Buah hatiku sayang. Tahun ni cukup-cukup aku berhabis untuk buah hatiku yang satu. Garu kepala la juga. Tapi sayang punya pasal, aku pejam-pejamkan mata. Bermula penghujung Januari aku dah belanjakan sejumlah wang sekitar tiga ratus empat puluh empat ringgit dan lima puluh lima sen untuknya. Untuk insurans dan cukai jalan. Lega apabila dah selesai.
Semalam setengah hari aku lepak sampai boring gila dekat pusat servis kereta. Herm untuk buah hati aku jugalah....belanja lagi lebih kurang tiga ratus dan lima ringgit. Yelah aku tak manja-manjakan dia langsung tahun 2010 tu. Maka aku pun dah berjanji akan jaga dia 2011 ni betul-betul. Sebelum buah hati aku tu merajuk dan buat hal adalah baiknya aku tunai janji walaupun terpaksa menunggu sehingga 3 jam lamanya. Waktu nak tukar break pad tayar pulak tak boleh buka sebab aku tak letak kunci sportrim aku kat kete. Aku simpan kat rumah, lupa pula nak bawa. Hah..padan muka aku, maka terpaksalah pagi tadi aku bertapa lagi 2 jam kat pusat servis tu dan keluar lagi enam puluh ringgit.
Wah , tiba-tiba perut aku memulas lah pula time nak balik. Aku ingat nak singgah buat allignment and balancing. Tak tahan dowh...balik rumah dulu. Hehehe sempatlah juga aku layan camp pink kejap. Then aku pergi pulak kedai tayar, tukar tayar serta buat allignment and balancing...pergghhhh nasib baik allignment and balancing dapat free. Jadi kena keluar belanja untuk empat biji tayar, lima ratus enam puluh ringgit, upah dua puluh ringgit serta satu wheel bearing lapan puluh lima ringgit. Servis penyaman udara tak dapat nak buat kena buat lepas CNY. Huhuhuhu sabar je la, memandu guna udara alam yang asli.
Actually, ada plan dengan kawan aku. Sepatutnya kami pergi ke bangi tu lepas selesai urusan pagi. Aku dah settle, kawan aku plak sangkut di Pejabat Imegresen Subang. Cancel dan buat janji minum petang di Shah Alam. Jadi, sementara ada waktu aku pergi bengkel pula, hantar kereta aku tu untuk diketuk pintu depan sebelah penumpang, ada sikit 'luka' di situ. Dah makin teruk dah, sebelum parah baiklah aku betulkan. Lagipun dah janji kan.....hehehe. Ketuk je....lima puluh ringgit keluar. Aku tinggalkan buah hati aku di situ 4 jam la juga. Dah siap orang bengkel call. Aduh....masa hantar kereta aku mintk tolong orang bengkel tu hantar aku balik. Yelaaa takkan nak terpacak kat bengkel plak. Time nak amik buah hati tu aku jalan kaki je g bengkel....tak jauh, adalah alam 1km . Jalan dalam kampung sendiri bagusnya baru beberapa meter jalan dah ada yang tegur. Cikgu....!!!! Ha....anak murid aku. heheheh. Nampak pula diaorang berbasikal.
"Ha....jom tolong hantar cikgu pergi bengkel"
"Bengkel mana cikgu? bengkel sana ke...bengkel sini?"
"Bengkel sini je...jom..."
"Jom...jom la cikgu...." sambil dia tunggang basikal tu dan membiarkan aku berjalan kaki.
Cissss....
"Awak ni....pinjam la basikal...meh cikgu bawa, awak duduk belakang"
"Hehehehe....ok...ok..nah..cikgu bawa basikal saya"
"La...jom la awak dok belakang..."
"Heeee takpe..saya dengan Diba.."
Hehehe malu kot nak naik basikal dengan cikgu dia. Punyalah lama aku tak tunggang basikal. Adalah 7-8 tahun kot. Sesekali tunggang berpeluh jugak! hehehehe walaupun perjalanan tak sampai 1km....
"Ok....terima kasih. Ini basikal awak.Nak upah ke?" gatal mulut bertanya...hehe
"Nak!"...pergghhh mata duitan sungguh. Takpelah aku memang akan bagi pun. Sekali sekala. Maka dapat la diaorang seorang seringgit. Cukup la kan......ekekeke aku kayuh sendiri basikal tu pun. Hehehe.
"Mana kereta cikgu?"
"Tu...." sambil aku tunjuk ke arah buah hati aku yang satu itu.
"Kenapa kereta cikgu ada kat bengkel?"
"La...sebab cikgu nak betulkan pintu kereta cikgu yang bermasalah"
"ooooo..." sambil diaorang ambil duit yang aku hulur. Sengih je budak-budak tu.
"Ok...terima kasih ya. Balik kayuh basikal tu elok-elok" pesan aku sebelum mereka beredar.
Buah hati aku....untuk kamu sahaja aku habis seribu empat ratus dua puluh enam ringgit dan lima puluh lima sen. Belum buat servis penghawa dingin lagi tu! Tapi bak kata kawan aku, kereta tu pun dah berbakti dan bawa aku ke mana-mana. Biarlah berbelanja untuk keselamatan diri sendiri juga. Herm....buah hatiku sayang...
Kecik je buah hati aku ni. Belanjanya boleh tahan. Berangan nak pakai honda ni. Dah sedia ke poket tu? hihihihi. Yang kecik ni pun berpeluh nak jaga. 2011 ni kena balik rutin asal. Kena jaga sendiri. Kalau dulu, ada qusyairi boleh mengadu dan mengada-ngada, la ni mamat tu dah berhijrah bertukar balik kampung. Kalau dulu, ada fahmy boleh suh tengok2 cuci2....la ni budak bertuah tu dah ghaib ! Ntah apa punya adik ntah....So aku dah takde tempat dah....warggghhh kenapalah qusyairi pindah! ..huhuhuhuu....
2 ulasan:
wah mahal sekali ye..itulah kan..tukar keta baru le..hehehe
sayanglah iman....
takde niat nak tukar. setiaku pada yang satu..hehehehe
tunggu iman belikan yg baru untuk saya, boleh?hihi
Catat Ulasan