02 Februari 2010

Macam-macam HaL!!


Semalam....mesyuarat yang panjang. 2 jam setengah. Setengah jam akhir, membawa kepada hasil dapatan lawatan audit KPM yang seterusnya membawa kepada cerita-cerita ulasan yang 'lain-lain'.
Dalam pada itu aku teringatkan satu ujian saringan yang aku baca di blog wak Jinggo. Ujian Saringan Tiga Kali. Sukanya untuk aku abadikan 3 langkah ujian tersebut yang tidak salah untuk kita sama-sama guna pakai jika ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada kita, sebelum kita membuat 'ulasan', 'kesimpulan', atau 'penggulungan hujah'. Dan sebelum berita yang akan tersampai kepada telinga itu kita sebar2kan pula kepada orang lain yang mungkin hanya akan memporak-perandakan lagi keadaan.

1. Kebenaran
"Sudah pastikah apa yang hendak dikatakan kepada saya adalah benar?"
"tidak? ya?"
"Jadi kita masih tidak tahu apakah hal itu benar atau tidak!"

2. Kebaikan
"Apakah yang akan dikatakan kepada saya itu adalah sesuatu yang baik?"
"Tidak, sebaliknya mengenai hal yang buruk?"
"Maka, sesungguhnya berita yang ingin disampaikan itu adalah sesuatu yang buruk dan kita tidak yakin kalau itu benar!"

3. Kegunaan
"Apakah yang ingin disampaikan itu akan berguna kepada kita?"
"Tidak...?"
"Jika apa yang ingin disampaikan itu.....
TIDAK BENAR, TIDAK JUGA BAIK, BAHKAN TIDAK BERGUNA PADA KITA...
Apa perlunya pada kita untuk diperdengarkan???

Baiknya kalau kita mengamalkan 3 ujian saringan ini. makanya tidak akan mendengar dan seterusnya menyalah tafsirkan apa yang kita dengar. Kalau dah salah tafsiran...macam2 hal boleh jadi. Maka macam2 tuduhan akan terwujud dan yang salah boleh jadi betul, yang betul boleh jadi salah!


Lagi sekali aku katakan untuk diri sendiri kita boleh dengar tapi harus diingat, masuk telinga kanan dan sebelum sempat ia sampai ke otak, sila keluarkannya semula melalui telinga kanan. Jangan keluar ikut telinga kiri. Kerana umtuk melalui telinga yang satu lagi perlu melalui otak. Dan ia mungkin akan tersangkut di otak..maka itu kita dengan sendirinya akan terus memikirkan sesuatu yang sesungguhnya hanya akan memberatkan fikiran sendiri, walhal berita itu adakalanya tak bersangkutan langsung dengan diri sendiri. Haihhhhhh...
Dan macam biasa timun...menggelek luka....digelek luka...tergelek pun luka! Untuk masa ini...kita mampu lihat...perhati. Yang baik kita turuti.
yang tidak baik??? kita jadikan ingatan. CATAT! CATAT! CATAT! INGAT! INGAT! INGAT!
untuk apa?....kelak apabila tiba giliran kita berada di atas....JANGAN ULANGI segala yang kita kata , dan kita yakin itu SALAH!

Untuk waktu ini kita sedang memerhati dan belajar dari apa yang sedang kita hadapi.

24 Januari 2010

hatiku sebenarnya sudahpun menangis

errkkkk apa yang jatuh ke bumi? ntahlah.....dah cuba untuk kuat. tapi untuk yang satu ini aku SUNGGUH TAK MAMPU!....dari minggu ke minggu, sehinggalah tarikh itu dah tinggal dua minggu dari sekarang. makanya, aku MESTI balik minggu ini juga. antara mahu dan terpaksa.

hujung minggu yang meletihkan untuk aku. pagi bersekolah ganti-ada merentas desa. sebelum itu aku sudah mencari seseorang yang sudi. seorang sahabat yang sering bersama aku ke mana2 yang aku perlukan selalu ada....tapi sejak dua menjak ini. Herm...ntahla. aku positifkan diri, dia juga perlu utamakan dirinya selain aku. maka aku redha apabila dialog ini menjelma"balik kg ko eh? herm...aku malas la nak g jenjalan". aku terima. aku balas dialognya pendek "ok". dan terima kasih kepadanya mengukuhkan dialognya dengan alasan "masalah dalaman". dan aku tak kisah apa pun alasannya, benar atau palsu. kerana yang aku mahu cumalah satu "boleh temani aku" atau "tidak boleh temani aku" . itu sahaja. dan aku amat bersyukur kerana ada sahabat sepertinya kerana dah banyak menghabiskan waktunya menemani aku. dan dia tidak perlu sentiasa untuk bersama dgn aku. kerana aku sedar... masih sedar... dia masih ada hak keatas hidup dan kehidupannya sendiri. walaupun sebenarnya dialog itu membuatkan aku rasa seperti nak menangis.

housemate? aku sedar akan kesibukannya menjalani praktikum. so aku awal2 tidak mengharapkan dia. aku tak mahu mengganggu khusyuknya dia dengan tugasan yang mcm2. sebab aku pernah berada ditempatnya dulu. aku faham. aku mcm mati akal makin macam nak menangis.

seorang lagi sahabat aku dekati. dan jawapannya membuatkan aku lega teramat sangat. sungguh tak kisah walaupun dia temani aku seketika. bersyukur. dan tiba waktunya. sejam aku menanti menjadi dua jam dan tiga jam.........sms tak dibalas, panggilan tak dijawab. aku benar-benar seperti nak menangis! aku masih positifkan keadaan, mungkin dia tertidur.
dan tiba2 hp aku berlagu, abg anang dah call....."adik, balik kg tak? pukul berapa? bila nak sampai?"aku kata aku balik....lepas asar k...."mcm tu takpelah abg ingat abg nak keluar dah nie...xpelah abg tunggu ani sampai dulu".

dan aku sudah tidak senang duduk bila aku ditunggu orang. amat tak selesa. itulah aku...biar aku tunggu orang jangan orang tunggu aku. aku nak menangis dah. dan aku tiba-tiba teringat Zara. "Jom...teman akak balik kg..pulau indah..nak tak???"
"nakkkkkkkk...."
aku jadi legaaaaaaaaaaaa sangat.

SUNGGUH aku takkan balik Pulau Indah SORANG DIRI! aku ...SUNGGUH TAK MAMPU nak berseorangan di sana!
Hatiku.......sebenarnya SUDAHPUN MENANGIS!! dan selalu menangis apabila balik ke sana.

21 Januari 2010

cari padi dalam beras??

A.
Hah....apabila sekumpulan orang KPM berkampung hampir 2 minggu di sekolah adakah boleh diibaratkan seperti mencari padi dalam beras??? Sesekali ada tetamu istimewa. Bagus juga kan...

B.
Bertanya sana sini semua tak tahu. Apabila bertindak, tindakan pula tak diterima. Jadi bagaimana? Masih mencari padi dalam beras? Aku diletakkan di mana? Duduk diam dikata tak tahu nak bertindak. Tapi bila bertindak....tindakan ditolak. So...???

C.
Jangan hairan apabila memberikan hadiah pena kepada orang bebal, lalu dia menggunakan pena itu untuk menulis cemuhan kepada si pemberi pena tadi.

16 Januari 2010

Wahai diri...tak perlu sembunyi!

buntu...
ada sahaja yang mencari,konon beri peluang. konon beri pengalaman dan disebaliknya ada imbuhan. Di mana harus aku sembunyi? perlukah aku bersembunyi? Ah.....yang utamanya disini adakah aku dipaksa atau aku terpaksa....ditelan mati mak diluah mati bapak! (dan nyatanya memang pun aku sudah kehilangan keduanya-mak dan ayah memang dah takde...so???)

Kenapa perlu aku lakukan itu, jika aku berasa tertekan dengan perkara itu?? Sangat tertekan. Dan jika aku teruskan maka ianya tidaklah dengan seikhlas hati serta rela hati. Sesungguhnya aku benci itu. Dunia aku sekolah! dan aku bahagia dengan dunia aku walaupun ada pelbagai cerita di dalamnya. Aku sayang dunia sekolah aku walaupun adakalanya aku bosan dengan situasi didalamnya. Aku sayang dunia sekolah aku walaupun ianya tidak menjanjikan wang jutaan ringgit masuk ke poket bajuku! Mengapa perlu kalian menarik aku keluar dari dunia itu??? Kenapa???? aku pun pelik!

Sekolah itu duniaku. Guru adalah cita-citaku. Cita-cita yang ayah tanamkan dalam diri aku dari sebelum aku mengenal huruf dan angka!Dan ianya masih utuh dalam jiwa.
Yessss.........betul aku perlukan produk itu. Tapi kenapa aku perlu aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan??? Aku tak minat! Itu semua bukan dunia aku!

Dunia aku.....sekolah. Dunia aku juga mencabar! Dunia aku juga ada pelbagai warna di sekelilingnya. Dunia aku juga berjumpa pelbagai jenis manusia! Dunia aku juga ada susah senangnya! Dunia aku juga menyampaikan pelbagai maklumat! Dunia aku juga berkongsi bermacam pengetahuan! Walaupun tidak memberikan kemewahan duniawi secara total tapi ianya memberi kemewahan emosi untuk aku! Aku puas melakukan sesuatu yang aku buat dengan rela hati.Sekolah duniaku dan aku berhak untuk terus berada di sini!

08 Januari 2010

speechless

RINDU AYAH !
dari kejauhan
kini
hanya doa yang mampu kukirimkan


01 Januari 2010

Konflik di hati

CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
dalam kata lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tahu saja.

SAYANG
Kita memerlukan dia masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
dalam kata lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.

SUKA
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Apabila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi kita taklah rindu sangat kat dia kalau tak berjumpa seminggu.
dalam kata lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya usus kita dah nak pecah.

MINAT
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
dalam kata lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.

Tetapi kita kena ingat juga bahawa tanpa minat , suka, dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

~Konflik di hati~

Siapalah aku
untuk menidakkan hak dia
memenuhi hak-hak
yang dia miliki.
Namun hikmah disebalik pendedahan itu
Aku boleh memadamkan segala
harapan yang mula tumbuh
agar ia tidak terus berkembang mekar.
Aku bunuh harapan itu sekarang
untuk menanam harapan yang baru

~Selamat Tahun Baru 2010~

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

30 Disember 2009

betul itu cabaran...persoalannya...tentang keadilan....

Terkejut....terlihat nama dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan perempuan.

Cabarannya....
Mendapat ilmu baru
Mendapat pengetahuan baru
Mendapat pengalaman baru
Sungguh itu aku tidak nafikan semuanya sama sekali.
Hebatnya....mungkin bakat terpendam akan tercungkil secara tidak sengaja.
Lagi kisah tentang kebarangkalian.

Kecewanya.....
Tidak pernah tahu tentang permainan ini
Tidak pernah tahu bagaimana peraturan permainannya
Tidak pernah berminat untuk aktif dalam sebarang sukan! Ini paling sadis untuk diri aku sendiri.

Maka di mana agaknya hak-hak ini?
Hak murid untuk memperoleh jurulatih yang benar2 terlatih untuk melatih.
Hak murid untuk mendapat keseronokkan semasa berlatih.
Hak murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang betul dan tepat.
Apabila jurulatih yang diterima mereka 'kosong'?

