninggalkan pulau itu dan menyelamatkan dirinya. Dia berdoa semoga mendapat sebuah perahu. Tidak lama kemudian ada sebuah perahu hanyut terdampar di tepian pulau. A dengan segera hendak meninggalkan B sebab berpendapat bahawa lelaki B tidak di kasihi tuhan. Doa B tidak pernah dimakbulkan tuhan. Jadi pada kiraannya tidak salah meninggalkan lelaki B seorang diri menemui ajalnya di situ.

Tatkala selamat, dia bertemu seorang yang tidak dikenalinya.
"Wahai hamba ALLAH , mengapa kamu meninggalkan rakan kamu itu?"
Dengan hairan A pun menjawab, "Dia tidak dikehendaki tuhan. Doanya tidak satu pun diperkenankan tuhan."
"Kau salah."
"Aku salah? Tuan tahukah, doa aku semuanya kabul. Tiada satu pun yang ditolak oleh Tuhan."
"Tahukah engkau dia hanya ada satu doa dan semua doanya kabul? Dan engkau mendapat sesuatu daripada doanya itu?"
"Hah, tak mungkin. Apa doanya?" soal lelaki A sambil mencekak pinggang.
"Dia berdoa agar semua doa engkau dikabulkan!"

(petikan dari buku motivasi kasih sayang - membina rasa cinta)
***************************************************

Makanya kita perlu ingat selalu, apa pun kejayaan kita pada hari ini, ia tidaklah hadir kerana usaha kita semata-mata. Jangan terlalu leka dengan kejayaan. Orang-orang di sekeliling kita mungkin ada menyumbangkan doa kejayaan untuk kita. Tanpa kita menyedarinya. Orang memberi , kita merasa. Usaha dan doa mereka-mereka itulah sebenarnya menyebabkan diri kita berada di puncak. Dan setiap kejayaan yang kita terima ada hak-hak orang lain di tengah-tengahnya.

-sekadar ingin berkongsi-


17 Jun 2009

Herm.....x paham!

Kita selalu dengar orang berkata...
Status tak penting.
Tapi bila situasi berada depan mata
Kenapa status masih jadi perhatian????!!

Kita selalu dengar orang cakap2
Enggang biarlah dengan enggang
Pipit biarlah dengan pipit
Tapi kalau enggang dan pipit dah sepakat kerjasama
Bagaimana pula??!!

Dilihat salah maka ia salah
Itu salah Ini pun salah
Lalu ditegur
Yang sama benar juga salah
Kenapa tidak pula di kata salah
Kenapa tidak ditegur??!!

Huh
Adil sungguh Saksama

r.i.n.d.u


15 Jun 2009

I said I taught him, I didn't say he learned it!

Sejak hari itu dialog ini sering berada di minda.

A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle.
B: I don't hear him whistling.
A: I said I taught him, I didn't say he learned it!

Berjayakah P&P kita selama ini.
Kalau ya ..... kenapa wujud persoalan-persoalan ini?
Soalan apa?

Kenapa rasa hormat itu semakin tipis di kalangan anak-anak muda zaman ini.
Kenapa masih ramai yang tidak mengenal ABC dan 123?
Kenapa masalah disiplin semakin menjadi-jadi?
Di mana kemenjadian seorang murid setelah tamatnya proses pembelajaran?
Apa dah jadi dengan tingkah laku yang sangat menyedihkan?

Dan sebagai guru, agaknya berapa ramai yang membuat refleksi tentang p&p yang telah berlangsung. Ramai.....tapi apakah refleksi itu benar-benar wujud atau sekadar melengkapkan penulisan rekod pengajaran?
Terbinakah tindakan susulan hasil drpd refleksi yang di catatkan. Atau refleksi tersebut terus ternoktah di situ?

Tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, kalau pun menunding juga, hanya satu jari ke arah sasaran , jari yang lain tertumpu pada diri sendiri. Kalaulah ramai yang menunding seakannya ramai yang menunding ke arah diri sendiri.Maka...fikirlah sendiri.

Guru....agaknya berapakah nisbah bilangan guru yang tersenyum gembira dengan guru yang merungut kecewa, apabila setiap Sabtunya digunakan untuk peningkatan diri?

Kita....aku....berada dalam nisbah yang mana?
Sedihnya mengenangkan ketelanjuran lalu. Berada di kelas yang dipinggirkan, dan berada di kalangan mereka yang bersemangat luhur demi kejayaan anak bangsa sedikit sebanyak mempengaruhi diri. Terima kasih kepada kamu-kamu yang bersemangat luhur ini kerana tempias semangatmu .

dan....seterusnya, di manakah agaknya kemenjadian kita sebagai seorang guru ?

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"

14 Jun 2009

Senandung Budi

Berbudi berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama

Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga

Berbakti berbuat jasa
Nama dikenang bagai pendita
Biar bercerai jasad dan nyawa
Disebut orang di setiap masa

Jangan biar diri dihina
Kerna sifat tercela

Bunga pagi bunga di darat
Bunga seroja tepi kali
Hinanya besi kerana karat
Hina manusia tak berbudi

Ke sawah menuai padi
Bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi
Sombong jangan amalkan

Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin

(Budi bahasa budaya kita, jadi amalan bersama...)

Bunga cina di atas batu
Daunnya lepas dalam ruang
Adat di dunia memang begitu
Kerna harta budi terbuang

Contohi akhlak mulia
Dari nabi junjungan
Walau dicaci dihina
Ditempuh dengan iman

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik

-In Team-


13 Jun 2009

Secebis Nota Cuma...

I

Dr. Harinder bercerita pengalamannya yang lalu ketika dalam kelas-first tutorial hari ini.

Seorang berpengalaman dalam bidang plastic surgery selama hampir lebih 3o tahun. Berumur lingkungan 60-an. Amat pakar dalam bidangnya. Suatu hari mengatakan yang dia sudah letih kerana terlalu lama bekerja. Lalu dicadangkan supaya bersara saja. Soalannya, tapi apa yang dapat saya lakukan selepas itu? he...many! Salah satunya membuat kerja suka rela di tempat-tempat di mana kepakarannya diperlukan. Membantu mangsa perang contohnya. Yang mendengar terdiam-mmm mengapa tak pernah terfikir ke arah itu? -jawapan mudah: DUIT. kerana selama ini dia bekerja untuk menerima imbuhan.

Terima dan terima dan terima. Ada waktu , sesekali kita perlu juga memberi. Untuk apa? Sebagai kebajikan. Sebagai kepuasan yang terasa lain puasnya bekerja. Janganlah terlalu leka mengejar kebendaan. Sehingga pada suatu ketika di saat badan sudah tak upaya, seolah kita dah tak dapat nak berbuat apa-apa. Hilangkan kegundahan dengan berkebajikan. Walaupun hanya umtuk melakukan perkara-perkara kecil cuma. Harta di dunia mahu. Harta bekalan jangan dilupa-begitulah.

Kalau hari ini kita menerima, apakata esoknya giliran kita pula memberi.
Seorang Insan Biasa sedang belajar memberi dengan rela hati. Semoga kepuasan menerima dan memberi itu mendatangkan hasil pada masa sekarang dan akan datang.

II

Kelas 2 - berkaitan teknologi masa kini. Perkomputeran dan Internet.


III

Agak menarik dari dua kelas sebelumnya. Why...? kerana ada penglibatan pelajar tanpa rela dan tanpa sedia! Hahaha...modul subjek ketiga baru dapat hari ini. Maknanya satu input takde dalam kepala ketika masuk kelas melainkan pengetahuan sedia ada. Dan ade ujian ringkas. cgu-cgu kepakarannya 'menggoreng' ...apa lagi. Rupa-rupanya itulah induksi memulakan pelajaran untuk mendefinisi test, assessment dan evaluation. Saja suka-suka. Tapi diakhirnya pelajar Ingat!

Dapat gambar kartun yang mempunyai dialog berikut:

A: I taught Stripe ( a dog) how to whistle.
B: I don't hear him whistling.

A: I said I taught him, I didn't say he learned it!


Sering berlakukah perkara seperti di atas dalam kelas kita? cuba kita sama-sama fikirkan.
Dan, penafsiran aku dalam dialog kat atas tu....Kita mengajar. Tapi belum tentu murid belajar dari apa yang kita ajar. Dan untuk itu kita seharusnya peka hal ini dan seharusnya dapat memastikan bahawa murid belajar apa yang sepatutnya dia belajar. Bagaimana? Assessment lah......hehe

Satu lagi pesanan diterima untuk kali yang ketiga pada hari ini, sebelum kelas ditamatkan.
"Saya di sini bukan untuk memberi kamu kuliah. Tetapi sebagai pemudah fahaman untuk sesuatu yang kamu tidak faham. Sila pastikan kamu membaca dan kita bincang bersama di sini"

Hahahha...teringat kata-kata Dr. Harinder; Kalau di masjid-masjid atau surau-surau terpampang besar

"Bersembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan (i)" (sepatutnya-->disembahyangi)
Okay untuk kelas ini saya akan tukar kepada
"Bertanyalah kamu sebelum kamu ditanya"

hahahah satu kelas gamat! Ingat , tutorial seterusnya, saya tak akan bersuara selagi kamu tak memulakan bicara untuk perbincangan!


IV

Sepatutnya dah boleh ambil anak kunci kereta dan memacu kenderaan pulang. Tapi aku, Elys, Zuraidi dan Fuad sepakat berjumpa Dr. Safiah di OUM. Lega, aku dah nampak arah bagaimana nak menghabiskan kajian. Seronoknya ....dalam diam-diam aku dah berada di tahun akhir. This semester is my second last semester!!!

11 Jun 2009

Pengubat Hati


Dulu dah pernah ada n3 ini. Aku nak ulang lagi untuk peringatan kepada hati seorang insan biasa.

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mahu?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216).

Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah : 286).

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran : 139).

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS Ali Imran : 200).
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (QS. Al-Baqarah : 45).

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS. At-Taubah : 111).

Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (QS. At-Taubah : 129).

Aku Tak Dapat Bertahan Lagi!
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf : 12)

10 Jun 2009

C.I.N.T.A

Tertarik hati dengan komen untuk n3 yang sebelum ini. Maka aku abadikan di ruangan ini.

Apalah yang ada.....

Subuh Rabu aku terjaga
Dengan hati yang berat rasa
Entah kenapa semacam satu beban
Yang tak tertanggung hati

Cuba ku lelapkan kembali
Namun tak daya

Persoalan itu seakan memaksa aku
Untuk jawapan yang sedang dinanti
Tarik nafas sedalamnya....lepas...

"Apalah yang ada...."

Ketenangan....Keresahan
Apa yang kamu rasa?

Kecekalan....Kejatuhan
Apa yang kamu rasa?

Cantik....Buruk
Apa yang kamu lihat?

Kuat....Lemah
Apa yang kamu fikir?

Lembut....Kasar
Apa yang kamu sentuh?

Cinta....Dendam
Apa yang kamu pendam?

Keikhlasan....Keegoan
Apa yang kamu mahu?

"Apa yang ada....."

Kembali kepada semua
Apa yang kamu rasa...
Apa yang kamu lihat...
Apa yang kamu sentuh...
Apa yang kamu pendam...
Apa yang kamu mahu...

Kita bebas memilih
Pilihan itulah
"Apa yang ada..."

Di akhirnya
Masing-masing
Bertepuk dada
Bertanyalah pada hati

09 Jun 2009

Hati yang sedikit terhiris ku tenangkan dengan laut ini

Semakin hampirnya hujung minggu ini, semakin terasa hirisan di hati. Di mana harus aku bawa hati, ke mana pun aku pergi darah itu kan tetap mengalir. Aku cuba membawanya ke pantai ini dan melontar jauh sakit itu. Semahunya aku tidak sanggup menghadapi hujung minggu ini. Namun ketetapan Illahi manakan mungkin untuk aku hentikan. Bayu pantai ini sesungguhnya mengetahui segala sejarah yang pernah aku catatkan di angin lalu.Nah....mungkin kerana itu maka pantai ini tidak seindah pantai-pantai lain yang gah menghadiahkan keindahan masing-masing. Hahaha mungkin di pantai ini sudah terlalu banyak kekecewaan di lemparkan padanya sehingga terkubur segala kesucian pantainya.

Tapi kunjunganku kali ini , aku terlihat sedikit keindahan pantai yang sentiasa ditemani sang ombak. Kehadiran ombak memukul tepian itulah yang menjadikan suasana pantai bertambah indah. Ya...seiras dengan kehidupanku yang selalu ditemani badai kehidupan, dan badai itulah seninya kehidupanku. Yang memberi corak -corak yang tak pernah ku sangkakan. Badai itu jugalah yang memberikan aku satu nafas baru setiap kali aku jatuh di pukulnya. Betapa cantiknya kehidupan ini jika dipandang dari sudut yang pelbagai. Dan cantik atau buruknya kehidupan yang bakal kita lihat dikemudian hari....kitalah yang menentukan bagaimana untuk melihatnya! Aku sering ingat ,seseorang itu sentiasa mengingatkan aku bahawa kita sebenarnya ada pilihan...dan kiranya kita tidak dapat untuk memilih di waktu ini, di hujungnya akan tetap ada pilihan untuk kita. Tapi entah..tiba-tiba hatiku seperti kembali ingin menangis persis 9 tahun yang lalu.

(Destinasi pilihan- Pantai Morib)

08 Jun 2009

Klang <--> Teluk Intan



Al-kissssahhhhhhh...petang 7 Jun 2009 yang sangat terik.


Bersama dua wanita ini. Ya....aku ke Teluk Intan. Tujuan utama memenuhi jemputan seorang kerani sekolah yang membuat majlis perkahwinan anaknya di Batu 3 1/2 , Jalan Maharaja Lela. Setelah itu..hehhee aku pujuk la plak kedua wanita ini....Bonda Bibah dan Mama Tee menyinggah ke Menara Condong itu....dah alang-alang sampai kan...kan....hehe bila lagi aku nak bermanja...xde mak...maka dengan kedua wanita ni untuk sementara aku menumpang manja gitu...ahaks! Menyenang-nyenangkan hati yang sebenarnya ada sedikit sakit. Sian kat bonda and mama kena layan budak manja yang sorang nie.....hehehe


Chessseeee....mama meh tolong snap pic kenangan anakanda di sini. Okey....now my turn to snap pic mama and bonda plak....ekekekek....aku dah jadi ngengada plak tetiba hari tu...sowiiiii! Gitulah jadahnya kalau orang jarang makan angin...nge...ntah bila lagi aku akan sampai Teluk Intan ....? Cam biasa aku angkat bahu geleng kepala... Kot Cik Man jemput untuk kenduri anak keduanya la kot.....(kot masa tu Cik Man ingat SKTP lagi ler) kot...kot....kot.....banyak bebenor plak kot nya!

Pulang, Mama Tee ajak singgah Tanjung Karang....maka itu kami melalui jalan belakang (bukan takmo bayo tol ek...) Sekali.....sesak giler! Mulai dari Sekinchan sehinggalah Tanjung Karang. Lenguh kepala lutut aku beb...huhuhuhu. Singnal minyak dah lip lap lip lap....Mama Tee kat sebelah dah migrain dah. Dok terlentok je...Kesian plak...bahana panas masa kat Menara la tu. Dah sesak tu . Kami terus je la balik....x jadi nak menyinggah. Akhirnya aku cuma menyinggah pasar malam simpang 4...coz ayah aku kirim nak minum air soya! Hahaha....Letih yang amat sangat. Kepada yang bertanya khabor aku dah sampai mana...mana...dan mana....hehehe TQ lah erk. Okies....masih dalam percutian. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti dan juga kepada yang baru nak menikmati cuti.

05 Jun 2009

Tambah satu lagi x-mprm di Tinta Semalam


Hahaha...dunia blogging ku semakin menyeronokkan. Dapat jejak dan juga dapat dijejaki oleh budak2 x-mprm , x kiralah sekelas ataupun tidak....jom kita kumpul ramai2! Bertukar berita dan cerita.

Hari ini link mantan melewar bertambah seorang lagi : Shahfulrizal MT3 -MTPM : http://www.shahful.blogspot.com

Cuti-cuti Msia-sehari je (2)

Sebenarnya aku rindu kat Maktab aku ni. Banyak kengkawan yang dah singgah lalu kata dah berubah. tak macam dulu. Yelah 10 tahun kan...tentu-tentu hutan pokok dah berganti hutan batu.

~IPRM~
Sekitar IPRM (MPRM) yang terkini. Tukar kaler dah blok asrama. Blok Pentadbiran dan Bilik Kuliah pun dah lain. Ish...lupa pulak nak snap blok pentadbiran. La ni dah tukao kaler biru. Blok Asrama :ABC la ni adalah blok pelatih perempuan. Blok D yang kat hujung dunia tu la ni jadi Blok Lelaki. Betullah kan...dulu aku adalah salah seorang penghuni Blok D tu. Dah la Blok paling hujung, dapat plak bilik tingkat paling atas dan bilik yang terhujung sekali. Wakakakak adakah kerana itu aku di tempatkan di kelas2 hujung2 untuk sesi p&p aku sekarang? heheh badi ker...? (uiks..aku gurau ja)

Cafe pun dah cantik. Cuma masa kami singgah tu cafe xde buka. Kalau tak mahu juga minum-minum di situ. Koperasi dah besar. Duduk letaknya berhampiran cafe. Untungnya pelatih sekarang nak binding or fotokopi takyah nak keluar kawasan kampus. Semua ada, lengkap kat koperasi tu. Tak macam zaman aku. Semua kena buat kat luar-mana lagi, kalau tak megaway tu....petang2...malam2 kuar, kalau tak untuk lengkapkan asgmnt..g makan la kan? sesapa yang dah bercouple...taman megaway tu la tempat date-nya pun....wakakakak...

Nie pic kat pintu masuk maktab. Erk...sekarang Institut. Dulu cuma satu jer la ni dah dua pintu.Satu pintu masuk.satu pintu keluar. Lebar dan besar. Juga pic kat tepi padang . Konon nak solat kat Balai Islam. Sekali ada aktiviti kat dalam tu. So..kami bersolat di Masjid Taman Sikamat je. (Dulu xde masjid ni)

~MUZIUM NEGERI,SEREMBAN~

Dan akhirnya, sebelum berangkat pulang, eeeda ajak singgah Muzium Negeri. Ha ni memang aku tak pernah singgah walaupun 3 tahun aku kat Seremban tu. Nie lah 1st time aku jejak...hahahha ada patut kah???

Actually kami nak meronda singgah semua sekolah yang kitaorang praktikum sepanjang menuntut di n9 dulu, tapi tak sempat. Coz target nak sampai ke KL awal. Tak nak lewat2. Herm...tu pun setiap sejam tepon aku bunyi dah....apo nak di kato?????

So, maybe eeeda & aku akan rancang trip kedua kot....bergantung pada keadaan. Insya'allah..

04 Jun 2009

Cuti-cuti Msia-sehari je.

Seronoknya dapat habiskan waktu dengan eeeda seharian ....dah lama betul aku tak g cuti-cuti Malaysia macam ni. Sebab ada sahaja halangan yang semacam sengaja tercipta. Tapi kali ini aku nekad! Then, sampailah aku kat negeri yang aku rindu selalu nak jengok. N9.

~SERI MENANTI~
Singgah ke Istana Sri Menanti ni. Ini adalah lawatan aku yang kedua. First time pergi 1999. Tak silap masa tu ada event kat Sri Menanti nie. Rasanya time tu tahun melawat Negeri Sembilan kot. Aku pun dah hilang ingatan tentang itu. Hehehe maklumlah dah 10 tahun berlalu.

Negeri Sembilan ni ...satu sangat aku minat sangat-sangat...muzik caklempong dia. Dulu sebelum tamat maktab aku ada beli kaset caklempong keluaran maktab la...kengkawan aku jugaklah ahlinya... sayang betul kat kaset tu...le ni aku lupa mana aku simpan. cari tak jumpa-jumpa. Nak cari ganti baru...kat mana leh jumpa ek....sapa2 ade...tolong arrr beli dan kirimkan kat aku...rindu nak dengar muzik caklempong ni....heheh

Sekali sekala bergambar sesuka hati best gak kan. Hehehe aku ni betul2 happy ker?? huhuhu hati aku jer la tahu . Tapi aku memang seronok! Lapangkan fikiran.

~KUALA PILAH~
Kuala Pilah. Kat sini pulak tempat eeeda berpraktikum. Rumah tu la eeeda ngan ami duk dulu. Kan eeeda...? Erk...gambar SK Kuala Pilah xde dalam simpanan aku ler...sowi.hehe

~REMBAU~
Ha...ni sebenarnya destinasi pertama. Rembau. Waduh rindu gila kat Rembau ni. Aku dulu stay kat sini untuk last praktikum. Terimbau masa duk kat Chengkau dulu. Ingat Zainab. Ingat kak Zulfah. Hehehe semua tu dah tinggal memori.

