04 Mac 2011

Derhakakah dia?

Derhakakah dia?
Jawapan bagaimana harus aku beri. Tuhan sahaja yang tahu jawapan hakiki. Kalau aku yang jawab takut-takut silap jawab jadi fitnah pulak.

Kalau kepala orang yang melahirkan boleh di'tiun2' 'ditonyoh2' 'ditonjol2'...derhakakah dia?
Dialog....berbahasa 'engkau-aku' dengan ibu sendiri dengan suara yang lantang...derhakah dia?
  1.  "Engkau siapa? " derhakakah dia?
  2.  "Engkau tak perlu ambil tahu hal aku lagi" derhakah dia?
  3. "Engkau ni satu orang tua yang tak ade ooo......"  derhakakah dia?
  4.  "Kalau aku dilanggar bas ke....lori ke....biarkan...jangan dikutip cebis-cebis daging aku pun!Tak perlu ambil kisah hal aku" huh derhakakah dia?
Dia hebat. Takde sape boleh lawan ckp dia. Semua kena ikut cakap dia. Dia shaja yang betul. Sepak terajang, tengking ....biasa...sebab dia yang tua! Yang muda-muda sila ikut cakap dia ye...walaupun dia salah??? Aku bangkang!!!

Aku sangat sedih. Aku sangat kecewa kerana aku sangat tak sangka rupanya dia begitu. Dan paling memilukan apabila ayat 4 di atas boleh terucap oleh lidahnya!

Kalaupun si orang tua itu bersalah besar, begitukah layanan seorang anak kepada orang tuanya???
Hishhhh...meremang bulu roma aku!

Semoga ALLAH memberikan pengajaran yang maha hebat kepadanya, agar dia dapat ke pangkal jalan!

6 ulasan:

Ticer Syah berkata...

kesian mak dia.. huhu.. kijam sungguh.. aku dah ada pengalaman dengan orang mcm ni.. akhirnya orang tua itu hanya akur dan makan ati aje la.. kesiannn

k sal berkata...

Lupakah si anak bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu....lupakah si anak tanpa ibu dia tidak akan melihat dunia ini Lupakah si anak tanpa ibu dia xkn dpt hidup sebegini rupa. Adakah dia layak digelar sebagai anak sekiranya dia mengherdik dan menengking ibunya sebegitu rupa... Walau sebesar zarah kesalahn ibunya si anak tidak layak untuk menghukum ibunya....Dimana perginya iman anak itu Allah akan bayar 'cash' dan bukan dgn kad kredit skali pun. Akan sampai waktunya dia akan dperlakukn oleh anayknya seperti apa yg telah dilakukan oleh anak itu kepada ibunya Sesungguhnya Allah itu Maha Adil & Maha Berkuasa No Need To Worry anything coz Allah sentiasa berada dengn orang yg beriman....

IMANSHAH berkata...

oghang jawa bahasakan diri ngan amk ayah kau aku

~Insan Biasa~ berkata...

Iman....
itu betul..saya sendiri anak jawa.
tapi engkau aku dalam keluarga jawa masih ade hemahnya...masih ade sopannya....masih ade lembutnya...

tapi,kalau dah dengan suara yang meningking mengherdik...???

~Insan Biasa~ berkata...

kak sal,

saya sangat2 berdoa dia diberi pengajaran yang maha hebat!

~Insan Biasa~ berkata...

syah,

kadang2 terpikir kenapalah aku jumpa dan kenal budak tak tau diuntung macam ni....