21 Februari 2010

Saat hati berbicara tanpa suara

Manusia memang selalu lupa. Aku juga mungkin antara salah seorang dari orang-orang yang lupa itu. Ah...bukan mungkin lagi kot. Kalau tidak sekarang, mana tahu akan datang aku juga akan leka dengan dunia. Leka dengan segala macam perkara yang ada di dunia. Takut kehilangan segala pinjaman yang Allah berikan pada kita?? Kenapa??

Perghh walhal segalanya adalah sementara. Walhal...aku manusia biasa mana mungkin aku ini sesempurna insan semulia Muhammad SAW. Bergaji besar, berjawatan tinggi , pelajaran tinggi, ada nama dan pangkat.Itu semua ...betul...memang betul akan memberikan kita kuasa! Tapi yang berkuasa itu bukanlah satu jaminan yang kita telah sempurna. Maka dengan bangganya menobatkan semua tindakan kita itu adalah benar! Ah.....hal dunia! Manusia memang selalu lupa. Itu kenyataan!

Lihatlah dunia. Dia hebat. Dia ada kuasa. dan Dia sempurna. Benarkah ?

Laranya hati apabila berhadapan dengan situasi ini. Aku sedang di ajar lagi. Pelajaran hidup di dunia. Pelajaran yang entah aku akan lulus atau gagal. Allah sedang menguji hati aku.

Lupakan kisah ujian yang lagi mengguris hati itu. Mahu atau tidak aku perlu juga lalui.

* tamatkan kisah lara *



Lagi soal hati.....

"apabila ingin berbicara soal hati...mengapa suara tidak kedengaran"

Herm....aku ada menulis ungkapan ini. Rakan- rakan facebook tentu ade terbacanya kan?hahha

Kenapa macam tu eh. Soal hati. Maka hati sahaja yang faham. Dari mata turun ke hati...bijaknya orang-orang dulu menyusun kata :-). Pandangan mata boleh berbicara. Dan lidah kelu berbahasa. Bercerita tentang JATUH...

jatuh sayang.....

jatuh kasih....

jatuh cinta....

opsss...soal hati....masih berkira-kira untuk jatuh cinta..

tapi kalau dah terjatuh juga

macam mana?

Banyaknya faktor yang perlu diambil kira...maka itulah agaknya kenapa suara tidak kedengaran. Dan kalau tiada yang mengalah untuk memulakan bicara, makanya akan terus berlalu mungkin rasa hati itu mengikut arus masa.

dan kita perlu bertanggungjawab ke atas pilihan itu. Maka pilihlah mana yang terbaik. Soal hati, ingin memiliki atau melepaskan.

Aku hanya duduk diam.
Hatiku sedang bersuara...ada sesiapa dengar? Ada...TUHAN.


3 ulasan:

ONE ZABA berkata...

sudah jatuh kena la bangun. tak kan nak teus terjelepok kat situ.

Ticer Syah berkata...

da jatuh kena bangun.. jgn dok je kat situ..nnti merana sapa yang susah..

kalau takde sapa dengar, merintih saja pada Ilahi, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. semoga ko dipertemukan dengan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Banyak tipu daya di dunia ini, harap kita tidak akan tertipu dengan mainan dan kata2 manusia hipokrit dan pemanipulasi yang hebat.. selamat berjaya my pwen..

ahmad humairi berkata...

yesterday...is for remembering,
tomorrow....is for dreaming.