08 Oktober 2008

Mesej dari seorang yang bergelar teman

myspace layouts myspace layoutsmyspace layouts myspace layoutsmyspace layoutsmyspace layouts

Apabila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Apabila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Apabila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."
myspace layouts myspace layoutsmyspace layouts myspace layoutsmyspace layoutsmyspace layouts

.

07 Oktober 2008

Riang Ria satu petang


Hai masih lagi salam lebaran untuk semua. Aku nak tunjuk muka sikitlah hari ini. saje jer melayan keboringan dan kebluran tahap gaban aku ni. Punya banyak aktiviti tapi aktiviti memblog tetap diteruskan. Assigment dah tengah2 malam nie stop arrr jap sambung sok subuh plak. Aku masih risau subjek Kajian ni...aduhai aku x tahu mana nak curi masa untuk cari bahan kat library or EPRD tu.....bila nak p....aku dah ngajar petang....nak g pagi tu rasa macam suntuk sangat. Dah la aku pandai sesangat jalan nak g nya. Phening...phening....namun suasana raya tu alhamdulillah ler masih berbaki lagi. Korang tengok jer la gambar2 yang aku snap petang selasa ni...aktiviti2 yang biasa kami buat sebelum balik. Dok bersantai2 dulu. Sepanjang Ramadhan memang aktiviti ni terhenti seketika almaklumlah masing2 nak balik cepat untuk persiapan juadah berbuka puasa n ditambah tak mahu tersangkut pada kesesakan lalu lintas....

La ni....Syawal dah mengganti tempat Ramadhan. Aktiviti berbalik kepada sediakala semula. Best betul bila dapat berkumpul semula setelah sekian lama x berjumpa. Cewwwaaahhhhh. Masing-masing tengah dok planning hujung minggu ni nak serang rumah sapa. Nak serbu ke mana...heheheh

K la now enjoy the picture ya...






06 Oktober 2008

Penggal akhir.....


Dah raya....tapi belum habis lagi. Dah jalan....tapi tak puas lagi. Hehehehehe rutin harian kembali seperti biasa. Selamat menjalankan tugas semula. Selamat menyambung kerja-kerja kita semua. Sekolah aku lagi 2 minggu dah nak final exam...so perlu segera habiskan topik supaya ade masa nak buat ulangkaji. Budak2 ni kena di'refresh' semula pelajaran2 yang dah lepas. Sempat ker nih....aduhhh....suasana raya masih ade ni payah sikit. Perbualan bebudak ni pun masih berbaur rayanya,kuih rayanya apatah lagi duit rayanya...kekekeke pepun kenalah teruskan belajar. Nasihatnya cikgu xleh lah layan sangat cerita2 raya nie. So cikgu-cikgi selamat mengajar semula. Para murid selamat belajar kembali. Exam dekat dah nie....nak turun kelas ker? nak naik kelas ker? Pikir2 ye anak2 sekalian!
.

05 Oktober 2008

Hari Raya kelima

Ya ampunnnnnn......lihatlah lenanya abang aku ni tidoq. heheheh sesubuh aku snap gambo dia lena diulit mimpi...mimpi sapa bang oiii.....awek shamelin ka....awek johor ka....awek melaka ka...????? heheheheh hanya diri dia je yang tahu. kan kan kan kakak2 ku sekalian.....kuikuikui....
Dalam kul 1200 abang aku nak balik....kete dia plak xleh nak start. Repair arrr sendiri2...bateri kong. Jumper xde....tapi dah dia pun pomen x bertauliah berjaya jugaklah hidup enjin kete....1230 abang pun gerak balik Pulau. Then kul 130 abang aku tu hantar mesej nih....

click to create your own

La....mati ker enjin. Aku ingatkan dah sampai Pulau dah. Aku jugak yang dia cari kan kan kan bang.....Ani gak yang abang mintak tolong kan....Kay arrr aku pun kuar kejap memberi sedikit pertolongan yang aku mampu....malam nanti abang ganti balik ek. Yela bang oiii. Ani jugak la kan??? kan??? heheheheh




Kat Port Klang ler ni.....berhampiran 7 eleven + McDonalds ...hehehheheh. Abang aku kata, "untung la Abang Sam , dapat bateri baru". Aku kata, "kete abang sam, abang bawak jalan sapa suh....ler nanti kelim je la ngan bang sam...x pun separuh2 ker....". Kan? Abang tanggung sorang mana boleh. hehehehhe. "Tu ler...abang pun pk nak separuh2 la ni..". kata abang aku tu balik. Heheheheh tula...Ani dah kata, moto elok2 xde rosak xnak bawak. Gatai nak bawak kete....kan dah kuar lebih budget.....kuikuikui..."Oh...perli abang la tu ek...perli...perli lah....xpe...". Abang aku kata lagi. Aku gelak jer la....

Siap semua. Kete pun dah pasang bateri baru. Abang tanya nak minum ker makan ker? Ermmm aku pk tak payah la....dah lepas2 raya ni , abang aku tu aku tahu sangat2 dah budget dia camner. Tu pun masa kat umah aku tadi cakap minggu depan nak g Johor. Boleh pulak ek...? Erm raya awek johor la tuh.....kuang kuang....(aku jerit nie...) Akak shamelin.....akak melaka.......abang ayol dah raya umah akak2 semua ker ????? Kahkahkahkah.....!!!!!Aku tak sabo tunggu sapa ler yang jadi juara. Hadiah utama....cincin kawin la kan? heheheh.

Dah settle semuanya...aku pun segera pulang ke rumah. Yelah ayah pun dok sorang2.Terus call abang...aikkk tak dapat??? Sah kompem la dia off nie. Tu ler susah hidup awek keliling pinggang nie tau kengkawan. Tapi x lama kendian mesej dari abang aku masuk.....



click to create your own

Ye iyelah....sapa lagi nak tolong abang kan??? Ani jugak kan kan kan?Tak kisah la abang oiii...selagi mampu aku tolong aku tolong. selagi daya aku x kedekut dan takkan khianat sedara sendiri...Insya'allah. Aku sayang keluarga aku. Thats d most important kan? SELAMAT RAYA SEMUA....

p/s : Lagu ni untuk abang ayoL...


Cuba - Faizal Tahir


Ha ini tamu aku malam raya kelima ni, Abang Atan n his wife Kak Ina. Deme dok menetap kat Kampung Idaman. Abang Atan ni abang sepupu aku gak la. Anak kepada wak Damiri aku. Meh tengok apa aktiviti abang atan bila saje datang umah aku nih.....


Hheehhehe tgk gambo kat atas tuh....nie la dia antara aktiviti walaupun bukan selalu tapi biasa yang dilakukan oleh abang ku yang sorang ini. Actually anak2 buah ayah ni memang biasa dah ngan aktiviti cenggini. selain bang atan, sepupu lain yang kadangkala melakukan aktiviti yang serupa ini ialah kak sue....hehheeh adik bang atan. Deme berdua ni memang rapat ngan ayah pun. Tu la x kisah tu. hehehehe . Bik June n Man Juli pun biasa gak buat aktiviti yang serupa ini. hehehehe. Sambil nyelam minum air gitu. Tak kisahlah asalkan hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.




.

04 Oktober 2008

Hari Raya keempat

Aiseyyyy....aku baru jek nak relaks2. Dah siap masak2 tghari utk mkn kami dua beranak. Aku kemas2 dapur. Isi kuih-kuih mana yang dah abis. Isi n buat siap2 air untuk tamu. Actually air F&N yang tinggai tuang tu jer pun ade gak. Biorlah tamu pilih nak minum ape. kan kan kan .....Tetiba, "Assalamualaikummmmm.........," hahaha tu dia tamu pertama di hari raya keempat sudah tiba.

Bukan sapa pun . Yang datang tu kawan baik ayah aku. Wak Najib n family. Deme semua duk kat Rantau Panjang. Eh....Klang tau bukan Kelantan! hehehe. Tapi dok leka punya pasal, aku terlupa da nak snap gambo. So xde la picture for this family. Then story seterusnya malam nanti je aku wat sambungan n3 nya....adios.

Okey.....n3 seterusnya :

Nie Kak Ru atau lebih dikenali Kak ketot dalam family kitaorang. sebab orangnya kecil molek jer dari dulu sampai la ni....yang baju oren tu. Dok menetap kat Sijangkang Bt.7.....Kak Ru ni anak wak siman yang kat Pulau tu. Muaaahhh sayang akak!!!

