28 Mei 2010

Memang begitu agaknya...


Hidup memang kena selalu buat pilihan. Adakala benci untuk buat pilihan. Tapi apakan daya...pilihan perlu juga dilakukan walaupun ada masanya pilihan itu amat menyakitkan kan?
Dan seseorang yang sedang berada antara dua pernah menghampiri aku. Aku katakan maka perlu memilih antara dua dan jangan kamu silap pilih. Jangan ada dendam yang tertinggal setelah pilihan dibuat. Dendam...seperti mana yang masih bersisa di hati ini. Diakui. Aku jadikan diri aku sebagai contoh. Dan aku dapat lihat sepertinya ada perubahan pada seseorang itu. Aku tahu dia telah membuat pilihannya. Semoga itulah pilihan yang akan membahagiakan dia tanpa meninggalkan sebarang dendam di hati sesiapa.

Dan aku sendiri masih belum di beri pilihan untuk memilih. Ahaks.....jadi aku tak perlu nak memilih. kan??????? Apa dalam hati? Oh pasti ada yang sudah membacanya riak wajah bahasaku....maka aku teruskan untuk berdiam sahaja. Biarkan mereka dengan sangkaan masing2.Pada aku hidup memang begitu.

1 ulasan:

Ticer Syah berkata...

kalau susah buat pilihan, mengadu padaNya, itu jalan terbaik utk kau Anis. Kadang-kadang kita buntu nak buat pilihan..mcm juga nak membeli baju.. rambang mata dibuatnya.. tapi kita tetapkan hati, yang mana lebih tahan lama dan berbaloi untuk dipakai, itu yg kita pilih..

:)