Kini perlu tumpukan kerja-kerja yang dah lama dalam perancangan tapi belum ada tindakan yang diambil untuk menjayakannya. Apa ya? ermmmmm....senarai dulu :
1. Projek untuk 'update' my Galeri Wawasan.
2.Projek untuk wujudkan sudut PPSMI.
3.Projek untuk menghias kelas Amanah.
4.Projek untuk meng'improve' Bahasa Inggeris.
1. Projek untuk 'update' my Galeri Wawasan.
2.Projek untuk wujudkan sudut PPSMI.
3.Projek untuk menghias kelas Amanah.
4.Projek untuk meng'improve' Bahasa Inggeris.
Galeri Wawasan
Projek ini dirancangkan untuk menambah berita-berita kejayaan sekolah di peringkat daerah, negeri dan negara yang telah dicapai oleh warga SKTP untuk 2 tahun yang terkini (2006-2007).Fuhh lama kan aku x update galeri aku tu. Jadi, tahun ni kena kerja lebih waktu la sikit. Rancangnya nak mula stick buat project ni masa cuti bulan 5 nanti. Insya'Allah. Lepas kenduri kahwin Laila kat Gerik (berangan nak pergi ni..hehehhe) dan kenduri Adam kat Jln Hassan (yang ni confirm la pergi, sebab dekat jer).Walaubagaimanapun, bahan-bahan yang nak ditambah tu aku dah minta tolong ajk-ajk galeri supaya mula kumpulnya sekarang. So, tugas aku masa cuti nanti leh terus buat.
Sudut PPSMI
Aku pening sikit memula nak cari sudut ni. But at last, dapat kerjasama dari cikgu yang sama kepala ngan aku untuk penuhkan ruang-ruang kosong yang ada kat sekolah tu. Aminnnnnnnn. Ade geng ni baru best buat kerja. Hahaha projek tu akan mula kami buat esok (pagi Jumaat 18 April). Sudut PPSMI ni part aku lah. Nanti aku nak mintak tolong ngan cikgu-cikgu PPSMI lain (specially cikgu tahap 1)tolong wat sama atau pun setidak-tidaknya bagi idea.Biar aku realisasikan idea diaorang tu.(hehhehe kunun). Idea aku, nak buat satu sudut khas tentang "SPELLING BEE"(lebih kepada istilah2 yang ada dalam M3/SN ler). Nantikan hasilnya,mana tau kot ade yang terluar biasa ke.Maklumlah kekadang aku ni idea datang last-last minute (selalunya camtu le).
Hias Kelas Amanah
Ha....yang satu ni memang dah lama dalam kepala tapi takde masa nak buat. Dari tahun lepas dah ada. Tahun lepas memang tiap pagi aku datang sekolah buat bahan. Hasilnya hanya dapat guna tahun ini. Tapi rasa macam tak cukup lagi je. So aku masih lagi kutip-kutip idea daripada anak-anak murid aku. Almaklumlah tahun ni dapat kelas pertama, so murid-murid aku tu memang banyak idea dan offer nak tolong beli + tolong buat.Seronok pulak, maklum la diaorang ni baru darjah 2 pun.Bersemangat aku nak hias kelas menjadi-jadi. Diaorang siap offer nak datang hari Sabtu. Hahahahha semangat kan?Wait-wait yea ......teacher tengah tunggu gaji. Hahahhaha.
Bahasa Inggeris
Diakui la memula dulu PPSMI di perkenalkan, aku rasa malas ade, leceh ada, sampaikan kalau aku x boleh dapat elaun sebab x ngajar dalam BI pun, aku x kisah!Janji leh guna BM masa ajar M3.
Tapi, setelah hampir 6 tahun ni...aku rasa seronok dah ngar M3 walaupun x fully English. Dan gara-gara PPSMI ni juga la, sedikit demi sedikit minat aku pada BI mula ada. Kalau tengok almari buku aku kat rumah tu, rasanya buku untuk belajar BI dah mula untuk mengatasi buku-buku majalah. (Aku ni peminat majalah rapi dan buku hasil tulisan HM Tuah).Mungkin juga sebab minat ade pastu tambah baca buku Dr Tuah...maka minat bertambah kot.La ni kena ajar 3 kelas M3 pun aku x kisah! hahahha dah terbalik dah.
Ni dalam proses belajar English kat umah. Ade 24 buah buku kena habiskan. Aku baru habis 2 buku. Pastu stop jap sebab leka ngan exam Oum. Pasni leh lah aku sambung balik course aku. Wish me luck ok!
p/s : Takziah kepada Pn. Salmiah Abdul Hamid di atas kembalinya Ayahanda tercinta kerahmatullah pada pagi Selasa 15 April 2008. Sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
p/s : Takziah kepada Pn. Salmiah Abdul Hamid di atas kembalinya Ayahanda tercinta kerahmatullah pada pagi Selasa 15 April 2008. Sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan