Entry dari Cerita Jinggo tentang "sapa kawan kita.." kalau tilik-tilik susah nak jumpa. Tapi ianya wujud. Dan aku bersyukur kerana aku mempunyai beberapa kawan yang aku boleh akui...itu kawan aku...kawan dalam erti kata yang sebenar. Dia susah dia cari kita dan masa dia senang pun dia cari kita. Lelaki? Perempuan? Aku perempuan...so kawan-kawan yang 'kawan' dalam erti kata sebenar itu juga perempuan semestinya. Terima kasih semua.
Tapi lelaki pun ada juga sebenarnya. Cuma mereka tidak terlalu menampakkan keprihatinan itu pada aku. Tapi aku tahu...sebab setiap kali aku bersuara insya'allah mereka ada setakat batas yang sepatutnya. Mereka cuma melihat dan memerhati dan kalau ada yang tak sepatutnya aku buat baru aku dengar suara deme walaupun perlahan. Terima kasih kerana mereka masih ingat pesanan yang pernah arwah ayah aku tinggalkan untuk mereka. Saat mereka bertanya khabar dan berpesanan pada aku, membuatkan aku sedikit terharu. Mereka sebenarnya kawan yang prihatin. Tq guys...
Juga untuk kawan-kawan di alam maya ini. Aku tahu ada beberapa kawan yang sentiasa mengikuti dan sangat aku hargai kalau persinggahan itu dititipkan dengan pesanan-pesanan yang membina. Terima kasih kerana masih mahu mengikuti dan berkomunikasi , walau apapun sebab dan alasan, TQ.
Tapi tak kurang juga kawan yang ada kerana ada sesuatu pada aku. Banyak sebab . Sebab aku baik? Sebab aku cantik? (baik ke? cantik ke?) . Mungkin dikata baik...sebab aku tak berapa nak pandai menolak hajat orang. Mungkin dikata cantik sebab nak cairkan hati aku.Dan hasrat mereka akan aku penuhi..ntah la. Ha...atau sebab aku kaya???? kaya ke aku? (hahahaha kalau cgu aku baca - tentu dia komen aku perlu dimotivasikan! )Rasanya memang betul pun....banyak yang nak kena cuci . otak + hati )
Dan ada juga kawan yang menggunakan alasan - orang A bising sebab susah nak nampak muka aku lately....dalam hati aku 'yeke A bising?' phone aku senyap je....xde misscall dari A ...xde sms dari A....A macam tak kisah je aku ade ke takde. Lagi yang aku nampak kalau aku ada, A buat tak tahu je. Dekat pun tidak...(lately ni la). A bising kata susah nak nampak muka aku? x caya la....Orang yang menyampaikan tu yang susah hati sebabnarnya bila aku xde. Untuk aku dekat dengan dia, gunakan A pulak! Tapi aku tak kisah....sebab aku tafsirkan dia perlukan aku. Setakat yang mampu aku cuba buat yang terbaik yang aku mampu. Tapi memang betul pun...aku dah lama tak jumpa dan berkomunikasi dengan A tu. Ntah apa khabar dia sekarang. Aku pun tak tahu. Waktu aku ade, dia takde. dan sebaliknya. Timing tak pernah bertembung sama-sama ade. So bukan salah aku la kan....
Sometimes aku rasa aku suka pentingkan orang lain dari diri aku sendiri. Cgu aku pernah tanya, bila aku nak jadi diri aku sendiri? Ha...aku masih bertanya soalan tu pada diri aku sendiri...
Ada suara, untuk jadi diri sendiri mungkin aku terpaksa hampakan ramai orang atau paling tidak beberapa orang....sanggupkah??? Cgu aku ckp....aku kena dimotivasikan. Ha, satu lagi alasan dicipta supaya aku pergi jumpa cgu aku tu. Hehehehehe
Dalam dunia, ada macam-macam karektor kawan. Kawan lindung kawan ada. Kawan makan kawan pun ade. Sebab itu sekarang aku berdoa sentiasa, agar Allah lindungi aku setiap saat. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan