Assalamualaikum dan salam bersiaran ! Mac sudah tiba. Permulaan Mac saya bermula di Bintulu. Herm first time sampai di Bintulu. Selepas dua hari di Bintulu saya menjejaki pula Bandar Miri. Dan sungguh saya belum habis untuk menjejaki Miri. Masa sangat mencemburui saat-saat santai saya. Harharhar. Belum dapat mempamerkan keriangan sepanjang di bumi Sarawak. Gambar belum sempat diupload. Kemalasan masih belum dapat disingkirkan 100%. :-)
Kini rutin harian di Tanah Semenanjung diteruskan lagi. Dan......instrumen PBS saya semakin memenuhi kotak kertas A4!!! Siap sedia untuk ditanda sepanjang cuti sekolah nanti. Pengsan ! Berpinar biji mata rasanya. Berpusing-pusing kepala juga. Bzzzznya saya.
Arrgghh....dan hari ini saya menerima info pertandingan syair MTQ zon B .....diubah tarikhnya kepada 19 Mac 2013. Masak!!!! Saya sudah hampir terlupa nak memantau Hannan Akif melagukan syairnya. Haadoiii. Terlampau leka dengan pengemaskinian fail-fail dan instrumen-instrumen PBS! Pun...masih tidak sempurna lagi pengurusan PBS saya. Saya hampir buntu.
Berkebun menjadi terapi kepada kebuntuan yang melanda. Fed-up dengan PBS yang tidak berkesudahan. Otak saya semakin letih. Saya sudah tidak ada masa langsung untuk bersantai-santai dan berpoya-poya dengan rakan sekerja ketika di tempat kerja. Waktu free dihabiskan dengan penyediaan instrumen, penandaan buku latihan dan evidens-evidens yang berlambak. Tak boleh berhenti, kerana berhenti sahaja sekejap.....akan semakin menimbunlah kertas-kertas evidens. Susah nak surut. So, jalan terbaik, sentiasa membuat penandaan ok! Dan kerana itu juga saya hampir tiada masa untuk memantau anak bimbingan linus saya! Saya tak berapa nak pandai, menanda kertas/buku sambil membimbing anak belajar menguasai kemahiran-kemahiran bahasa. Seolah-olah tidak fokus dalam kerja. Sungguh saya tak pandai nak berserampang 3-4-5 mata! Susah kan? Tapi otak saya dipaksa untuk mengatakan ianya mampu untuk diatasi. Ikhlas tak? Adil tak?
Tidak semua manusia boleh buat 1-2-3-4 kerja serentak dalam satu masa ok. Walaupun begitu tidak dinafikan ada juga yang mampu dan saya tabik anda yang mampu! Dan saya tahu kemampuan saya di tahap mana. Diri saya...saya tahulah!
Ops, bab berkebun. Saya tidak terlibat secara langsung. Setakat menjadi pembakar semangat kepada suami dan pendorong untuk dia terus berbakti dengan tanah. Saya merancang-rancang untuk membuat projek pertanian. Tunggu green light sang suami, baru boleh on. Apakah itu...tunggu...mungkin setahun - dua lagi. Anda-semua doa-doakanlah agar perancangan itu mencapai objektifnya...ok....:-)
Seronok...pulang sekolah terus ke kebun melihat-lihat pisang yang mula bertunas baru....melihat-lihat bendi dan petola yang semakin membesar....aaaahhhh release tension gua beb!. Kalaulah projek pertanian yang diidam-idamkan menjadi kenyataan.....saya nak pencen awal jadi guru...nak berbakti dengan tanah pulak! Sekurang-kurangnya boleh bertukar-tukar oksigen-karbon diaksida dengan pokok-pokok tu semua. Segar lah juga kepala ni kan.....Adios......
*tak sabar nak tukar profesion jer rasa....nasib baik hutang banyak.....so, kena postpone dulu niat tu....hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan