Pelik manusia ini kadang-kadang menerjah di fikiran. Apalah yang hebatnya apabila menyebarkan kata-kata yang tidak manis, cerita-cerita yang ntah benar atau tidak kesahihannya? Adakala saya memandangnya sebagai satu situasi di mana sebenarnya si pembawa cerita itu tidak puas hati dengan orang yang diceritakan....begitukah? Namun......itu bukan saudara mara dia pun. Takde kena mengena langsung. Opssss maaf saya terlupa....ada kena mengena.....iaitu saudara sesama islam. Memang la perlu kita jaga tepi kain dia! Errkkk??? tapi ada hadnya saya kira.
Dan saya juga berkira-kira, ada juga baiknya kalau kita menjaga diri kita sendiri terlebih dahulu daripada mengata-ngata-ngata-ngata hal orang lain. Kenapa perlu nak kumpul dosa kering kalau kita boleh kumpul pahala? Opsssss ade yang menjadikan saya bahan hiburan dirinya apabila saya bercakap tentang dosa dan pahala. Salahkah perbicaraan saya tentang dosa dan pahala? Saya ni tidak pernah diunjurkan dengan ilmu dosa dan pahala kot pada dirinya maka perkataan-perkataan saya dijadikan bahan hiburan. Al maklumlah...saya bukan hajah...saya bukan ustazah....saya cuma seorang cikgu diploma jerrrrr.......cikgu 32....kecik aje kalau nak dibandingkan dengan dia yang 41 tu agaknya. Ilmu saya pun x setinggi yang 41....begitu juga dengan pengalaman saya. Ok ..saya terima dan saya memang masih belajar tentang kehidupan di dunia yang dikelilingi pancaroba serta hamba-hamba Allah yang tidak pernah berhenti untuk menyesatkan kaum manusia! Mahu meneliti ketidaksempurnaan hamba Allah yang lain? Bukankah lebih baik jika teliti ketidaksempurnaan diri sendiri?
Semoga hati saya LA TAHZAN dan dalam perlindungan Allah sentiasa apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang menjadi lemah apabila saya kemukakan soal dosa dan pahala. Tapi kuat pulak untuk menjadikan saya sebagai bahan hiburannya. Tahniah dan terima kasih. Sesungguhnya saya cuma menegur agar tidak terus mengata hal2 buruk tentang orang lain. Itu sahaja, tapi mungkin penulisan saya telah dibaca dalam persepsi yang tidak sepatutnya, maka berlaku lencongan fahaman. Atau mungkin juga padanya saya belum layak yang selayaknya untuk bercerita tentang dosa dan pahala. Waallahualam....
Yang penting .....saya tahu bahawa semua hamba Allah yang bergelar manusia dikurniakan akal yang mampu untuk berfikir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan