24 November 2009

kenapa sensitif sangat ni?

soalan tu....
ntahlah aku tak tahu nak jawab.

aku tak tahu kilau yang aku nampak tu kilau mutiara atau kilau pasir. aku ingat dia akan jadi insan yang paling dekat dengan aku di saat aku memerlukan teman. rupanya orang lain. aku ingat dia akan segera datang di saat aku memanggil. rupanya insan lain juga yang hadir. pasir atau mutiara...bak seorang kawan aku, pasir ker...mutiara ker...sedikit sebanyak kilauan tu akan ada juga fungsinya. ada juga gunanya. walaupun tidak seberapa masing2 ada keperluannya. jadi kita tak usah terlalu mempertikaikan. apa yang penting redha.

betul....tapi aku sedikit sebanyak memang terkecil hati pada seseorang.sepi. kawan2 tanya. makcik2 tanya. cousin2 tanya. dan jawapan aku. dia xde. uikssss.biarkan hatiku berdetik. satu masa dia akan mencarimu. dan mahukah aku mendengarnya waktu itu? ya...mungkin. kerana dia pernah mengisi kebosananku. kerana dia pernah menceriakan hidupku. cuma waktu ini, aku sangat berkecil hati.

kepada seorang kawan lamaku, terima kasih kerana sudi mendengar suara kecil aku. hah...dia adalah kawan yang aku tak sangka, aku akan bercerita macam-macam perkara. walaupun sesetengah orang mungkin beranggapan dia seorang yang 'useless'. ha...aku dah jumpa bukti...kerana aku dah mengalami sendiri. rupa-dan zahir yang terlihat di mata kita adakalanya tidak seperti yang kita lihat. nampak saja useless tapi hakikatnya dia punya pengalaman yang dapat aku jadikan pedoman. nampak gah belum tentu sehebat apa yang kita nampak. hendak menilai buku jangan nilai sekadar dikulitnya sahaja. itu benar!

dan kawan....walaupun kau sendiri punya masalah yang tidak dinafikan berat untuk kau pikul sendirian, kau masih punya kata-kata untuk membangkitkan semangat aku. sangat aku hargai. engkau membuktikan kata-kata kau - "kawan-kawan aku adalah adik-adik aku" . dan betul juga engkau tak pernah menzahirkan tapi sekarang aku dapat merasakan kau memang sayang kami kawan-kawan kau seperti adik beradik kau sendiri. thanks bro. aku doakan semoga hidup kau seterusnya akan diberkati Allah. semoga kau juga akan menemui kebahagiaan selepas segala ujian yang tuhan berikan pada kau dan juga pada aku.

kenapa aku sensitif sangat nie? lupakan sahaja mereka yang memandang aku sepi, anisah. untuk apa diingatkan , ada baiknya sekarang aku hargai mereka yang dekat disisiku. itu lebih mengembirakan. rasanya aku sedang belajar untuk mengenal siapa sebenarnya yang benar-benar meyokong aku dibelakang tanpa mengharapkan imbuhan! dan siapa yang memberi tanpa meminta kembali!

6 ulasan:

fazemy berkata...

Hemmm..betul. takyah diingt org yg tak ingt dan hargai kita. hargailah mereka disekeliling kita.

eeeda berkata...

Yang jauh diingati.....

k sal berkata...

lalui kitaran hidup ini dgn dibantui oleh alam sekeliling yg tuhan sediakn utk kita. adakalanya kita mnjadi makhluk parasit dn kadangkala kita yg jd mangsa parasit. kita ini sumenye makhluk tuhan yg xakan kekal kita terjah sj hidup kita ini dgn berbekalkn kekuatan iman dan taqwa. InsyaAllah Allah akan sentiasa melindungi kita. Amin

FaridRashidi.Com berkata...

Jemput baca dan beli! sila ke url:

http://www.faridrashidi.com/2009/11/24/bawa-bersama-khasiat-habbatus-sauda/#comments

ONE ZABA berkata...

jangan begitu...cuba sentiasa bersangka baik. mungkin diorang tu tak berkesempatan kerana urusan masing-masing.

kami sentiasa ada di atas ni untuk bagi semangat untuk anis.

selamat hari raya aidiladha, anis.

Abang Long berkata...

Ada yang kata, cuba renung gambar Kaabah, insyaAllah hilang rasa gelisah dan sebagainya