07 Mac 2011
Ayah...
Aku dan ayah...
Sedari kecil aku ditinggal ibu. Seusia 4 tahun. Dan sejak itu ayahlah ibuku. Ayah menyediakan segala-galanya untuk aku. Makan pakai . Semua! Dan aku tak rasa ada kekurangan masa tu. Semua cukup. Paling suka kuih pau yang ayah buat sendiri! Hahaha tiba-tiba rindu pau itu.
Semalam....aku rasakan kembali kasih itu. Herm....tidur bersama dengan ayah. Dulu kalau nak tidur ayah kena peluk dulu. Bunyi dering telefon. Ayah jawab .... tapi tiada sesiapa dalam talian. 3 kali! Setiap kali panggilan dijawab tiada sesiapa dalam talian. Aku dengar dan aku biarkan deringan itu disambut ayah. Sepi. Dan kali seterusnya .....telefon berdering lagi....
Ya Allah.......bunyi alarm aku rupanya! Tengok jam yang tertera 6.45. Subuh!
30.10.2009 kepergian ayah.......dan inilah kali pertama aku berjumpa ayah dalam mimpi. Mimpi berada dalam pelukan seorang ayah yang aku rindu. Al-fatihah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Bila orang yang kita sayangi telah pergi... terasa diri ini keseorangan di sini...
Ketabahan perlu sentiasa di sisi...
agar diri tegar mengharungi... hari ini dan juga esok...
Eeeda....sungguhlah aku rindukan ayah aku, sampai termimpi2....
salam ayah kita tak jauh beza kepergiannya.. ayah saya tiada pada 30 ogos 2009
Salam Iman,
Apabila ajal menghampiri tiada siapa dapat menghampiri...Al-Fatihah untuk ayahanda kita berdua ok...
sedih2.. aku pon ada la beberapa kali mimpi babah aku.. sungguh sedey sampai nanges bila bangun..huhuhu
rindu aku pada ayah aku masih x hilang lagi nie....sejak mimpi hari tu..
Catat Ulasan