Aku ingat lenkali nak singgah lagi gerai cendol tu...tak puas sehhh...eeeda lenkali kita gi lagi ek...Bestnya gerai nie...leh tambah cendol...percuma! Minum le banyak mana nak minum...harga tetap semangkuk. singgit sengah. kalau cendol jagong je dua ringgit semangkuk.

~SK KG. BATU~
Ha...masih di Rembau. Inilah sekolah aku praktikum tahun 1999 dulu. SK Kampung Batu. Dekat ngan kubur sekolah ni. Memang banyak beza. Syahidah....masih kah kau ingat?? hehehe

~TAMPIN~
Sampai pula kat daerah Tampin ni. Dulu aku selalu gak g Tampin. Berdua ngan Zainab. Boleh leka sampai melangkah sempadan N9-Melaka. Hehehe kalau diingat lawak je.

~ULU BENDUL & HUTAN SIMPAN ANGSI~
Ni kat Ulu Bendul...tak masuk dalam. Kekangan masa,kami singgah kejap je.


Negeri Sembilan yang kurindu

Hehehe....bukan rindu apa. Kat Negeri Sembilan ni lah satu-satunya negeri tempat aku menetap sementara selama 3 tahun semasa belajar di Maktab Perguruan. Aku ni anak ayah, mana boleh menetap negeri lain selain negeri kelahiran aku. Dapat masuk jadi pelatih barulah aku dapat keluar dari Selangor tu.Itu pun dengan alasan belajar kan...kalau tidak hampeh! Kesian tak???Dan masa di Negeri Sembilan tu lah juga baru aku merasa suasana nak 'balik kampung'...:-) kesiankan kat aku. Masa kat Negeri Sembilan tu juga lah baru aku terasa betapa pentingnya aku di Selangor. Hahahah sebab apa? Sebab masing-masing kalau call...x kira lah keluarga ker....kawan-kawan ker....mesti tanya..."bila nak balik?"...Wahhhhh..Terima Kasih Negeri Sembilan...keranamu diriku berharga....hehehe dah cam iklan plak. Bila dah balik menetap kat Selangor...terasa macam Negeri Sembilan tu pulak kampung aku. Walhal yang ada kat sana cuma kenangan. Eh...tapi mahal loh kenangan tu. Aku Sayang!

Cuti ni aku tekad nak 'balik kampung' yang dah 10 tahun aku tinggalkan. Jun 1999 aku meninggalkan Negeri Sembilan dan siapa sangka rupanya aku balik semula ke sana Jun 2009. Tapi macam biasa...nak capai sesuatu tentu ada nilai yang perlu dibayar....kan? apa dan bagaimana bayaran tu..biarlah aku dan eeeda je yang tahu. Aku tetap nak balik! Untuk dapat sesuatu kena lepaskan sesuatu..begitulah...:-(

Okaylah untuk post kali ini...lepas ni aku upload plak...gambar2 kat tempat yang aku singgah dan lalu sepanjang satu hari di Negeri Sembilan.Okay...Terubat juga rindu aku.

03 Jun 2009

Klang Oh Klang

Sesaknya Bandar Klang belum berakhir. Huhuhuhu Aku semakin berkira-kira jika terpaksa menempuh Bandar di Raja ini. Gambar ni aku amik ketika pulang dari Selayang Sabtu lepas. Saja nak berjalan sambil2 belajar jalan-jalan yang ada kat atas muka bumi ni. Lagipun x pernah sampai rumah Puteri.

Cadangnya nanti-nanti pun tak pe...ler ngupe-ngupenya Puteri dapat tukar plak. Ate....teman redah je la Sabtu tu. Hehehe penat tu, maklumlah drive sorang. Nak berganti dengan put aku tak berapa nak yakin lagi. Haaaarmmm.. tahan je la. Tak laratnya masa kat bandar Klang tu la...mak aiiiii. Klang oh Klang....Bagaimana pun kamu...Klang tetap di hati, walaupun berniat nak meninggalkan kamu...Klang akan tetap terpahat di hati walaupun aku akan pergi jauh dari sini. (Ntah bila nak perginya pun...hehhee angan-angan tinggi betul ni)