Salam MaulidurRasul.....
Bangun pagi ini, kuncinya adalah sakit perut. Hihihihi. On hp....sms yang dihantar kawan-kawan aku baru masuk. Sorry geng my 013 malam tadi tidak aktif. Aku masih tidak berganjak dari pembaringan. Dok termenung, terkebil-kebil memandang dinding. Terkebil-kebil melihat kipas berabuk yang hendak dibersihkan. Terkebil-kebil melihat karpet yang perlu disapu. Terkebil-kebil memikirkan hari selepas s.a.t.u. kerna hari ini sudah l.i.m.a.
Aku sendiri hari ini. Zihah aku tidak bertanya pukul berapa agaknya dia akan dihantar pulang oleh suaminya. Petang kot. Jadinya pergerakan aku setengah hari ini tanpa berteman. Errrkkkk....macam tak biasa pulak buat sendiri-sendiri. (hihihi angin mengada-ngada datang la tu).
Annuar bilang mahu jumpa aku. errkkkk bila? Kalau dapat awal katanya. Aku waspada ...hehehe bukan kerana apa, kalau dah pulang kerjanya sekitar 3-4 pagi, dapatkah nak berjumpa awal pagi? Sungguh aku tak percaya. Ada baiknya aku selesaikan kerja di rumah pagi ini dan tidak menunggunya. Percayalah aku rasa petang baru dapat jumpa, selepas dia bangun dari tidur tengah hari nanti. Nak bet??? Hehehehe
Itupun ntahla....sebab aku ada appoinment dengan designer aku lepas zohor nanti. Chewahhhhh..designer tu. Ikikikikik.....Kira designerlah.....pereka dalaman. Aku minta tolong kawan aku, coz aku dah betul2 tiada idea nak susun atur 'area' tu. Kawan aku ni kreatif lai inovatif. Idea macam-macam. Tq Kak....sudi jadi designer bidan terjun untuk saya. Akak mesti tolong saya, sebab hari ini sudah l.i.m.a. !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan