04 Oktober 2010
Cerita satu satu
Selamat Datang Oktober.....
Dan tiba-tiba oktober disambut dalam kegundahan. Alamak.....macam anisah nak balik semula beremosi macam dulu-dulu la! Semua ini jadi bila orang yang paling aku benci muncul di fb aku. Arggghhhhhh aku sakit betul kalau tengok muka diaorang tu. Sungguh. Minta maaf sangat! Yang membaca ni , lepas ni tak perlu cari deme dalam fb aku kay....sebab aku dah sekat diaorang tu. Ah memang buat aku sakit sungguh.
Malam ni aku keseorangan. Zihah date ngan che abang dia. Maka tinggal ler aku. Dan aku tak pasti lagi larat ke tidak untuk sambung kerja esok hari. Badan aku lenguh2, tulang rasa bisa-bisa aje ni, kepala pulak berdenyut2. Nak tidur lelapkan mata pula payah. Dalam minda ada banyak benda. Ha...aku luahkan kat sini akhirnya.
Nak-nak pula asyik terdengor muzik syahdu. Senyap sunyi plak tu. Tetiba jadi sayu hati. Sedihnya bila insan yang dahulunya mahu berkongsi cerita, tiba-tiba jadi perahsia. Ntah kenapa. Asal aku tanya je.....takde pe...xde pe....itu je la jawabnya. Naik menyampah pulak! Mengada! Atau sengaja nak buat aku jeles ke hapa??? Ntah aku tak tahu.
Sedih jugak apabila dengar kawan tu nak tukar sana, kawan ni nak tukar sini. Aku masih dok terpacak kat sini. Nak tukar mana lagi....kat tempat aku ni dah semua lengkap. Kawan-kawan la yang bertukar ganti. Tak lama lagi, gamaknya aku akan hilang sorang lagi kawan. Tapi aku redha la, mungkin ini masanya dia pulak nak berbakti pada orang tuanya di kampung halaman. Biarlah dia pergi. Kalaulah aku boleh ikut.....ahaks...ahaks...(takyah berangan cik anis oiiiii) Lupakan sahaja niatmu itu. Adoiiiii. Tak bley ke???
Apa-apa hal call eh...apa-apa hal call eh...aku ke yang kena call?? Dia tak boleh call aku ke gamaknya. Dalam hal ni sapa yang ego ni? Aku ke dia? Aku takde apa masalah kot....satu je masalah aku kalau ada pun....sebab aku rindu. Tapi kalau call-call tak berangkat, tak berjawab. Sakit hati weiiii.....apatah agi kalau lepas tu tak reti nak return call. Macam kita pulak terhegeh-hegeh. Haish. Tambah kecik hati, kalau tanya dan bertanya, jawapan aku dapat macam yang di atas tulah.....xde apa-apa! Bengang tau! Kesimpulannya, baik aku tak payah call. kan..kan...
Herm....habis dah cerita satu satu aku untuk kali ini. Aku nak cuba lelapkan mata. Esok nak bangun awal. Banyak benda kena settle kan esok. AKU PENAT GILA. PENAT DALAM SEMUA PERKARA. RASA MACAM NAK GIVE UP DAH......
Owhhh...Aku rindu dia lagi tapi dia bukan milik aku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Senang2 ko mohon pindah ke Johor... duduk je umah aku kat sana tu...
akan dipertimbangkan...
sabar k...mmg payah nk memahami ati org lain...pe2pun ko hrus berterus terang maa..ckp yg benar ko suka kt dia lorr..huhu...dh jd cm kes aku nie..sape org tu ekkk...
x boleh linda....sebab aku tahu,siapa aku pada dia.
Catat Ulasan