17 Mei 2009

Suara Hati selalu benar.

Semalam Hari Guru. Letihnya badan, sepanjang hari ada agenda. Pagi ada LADAP tentang intergriti, tentang ESQ 165...Seronok. Betul...sebelum ni pun aku dah dapat agak...LADAP kali ni mesti best! Hahaha betul pun kata hati aku kan. Sehingga di hujungnya terpacul di bibir yang menghadiri....erm...dah habis ker? Hehehe nanti aku buatlah satu entri ringkas tentang LADAP tu. Okay....

Berada di sekolah sehingga tengahari. Balik kejap. Sempat berada di rumah sejam setengah sahaja. Lepas zohor tu aku ke KL pulak...ambil modul untuk semester seterusnya. Sampai stesen komuter, hampeh aku terlepas train la pulak. Hujan lagi...aisey tak bawak payung. Berhujanlah aku. Nasib tak lebat. Dalam train tu...ada kawasan hujan ada kawasan tak hujan. Sejuk giler....dan elok sampai di stesen Putra jam 3.30...hujan renyai2 . Adeh.....laju je la aku jalan mendaki bukit tu....tebal betis den!

Actually jadual untuk amik modul untuk group aku belah pagi. Dah pagi tu ada aktiviti ...aku amik petang la. Sib baik eeeda mempelawa. Kalau tak mau je aku amik hari lain. Sebab dah letih. Hehehe sampai sana...punyalah ramai manusia masa sampai angka giliran 2124....bayangkan nak amik nombor pun beratur panjang...nombor bertuah aku...2500 tu! Jenuh la menunggu. Hujan makin lebat. Sampai giliran aku pukul 5 petang dah....buat bayaran and ke kaunter pengambilan modul....aku dapat 2 modul dari 3 modul. Kurang satu beb...Eeeda lagila...dapat 1 modul jer. Ler...cam hampeh er...beratur panjang, tunggu lama...tapi modul tak cukup! Hahaha dalam hati ....nurani aku berkata....sapa suh datang luar jadual! Ekekekek....patutlah dari awal lagi aku dah terasa malas je nak g amik. Kata hati nurani aku betul rupanya!
Qusy pun ada tanya aku sebelum ni, aku g amik modul bila? pegi ker? Hati aku kata Qusy nak kirim kot. Hahaha dia siap hasut aku lagi...."pegi pagi la....takyah g motivasi!"
Heee Qusy nie....aku bersemangat nak g la....Hati aku cakap lagi. Sah ni besok pagi kompem Qusy takde dalam dewan nih....Hah, betul pun! Aku sms....tak balas....kdt abish kot. Bersangka baik je. Ahaks!

Lepas selesai ambil modul. Eeeda nak banje minum. Gerai bergerak tu pun dah kehabisan stok. So aku minum mineral water yang aku bawa jek la . Apapun terima kasih kat eeeda kerana ada niat nak belanja aku. Dalam kalut2 nak balik + kecewa sebab tak semua modul ada...eh, terjumpa plak Achik....Junior aku masa kat MPRM dulu....nama betulnya Rauzita...budak snpa. Heeheh aku ada cerita gak nih kalau sebut snpa. Syyyyyy. Tutup diary lama! Ekekeke kelako pulak bila teringat! Hahahhahah

Ops sambung....balik Klang aku tak naik train, walaupun asalnya begitulah yang dirancang. Achik plak offer nak hantar balik. Okay gak tu...lama tak jumpa boleh cerita panjang dalam kete. hehehehe. Achik ni duk Shah Alam je pun...tapi nak jumpanya macam jauh benar. Tu la kalau jumpa pun time amik modul...time peperiksaan. Time santai2? Usah difikirkan....:-D. Sampai depan umah...630pm.

Rehat...? belum lagi!....Tapi boleh la mandi, duduk rehat sementara nak tunggu jam 8pm. La p mana plak.....? My Dad nak makan nasi lemak plak memalam nih....kena keluar lagi la. Setakat sorang je yang nak makan...takkan aku nak masak kot. Lain la kalau tuk sarapan pagi kan....hehhe perut my dad pun kecik je sekarang ni. Tak berbaloi kalau nak masak. Lagi pun barang2 keperluan Ayah dah habis....so aku kenalah berbelanja sikit. Giant je la tujuan aku. Dah selesai semua barangan Ayah...perut aku plak terasa lapo...singgah KFC bungkus bawa balik je. Yelah...makan sorang2 tak best! Hehehe... Terasa lama pulak order aku nak siapnya. Bergegas pulang. 930 berada dalam rumah. Ha....lepas makan tu barulah aku dapat bantal dan tilam. Kaki? Kesian dia...aku tak bercakap pun dengan kaki aku (hehehe ada cerita gak nih). Aku tak ucapkan pun terima kasih kat kaki ni dan tak minta maaf pun sebab dah gunakan secara melampau pada hari nie....yelah asyik jalan laju.....daki bukit....pagi nie...dia sakit sikit. Maaf ye kaki. Hari ni aku takkan guna kau melampau2 macam semalam.
Ha satu lagi.....yang hantar sms Hari Guru kat Hp pada aku semalam....
Kak Sazila
Cikgu Harun
Kak Amar

Kak Ruswanita

Eeeda

Aslinda

Cikgu Saiful Adli

Ibu Haizad

Rina

Kak Noy

Kak Sal

Laila d cute

Elys

Puteri

&
Kawan sebelah sana

(sapa ntah-no x kenal: bila tanya siapa-jawabnya kawan sebelah sana)
sebelah mana ntah. sapa ntah. TQ je lah!

Terima kasih atas ucapan dan ingatan anda semua.

Baca balik n3 nie...eh banyak pulak hati aku berkata- semuanya benar dan jadi nyata.Apa pun yang kita buat, kita laku....ego jadi dinding selalu nak betul. Akal buatkan alasan untuk ego. Tapi hati nurani sentiasa jujur!

So...PERCAYA PADA HATI 'NURANI'.

opssss......tambah sikit lagi, Teruskan berkomunikasi kay....

SELAMAT HARI TELEKOMUNIKASI
&
MASYARAKAT BERMAKLUMAT SEDUNIA!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestnye xjemu2 baca dan rasa xhabis2 citenye. trasa xyah baca yg lain. t/ksh sudi brkongsi cerita dgn semua. paling sronok gambar kita pun ada. keep up the good work n Good Luck ! Arios !

~Insan Biasa~ berkata...

Hahaha ku tahu siapa ini...Kak Salmiah! Tq coz sudi tinggalkan komen.Lenkali tulih nama yea...ahaks