Haaaa....ni la wak Damiri yang dok kat Telok Gong tu. Wak datang ngan anak menantunya. Nie pun sama gak konvoi 3 kete. Kak Sue( baju cekelat tu) n family satu kete, Kak Ros n family satu kete dan Abang Aril n family satu kete.Penuh umah dari depan sampai belakang.So...layan diri la jawabnya...hehehehe


Hhehehe tengoklah deme semua nie....lagi satu family, konvoi wak miri lah nie....dah kepenatan beraya. Tiba kat umah aku mesti amik peluang untuk bertidur-tiduran. Gambo2 triple kat atas ni, family kak ros...anak wak miri. cam best jer anak buah aku tido ek....ngan bapaknya sekali tido. Aku curi snap x sedor deme. Ish..ish...abang husin penat sangat kot. Bantal xde pun lena tido. Kahkahkah...umah aku ni best sangat ker....sampai leh jadi tempat sepupu2 aku cipta taik mata....??? ingat lagi n3 hari raya pertama? ridzuan sampai umah aku amik bantal? semalam family man iban...cucu2nya plak landing best jer kat tempat yang sama?? huhuhuuh sapa nak tido...meh la singgah umah aku!! hehehehe

K satu lagi family yang konvoi wak miri....Kak sue atau juga dikenali kak kenit. Hheheheeh kenit ker? aku rasa cam sehat jerk....ayah aku kata kenit tu masa kecik2 dia jer....dah jadi mak budak hilang kenitnya. Hhehehehe gurau2 ek kak sue. Jangan mare..raye2 kitakan baru lepas minta ampun maaf....Kak sue yang baju gelap tudung cekelat tu. anak dara comel2 baju hijau deret 3 orang tu anak2 dara kak sue. Anak2 kak sue ni semua pompuan. Akak baju/tudung kaler maroon tu plak...Kak Nora. wife Abang Aril. Xde plak gambo abang Aril ek....sowi.hehehehe Ha yang hensem baju kaler biru tu plak husband kak sue....Abang Saleh. Salah sorang kroni yang menempatkan aku kat SKTP masa memula nak posting dulu. Hheheheh jangan mare haaaaa. Ade sesapa kenal tak? Yang pasti tentu ade yang kenal....specially cikgu2 daerah Kuala Langat n juga cikgu2 SMK Telok Gadong. Kan kan kan.....kan Sofian...? Ko kenal wajah itu kan Pyan? Hheheheheh (ni kalau dak pyan baca n3 aku ler) .

p/s : Bile ko nak datang beraya umah aku Pyan???


9.30 malam.....Jiran belakang umah pulak berkunjung. Abang Aziz n his family. Time ni umah aku dah sunyi sepi...sebab aku dok buat assigment dalam bilik. Ayah pun dah landing jugak. But sebab dah raya n tamu bagi salam tentulah di sambut jugak. Lepas diaorang balik, aku terus melekat depan TV tengok cite Zombie Kampung Pisang dan cite Pelita Buluh. Dok selang-seli la antara TV1 ngan TV3. Dekat2 nak kul 11 mlm, dengor kete datang....Aisey tamu lagi ker .....ish aiii aku dok diam jer tunggu sampai orang bagi salam....nak tau sapa? Ha ni dia......

Nie la Abang sepupu yang paling2 rapat ngan aku. Abang AyoL. Tgklah pose gambar dia..eleh...kunun2 macho la tu! Dia ni la yang suka sangat datang umah aku time bulan memancarkan cahaya. Tak pernahnya dia sampai semasa matahari menjalankan tugasnya. Dan nie juga la Abang "Romeo" .....yang aku kata ade awek 2-3 orang tu...ingat lagi tak? Aku story dalam n3 bulan lepas dengan tajuk 'Harta terkini'. Ni pun sampai raya umah aku setelah aku dok memerli jer. Apa tidaknya kata raya kedua nak sampai. Tapi tak sampai2 sehinggalah malam ni....tu pun dah lewat dah. Aku tanya..."Nie nak raya ker apa?"...dia kata..." Eh, raya kan 24 jam.....raya + tido sekali ler, x boleh?" ...Lantak la labu. Dan abang ini juga lah yang salah sorang dari 2 insan yang susah sikit aku nak beri maaf....boleh, tapi amik masa sikit kot...(sikit? banyak kot....)hehehehe . Ntah bila la dia nak ganti VCD player aku tuh gamaknyer...Ish abang...abang....repot kat wak siman kang, baru tahu! kuikuikuikui....Dia ni anak wak siman second last. Juga tetamu terakhir hari raya keempat.hehehehehe
,

03 Oktober 2008

Hari Raya Ketiga

Aku tak tahu ler napa.....hari ni aku ngantuk giler. Walhal semalam xde la pulok aku tido sampai kul 2-3 pagi. 1230 am aku dah hanyut dah rasanya. Dok ngantuk2 sambil tengok tv cite rosyam nor, makcik aku mai.....ni gambanya , tapi tak jelas la...sorrry kamera aku tetiba buat hal ler plak. So terpaksa guna camera hp...tu yang hasilnya tak memuaskan tu.

