Semakin hari semakin sayang. Maka jadilah tersayang. Maka terlanjurlah perkataan dan terlanjurlah perbuatan. Tanpa niat tanpa di sengajakan. Keakraban membuatkan kadang-kadang manusia lupa batasan. Tidak menyedari sedang menyakiti. Kerana kita sangka dia orang kita, tak apa. Silap. Orang kita, orang luar. Sebenarnya sama sahaja. Masih lagi insan biasa yang punya jiwa, punya rasa. Maka harus kita jaga.
Cerpen si bidan terjun:
"Warkah untuk yang tersayang"
Along...
Anggapanku kamulah yang paling lama bersamaku. Anggapanku kamulah yang paling memahami aku. Tapi saat kamu menyatakan keraguanmu terhadapku, aku jadi sedikit terkilan dihati. Terkilan kerana kamu tidak pernah memberitahu apakah keraguan itu. Ibaratnya kamu menganggap aku tahu sendiri apakah kesilapanku. Hebatnya aku ini sehingga tidak boleh melakukan sebarang kesilapan pada pandanganmu. Aku maafkan kamu kerana aku sedar kamu juga insan biasa sepertiku. Adakala tersilap membuat penilaian. Biarlah aku beri kamu kehebatan itu. Dan maafkan aku juga kerana belum cukup memahami kamu. Maafkan aku jika itu satu kesalahan. Apa yang aku tahu, aku sayang kamu sepertimana yang kamu pinta.
Angah...
Maafkan aku kerana perkenalan kita akan mengambil masa. Maafkan aku kerana aku belum mengenali siapa kamu dan aku tidak tahu bagaimana penerimaan kamu dan isterimu terhadap diri ini. Izinkan untuk aku bersama insan istimewa yang menjadi milikmu itu.
Alang...
Saat kau dekat denganku Alang, seupayanya aku ingin penuhi permintaanmu. Semua untuk kamu. Adakala terdetik juga dihati kalau ada insan lain yang terasa di hati. Insan istimewa itu kekal milikmu. Walau apapun kamu di masa hadapan, walau bagaimanapun keadaanmu di masa akan datang. Dia tetap darah dagingmu dunia dan akhirat. Sumpah....sama sekali aku tidak akan merampasnya dari kamu. Sama, aku juga sayang kamu sekadarnya. Aku mohon ampun dan maaf seandainya kehadiran aku menyempitkan ruang hidupmu. Aku minta maaf seandainya kehadiranku membataskan kebebasan hidupmu. Aku minta maaf seandainya kehadiranku mengurangkan kasihnya terhadapmu.Aku tidak pernah terlintas untuk itu.
Acu...
Terima kasih kerana menganggap aku seperti yang sepatutnya. Wajahmu sering membuatkan aku tersenyum dalam geram. Maafkan aku ucu jika aku tercuri waktu berharga kamu bersamanya. Maafkan aku kerana aku pernah membuatkan dia terleka kepadaku. Maafkan aku andai waktu itu kamu memendam rasa. Tapi percayalah, aku tidak terniat sedikit pun. Saat itu aku tiada sesiapapun di sisi ini, dan aku memerlukan dia menemaniku. Aku minta maaf. Acu... kamu , juga aku sayang.
Along, Angah, Alang, Acu....maafkan aku jika warkah ini tidak menyenangkan kalian. Namun inilah caranya untuk aku mohon ampun dan maaf. Maaf seandainya kehadiran aku mengurangkan kebahagiaan yang sebelum ini secara totalnya milik kalian. Maaf seandainya kehadiran aku memualkan. Maaf seandainya kehadiran aku menyesakkan. Maaf seandainya aku terlalu mengikut perasaan. Tapi apa yang aku takutkan sudah pun terluah dek kata-kata. Maka aku sedikit terkilan. Tapi sebagai insan biasa akan aku lupakan dan maafkan. Insan tidak akan pernah lepas dari melakukan kesilapan.Dan mulai saat ini aku akan sentiasa mengingatkan diri ini. Bahawa....
Aku cuma insan biasa. Aku mengemis kasih Allah. dan dengan kalian aku sekadar menumpang sementara. Tiba waktunya aku akan pergi jua. Insan istimewa itu tetap menjadi milik kalian semua sampai bila-bila. Tidak akan ada sesiapapun yang dapat mengambil hak mutlak itu dari kalian. Ianya sudah pun tertulis dunia dan akhirat.
Salam sayang untuk semua. Andai berjauhan dan bersendirian itu lebih menguntungkan semua pihak, maka izinkanlah aku berjauhan dan bersendiri. Andai berjauhan itu membuatkan kalian akan lebih menyayangi aku. Maka aku lebih rela jauh dari kalian. Andai berjauhan itu membuatkan kalian kasih dan rindu padaku. Sungguh aku pilih untuk berjauhan. Biarlah kita jauh asalkan kita akrab dihati. Biarlah aku rela menangis menanggung rindu daripada menangis menanggung duka pertuduhan.
KEHADIRANKU
2 ulasan:
nanti akan jadi sayang yang kusayang pulak...perghhh...bertuah betul org tu.
erm..saya memang sedang menunggu kehadiran dan kemunculan orang bertuah itu dalam hidup ini.
eeeerrrrr bertuah?
kenapa bertuah?
bertuah ke?
=p
hey orang yg bertuah...muncullah tunjukkan diri dan kita berkenalan. ahaksss
Catat Ulasan