Membilang hari-hari semalam, banyak waktu yang rupanya ditinggalkan sia-sia. Dan hari ini seakan berangkaian dri kisah lalu. Masih seakan sama. Hari-hari yang dilalui tanpa sedar ianya terus berlalu tanpa hasilnya. Benarkah telahan itu. Adakala ianya tidak memberikan sebuah kepastian.
Setiap laku setiap tingkah ikhlas benarkah? Setiap aksara dituruti berbaloi benarkah? Tanpa sedar semuanya kerana kasih. Dan rindu adakala bertandang menjengok rasa. Tanpa sedar cinta itu mungkin sebenarnya ada. Datang tanpa diundang tanpa disangka. Saat pedihnya rasa tatkala terdengar sebuah ungkapan untuk kekasih hati. Saat pilunya jiwa tatkala terlihat sebuah senyuman diberi untuk insan teristimewa. Saat terlukanya rasa tatkala tereja bait-bait kata untuk memuji cantiknya si dia yang bertahta.
Mengimbas hari-hari semalam, berbaloikah segalanya?
2 ulasan:
Mengimbau hari semalam sebagai pengajaran tidak salah dan sangat berbaloi...
Tapi mengimbau semalam untuk menghitung berbaloi atau tidak ...memang tidak berbaloi... sebab semalam tidak akan kembali untuk esok.
Hari esok bukan penganti hari semalam.
Mengimbas kembali hari-hari yang telah berlalu itu...
Terdetik dibenak seorang yang masih bernafas panjang...
-berbaloikah segala pengorbanan itu
-berbaloikah segala waktu yang diluangkan
-berbaloikah....jika penyeksaan jiwa yang diterima hati
-berbaloikah....jika kebebasan diri terhenti
-berbaloikah....jika kehendak harus diketepi
Nah...itulah persoalan berbaloikah segalanya??
Catat Ulasan