1. Ni Bik Kamariah.....adik ayah yang dok menetap kat Kg Selamat,Subang. Bik Yah datang ngan keluarganya yang dah bertambah ahli...

(a) Nie lah dia orang baru tu....Balkish baru jer berusia 4 bulan. Cute kan baby nih. So aku dapat satu lagi title, bik ani la pulak.

(b) Balkish di pangkuan mamanya, Ida. Nie isteri adik sepupu aku, Johan. Heheheh memang Johan.

Nie plak, anak bik Yah yang no.2 Fendi (kanan). Age baru 23. Tinggi betui adik2 sepupu aku nie. Ngalahkan ketinggian bapaknya...paman Rani (kiri).


Dah petang2 sikit....Paman Taiban pulak sampai. Aku panggil man iban. Man Iban ni adik ayah...bawah ayah aku betul. Tengok muka pun ade iras ayah aku, hehhee. Man Iban ni pun datang konvoi 3 kete dengan anak menantu. Ngan man Iban ni memang kompem2 aku jumpa setahun sekali. Sebab dalam banyak2 10 orang adik beradik ayah aku, man iban ler yang dok paling jauh (aku rasa lah). Man Iban nie dok menetap kat Felda Sueharto, Sungai Tengi. errmm dah kat sempadan Selangor-Perak dah. Sebelah jer ngan Tanjung Malim tu. Aku tak pernah lagi drive g umah Man Iban....dah banyak kali plan nak g ngan sepupu aku dak amelia tapi ade saja yang membuatkan plan kitaorang tu cancellll....mencik tul. heheheh So , kena buat plan baru la...tapi kertas kejenya x siap lagik. Ntah la bila nak buat. Tunggu jek la...

Tamu seterusnya, abang sepupu aku yang dok menetap kat Kg sg Udang , abang Rashid n family. EEeeee tudung Kak Lin sama kaler ngan sarung kusyen aku ..hehehehhe . K, abang sepupu ni anak wak amat, abang arwah mak. 3 orang anaknya . yang ade dalam gambo tu yang bongsu Muhd Rashdan, yang tengah Siti Syahirah n yang sulung Mohd Azfar. Tiga2 ni pernah jadi anak murid aku. susah ek ngajo anak sedara sendiri....( ntah laaa ).

.

02 Oktober 2008

Hari Raya Kedua

Hari ini aku tak ke mana- mana . Just stay kat umah menunggu tetamu. Ada juga lah 3-4 keluarga yang beraya di rumah ni. Antaranya;



1. My abang sepupu....Abang Ari (baju putih) n family, menetap kat kg delek. Anak kepada arwah wak Niah, kakak ayah aku.

2. My kakak sepupu....Kak Fauziah (tudung cekelet) n family, menetap kat Telok Pulai, ala kawasan perumahan yang sebelah Dol Car Wash tu. Anak kepada arwah wak Fatimah, kakak kepada arwah mak.


3. Another kakak sepupu....Kak Jamaliah (hijau) n family. Dok kat Sungai Udang je. Anak kepada arwah wak Nab, juga kakak kepada arwah mak.

4. Man Juli n family, menetap kat Pulau Indah. Adik bongsu ayah. Pak su aku ler.... kimi,bik jun, man juli, eza, n sahlan.





5. Nie pulak...Am n his family, jiran aku. Sebelah umah je. Budak tecit tu namanya Siti Ajura, perrrgggh lasak betul anak dara sorang ni. Baru 11 bulan.


6. Kakak sepupu lagi.....Kak Juriah n her family, menetap kat Sungai Udang.Anak kepada wak Amat, abang arwah mak. Hehehehe umah deme ni depan umah aku je la. Jiran gak kiranya ni. Kak Ju, Fatin, Abang Kamsah.

7. Kunjungan terakhir hari raya kedua, abang sepupu aku, Abang Din n family, menetap kat Melaka. Actually anaknya Nabila ade study kat Jordan sekarang. Dua orang pengapit tu (hehehe) anak angkat. Abang aku ni memang suka amik anak angkat. anak kandungnya sorang jer. Lepas beraya umah aku ni mereka dah nak balik ke Melaka. Oh ya, Abang Din ni anak kepada arwah wak Nab, kakak kepada arwah mak.


Kesimpulannya; hari raya kedua ni rumah aku lebih dikunjungi oleh sepupu sepapat belah arwah mak. Tq for coming....Salam Lebaran!


..

Hari Raya Pertama

Aku balik beraya kat Pulau Indah. Lepas sembahyang raya ayah ajak balik Pulau.Balik Pulau yeehaaaa memang aku suka sesangat. Antara rumah yang aku pergi kat Pulau tu dah tentulah rumah adik-beradik ayah yang menetap kat Kg. Sungai Kembong. Tapi..xde gambar arrr tak teringat lak nak buat n3 nie...Then kalau dah adik beradik ayah tu of course la keturunan tok Naim.


Rumah-rumah yang kami kunjungi pagi raya tu


1. Wak Kasiman...aku panggil wak siman jer. Masa ni sempat beraya ngan anak-anak wak siman yang menetap kat pulau tu jelah...kak tina n family, abang anjang n family, Iwan n wife, n tak ketinggalan bujang mata keranjang yang awek dia pasang 2-3 tu lerrr...abang ayol aku tuh.


2. Paman Punadi....aku panggil man iboh. Rumah man iboh ni la umah ibu (umah pusaka tinggalan tok naim ) Kat umah ni la juga aku menginap kalau duk semalam dua kat pulau tu. Tapi time ni man iboh dah tak sesihat dulu dah. Ada gaut...dah bertongkat kaki 4 dah cam ayah aku gak. Sib baik la anak-anak man iboh semuanya anak bujang teruna, lima orang semuanya. Yang bongsu perempuan ...Siti Isniza baru tingkatan 1. Niza ni masa kecik2nya dulu kalau aku balik kg, mana aku pergi mesti dia ikut. Tido pun ngan aku la jugak. Aku pun sorang2 jer orait la tu jadi member aku. hehe. Abang2 dia yg lain; kahir, jumrie,madi,rudie,n faizie.TQ kat faizie ni, coz pernah sekali ayah aku sakit,aku plak ade kursus...so faizie tolong jaga lagi pulak kebetulannya masa tu dia free.Tq yea dik.


3. Paman Jajuli....aku panggil man juli or pak su. Tu pun dah terlajak patah balik..harharhar tu la dia akibat kerap bebenornya balik kg. Ntah mana jalan dilalunya...main redah2 jer. Tapi dah Pulau kan...pusing2 jumpa balik. So kat sini jumpa la ngan adik2 sepupu aku...Lan, Eza n Kimi. Kat umah man juli barulah ayah nak makan nasi impit. Tgh2 makan tu....kuikuikui guru besar aku plak sampai....cikgu Sabtu lah sapa lagi. so raya sekali lah. Cikgu sabtu kata; "La...ko raya kat pulau ke?"...Aku kata, "aaa'aahhh...". Boleh lagi pulak dia tanya man Juli....Ni anak sedara ko ni Li? Anak jowo tapi ne orak reti ngomong jowo...kepinye toh..". Kuikuikui aku buat2 x dengor jer....Blah dari situ. hehehe


4. Wak Damiri....aku panggil wak miri. Sepi jer....dok berdua ngan wifenya wak comel. Dua2 wak aku ni dah tak sihat dah. so umah ni dah tak semeriah macam aku kecik2 dulu. Time nak balik jumpa ngan anak dia yang baru sampai...Kak Ros n husband,abang Husin. Depa dok kat pandamaran. Oh ya wak miri ni menetap kat Lorong Perajurit,Telok Gong.


Abesh dah.....aku balik umah pulak....tido sat, tepon aku munyi....Adik sepupu aku dak Yati call ckp diaorang tgh on the way, n suh aku siap2kan apa2 yang patut...hehehhe siap kuih raya je. Ni la diaorang yang datang berkunjung umah aku petang raya pertama;


1. Adik ayah aku ni...Bik Misnah n family. Diaorang dok kat Jenjarum, Kuala Langat. Tengoklah betapa bergayanya adik2 sepupuku ni semuanya ...Rina, Yati n Nizam. kat meja makan tu ayah diaorang la, man Rowi.

2. Keluarga kedua, ha...yang ni keluarga belah arwah mak aku. Keluarga wak manab, abang kepada arwah mak. Tapi gambar kat atas ni cuma ade anak sulung n bongsu jer. Yang berjambang tu...Lan namanya, dah berkeluarga dah anak sorang (baby nama muaz). Tudung hujau cermin mata tu adiknya yang bongsu. Siti Khairiah....tapi kitaorang biasa panggil siti/adik je (walaupun kalau ikut pangkat aku kena panggil dia Kakak) . Bini si Lan sebelah tu pun panggil aku kakak...walaupun yg sebenarnya aku yang kena panggil dia kakak....dengan diaorang ni umur aku tua, tapi pangkat aku muda oooooo pangkat adik. hehehehe. Pak ngah si Muaz, Ridzuan...dak Wan ni tiap kali raya umah aku jer...kompen amik bantal tido..walau pun hanya untuk 10 minit...huahuhahaha. Lagi satu , mak diaorangla yang bela aku masa aku kecik2 dulu... TQ wak teh....aku panggil wak teh, nama bebenor Manisah. Dekat2 ngan nama aku kan? tu sebab aku leh rasi wak teh yang jaga aku ...kot.... (aku ni masa kecik2 susah nak ikut orang)


3. Kay....tetamu seterusnya, dari Kuang. Paman Jumadi, yang ni adik ayah aku. aku panggil man Iju. Yang ni ramai sebenarnya , konvoi 3 kete. Gambar atas ni, man Iju sampai n bersama ngan anaknya yang ke-2. Single lagi adik sepupuku yang sorang ni. Amelia or aku panggil Lia. Budak kecik baju oren yang Lia dukung tu anak abang dia, aku lupa pulak nama budak kecik ni. heheheh. Tiga kete, kete satu...man iju la...ngan wife n 2 anak dara , Lia n Nor n . Nor ni baru tingkatan 1, Lia dah 28 dah. kete dua...Si Han n wife n baby no 2 deme. kete tiga....Awin n family. Ermmm su ngan yana beraya ngan husband masing2. orait la tu. kalau tak, tambah lagi 2 kete untuk 2 famili tu...penuh umah , x terlayan aku!

4. Ni pun kira sedara belah ayah gak lah....salah sorang anak wak miri. Abang Anang n famili. Dah malam dah masa ni about 830pm. Kira cepat jugaklah abang anang datang tahun ni, adik beradik dia yang lain x sampai lagi dia dah sampai. mungkin sebab raya kedua nak g Penang, umah nenek wife dia. Abang Anang ni dok kat Senawang n9. Yang lain semua dok Selangor, dia sorang dok luar. Ntah bila la aku nak sampai umah dia aku pun tak tahu. Tapi Insya'allah akan sampai juga la. Hhehehehe siap offer nak cari kan jodoh untuk aku ni....aku angguk tidak,geleng pun tidak....tapi, ade ker???

5. Last visitor, aku dah x teringat nak snap, dah kul 10.mlm pun masa tu, mata aku dah nak tutup. Alang n famili. Umah dekat je..seberang jalan. Anak kepada kakak sepupu aku. Kira alang ni anak sedara aku la kan? n anak-anak alang plak, cucu sedara aku.

OPs.....actually sebelum semua2 yang di atas tu sampai, tetamu pertama aku ialah abang sepupu aku, abang yem n wife dah sampai sebelum solat sunat aidilfitri lagi. Tiap2 tahun kompem abang yem la yang first sampai , masa matahari baru nak terbit. Abang yem nie anak wak amat, abang sulung kepada arwah mak aku. Arwah mak aku ni anak bongsu dalam family....tu arrr sebab sepupu2 aku belah arwah mak aku semuanya hampir2 baya ayah. Anak-anak diaorang semua baya2 aku....mana yang dah kawin n beranak pinak tu...dah sah2 la anak diaorang panggil aku nek unggal! Tapi aku muda lagi la weiiiiii...oleh itu ada gak yg panggil nenek muda.....hahahahahah.


Majlis Khatam Al-Quran

Tengok je la yea....majlis ni diadakan pada hari terakhir sekolah sebelum cuti hari raya yang lepas.