16 Januari 2010

Wahai diri...tak perlu sembunyi!

buntu...
ada sahaja yang mencari,konon beri peluang. konon beri pengalaman dan disebaliknya ada imbuhan. Di mana harus aku sembunyi? perlukah aku bersembunyi? Ah.....yang utamanya disini adakah aku dipaksa atau aku terpaksa....ditelan mati mak diluah mati bapak! (dan nyatanya memang pun aku sudah kehilangan keduanya-mak dan ayah memang dah takde...so???)

Kenapa perlu aku lakukan itu, jika aku berasa tertekan dengan perkara itu?? Sangat tertekan. Dan jika aku teruskan maka ianya tidaklah dengan seikhlas hati serta rela hati. Sesungguhnya aku benci itu. Dunia aku sekolah! dan aku bahagia dengan dunia aku walaupun ada pelbagai cerita di dalamnya. Aku sayang dunia sekolah aku walaupun adakalanya aku bosan dengan situasi didalamnya. Aku sayang dunia sekolah aku walaupun ianya tidak menjanjikan wang jutaan ringgit masuk ke poket bajuku! Mengapa perlu kalian menarik aku keluar dari dunia itu??? Kenapa???? aku pun pelik!

Sekolah itu duniaku. Guru adalah cita-citaku. Cita-cita yang ayah tanamkan dalam diri aku dari sebelum aku mengenal huruf dan angka!Dan ianya masih utuh dalam jiwa.
Yessss.........betul aku perlukan produk itu. Tapi kenapa aku perlu aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan??? Aku tak minat! Itu semua bukan dunia aku!

Dunia aku.....sekolah. Dunia aku juga mencabar! Dunia aku juga ada pelbagai warna di sekelilingnya. Dunia aku juga berjumpa pelbagai jenis manusia! Dunia aku juga ada susah senangnya! Dunia aku juga menyampaikan pelbagai maklumat! Dunia aku juga berkongsi bermacam pengetahuan! Walaupun tidak memberikan kemewahan duniawi secara total tapi ianya memberi kemewahan emosi untuk aku! Aku puas melakukan sesuatu yang aku buat dengan rela hati.Sekolah duniaku dan aku berhak untuk terus berada di sini!

9 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

salam - tugas yang dilakukan dengan keikhlasan memberikan keberkatan...!

ONE ZABA berkata...

tepu dada tanya selera...

tapi awas....

jangan tepuk kuat sangat. daya tahan orang sekarang ni bukannya kuat sangat. luruh nanti.

sekadar mengisi masa lapang apa salahnya!!!

myQza berkata...

kuatkan hati!

~Insan Biasa~ berkata...

sonata anak kancil:

betul sonata...bukan setakat keberkatan..malah hasilnya juga insya'allah...

cgu one :

tapi kalau x minat jgn lah paksa2....kita mengisi masa lapang dengan hobi. Dan hobi saya buku.

tED| :

sedang berusaha sungguh la ni untuk kuat dan tabah..

Bapak berkata...

x perlu sembunyikan diri. terus rutin yang merupakan cita-cita Cikgu Anis tu...

entahlah, sesetengah individu yang berada di 'kelompok' tersebut memang terlalu memaksa. katanya nak bagi peluang tapi approachnya amat merimaskan kita...

Abang Long berkata...

Apabila dapat membahagiakan orang lain, jiwa kita akan merasa lebih bahagia

Ticer Syah berkata...

aku dah masuk dunia tu..mmg bz tak hengat..dan tak cukup rest.. nak banyak lagi, kena la kuar banyak..sungguh rimas.. last2 aku stop aje..senang..wakakaka

~Insan Biasa~ berkata...

bapak:
betul tu...sungguh merimaskan!

abg long:
membahagiakan orang lain,tapi kalau diri sendiri terseksa...apalah gunanya bang long...

mama:
hidup biarlah bersederhana. terlalu susah tidak...terlalu mewah pun tidak.aku mahu hidup yang aman.

eeeda berkata...

Tu lah payah jadi orang yg tak pandai menolak...