Salam tengahari......lama tidak bersiaran, walaupun sebenarnya ada banyak perkara yang yang hendak dikongsikan. Hari ini saya curi sedikit masa itu berkongsi cerita.
Lakukan sesuatu perkara berniatkan kerana Allah....maka hati kita insya'allah tidak akan 'tercedera' jika diguris,terguris atau yang sezaman dengannya. Seringkali juga mengingatkan hati tentang perkara itu tetapi seringkali juga hati itu terleka dan lupa dengan ingat tersebut.
Bukan senang nak kawal hati. Perjuangan besar untuk seseorang itu adalah untuk menjaga dan memelihara hati. Berpeluh jiwa.
Segala perbuatan dan pergerakan haruslah diniatkan kerana Allah. Bukankah begitu? Kerana apapun yang kita lakukan adalah dengan izin-Nya juga.
Bekerjalah kerana Allah. Insya'allah Allah akan permudahkan dan melancarkan pekerjaan kita.
Berkawanlah kerana Allah, mudah-mudahan Allah akan kurniakan kawan-kawan yang sepadan dengan kita.
Lakukanlah segalanya kerana Allah, semoga kerananya kita tidak mengharapkan balasan kebaikan yang kita beri dan tidak merungut andai tiada ucapan terima kasih yang kita terima.
Teringat kata-kata:
" Lupakan kebaikan yang kita lakukan kepada orang, Ingat keburukan yang kita lakukan kepada orang"
Ha....ada sesiapa yang boleh maintain hidup berpegangkan kata-kata itu? Kita selalu ingat kita buat baik pada orang, dengan harapan orang akan balas balik kebaikan kita. Tapi kita lupa yang manusia mudah lupa. Kebanyakan orang akan lupa kebaikan yang diterima. Huhuhuhu bunyi macam saya merungut pula kan?
Uish...dan sebaliknya kita juga selalu ingat keburukan yang orang lakukan pada kita. Ada kita ingat keburukan yang kita lakukan pada orang lain? haram.....(eh...iye ke aku pernah buat buruk kat dia?-at least macam ni la kot kata hati bila ada orang bagitau kita sudah melakukan sesuatu yg buruk pada orang lain....kan?)
Saya bermuhasabah diri.
Berkawanlah dan jalinkan hubungan kerana Allah semata-mata. Dengan niat dapat melakukan sesuatu yang baik untuk mereka kerana Allah juga. Mungkin Allah nak beri dan sampaikan rezeki mereka melalui kita maka Allah mengizinkan perhubungan terjalin. Dan andai suatu ketika kita tidak lagi dingati atau dilupakan maka bersangka baiklah.....barangkali tugas kita sebagai perantara rezeki sudah berakhir dan Allah sedang mengatur untuk menjalinkan hubungan baru untuk kita. Maka yakinlah tugas yang baru itu akan membawa kebahagiaan yang lebih baik. Sesungguhnya rancangan Allah untuk hamba-hamba-Nya adalah rancangan yang terbaik!
Dan sebenarnya saya sedang menyediakan diri untuk ke arah itu. Walaupun berat hati, jika begitulah kehendaknya saya perlu redha. Semoga Allah terus memberi petunjuk dan kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan yang lebih baik, aman, bahagia dan tenang bersama suami tercinta.
Untuk rakan-rakan guru saya, anda semua adalah saudara saya, anda semua adalah keluarga saya. Anak-anak didik saya adalah harta yang tidak ternilai harganya. Tetapi itulah......sesungguhnya Allah menyimpan rahsia untuk saya dan saya perlu berani menempuh.
KEPADA SEMUA RAKAN GURU SAYA....SELAMAT HARI GURU.
Saya sayang kamu semua. Dan kerana sayanglah walau sedikit gurisan....ada kala hati ini sedikit tersentuh. Tetapi saya percaya....Allah telah berikan yang terbaik untuk saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan