Aku tidak bercadang untuk berblog pada hari ini sebenarnya. Mindaku sudah keletihan juga ketandusan cerita. Tapi apabila entry sebelum ini...."Apa yang kamu beri...kamu akan dapat kembali...INGAT!!!" mendapat perhatian dari seorang sahabat yang jauh diseberang lautan sana maka tiba-tiba rasa nak mencurah rasa pulak. Herm terbuka pulak satu blog yang seakan-akan serupa emosinya dengan aku....maka lagi la terasa nak menaip perkataan demi perkataan.
Malam ini satu kerja tak menjadi . Usai solat aku terbaring kelesuan. Hp aku off. Maka tiada kedengaran lagu Cinta Dalam Hati berdendang malam ini. Tiada cinta, cuma ada lesu. Sesudah ini aku bakal menemui tempat pembaringanku. Segala kerja yang terbengkalai harus aku sudahi esok pagi sebelum ke tempat kerja.
Herm apa kisah untuk diutarakan ya....??? Tentang kepura-puraan? Pura-pura kaya. Pura-pura hebat. Pura-pura bagus??? Aku? Pura-pura bahagia. Mari gelak sama-sama tanda kita bahagia. Yeayyyy!! Persoalannya mengapa mesti kita berpura-pura dalam hidup. Kenapa tidak kita hadapi sahaja kenyataan siapa kita yang sebenarnya?? Dan..maka orang-orang yang menghampiri kita pastinya kerana siapa diri kita , betul tak? Kalau kita sederhana...maka bersederhana sahaja lah. Tentunya yang merapati kita itu akan merapati kita yang sebenarnya. Bagaimana jika jika kita berpura-pura kaya dan dia dekati kita kerana kekayaan palsu yang kita tonjolkan itu...apakah perhubungan itu akan berkekalan setelah kebenaran terbongkar??? fikir sendiri.
Zaman ini sangat ramai pelakon berkeliaran. Sukar untuk membezakan manusia jujur dan manusia yang penuh kepura-puraan. Kerana itu aku tak putus meminta agar tuhan sentiasa lindungi aku. Kerana Dia sahaja yang aku miliki yang aku sangat percaya. Sampai mana kehebatan mu sayang jika kehebatan yang kau tunjukkan itu adalah palsu? Sampai mana kebahagiaan yang kau kecapi itu sayang, kalau terbongkar nanti segala kepura-puraan yang engkau lakukan? Kenapa mesti berpura-pura...? Kerana apa yang bakal engkau perolehi dari kepura-puraanmu itu kemungkinan besarnya akan hilang tatkala kebenaran menjelma. Jangan guna topeng lagi...wajahmu kurniaan tuhan adalah lebih baik.Lebih jujur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan