semua ibu dan bapa begitu. walaupun ada sebahagiannya tidak memperlihatkan kebanggaan itu. dan aku....masih terngiang kat telinga hajat ayah nak buat doa selamat kalau aku lulus exam oum.
"periksa hari tu lulus tak?"
"kenapa?"
"kalau lulus kita buatlah doa selamat"
"oh lulus....tapi kita tunggulah habis satu semester lagi yah....yang last tu baru kita buat eh.."
"yelah...suka hati kau lah.."
selama ni setelah hampir 4 tahun belajar, ayah tak pernah tanya aku lulus atau tidak peperiksaan semester yang aku jalani. dan siapa sangka semester lepas tiba-tiba ayah bertanya dan......x kesampaian melihat aku tamat pengajian pun. dan siapa sangka rupanya aku yang buat kenduri tahlil untuk ayah....semoga ayah bersemadi dengan aman di sana. aku masih berkira-kira mahu atau tidak menghadiri majlis konvo tahun depan. takut kalau2 aku menangis sendirian sekali lagi kerana menghadiri konvo tanpa ayah disisi. ayah tak pernah memperlihatkannya tapi aku tahu dia bangga!
betapa aku cemburu dengan kawan2 semasa konvo maktab dulu. mereka dikelilingi keluarga, ibu ayah dan adik beradik. sedangkan aku sendirian. tiada sesiapa yang menemaniku waktu itu. tapi aku tak kecil hati dengan ayah sebab keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan. aku masih boleh gembira kerana kepulangan ku ayah sambut dengan caranya yang tersendiri. ayah pandai masak. tapi selepas ini....
aku masih berkira-kira...
tiba-tiba hari ni aku jadi sebakk...
------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi- hari ini hari kecemerlangan. dewan sktp penuh dan result upsr juga keluar hari ini. sktp - satu peningkatan. 20 orang murid dapat 5A. Tahniah untuk semua! Penuhnya kawasan sekolah. Mak ayah meraikan bersama kejayaan anak. seronoknya melihat situasi itu. bertuahnya anak-anak itu!
9 ulasan:
sayu dan terharu....jgan la mcm tu akak kn ade i can always gv my shoulder dont worry if nobody 2 accompny u angkt je telefon tu k. dont hesitate 2 give me a cal anytime any plce i'll b thre
udah-udah la tu anis....aku nangis sama kang!!!!
tahniah kpd semua ynag berjaya... untuk cikgu juga.... :)
kak sal : tq kak sal....i know u will always ada kat side saya apa pun kan....sangat dihargai.
cgu one : i miss him now! mana pernah pisah lama2...
naqeeb : tq.
salam....
usah dikenang cerita pedih jika menambah lara di hati... sesungguhnya Allah hendak menguji... menghadiahkan kita pelangi setelah hujan sekian hari...
Cikgu Anis,
Bapak faham pemergian arwah ayah masih dirasai, tapi hidup masih perlu diteruskan bukan?
teruskan apa yang telah direncana, arwah tetap berbangga dengan cikgu.
tahniah juga atas kejayaan anak murid sekolah cikgu.
Salam..:)
Hanya iringan doa utk arwah ayahanda dari ank yg solehah..
Semoga terus menjadi seorg yg tabah..dan agar sentiasa diberikan kekuatan..Jangan sedih yaaa..
salam...
kdg kita tak leh nak banding org lain dgn kita. nasib dan cara masing2 tak sama kan. kita punya kurang adn lebih yg lain.
i juga dulu pernah rasa jeles tgk tiap2 minggu ayah mak dtg melawat di kolej. bawa keluar jalan2 dan soping.
tapi kita kena faham dan sedar. kita bukan macam dia. bukan mcm mereka.
kini, kita juga mampu buat apa yg dia org adakan kan kan.
pinta pada tuhan semoga anda dipertemukan dgn arwah semula di dalam mimpi.
tentu ada byk yg arwah ingin nasihatkan.
Catat Ulasan