21 Ogos 2008

Kuala Lumpur

ku keletihan
Aduh...semalam hari yang meletihkan. Baru semalam dapat menguatkan hati pergi ke Kuala Lumpur. Aku ni sejak-sejak dah bertambah umur cukup malas nak ke KL. Tapi mengenangkan borang permohonan wakil diri (pencen) dah tinggal nak berapa hari tempoh tamat aku gagah kan juga hantar sendiri. Lebih yakin dari pos. Takut lambat atau tak sampai (kot sangkut-malas nak amik risiko).

Macam biasa aku bawak Emmy ler. hehehehe Tengahari semalam around 12.25 camtu kami naik komuter pergi ke Kuala Lumpur. Turun kat stesen Bank Negara. Maakkk aiiii setahun je aku x g, banyak dah berubah. Citttt.....x bawak kamera plak. Kalu x boleh snap. Sekarang dah ade terminal baru yang lebih cantik. Cantiklah....masih baru. Sampai sepatutnya 1.30 ptg, but kerana train delay kat setia jaya ,ntah sebab apa ntah kami tiba kul 2.00. Bengang nih sengah jam lewat. Dah lari timing aku.

Apapun kitaorang solat zohor dulu kat surau baru....alamak time nak pakai tudug plak baru perasan dalam surau tu xde ceremin la. Then , move to Medan Mara ......pusing punya pusing punya pusing x jumpa JPA (bahagian pencen) tu.....tanya la orang! Cittttt bengang nombor 2, Depa dah pindah ke Maju Junction lerrrrrr!Adehhhhhh dehhhh dehhhh. Perot dah mintak diisi. Kitaorang balun makan dulu le. Then baru g Maju Junction . Sib baik dekat je ngan Pertama Kompleks. Area2 tu jugak la.

Pusing-pusing lagi tgk direction board kat level 5, kami pun naik la escalator kat MJ tu...last kat L3 dah food court dah. Uiks mana L5 nih....? Bengang ke 3 dah mai....turun balik n tanya....Pehhhh kat other block upenya...ne naik lift baru sampai. Kuar2 aik pesal kat parking lot plak ni? bior betul.......ermmm betoi! Akhirnya jumpa gak JPA lokasi baru. Orang x la ramai-2-3 kerat ja. Tapi network komputer dema plak x berapa nak ummmphhh...so tunggu lagi.Wuaaargghhhhh aku dah penat nih....dah la nak cuci mata kat sogo tak dan. Sogo tgh sale tu-50%-70%. Sib baik gaji dah abis n yang baru x masuk lagik. Kalau tak mau aku sambar 1 handbag! hehehehe

Lastnya kami dapat train balik Klang around kul 4 ptg....Singgah jap bukit tinggi, Emmy plak nak bayo bil apa ntah .....tup tap tup tap kul 6.00ptg gak la baru ade kat rumah. Tu pun my father dah call beberapa kali tanya "tak nak balik ker?"

Keciwa gak lah xde gambar, moral of the story selalu la simpan kamera dalam beg anda! bagi yang suka snap la. Phone aku memori dah penuh .....so x leh simpan gambo...then dah pandai buat hal sekarang nih.....orang phone xde ringing/vibrate walhal aku x tuko pun setting g silent. Msg masuk pun xde munyi......bencik nyerrrrrr.Kete wat hal,phone wat hal, semua nak wat hal!!! tencen...tencen...tencen aku cenggini! tapi Emmy kata Saaabooooooo......

18 Ogos 2008

Jemput-jemput ikan bilis

Sengaja nak menghilangkan kebosananku...Ha ini lah dia juadah petang tadi. Jemput-jemput ikan bilis cecah sos cili kimball beserta air kopi. Setengah jam siap! heheheh koboi jer masak ni...semua orang tahu for sure anak murid aku pun tahu nak buat....so simple.


tepung gandum + bawang kecil dihiris + bawang putih dihiris + cili merah hiris gak + garam secukup rasa + ikan bilis sikit + air masak. Campur je semua . Pastu amik sikit2 masuk dalam minyak panas, goreng je la sampai kekuningan keemasan. Mudah jer kan?

Buat air kopi ke, teh ke, or air kegemaran masing-masing terpulang pada diri sendiri. Makan petang-petang apatah lagi semasa atau sesudah hujan..Fuhhh selera sungguh ! Betul tak? Actually masa-masa cuti ni lah aku dapat banyak permintaa daripada ayah yang nak makan bermacam jenis kuih-muih. Aku memang dah lama x membuat kuih-muih tu semua. Memang patut pun ayah teringin nak makan apatah lagi dari air tangan anak sendiri. Anaknya je yang kurang rajin...Kahakahakahkah......Hari ni aku penuhi permintaannya yang pertama. Ok pe....So Selamat menjamu selera to my dear ayah.....sepinggan tu ayah makan sorang!

New modules for new semester

Taaaadaaaaaa......ha inilah dia subjek untuk semester akan datang. Berpinor-pinor lah mato den dongan nombor nanti. Kuikuikui...oraitlah tu , kata member aku. kan cikgu matematik harus bisa berenang di lautan nombor. Kahkahkah...iyolah! Anyway, subjek dalam BI, cam biasa aku dan geng-geng Oum dah start mencari modul BM sebagai rujukan kecemasan. :-) Persediaan kunun....last-last modul BM tu la jadik rujukan utama. Untuk kefahaman ....penting tu! kalau setakat selak-selak, tenung-tenung, tengok-tengok tapi tak paham menda pun tak berbaloi gak. Anda setuju? Pokok utamanya faham. Perlulah faham baru boleh buat. Iye tak....? Modul ni aku amik pagi sabtu....pepagi dah kuar rumah sebab niat nak balik awal. So memula pikir dah nak drive or naik komuter je....tapi sebab nak cepat aku pilih naik komuter jer senang. Al maklumlah aku ni "tersangat lah pakar" jalan raya kat KL. Elok-elok amik masa sejam, silap hari bulan jadik 2-3 jam plak...tak nak amik risiko. Kang terlepas lak jemputan kawin anak cikgu Asiah and jiran sebelah.

Untuk semua pelajar OUM. Selamat menjalani semester baru. Semoga sama-sama kita dapat rungkaikan sumpahan yang selama ini membelenggu kita (sumpahan=buat assgmt last minute ler ...apa lagi)That's it.....aku boring sebenarnya. So ini jelah post untuk petang ni. Ayah dah mintak buat kuih 'jemput-jemput' tu. Kalau ade idea..kang malam aku buat post baru. heheheheh insya'allah.

17 Ogos 2008

Cuti : Walimatul Urus vs Balik Kampung

Cuti sekolah dah bermula lagi. Tak lama, satu minggu sahaja. Pada kebanyakkan orang cukup suka pada cuti ni. Boleh pergi cuti-cuti Malaysia. Tapi sebenarnya ada juga yang tak suka ceria....contohnya...aku la! Hhehehehe...ada masa-masa tertentu sahaja aku merasakan nikmatnya bercuti. Iaitu di masa-masa yang memang aku perlukan rehat. Selain itu kebosanan melebihi keriangan.

Kenapa aku jadi macam tu? Mudah saja....nak pergi cuti-cuti Malaysia, ajak ayah ....ayah comfirm x nak ikut,meskipun ajak balik kampung kat Pulau Indah tu pun liatnya ayah setuju. Dia akan kata...."kau kalau kau nak balik ...kau balik la. Ayah tak nak. tapi jangan balik lama-lama ...ayah sorang kat rumah ni..." Aduhai......itu macam punya kata-kata agak-agak korang boleh ke aku nak cuti-cuti Malaysia luar dari kawasan Selangor atau ke tempat-tempat melangkau 2-3 buah negeri???



- ayah dan kucingnya yang bernama Nina (tapi dah mati dah)-



Hajat di hati, impian kalbu terpaksa aku tahan kan demi ayah tercinta. Tu la agaknya aku stress selalu. Kawan-kawan anak rantau pulak....time-time ni la diaorang balik kampung jumpa mak ayah masing-masing. Yang mana memang stay kat Klang ni...deme pulak pergi cuti-cuti Malaysia. Arrrrrrggghhhhhhhhhhhhh ......aku jugak terperap kat Klang yang dah makin sempit dan sesak nih!

Dua hari nie memang aku tak lekat kat rumah. Dok melayan memenuhi jemputan walimatul urus kengkawan. Hari Sabtu semalam, Cikgu Asiah terima menantu. Majlis kat Kampung Delek je....dan Mak Ton, jiran sebelah rumah aku pun....terima menantu jugak. Balik jemputan...aku g Subang Jaya ngan Emmy pulak. Sekitar jam 4.30 petang baru ada di rumah. Kikihikihkih.....Idah pulak mesej kat hp nak datang bermalam kat rumah aku...Dia mintak aku ajar macamna nak manage blog. We have a new blogger names eeeda-damak. Dah malam tu aku stay berjaga takat kul 12 je. Letih bangat nih....Idah katanya kul 3 pagi baru dia off laptop aku nih. Sorry la idah aku x dapat nak teman. Mataku telah di tarik2 minta ditutup!

Hari ni, lepas Idah balik aku terus g Subang Jaya, ada appoinment untuk mengembalikan semangat aku tu sebenarnya.Kul 1.30 pulak aku penuhi pula jemputan Cikgu Zainal. Selamat dah Zainal menamatkan zaman bujangnya. Tapi just pergi jemputan di belah pihak perempuan la , Yosliyana kat Jalan Kebun,Klang. Sib baik Yosliyana tu kitaorang kenal jugak sebab pernah ngajar sementara di SKTP. So cikgu-cikgu semua pakat datang Majlis di Klang. Majlis pengantin lelaki kat Sg Tekam,Jerantut Pahang...23hb....ERm....hujung bulan.Gaji x masuk lagi ma.....Minyak + Tol kalau leh bayar ngan daun, sah semua akan pergi Pahang tu. Wakakkakawakakka...Sorry ye Jenal.Ha....lupa nak bagitau...aku g ngan Pn. Tee. Isk isk aku kalau g ngan Pn. Tee mesti ade jajan Pn. Tee kirim untuk ayah aku. Makasih Pn. Tee yea. Tu sebab kot ayah selalu ingat nama Pn Tee. Kalau nak g kenduri mesti ayah tanya dua nama...g ngan sapa? Kak Sazila ke? Pn. Tee ada? :-)
Then kami sampai kat Telok Pulai around 3.15pm. Singgah pulak jemputan bekas anak murid (Izzat kot namenya) Pn. Tee yang melangsungkan perkahwinannya...Huhuhuhuhu anak murid Pn. Tee dah kahwin dah......Aku bila lagi nih?!!! Whuahwhua....sedihnya jiwa dan ragaku....pakwe aku pasang dua awek.Akukah yang akan di tinggalkan?????! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Berserah pada Allah. Semoga aku akan bertemu jodoh dengan yang terbaik untuk diri aku. Ntah la aku tak tahu siapa. Harapan aku ada dalam hati aku. Korang tak perlu tahu lah yea.Isk isk isk dah berbulan-bulan hatiku tak ceria.

Anyway Tahniah untuk Cikgu Asiah dan Mak Ton kerana menerima menantu baru. Tahniah buat Cikgu Zainal dan Izzat yang dah pun jadi suami kepada seorang perempuan. Kepada yang sedang bercuti-cuti Malaysia tu selamat bercuti.Semoga semuanya Bahagia dunia dan akhirat.

p/s:sorry la ek....xde gambar.tengah xde mood nak snap!
cikgu-cikgu sktp pulak....jangan lupa soalan ub4 nak kena antar naik cuti nih.

06 Ogos 2008

BIRTHDAY


Hari Ulangtahun Kelahiran.....em..pada korang hari tu istimewa tak? Most mesti kata ya kan? Hari Lahir teristimewa yang pernah aku ade masa hari lahir yang ke-21...memang aku takkan lupa sampai bila-bila....Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang meraikannya ketika itu. Tan Tai Hock, Suhaimi Ahmad, Faridah Majid dan tak lupa buat roomate ku masa tu...Rumilalyza. Tan...aku tak tahulah dia di mana sekarang. Tapi baru-baru ni sebelum menjelang 6 Ogos aku ade mimpi terjumpa dengan dia...orang kata kalau mimpi jumpa seseorang, maknanya orang tu teringat kat kita. Hemmmm...iye ker? Mitos kot. Mungkin juga Tan teringat kot birthday aku ....9 tahun sudah dia lah yang ke hulu ke hilir dari blok B ke blok D mencari kelibat aku. Semata-mata nak beri birthday cake for birthday girl. Masa tu terasa happy sangat..itulah kali pertama aku terasa diingati dan dihargai. Kek tu Tan beli bersama dengan Abang Mie (Suhaimi) .Kalau diingat balik memang sweeeeeeetnya...At last...Tan tak dapat jumpa aku....Malam tu Idah datang( masa tu Idah bukanlah kawan yang rajin bertandang blok aku...maklumlah blok paling hujung....sesapa pun malas nak menapak.kuikuikui.Idahlah akhirnya jadi penghantar kek tu ...masa tu dah lewat dah...dekat pukul 10 malam kalau tak silap. Thank you Idah sebab hantar kek tu kat aku!

Roomate aku plak Rumi dah mula fikir bukan-bukan sebab aku dapat surprise kek tu. Dia ingat ade something....but aku bagitau lah dua2 orang tu aku dah anggap macam abang aku je tak lebih tak kurang. Seronokkan...bila ade orang ambil tahu hal kita. Very nice feeling.Tapi sekarang...aku dah lost contact dengan semua yang di atas kecuali Idah...Idah masih ade sebagai sahabat aku. Mungkin yang lain-lain tu just a parasit friend ....umur-umur dah makin meningkat ni yang akan terus kekal bersama kita adalah rakan-rakan yang mungkin kita boleh katakan sebagai truely friend.Setuju tak? Kata-kata ni aku pinjam dari kawan aku Emmy.


Dah hampir 17 tahun aku berkawan dengan Emmy (yg tudung hitam tu)sebelahnya hana....I hope she's really my truely friend...forever! and terima kasih sebab hadiahkan aku perfume Chymara dari Body Shop tu. Hadiah tu lah yang jadi pengubat hati aku. Sebab birthday tahun ni adalah yang paling pilu pernah aku rasakan.terima kasih ya Emmy...nanti ade rezeki lebih aku hadiahkan ko arnab yang ko suka tu plak. Insya'allah..aku tak janji tau.

Tan Tai Hock, dulu aku dapat tahu dia berada di SJK (C) Soo Jin, Kapar. Dah berkahwin dah. Sekarang tak tahulah masih berada di Kapar lagi atau dah tukar balik ke Kelantan, ntah la.

Suhaimi Ahmad @ Abang Mie,aku dah tak kenal abang mie lagi. Dulu dia baik dengan semua adik-adik dia. Tapi selepas dapat isteri, bukan sahaja adik dia buang malah semua kawan-kawan dia buang. Kalaulah aku tahu abang mie ni macam nie....tak kenal dengan abang mie lebih sejuta kali baik daripada mengenalinya. Aku benci pada orang yang menjalinkan hubungan pastu dengan sengaja dan mudah je dia memutuskan hubungan tu. Kami takde salah apa-apa pun.Whatever semoga abang mie tidak silap membuat perhitungan. Bumi ini bulat!

Faridah, masih lagi berhubungan dan semoga kekal. Biar tak jumpa setahun dua tahun asalkan terus berhubung itu sudah cukup baik pada aku. Apatah lagi di zaman IT macam sekarang, telefon bimbit ade, email ade, internet ade (macam-macam ade...blog, facebook, friendster kan? Semua tu boleh dijadikan item untuk terus berhubung.Aku harap Idah pun boleh jadi kawan aku sepertimana Emmy. Lagipun Idah banyak tahu hal2 aku dari dulu sampai sekarang.

Berbalik pada Birthday...tahun nie...tahun aku beralih angka...tiada lagi 20-an, dah menginjak ke angka 30 dah....dan merupakan birthday yang paling membosankan...paling menyayat hati...mungkinkah birthday yang ke-31 nanti akan terulang kembali sambutan yang mungkin lebih manis dari birthday yang ke-21 yang lalu? Aku harap begitu....setahun lagi...aku akan nantikannya!

