13 April 2008

Book Fair 2008

Semalam, 12hb aku g book fair 08 kat Pwtc. Actually this is the second year aku dapat g book fair. Tahun lepas la kalau tak silap aku g ngan Akak kesayangan aku, Kak Sazila. Kebetulan masa tu bertembung tarikh nak amik modul kat Oum. Dah terlanjur sampai tu....kitaorang singgah la! Sambil menyelam minum air.
.: My new books :.

Tahun ni pergi dengan Puteri plak. Tapi....emm punya le sesak manusia. Rimas gak lah. Berbekalkan semangat nak dapatkan buku "Kurik Kundi Merah Saga". aku redahkan aje. Sib baik dapat, kalau tidak penat jer lah aku bersesak sesak tu. Dalam pada mencari buku utama tu, aku terjumpa pulak buku siri panduan permainan tradisional kanak-kanak. Buku tu ade beberapa tajuk. Tapi aku tak lah ambil semua sebab buku tu takde dalam senarai buku yang hendak dibeli. Aku cuma ambil dua tajuk jer iaitu;


Best-best gak permainan-permainan dalam buku ni. Ada yang sesuai dimainkan secara kumpulan dan berpasangan. Tapi, aku lebih suka nak jadikan aktiviti tambahan yang mana boleh dimainkan dalam kumpulan yang besar.Satu buku ada 10 permainan, so ada 2 buku bermakna ada 20 permainan.Actually , aku nak jadikan beberapa permainan dalam buku ni untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah (sebab aku kadang2 dah xde idea apa nak main masa kat padang). Heheheheh teringat balik zaman aku kecik-kecik dulu main konda kondi ngan abang-abang sepupu aku. Masa tu aku dok ngan diaorang bila bapak aku g kerja. Makcik pakcik aku lah yang jaga aku.


.: Buku utama yang aku cari :.

Buku ini yang aku cari-cari, aku jumpa kat booth Dewa Bahasa dan Pustaka. Hehehe buku pantun nie. Kumpulan pantun lisan melayu. aku ni kira klasik punya orang. Karya-karya klasik cam pantun ni memang aku suka. Bukan buat apa pun, saja buat santapan minda. Minda klasik gitu.hehehehe. Kalau masuk kete aku pun korang leh dengar lagu-lagu klasik. Sebab.......aku selalu on Klasik fm. Hahahahah. Tenang je.

Ada satu buku tu tajuk aku lupa le. tapi mengenai cara-cara nak snap gambar ngan kamera digital. Cara yang betul la kan.....supaya gambarnya jelas dan cantik menawan. Tapi bukan rezeki aku lah kot, not in my budget la plak...harga buku about rm119 after less 10% dapat lah around rm107. Tapi fulus ku tetap tak mengizinkan. Harapan terkubur lah untuk memiliki buku tu.......whuwaaawhuwaaa. "Everything happens have a reason" kan?.

Nie satu lagi buku yang aku beli.....Reaching for the Stars. Buku ni memang xde dalam list aku juga. Tapi tetiba plak la member baik aku si Linda mintak aku belikan buku ni. Rm20, sib baik masa dia sms tu, aku masih ade fulus. Actually kalau aku x beli buku ni for sure aku dah dapat dah buku yang aku cakap nak beli tu. Tapi mengenangkan yang minta tu kawan , maka aku dulukan hajat dia. Sambil2 membantu penjualan buku yang akan dapat membantu balu dan anak2 Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor , dapat juga penuhi hajat kawan aku yang ingin memiliki buku ini. Kawan aku ni salah sorang peminat Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Shukor. So aku belikanlah. Lagi plak dia sebelum ni x pernah mintak apa2 pun dari aku. Linda, hope you enjoy baca buku ni. Aku dah baca dah, memula ok. Dah belakang-belakang tu sedih plak story ni. I am glad I bought this book to fullfill your request.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie.Semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.

Tahniah untuk Angkasawan negara kita Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie kerana kejayaan yang dikecapi dan semoga sentiasa tabah menghadapi kehilangan yang cukup besar dalam keluarga .

Tiada ulasan: