Saat membezakan antara satu perkara dengan satu perkara yang lain ada yang membawa kesan positif dan tak kurang juga membawa kesan negatif. Positifnya memberikan satu motivasi baru pada diri. Negatifnya membuatkan kita menjadi lebih jatuh...Huh?? Benarkah? Keutamaannya masih pada diri sendiri untuk menjadikannya positif atau negatif.
Kenapa boleh berepilog begini agaknya...? Ada kisah.Membuat perbezaan antara dulu dan sekarang. Seringkali kita membezakan antara dulu dan sekarang bukan? Ok...ini ada satu kisah. Diringkaskan...di 'epilogkan'.
Dulu...
Setiap kali jumpa. Salam. Atau paling tidak menyapa. Bertegur sapa.
Setiap kali berpisah. Salam. Sedikit pesanan dititipkan. Bawa kereta hati-hati. Kalau ada apa-apa call saya. Ha...walaupun apabila call tak berangkat,walaupun tak berjawab. Pesanan itulah sentiasa dibibir.
Jika berjauhan berada di lain daerah...lain negeri. SMS itu sentiasa berlagu. Khabar berita sering ditanya , selagi tidak berada dalam satu daerah yang sama, selagi itulah SMS berlagu menyanyikan irama yang sudah ditetapkan. Ada masa, kalau berada di luar kawasan yang sama pun, SMS itu berlagu. Kat mana? Best ke? Hati-hati bawak kete...dan macam-macam lagi. Wah terujanya aku ada yang ambil peduli.
Tetapi selepas hari itu....
Sekarang...
Dah tak bersua muka. Kalau pun bertembung. Senyum kambing. Atau langsung tidak dirapati.
Tiada lagi salam-salam. Tiada lagi sapaan khabar. Tiada lagi pesanan. Apatah lagi nak bertanya berita walaupun sekadar ber SMS . Dunia tiba-tiba jadi sunyi sepi walaupun dikelilingi keriuhan. Tiada lagi perkongsian cerita. Yang masih mewah berkata-kata...hanya ibu.
Ha.....kalau dulu riuh tiba-tiba sepi. Tidakkah berasa apa-apa? Kalau dulu dipeduli dan tidak lagi kini, tidakkah berasa hati? Maka adakah salah jika tiba-tiba hati menjadi sugul. jika tiba-tiba image mata berair itu menjadi identiti...? Dan salahkah jika tiba-tiba aku menjadi kekok untuk berlama-lama dan berlagak seperti tiada apa yang terjadi? Dah silapkah jika aku sebagai manusia biasa mengekspresikan keadaan hati? Semua orang memerlukan ruang untuk mengekspresikan diri kan??? Aku salah seorang. Kerana ada kalanya ia melegakan. Dah lega keadaan boleh jadi normal kembali. Setiap kepedihan tentu memerlukan masa untuk dipulihkan. Dan setiap orang ada cara sendiri untuk menangani kemurungan.
Dari kisah semalam. A mencari, bising susah nak nampak muka aku? Mai habaq lagu mana nak nampak....? Aku p sana dia takdak...balik pagi ntah kui bape....terang2 aku ada kat dapur sibuk menanak pulut untuk buat wajik...ada dia mai datang dekat menyapa? takdak kan...? Pagi bangun terus hilang . Sampai ke tengahari, aku dah kena kerja. Ha ...kompem time tu dia baru ada kot kat umah. Kang petang melepak pulak dengan buah hati. Sampai ke sudahnya masih tak bertembung wajah dengan aku. Maka , adakah silap aku kalau dia tak nampak muka aku kat umah dia? maka, adakah silap aku kalau dia susah nak tengok muka aku? Apalah nak disusahkan....datang umah aku macamlah tak biasa.....ada dia jengok? haram....sms? haram....oh kredit takde....chat fb kan ade....conclusion...salah aku kah semuanya??? i dont think so...silapnya aku cuma terlalu nak terasa hati dengan situasi ini. So stupid hooo??? sapa? Aku la....!!!
Dan...Kerana membuat berbezaan antara dulu dan sekarang, boleh menjadikan diri ini ke arah negatif...bagaimana? kecewa, putus harap, pedih hati, sakit hati, hampa....kerana yang menjadi kebiasaan sudah menjadi luar biasa. perubahan drastik..maka ia akan jadi pedih,pahit bak hempedu di hati.Positif....bagaimana? senyum saja. perkara remeh usah dipedulikan. buang masa jika dilayan. Dia tak kisah ....biarkanlah. Bukankah masih ada yang lain yang boleh membuatkan wajah tersenyum riang? maka tumpukan pada keriangan. Dan apa yang pernah menjadi milik kita itu bukankah ianya hanya sementara sahaja? Itu jangan dilupakan. Kerana segala yang kita ada dan kecapi adalah milik Allah yang kekal. Bukan milik kita. Kita hanya dipinjamkan. Tiba masa redhalah untuk memulangkan kembali kepada yang Hakiki. Yang pasti...kita akan memperoleh sesuatu yang lebih lagi. Setiap kehilangan pasti ada galang gantinya. Maka bersabar sahaja. Dan teruskan hidup dengan keriangan. Pilih yang terbaik untuk hidupmu. Lepaskan kemurungan yang merugikan. Lepaskan takkabbur di hati.
Di akhir epilog hati, semoga Allah masih dan terus melindungi diriku. Sesungguhnya Allah itu maha Penyayang.

1 ulasan:
patah tumbuh hilang berganti....tapi... yang tumbuh tu dimakan dek kambing pulak.
Catat Ulasan