Mengenangkan hak-hak itu, aku hanya berjanji untuk melakukan yang terbaik yang MAMPU aku lakukan.

Sadisnya....
Tiada pemain pelapis yang ditinggalkan.
Guru yang hebat bertukar tempat bertugas.
Guru jurulatih 'kosong'
Murid pelapis 'kosong'
Sekolah tuan rumah bagi sesi 2010...
Cuma ada 3-4 bulan sahaja sebelum perlawanan bermula....

Secara keseluruhannya melihatkan situasi jurulatih yang 'empty', situasi pemain yang 'fresh', dan situasi sekolah dalam penglibatannya yang 'banyak mata bakal melihat ke arahnya'...semacam ada sesuatu yang tidak kena di dalam organisasi. Maka di sini timbul persoalan tentang keadilan.Seawalnya bersemangat untuk memulakan persekolahan. Kerana timbul persoalan di atas maka ia mewujudkan satu tekanan. Dan apakah tekanan itu membantu membangkitkan lagi semangat atau sebaliknya? Dan apakah impaknya dihujungnya jika sudah ada kecacatan tercipta di awal persekolahan??Dan seterusnya...kesan pastinya kepada anak bangsa kita sendiri. Satu guru 40 murid. Bagaimana jika separuh dari jumlah guru keseluruhannya mengalami yang dikatakan 'ketidakadilan ' ini?...berapa ramai murid yang akan memperolehi hak yang sepatutnya mereka perolehi ketika di sekolah? Fikir....jangan sekadar serah tugas dan lepas!

Dan aku untuk tidak terus 'kosong'...'blur'....
sedang study dari garis pemula!

26 Disember 2009

lupakan pada yang tak sudi

memikirkan kepada yang tak sudi
menjadikan kita macam-macam
banyak negatif daripada positifnya
sedih
sakit
kecewa
marah
hampa
geram

maka

lupakan saja pada yang tak sudi
juga menjadikan kita macam-macam
negatifnya akan hampir tiada
lebih gembira
lebih ceria
lebih senyum
lebih tenteram

buang saja yang tidak sudi itu jauh-jauh
tak perlu diingat
tak perlu difikir

untuk apa memikirkan dia yang menjalin
dengan tujuan memutuskan dihujungnya??

atau mungkinkah juga ada yang silap penerimaan atau fahaman?
kerana...memang sedar setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan
tapi...ada hubungan-hubungan tertentu yang sukar untuk diterima perpisahan dihujungnya! walau hanya untuk sementara mungkin. kerana yang sementara itu ada kebarangkalian untuk menjadi selama-lamanya!

Mungkin kerana itu juga....menyebabkan aku tak berapa suka ada pertemuan.
opssssss....positifnya....sila fokus kepada kebaikan suatu pertemuan.....
yang juga membawa kepada kebarangkalian yang menguntungkan...

23 Disember 2009

betul aku ini penting vs sekadar menggunakan kesempatan


Hari ni hari terakhir Idah stay ngan aku. Selepas hampir dua minggu Idah berkampung di Sungai Udang ,petang tadi Idah dah pun mula bergerak balik ke Sungai Buloh. Rumah aku kembali sepi.

Hari ni juga aku dah mula menampakkan diri di sekolah. Anis....meh...saya print tak boleh2 ni..kenapa eh? PK1 aku tanya. Aku pun 'try test'...dekat sejam...xleh la..
ok, nanti saya cari bomoh IT jap...pergh klik..klik..klik...sampai tak sempat aku nak tgk apa yang di klik dak bomoh IT tu....dah boleh print dah...aku bertanya,
kenapa boleh jadi macam tu eh?
tok moh jawab......dia pun ade kesesakan traffic gak kak....huhuhuhu
Hahaha betullah kata tok moh tu....ish...hanip..hanip...

Ckgu Bibah....cantik ler. Aku berbahasa...hehehe terima kasih.
Eh, anis takde kerja eh...meh sini susun takwim nie...macam nie..macam nie...kata Penyelia Petang aku.PK 1 aku menyampuk, eh anis kena buat jadual dengan saya. Aku senyum jek...hehehehe

Cgu bibah, nak susun eh, senarai guru pagi belum ade tu tau. Ha,ye ke? takpe....anis kat atas kang suruh tolong taip kejap. wokeh...ai..ai..ai bosss. tanggung beres! aku jawab plak.Actually, aku bercadangan untuk berada di sekolah sampai tengah hari jer. Alih2 dekat kul 1 , kawan call plak...
Ye kak....nape? Anis katne eh? kat umah ke?
Eh dak eh...saya kat sekolah. Uikss..sekolah? sibuk ker. Errrrrrr .....aku jeling jam tangan....(alamak)....errrrr boleh tahan jugak lah sibuknya...jadual ckgu2 tak siap lagi nie. Nape kak? akak nak minta tolong bla bla bla bla....
Ok....saya dah nak balik dalam kul 115. Akak datang lah sekolah. Bila kawan tu datang, aku suh dia jumpa n tanya hanip dulu (wakakakak-hanip kat tok moh IT). tapi aku tengok dah kul satu lebeh, kompem dak hanip dah hilang lah tu....aku lah kena tunjukkan tu....muahahahah

Berkurung buat jadual ngan PK 1....huhuhuhu pening aku. times up! stop! aku kena balik dah. Risau Idah kat umah. sebab dah janji nak belikan lauk. ni pun dah kira lambat...sebab dah 130. Turun bawah....kawan tu dah menanti. Bla...bla...bla....aisey akak nie....ni boleh bukak, takde hal pun. Tak tahu ler...tadi kat umah tak leh bukak! Bila kalut memang semua tak menjadi. Itu perkara biasa. Then kawan mintak tolong ajar untuk scan pendrive....ngok ngek ngok ngek....alamak dekat kul dua sudah bah.....kak, dah ok eh? saya nak balik nie? boleh ker saya balik nie? huhuhuhu masih bersopan n santun gitu....(dalam hati....nak balik..nak balik....aku dah lambat giler nie)

kenapa lambat giler? Actually semalam sudah berjanji dengan pak sedara nak balik kg. janji kul 2. Muahahaha. aku call wak teh....wak, abah dah siap ker? Ha...tengah siap2 nie. Adehhhhh.....cakap kat abah kita lambat sikit. baru balik sekolah. Nak makan sat...kita g dalam 230 ker...dekat2 kul 3 ker...eh...nanti ani mai umah amik wak tau...

Penat. sebab masa aku terisi. dan aku happy.
Side positifnya - aku orang penting kepada ramai orang.
Side negatifnya - ???????(sila padamkan pikiran negatif itu ya!

Setiap perkara yang berlaku ade positif dan negatifnya. Dan aku sedang belajar untuk menumpukan lebih perhatian kepada cause yang positif.

17 Disember 2009

Bersederhana dalam 'hidup'

Akhirnya.....berjaya juga reunion yang aku,idah dan shahful rizal rancangkan. sebagai permulaan cuma ada 8 orang yang hadir. Walaupun sedikit, tetapi meriah. hahaha. Aku ucapkan terima kasih banyak kepada yang sudi meluangkan waktu untuk menghadiri reunion yang serba ringkas ini.

8 orang berkumpul maka ada 8 cerita, 8 kisah. Macam-macam cerita , macam-macam kisah apabila berkumpulnya 8 insan setelah 10 tahun terpisah. Actually jarak jer yang memisahkan. Berita sentiasa ada. Adanya blog, adanya facebook...jauh mana pun tetap dekat. Betul tak? Malah kalau dulu tak berapa nak kenal...kerana fb kita boleh kenal kembali.Malah...bertambah erat. Hehehe...dan segala miscomunication yang pernah berlaku dulu pun boleh dibetulkan semula. Sekarang......mana2 pergi kita rupanya masih ada yang kenal. Masih ada yang ingat. Masih ada yang sayang.

Antara yang hadir : dari kiri
Norliza (Rembau), Fadhillah Hanom (Batu Pahat), Anisah (Klang), Faridah (Sg Buloh), Azly Faisal (Bota), Yusmaliza (Taiping), Aslinda (Segamat) dan Shahful Rizal dari Sentul (tiada dalam gambar).

Harap-harap reunion akan datang akan lebih ramai yang menghadiri,lebih meriah,lebih happening! I Love U All - xmprm.

So....tak perlulah kusutkan fikiran dengan perkara-perkara yang menimbulkan kesedihan. Rupanya banyak lagi perkara-perkara yang mengembirakan ada di sekeliling kita. Dan kita yang memilih......mahu pilih kesedihan,kemurungan atau kegembiraan atau keceriaan. anyway....pertemuan semula ini sangat menyenangkan. Ada syarat.....aku letak pada diri sendiri. Dah senang, bersuka-ria....jangan sampai lupa diri. Sebab apabila kita lupa diri, pasti ada yang akan ambil kesempatan. Hoh....bahaya tu. Pendek kata....apa2 perkara pun....BERSEDERHANA lah....jangan berlebih-lebihan.

09 Disember 2009

crazy exam


final exam yang serabut. tahun ni memang tahun kelam kabut. macam2 hal jadi, macam2 peristiwa berlaku. pergghhhhh sangat menduga daya tahan jiwa! semalam start buka buku 12 malam....berlanjutan sampai 4 pagi boleh dan sempat juga sambil tu ber 'sms'....dasaaaaatttt.

pagi dah jaga tapi lewatlah juga. mamai dan pening lagi. tgk buku lagi. ah tak paham. mana datang variable 's' dan 'r' ni ntah. aku tutup buku. cari sarapan. pegi kedai beli sayur. aku masuk dapur, tanak nasi, masak lauk. so Idah yang ade kat umah ni....leh lah makan semasa ketiadaan aku nanti. makan tau Idah....aku dah masakkan.....
sempat jugaklah aku sidai baju, dan mop lantai dapur tu. lapang sikit kepala otak.

stok roti pun aku dah siapkan.kalau lapar pandai2 lah ko selaongkar dapur aku tu eh....stok maggie pu ada. ha....aku takkan tinggalkan orang dalam rumah aku tanpa makanan tau.hahaha siap semua.....buka buku balik, aku jadi mamai balik. ah....baik aku gosok baju dan get ready pergi UM ....janji ngan lias nak g kul 1130....masuk dewan kul 2....tapi sebab banyak yg aku nak bersoal jawab pergi awal ler. dan kalau sempat leh jumpa wak jinggo sekali. coz wak jinggo sedang bertapa di library UM. Hehehe . okaylah cau...sekadar nak menyegarkan kepala hotak yang serabut.

sungguhlah aku tak tahu apa akan jadi dengan keputusan final exam ni. perrrrgghhhh KACAU! SANGAT KACAU!

08 Disember 2009

renung..tenung...

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan!


dan
seorang teman telah mendedikasikan lagu ini kepada aku....
TQVM wak...



Masih ada yang sayang padamu
Masih ada yang rindu padamu
Mengapa diragukan dirimu
Senyum senyum selalu

Masih ada yang sayang padamu
Masih ada yang rindu padamu
Mengapa diragukan dirimu
Senyum senyum selalu

Masih ada yang sayang padamu

Bulan bintang bercahaya menjadi saksi
Angin bayu bertiup menyamankan
Walau apa terjadi
Dikau tetapku nanti
Hingga akhir nanti

Dikau tetapku tunggu
Dikau kutunggu

03 Disember 2009

pEniNg

makin teruk batuk....aku cari ubat. batuk sampai sakit kepala....aku tak larat dah. dan tambah pening sebab itu nak buat ini nak buat...kalau aku tak buat...x boleh....memang kena buat! tahankan ajelah sakit pun....
Adehhhhh....aku pEniNg...+ BoRiNggg.

02 Disember 2009

satu hari yang....

boring??....mungkinlah kot. aku pening. sebab ada banyak benda kat kepala. semua nak buat. tapi tak buat2. dari pagi...haha tau tak pagi ni kucing kesayangan aku yang kejutkan aku tidur. malam semalam aku biarkan kucing tu lepas dalam rumah. pagi2 dia mengiau...kebetulan pintu tengah tak tutup, tu yang dia boleh masuk bilik aku tu. thank you 'manja' sebab kejutkan kite....ihiks!
ingatkan makanan dia habis ke apa yang dok mengiau....aku tengok air ada, friskies dia pun ade lagi. nak keluar rumah? aku bukakan pintu, tak pulak dia keluar...lagi dia gostan ke belakang ada! Aku landing kat kerusi...elok pulak dia mengekor. Sahlah memang dia kejutkan aku bangun.!!! kan...kan...kan...
malasnya ya ampun aku hari ini. nak buat apa ye? mengadap internet....aku belasah farmville! muahahahaha...borink tiba. aku buka satu blog. ntah kenapa resepi2 dalam blog tu sangat serasi dengan tekak jawa aku. hahahahah....aku dah try satu resepi semalam...sambal goreng jawa tu. hoh....akhirnya. tapi rasanya aku buat tu kurang santan. takpe. first try. next time buat lagi. aku scroll down....mcm best jek sosej arbak ni.

-sosej arbak-

aku siap2 keluar g econmart cari bahan2. tengahari tu aku try buat. hahahah....buat lebih sikit. separuh aku bawak g sekolah khas untuk orang2 pejabat. nak2 pulak hujan tengah lebat gila nie. memang syok makan. rupanya macam2 makanan ada kat opis ari ni....ada langsat,rambutan, kek coklat dan buah kedondong! hah...yang penting sosej arbak aku tu licin! separuh lagi aku bawak g umah kak sue, cousin aku daaa....siap landing tengok cite nenek kebaya lagi. sesudah tu dijamu plak dengan mee kari. perrggghhh...rezeki. siap tapau! hahahah . ade kat peti ais...kenyang plak aku nak makan lagi.

dan malam ni , setelah mengisi hari yang paginya macam borink....petengahannya dengan resepi percubaan yang menjadi hasilnya, petangnya dengan pengisian borak2 bersama kawan (kak sal) dan cousin...main2 dengan kucing gebu bernama april....dan penghujung hari....aku menonton TV seorang diri selepas menulis n3 ini dalam keadaan...
mata panas + pening kepala = tanda2 demam akan datang lagi
muahahahahahaha...aku chow dulu....nak lelapkan mata! esok ....bertugas di sekolah. giliran aku dah sampai.

01 Disember 2009

sekadar 'jika'...

orang kata:
kalau berkawan dengan si pembuat minyak wangi, maka bau wanginya melekat juga pada kita.dan wangi jugalah kita
kalau berkawan dengan si tukang besi, maka sedikit banyak percikan api tu terkena juga pada kita. alahai berlubang jugaklah pakaian kan kalau terkena.

apa kes:
kalau kita sekadar pelanggan yang mendatang je?
masuk kedai minyak wangi-cuba yang itu cuba yang ini. keluar dari kedai..kita wangi jugak kan? kita takde pun kemudiaannya kamcing dengan tuan kedai! amacam??
masuk kedai si pembuat besi - sekadar melihat2 hasil pembuatan si tukang besi dan cara si tukang besi membuat kerjanya. terkena juga percikan api kalau kita sendiri tak berhati-hati kan? kita xde pun kemudiannya menjadi akrab dengan si tukang tadi! amacam??