04 Julai 2008

My Galeri Wawasan

Aiseyyyyyyyy...den lupo nak snap muka depan Galeri la......dok leka snap yang dalam jek.kendian lah ek...kalau x lupo(malaih).kuikui...Kay la...setelah lama menanti gilirannya.Akhirnya dapat jugak aku menyetelkan pengubahsuaian geleri aku ni. Seminggu gaklah berkampung sorang2 kat dalam tu.....sedey kan? kan? kan? Nak selesa punya pasal xpelah.....sorang pun sorang la. Sapa punya kerja...? Teacher Nisah....nama aku juga pun..ah tak rugi lah wei.....

But....thank you kat teacher Linda sebab sudi tolong sama masa membeli and memasang tikar getah yang baru tu. Maklumlah karpet merah dah tuko kaler hitam...lusuh bebeno nampaknya. Sesuai ngan nama muzium(nama lama bagi galeri muzium sekolah) la..bak kata GB.Huuhuhuhu....so sepadan ngan nama Galeri Wawasan....aku tuko lah apa2 yang patut-patut kan? hehheheheh korang tengoklah slide yang aku dah sediakan nie....sebelum.....semasa.....sesudah......

Aku suka yang sesudah...la ni masuk rasa redup jer.....sejuk jer.....hehehehhe oksigen tambahan dari dua pokok tu sudah ade ma.....tu tenang skit tu.....walaupun ke'blur'an tragedi april masih x hilang, walau 'keawangan' mei masih belum berlalu...at least aku diberi oksigen lebih untuk menstabilkan diri ini.....kuang kuang...kuang..kuang....aku tetap aku.....aku akan dapatkan apa yang sememangnya milik aku!!!!!perghhhhh..


SEBELUM



SEMASA



SESUDAH


27 Jun 2008

Lagi Gambar Sukan ...

Ulang tayang gambar sukan sekolah 22/6/08.....ade gak lah gambo baru ditambah, yang xde dalam slaid yang blur tu.....heheheheh
" riadah pagi rakyat Klang "
" persembahan dari Purnama "

" Suria bersama 'span'nya "

" hijau putih penampilan Buana "

" wira wirawati Segara "

" Huda n Nizam....pehal tue? Qusy...aku snap ko jenjalan laks... "

" Wana n Kal....sibuk edar buku program "
" nielah sarapan pagi kitaorang "

" uiks.....lapo den di buek yo "

" santai tepi padang : k radz, k zah, k aziah, dayah , azlina "

" rewang : seriusnya k azwa "


" Ahli perniagaan kecil-kecilan "

" PBSM SKTP "
" Pesan apa tu k Asiah? "

" posing time : k rafiah, niza, k malina, dayah "

" Gambar atas/bawah : Geng penjaga masa ; wana, kalpana, lia, aku dan mooi "





" Alizan, Sabi, Adam....yang tinggi tu, s/u sukan ...Dzul"

"Cikgu Syazly bersama atlit2 nya"

"Ramainya lah yang menonton....."

"Apalah dimenung cikgu Ridzuan tu ek...?"

22 Jun 2008

Sukan tahunan SKTP kali ke21

Yeeeeeeehaaaaah!!!! sukan tahunan SKTP......berlangsung lagi. Kali ini untuk pertama kali kami adakan sukan di Padang Sultan Sulaiman, dekat je ngan Kelab Diraja dan Istana Alam Shah di KLang nu....tapi lupe plak nak snap satu dua pemandangan yang kita leh nampak dari grandstand stadium. Cam bease lah SKTP selalu jer lewat sukan....sekolah2 lain penggal satu dah selesai sukan dah. Kami baru je nak buat. Alhamdulillah pulaknya tahun ni kami sukan xde ditemani air hujan. Kuang kuang kuang.....sebab nya dah bertahun2 setiap kali sukan kompem musim hujan.....tapi best gak lah kepada mereka2 yang suka hujan dan main lumpur di padang sekolah.

Anyway...ini percubaan pertama kami buat sukan di luar sekolah....boleh lah cuma, para penontonnya x nampak ramai....kalau buat kat sekolah padang xde lah seluas kawasan stadium so akan nampak kemeriahan dan keramaian penontonnya...dah buat kat stadium yang luas....pepaham je la....ek!

Untuk tahun ni aku kurang bersorak keluar suara..jhhahahahah sebab rumah sukanku kalah la....asyik last jek.......isk isk isk..takpe segara, cuba lagi tahun depan yea. But....but.....tahniah sebab johan acara perbarisan ! at least ada gak lah menyandang gelaran johan kan....kan....kan....
Secara keseluruhannya

1. Buana
2. Purnama
3. Suria
4. Segara

Tahniah kepada semua para pemenang dan kepada yang terkandas....apa kisah, tahun depan cubahlah lagi....betul tak cikgu - cikgi sekalian?

Ribuan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan sukan tahunan pada kali ini....kepada yang duduk sesaja bersantai2 tu...tahun depan janganlah buat lagi ek...kita sama2 satu pasukan bekerjasama dan saling bertanggungjawab le dengan tugas yang dah diamanahkan tu okey.......kalau dah semua tak boleh...ini tak boleh...itu tak boleh......ini tak mahu...itu tak mahu......fikir2 lah patut ke macam tu?

So....cikgu2 semua enjoy your holiday on monday. Aku ? hehehhehe buat assignment la pe lagi..tak siap lagi ni...29hb dah nak kena submit dah.....minggu depan memang bz giler....mana nak siapkan assignment, mana nak buat adab belajar, mana nak prepare utk hari terbuka this coming friday, mana nak prepare untuk ujian etems this coming saturday....aduhhhhhhh bikin pecah kepalaku ini.........arrrghhhhh galeri wawasan ku masih x ter upgrade lagi........masa berjalan.....macam tak terkejar jer nih.....next month....HARI KANTIN pulak! Cikgu2 atau sesapa yang terbaca post ni...silalah hadirkan diri 12/7/08.....for our canteens day tu......

kaylah......maghrib tak lagi ni....bye....n enjoy d slaid....even d pictures are not good....xtau napa leh jadi gitu...silap setting kot....soooowwwi...tp dlm camera aku ok jerrrr! huahuahauauhua






04 Jun 2008

Happy Moment for Laila & Adam

Tanggal 24hb Mei 2008 merupakan hari yang cukup bersejarah untuk kedua2 sahabatku Laila dan Adam. Tarikh itulah diaorang telah diijabkabulkan dan selamat menjadi suami isteri yang sah. Congratulations yeah.....!! Semoga korang tabah mengharungi alam perkahwinan dan sentiasa aman bahagia dunia dan akhirat. Cepat Lela....ko ade anak nanti...siaplah 'kami' sakat dia melalak satu Telok Pulai...Heheheheh macam yang ko selalu sakat bebudak kecik kat sekolah tu ler.....hehehehhe.

Aku ngan beberapa member hanya sampai di Grik 25hb....hari sanding la. Perancangan masa nak g tu memang kelakar kalau diingat-ingatkan kembali...asal nak naik bas. Abih tu dah sorang-sorang cancel.....dari bas tuko ke unser last2 tuko kancil aku jugak! Tapi save la kan naik kancil aku tuh.....kongsi2 budget lebih kurang rm40 sorang. Tu dah cukup tampug belanja minyak n tol pergi balik dah tu.

Akhirnya, selama 8 tahun aku menanti...dapat jugak aku jejakkan kaki kat bumi Grik tu.heheheh(ade kisah di sebaliknya..tapi, biarlah rahsia.....)kuang kuang kuang...

Aku pun x pernah drive menghala utara, tu yang rasa best tu.....asyik ke selatan jek....dah jemu. Tu pun ade sorang lagi member kat JB x kahwin lagi....maknanya aku akan sampai lagilah ke selatan tu kelak. Insya'Allah...tu pun kalau aku dijemput lah kan....dan tak clash ngan majlis aku.....hehehehhehe (mudah-mudahan.......korang doa2kanlah yea....walaupun calonnya jangankan batang hidung,bayang-bayang pun kesamaran lagi).
UIkss.....nak melencong plaknya...sorrryyyyyyyy.....aku masih blurrrrrrrr lagi nih sebenarnya.

Wokeh lah...ni ade beberapa gambar semasa kami di Grik,Perak Darul Ridzuan.


.: Ahli kete Kancil : Pn. Tee, Pn. Habibah dan Pn. Salmiah kenangan bersama pengantin :.


.: Yang ni pengantin bergambar bersama driver si Kancil....aku ler tu :.


.: Menyambut ketibaan si suami...segak cikgu Adam ni sepadan la ngan cikgu Laila yang manis :.


.: Singgahsana...tengok Lela malu nak angkat muka....heheheh :.

06 Mei 2008

cuti : jiwa kacau

Sorry guys....xde post aku nak buat untuk beberapa waktu nie, walaupun banyak bahan. Jiwa Kacau!! Teramat Kacau!!!

17 April 2008

Owwwhhh....My next plan

ALHAMDULILLAH.....lega rasanya exam dah selesai.
Kini perlu tumpukan kerja-kerja yang dah lama dalam perancangan tapi belum ada tindakan yang diambil untuk menjayakannya. Apa ya? ermmmmm....senarai dulu :

1. Projek untuk 'update' my Galeri Wawasan.
2.Projek untuk wujudkan sudut PPSMI.
3.Projek untuk menghias kelas Amanah.
4.Projek untuk meng'improve' Bahasa Inggeris.

Galeri Wawasan

Projek ini dirancangkan untuk menambah berita-berita kejayaan sekolah di peringkat daerah, negeri dan negara yang telah dicapai oleh warga SKTP untuk 2 tahun yang terkini (2006-2007).Fuhh lama kan aku x update galeri aku tu. Jadi, tahun ni kena kerja lebih waktu la sikit. Rancangnya nak mula stick buat project ni masa cuti bulan 5 nanti. Insya'Allah. Lepas kenduri kahwin Laila kat Gerik (berangan nak pergi ni..hehehhe) dan kenduri Adam kat Jln Hassan (yang ni confirm la pergi, sebab dekat jer).Walaubagaimanapun, bahan-bahan yang nak ditambah tu aku dah minta tolong ajk-ajk galeri supaya mula kumpulnya sekarang. So, tugas aku masa cuti nanti leh terus buat.

Sudut PPSMI

Aku pening sikit memula nak cari sudut ni. But at last, dapat kerjasama dari cikgu yang sama kepala ngan aku untuk penuhkan ruang-ruang kosong yang ada kat sekolah tu. Aminnnnnnnn. Ade geng ni baru best buat kerja. Hahaha projek tu akan mula kami buat esok (pagi Jumaat 18 April). Sudut PPSMI ni part aku lah. Nanti aku nak mintak tolong ngan cikgu-cikgu PPSMI lain (specially cikgu tahap 1)tolong wat sama atau pun setidak-tidaknya bagi idea.Biar aku realisasikan idea diaorang tu.(hehhehe kunun). Idea aku, nak buat satu sudut khas tentang "SPELLING BEE"(lebih kepada istilah2 yang ada dalam M3/SN ler). Nantikan hasilnya,mana tau kot ade yang terluar biasa ke.Maklumlah kekadang aku ni idea datang last-last minute (selalunya camtu le).

Hias Kelas Amanah

Ha....yang satu ni memang dah lama dalam kepala tapi takde masa nak buat. Dari tahun lepas dah ada. Tahun lepas memang tiap pagi aku datang sekolah buat bahan. Hasilnya hanya dapat guna tahun ini. Tapi rasa macam tak cukup lagi je. So aku masih lagi kutip-kutip idea daripada anak-anak murid aku. Almaklumlah tahun ni dapat kelas pertama, so murid-murid aku tu memang banyak idea dan offer nak tolong beli + tolong buat.Seronok pulak, maklum la diaorang ni baru darjah 2 pun.Bersemangat aku nak hias kelas menjadi-jadi. Diaorang siap offer nak datang hari Sabtu. Hahahahha semangat kan?Wait-wait yea ......teacher tengah tunggu gaji. Hahahhaha.

Bahasa Inggeris

Diakui la memula dulu PPSMI di perkenalkan, aku rasa malas ade, leceh ada, sampaikan kalau aku x boleh dapat elaun sebab x ngajar dalam BI pun, aku x kisah!Janji leh guna BM masa ajar M3.
Tapi, setelah hampir 6 tahun ni...aku rasa seronok dah ngar M3 walaupun x fully English. Dan gara-gara PPSMI ni juga la, sedikit demi sedikit minat aku pada BI mula ada. Kalau tengok almari buku aku kat rumah tu, rasanya buku untuk belajar BI dah mula untuk mengatasi buku-buku majalah. (Aku ni peminat majalah rapi dan buku hasil tulisan HM Tuah).Mungkin juga sebab minat ade pastu tambah baca buku Dr Tuah...maka minat bertambah kot.La ni kena ajar 3 kelas M3 pun aku x kisah! hahahha dah terbalik dah.
Ni dalam proses belajar English kat umah. Ade 24 buah buku kena habiskan. Aku baru habis 2 buku. Pastu stop jap sebab leka ngan exam Oum. Pasni leh lah aku sambung balik course aku. Wish me luck ok!

p/s : Takziah kepada Pn. Salmiah Abdul Hamid di atas kembalinya Ayahanda tercinta kerahmatullah pada pagi Selasa 15 April 2008. Sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

13 April 2008

Book Fair 2008

Semalam, 12hb aku g book fair 08 kat Pwtc. Actually this is the second year aku dapat g book fair. Tahun lepas la kalau tak silap aku g ngan Akak kesayangan aku, Kak Sazila. Kebetulan masa tu bertembung tarikh nak amik modul kat Oum. Dah terlanjur sampai tu....kitaorang singgah la! Sambil menyelam minum air.
.: My new books :.

Tahun ni pergi dengan Puteri plak. Tapi....emm punya le sesak manusia. Rimas gak lah. Berbekalkan semangat nak dapatkan buku "Kurik Kundi Merah Saga". aku redahkan aje. Sib baik dapat, kalau tidak penat jer lah aku bersesak sesak tu. Dalam pada mencari buku utama tu, aku terjumpa pulak buku siri panduan permainan tradisional kanak-kanak. Buku tu ade beberapa tajuk. Tapi aku tak lah ambil semua sebab buku tu takde dalam senarai buku yang hendak dibeli. Aku cuma ambil dua tajuk jer iaitu;


Best-best gak permainan-permainan dalam buku ni. Ada yang sesuai dimainkan secara kumpulan dan berpasangan. Tapi, aku lebih suka nak jadikan aktiviti tambahan yang mana boleh dimainkan dalam kumpulan yang besar.Satu buku ada 10 permainan, so ada 2 buku bermakna ada 20 permainan.Actually , aku nak jadikan beberapa permainan dalam buku ni untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah (sebab aku kadang2 dah xde idea apa nak main masa kat padang). Heheheheh teringat balik zaman aku kecik-kecik dulu main konda kondi ngan abang-abang sepupu aku. Masa tu aku dok ngan diaorang bila bapak aku g kerja. Makcik pakcik aku lah yang jaga aku.


.: Buku utama yang aku cari :.

Buku ini yang aku cari-cari, aku jumpa kat booth Dewa Bahasa dan Pustaka. Hehehe buku pantun nie. Kumpulan pantun lisan melayu. aku ni kira klasik punya orang. Karya-karya klasik cam pantun ni memang aku suka. Bukan buat apa pun, saja buat santapan minda. Minda klasik gitu.hehehehe. Kalau masuk kete aku pun korang leh dengar lagu-lagu klasik. Sebab.......aku selalu on Klasik fm. Hahahahah. Tenang je.

Ada satu buku tu tajuk aku lupa le. tapi mengenai cara-cara nak snap gambar ngan kamera digital. Cara yang betul la kan.....supaya gambarnya jelas dan cantik menawan. Tapi bukan rezeki aku lah kot, not in my budget la plak...harga buku about rm119 after less 10% dapat lah around rm107. Tapi fulus ku tetap tak mengizinkan. Harapan terkubur lah untuk memiliki buku tu.......whuwaaawhuwaaa. "Everything happens have a reason" kan?.

Nie satu lagi buku yang aku beli.....Reaching for the Stars. Buku ni memang xde dalam list aku juga. Tapi tetiba plak la member baik aku si Linda mintak aku belikan buku ni. Rm20, sib baik masa dia sms tu, aku masih ade fulus. Actually kalau aku x beli buku ni for sure aku dah dapat dah buku yang aku cakap nak beli tu. Tapi mengenangkan yang minta tu kawan , maka aku dulukan hajat dia. Sambil2 membantu penjualan buku yang akan dapat membantu balu dan anak2 Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor , dapat juga penuhi hajat kawan aku yang ingin memiliki buku ini. Kawan aku ni salah sorang peminat Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Shukor. So aku belikanlah. Lagi plak dia sebelum ni x pernah mintak apa2 pun dari aku. Linda, hope you enjoy baca buku ni. Aku dah baca dah, memula ok. Dah belakang-belakang tu sedih plak story ni. I am glad I bought this book to fullfill your request.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie.Semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.

Tahniah untuk Angkasawan negara kita Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie kerana kejayaan yang dikecapi dan semoga sentiasa tabah menghadapi kehilangan yang cukup besar dalam keluarga .

Malam Simfoni Kasih SMK Rantau Panjang

Hari Khamis malam jumaat aku dapat sms daripada seorang rakan sekerja aku...ni gambarnya
Kak Aziah. Mesej tu kata;
"esok malam free tak ?"
"emm...free rasanya, napa?"
bla....bla....bla.....
"ok yea? g ngan huda."
aku balas lagi;
"ok.tq 4 invite me"
"same2" balas kak Aziah. So....esoknya, pepagi bangun tido tu aku siap2 la gosok 2 pasang baju kurung. Sepasang untuk g ngajo ptg Jumaat and sepasang lagi tuk acara malam Sabtu tu. Heheheheh. But then, aku dapat lagi mesej daripada kak Aziah, huda ade hal n xdapat g. dia pesan lagi ; " nanti 2 kad jemputan akak bawak yea, pastu bawak le sapa2". Aku pun dok pikir sapa lah pulak nak di bawa ni?

Calon2 yang tetiba tersenarai dalam pala otak....Wana? erm......x jadilah....nanti kene amik cik wana , dinner sure lewat balik....x berani plak memalam buta balik sowang2 .Kg Kuantan sepi la jugak kalau dah tgh malam kan? cancel.

Puteri?....dah selalu bebeno kuar ngan put. Lagi pulak Sabtu ade planning nak g book fair 08 ngan Put (walaupun masa tu lum confirm jadi ke tak nak g ). Cancel gak lah.

Kak Sal ? ....Ha..Kak Salmiah. Kalau g memana function kan ke selalu ajak kak Sal....Specially time g wedding function. Hahahahha boleh lah....so aku pun bermesej2 ngan Kak Sal. Dapatlah partner sapa aku nak bawak. On that night, kak sal bwk anak dia yang selalu bebeno memalu gan sapa2 aje lah.....depan2 je maluya.....kat belakang2 siap petik munga nak bagi kat cikgu nicah! heheheheh. Sib baek Kak Sal on. Kalau tak on, aku dah standby dah nak call Kak Sazila!
<--.: Budak kecik cute ni la yang nak bagi cikgu nicah bunga :. -Tasya namanya-

Citer2 punya panjang ek....function apa nak g ni ek? actually saje je.....(nak bagi post panjang, bukan apa pun hehehhe). Aku dapat 2 kad jemputan g Malam Simfoni Kasih SMK Rantau Panjang. Suami Kak Aziah, Cikgu Mohamad ade lebih kad sponsor kat kak Aziah. So aku jadi insan terpilih ( sebab kak Aziah pilih aku ar...kuang..kuang...), and then, secara tak langsung Kak Sal pulak jadi insan terpilih tuk jadi teman aku malam tu. Best tak bila jadi insan terpilih?hehehhe

Kira orait gak la....saje2 nak bersantai2 kan.....bukan selalu dapat offer cenggini. Best ooooo.X bestnya, aku nampak 'uncle cu' aku pun ade hadir sama. But oleh kerana kami dok meja jauh sangat2 so, takdapat lah nak terjumpa. heheheh maklum lah....aku cuma tetamu jemputan free sitting jer. "Uncle cu" aku tu....dok meja VIP. hehehhe. Orang2 tertentu jer tau sapa 'uncle cu' aku tuh.....(korang senyap2 jer tau!)

Nanti aku masukkan image kad jemputan tu erk.....aku lupa plak mana aku letak kad tu. Anyway, have to stop writing now, walau pun manyak mende lagi nak tulis. Ade tuan putri ajak aku kuar plak...kul 1230 ni. Ok sambung kendian ok....adios!

08 April 2008

Peperiksaan vs Ujian Bulanan

.: Kertas soalan Oum yg dah selamat dijawab :.
Demam peperiksaan datang lagi...kali ini of course le untuk semua penuntut OUM seluruh Malaysia. Actually, mana-mana student PJJ tengah demam periksa kot. Itu pun kalau saya x silap lah. Mulai 6 April lepas saya dah mula menduduki peperiksaan. Whuwhu...Hari Ahad, dah kena pergi UM untuk periksa. Bangun awal pagi, tapi sib baek jalan lancar. Seronoknya memandu ke KL tanpa kesesakan.

Almaklumlah.......hari Ahad la katakan. Orag-orang semua cuti tak keje. Kami saja yang ade kat jalan raya pagi-pagi tu nak pegi pekse.
Tetapi.....jeng..jeng....jeng....
Jalan raya waktu pagi isnin, pergh...hehehe baru je nak mula traffic jem....belum lagi. Sebab aku kuar sesudah subuh. Kat Klang ni kalau hala ke KL adalah baik keluar sebelum 7.00 pagi. Kalau dak confirm sangkut punya.Specially week days tu.
Sentuh balik pasal peperiksaan, macam biasa lah......study last minute. Kat sekolah pesan kat anak didik study smart.tapi saya sendiri study hard, smart..'elek'. Setiap semester pun macam tu juga. Dah niat nak berubah, tapi tak berubah-ubah. Setiap semester pun macam tu juga la. Pejam celik dah sampai tahun ke-3 dah ni. Masih kat takuk yang sama. Dah macam kena sumpahan lak plak. Hehehehe. Takpe.....semester depan ni cuba lagi carik ubat sumpahan terlerai. Doa-doalah ye.
.: kertas soalan Ujian Bulanan kali ke-2 :.

Cikgunya demam pekse. Anak murid pun dok demam juga ni sebenarnya. Demam ujian bulanan. Sekolah saya ni sedang berlangsungnya Ujian bulanan kedua 2008. Bermula semalam, Isnin 7hb-Khamis 10hb. Untuk tahun 2, hari Rabu tu last day dah.

Harap-harap semua murid akan dapat keputusan yang baik. Cumanya time ni akan hadapi kekurangan guru le, bukan apa.....gurunya pun kan pekse jugak. So, deme cuti tanpa rekod la. Nasib baik x cuti direct seminggu. Hehehehhe manalah tau ade yang buat......dengan alasan nak study. Kunun! Ops.....sorry ek kalau ade sesapa makan cili. Tapi alhamdulillah, SK teman ni, takde la cikgu yang buat macamtu. Kecuali yang ambil PJJ kat USM. Memang diaorang cuti seminggu. Kertas daiorang pun banyak kekadang sampai 10 paper tuh....x macam Oum 2-3 paper jer satu semester.

Whatever pun, selamat berjaya kepada semua warga SK yang sedang menjalani ujian bulanan ke2 ni, and kepada guru-guru yang sedang study hard untuk exam masing-masing. Good luck to

1. Me, myself
2. Kak Sazila
3. Kak Radziah
4. Qusyairi
5. Cikgu Ameer
6. Kak Linda
7. Kak Nani
8. Kak Julina
9. Kak Yus
1o. Kak Malina
11. dan yang tak tersebut namanya (sebab lupa le, x ingat sapa lagi yang PJJ nie.sowi...)

juga untuk geng-geng kat Oum yang still stay satu kelas dari tahun pertama sampai la ni
1. Elys
2. Alias
3. Zuraidi
4. Zul
5. Kak Nora

dan lagi untuk geng-geng yang baru join geng kitaorang (heheh ahli baru)
1. Kak Mar
2. Kak Siti Aminah
3. Kak Su

x lupa untuk member xmprm yang buat PJJ gak.
1. Idah
2. Ami
3. Syah
4. Ita
5. Kak Ira
6. Pyan
7. Abon
8. semua2 la yang buat PJJ

02 April 2008

Menjana Ummah Gemilang

Assalamualaikum........Salam Maulidur Rasul 1429 H. Sekolah aku menyambutnya pada 28hb Mac 2008. Ermmm agak meriah sambutannya pada tahun ni. Ntah la selalu tak semeriah camni. Acara paling besh Pertandingan perarakan. Fuhhh aku memula tu malaih nak join, tapi dok melihat kesungguhan kengkawan seangkatan aku rasa tercabar lah plak kalu aku tak tunjuk bakat aku yang tersimpan nih. Hehehehe (masuk bakul angkat sendiri ) aku sedor tuh.

Apa lagi. sehari sebelum tuh aku pun bertungkus lumus ler nak nyiapkan sepanduk aku. Untuk pengetahuan korang. Aku buat sendiri ni. sampai pitam2 aku dibuatnya. Leka punya pasal pukul 4 pagi baru leh landing atas katil kesayangan aku.Huhuhu. Tragis sungguh. Time aku tengah bersemagat tu le, segala keperluan yang diperlukan tertinggal kat opis .Arrrgghhhhhhhhhhh. Tambah pulak printer kat umah aku pun buat hal....Adooooi!!!!At last kertas warna warni aku guna je mana yang ade dalam laci bilik aku untuk buat hiasan gunting tampal. Then, tulisan Allah Muhammad tu aku potostet je la (sib baik printer aku 3 in 1, untuk potostet sib baik leh guna) yang lain2 decoration tu terpaksalah aku freehand jer..masa tu pk lantak le. Janji ade je.Boleh la juga.

.: Nielah hasil tangan aku. Amacam? :.
cantek tak?

Oh ya, korang nampak tak bunga manggar tu. Weiiiii......walaupun kecik dan pendek-pendek...dekat 2 jam jugak aku nak 'menyetelkannya'. Ngantuknya belum datang lagi time tu. hehehhe but........2-3 hari selepas tu memang aku dilanda ngantuk tahap gaban. Gila-gila punya ngantuk! Whatever pun, hasil kerja aku tu berbaloi lah gak.....kuikui. Aku berjaya mengalahkan 6 kelas tahun 2 yang ade. Hahahahahhaha x sesio den berjago bersongkang mato.

.: Wajah-wajah tampan anak-anak terunaku :.


.: Wajah-wajah ayu anak-anak gadisku :.
.: Kamilah pemenang pertandingan perarakan tahun 2 ( sebelah tu teacher wana nak tumpang glamour ) :.

Congratulations Class !