08 September 2009

Sandera Cinta

'Sandera Cinta'....ha, apakah dia 'sandera cinta'. Aku menemukan frasa ini tatkala melayari facebook. Sebagai anak Malaysia, aku pasti ramai yang tidak pernah terlihat mahupun terbaca frasa 'Sandera Cinta' . Aku mencari, kamus dewan yang sentiasa berada di atas ruang kerjaku ini aku capai. Helaian demi helaianku selak. Hanya untuk mendapatkan maksud 'sandera'. Dan hasilnya,perkataan sandera itu merupakan satu perkataan yang

terdapat dalam sastera lama bermaksud orang yang tertawan atau tergadai untuk tanggungan hutang. Herm...jenuh juga aku termenung dan berulangkaliku baca ayat untuk mendpatkan maksud sebenar. Aku tidak berkesempatan bertanyakannya kepada sesiapa yang lebih arif di sekolah. Dan akhirnya , aku membuat kefahaman sendiri bahawa 'Sandera Cinta itu bermaksud berhutang cinta. Hahahaha.

Aku masih tidak puas hati sebenarnya dengan apa yang aku simpulkan itu. Seperti ada yang tidak betul sahaja. Dan hari ini, aku mencari lagi. Dan aku temui satu lagi maksud perkataan 'sandera' dengan ayat yang lebih aku fahami.
'Sandera' merupakan istilah Indonesia dan adalah sangat asing di dalam kamus orang awam di Malaysia. 'Sandera' boleh bermaksud tebusan (hostage) atau diculik (abductee) bergantung kepada kesesuaian penggunaan.Aku dapat ini dari sebuah blog - ulasbuku.blogspot . Nah dari sini aku semakin jelas akan maksud sandera itu.

Daripada yang ditulis oleh penulis blog, ia bermaksud tebusan. Daripada kamus dewan ia bermaksud orang yang tertawan. Jadi aku terus simpulkan bahawa 'Sandera Cinta' itu bermakna 'Tawanan Cinta'. Mudah kata seseorang yang tertawan oleh cinta. Ditawan oleh cinta. Maknanya 'Sandera Cinta' itu seseorang yang telah jatuh cintalah. kan??

He..aku membuat kesimpulan ini adalah berdasarkan kefahaman aku sendiri. Betul atau salah. Tepat atau tidak . Aku tiada jawapan tentang itu. Tapi aku yakin dengan apa yang aku peroleh. Semoganya jika tafsiran aku ini tidak tepat, akan ada pakar bahasa yang membetulkannya. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Aku insan yang masih belajar, Kalau silap sudilah kiranya dibetulkan.

Aku tersenyum puas hati. Sandera Cinta? Aku masih belum layak untuk menerima gelaran itu. Yang pasti....diantara kita insan di bumi Illahi ini, ada yang sudah,sedang dan akan digelar 'Sandera Cinta'!

8 ulasan:

Unknown berkata...

yang penting : saya tahu satu lagi ayat baru...
jumpa kat mana ayat tu...
sebab kadang2...
banyak buku2 yang hebat2 dibawa masuk dari indonesia.dan menjadi satu kekerapan ' penceramah ' menggunakan bahasa2 macam2 ni..

yang pasti saya akan gunakan perkataan ni...tapi kena faham betul2 madsudnya..

myQza berkata...

sandera.. 1st time dengar :)

belajar satu lagi frasa baru :)
TQ

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

bunyinyer pun sedap...

memang saya juga 'sandera cinta' pada suami tercinta...hehehe boleh ke tu ?

asalkan boleh jer...hehehe

ONE ZABA berkata...

sandera bank...

sandera kad kredit...

sandera puasa...

boleh pakai tak rangkai atas tu!!!

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo,
rangkai kata tu saya dapat dari Ahmad Fedtri Yahya kat facebook...
betul wak..dah tanya fedtri sendiri...
maksudnya 'tawanan cinta'.

~Insan Biasa~ berkata...

hehe tedi...
mari kita sama-sama tambah perbendaharaan kata..

~Insan Biasa~ berkata...

azrina,
sesekali kita guna bahasa sastera lama...best juga kan???

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one ,
kalaulah cgu one ada kat sekolah saya,
tak sempat saya nak serius kot...
hehehhe