Aku pernah niat untuk dapat orang jauh suatu ketika dulu....
Allah penuhi dengan mempertemukan aku dengan orang Sandakan, Sabah.
Tapi mungkin tertulis dalam suratan dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku, kami putus secara aman.
Aku pernah niat untuk belajar sekadar menambah pengalaman, keluar dari Klang....
Allah penuhi apabila aku diterima menyambung pelajaran ke OUM. Dan dari situ aku belajar untuk ke PJ, PWTC, UNITEN,UM,UIA...semua pengalaman tu tidak akan aku perolehi jika aku bukan student OUM. Percaya tak? Kalau aku kata aku sambung belajar semata-mata untuk pengalaman-pengalam kat atas tu? dan bukan kerana untuk kenaikan tangga gaji??
Aku pernah berangan nak bersiar-siar tengok tempat orang....
Allah penuhi bila tiba-tiba aku ada banyak trip ke sana- sini...dulu , zaman sekolah ..... aku tidak berpeluang langsung! Walau untuk menyertai rombongan sekolah!
Sekarang.....Pahang, Negeri Sembilan...dah semacam kampung halaman pulak...sebab antara negeri yang selalu aku kunjungi saban tahun.
Dan..impian nak berjalan jauh tercapai juga...aku sedang dalam perancangan untuk ke Pulau Labuan dan menghabiskan cuti aku di Penang + Kedah.
Dari awal tahun....sibuk teringin nak pergi Cameron Highlands, plan2 asyik xdapat tarikh yang sesuai. Tup-tup Put3 offer ikut rombongan sekolahnya trip ke CH.Walaupun balik hari dan x sempat nak jumpa cgu one zaba (maklumla ikut jadual org-kita ni sekadar menumpang- so tak berani nak janji2 jumpa sapa2-aku kurang selesa) . Cgu one nanti saya naik lagi ke atas....dengan eeeda damak...stay semalam, kita jumpa...ok?...Yang penting Allah penuhi lagi hajat aku. Sampai juga kat CH.
Dalam pos terdahulu aku pernah nyatakan betapa aku teringin sangat berjumpa dengan seseorang....Vienna Seisi kan?
Pernah aku pergi kepadanya, tapi Allah masih belum membenarkan aku bertemunya ketika itu.
Dan, aku dan v merancang untuk jumpa cuti disember ini, walaupun aku tahu dan sedar itu tidak mungkin berlaku kerana disember aku dah penuh. Aku berusaha untuk jumpa v November pulak....dah niat nak cari v gamble jer..redah jer...niat nak ajak emmy....walaupun sebenarnya aku tak berapa berani nak redah jalan KL....
Allah dengar aku......dan sekali lagi Allah penuhi hajat aku...
Apabila mama datang dan Vienna ada sekali! What a surprise......kan??
Akhirnya aku dapat juga jumpa face to face ngan V. Dan mama bisik kat aku tentang niat V nak peluk Islam. :-)(Inilah dia...Vienna Seisi....cute kan?)
Insya'allah .....mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan dan semoga Allah memberikan V sekeping hati yang kuat dan tabah.Dan buat masa ini, aku berharap ......
ntah...aku tak tahu nak susun perkataan macam mana untuk kongsi harapan aku tu dengan u all...yang aku pasti, aku berharap macam tu kerana aku sayang sangat kat dia, kami satu keluarga sayang dia terutama V.
Tapi aku pasti Allah tahu...Allah faham...
Di penghujung coretan, sekali lagi .....TERIMA KASIH ALLAH...
1 ulasan:
kudoakn agar kwn barumu itu menemui jln utk memeluk islam...tahniah kwnku krn kau tlh mengajak seorg lagi utk mnjd umat nabi...
Catat Ulasan