Bagaimana yang dikatakan 'berkira'...?
dan
Bagaimana yang dimaksudkan 'berkira-kira'...?
Ha..silalah sudi-sudikan memberi definisi dua perkataan yang tersebut di atas. Then, kita story kemudian nanti dalam entri akan datang (insya'allah). Okay tak??
Minggu ini adalah minggu ke 5 persekolahan . Haih sekejap sahaja masa itu berlalu. Apakah kita sudah melangkah ke hadapan beberapa tapak atau masih statik di tempat yang sama? Hermmm...jom renung bersama. Dan minggu ini untuk BM aku mengajar atas tajuk 'Keluarga Saya'...adehhhhh . Teringat kat arwah. 6 hb nie dah 100 hari pemergiannya menemui Illahi. Tengok...kejap sahaja masa berlalu.
Topik tahun 2 - Keluarga Ceria : Keluarga saya. Dalam buku teks, kisah Keluarga Badrul. Siap aku buat carta. Untuk beri contoh lain. Aku buat carta Keluarga Cikgu Anisah. Hah .....ramai rupanya. Meriah sebenarnya. Cuma aku tidak berpeluang merasai 'keramaian' dan 'kemeriahan' itu. Kerana akulah Cikgu Anisah itu! Aku bercerita juga di penghujungnya inilah kisah aku....
"Eh...jadinya cikgu sorang aje lah?"....aku diam saja.
"Kamu masih ada ibu dan ayah?"...."ya.."
"Kamu ada adik beradik?"..."ya..."
Maka selagi mereka masih ada berbaik-baiklah kamu dengan semuanya. Dengar kata ibu ayah. Berbaik-baiklah dengan adik beradik yang ada. Bersyukurlah kamu masih ada mereka di sisi menemani kamu di dunia yang penuh liku. Belajarlah sesungguhnya ,menghiburkan dan menyenangkan hati semuanya. Balaslah jasa ibu ayah sebaik dan semampu kamu. Jagalah nama baik keluarga yang akan kamu bawa sehingga hujung usia. Insya'allah....Itulah Keluarga Ceria.
Errrkkk....tahan...tahan.....aku tahan jangan bagi jatuh. Nyariss!!
Pesanan sebelum loceng berbunyi :
"Balik rumah minta tolong dari keluarga kamu untuk buat carta "KELUARGA SAYA"."
"Besok kita belajar macam mana nak tulis cerita tentang keluarga masing-masing"
Dan malam tadi aku terbayang semula saat-saat aku melihat ayah untuk kali terakhirnya...meninggalkan aku tanpa pesanan terakhir. Al-Fatihah.
1 ulasan:
al-fatihah...bayang2 arwah masih teringat2......
Catat Ulasan