penatnya apabila dah takde cuti. Cuti yang tidak lagi cuti. Ingatkan bila cuti boleh melepak di rumah sendiri. Angan-angan terus tingal angan-angan. Satu hari di atas jalan raya saja. Yang pasti aku penuhi hajat seseorang yang dah berkali-kali sebut nak ke kubur arwah ayah. Maka kami pergi anak beranak....semalam. Agaknya dia mimpi jumpa arwah ayah aku kot. Maka dari minggu lepas dia dah merancang nak balik Pulau. dan aku yang sememangnya dah lama tak jejak Pulau semalam la baru aku jejak.
Pulangnya ntah kenapa hati aku jadi panas, rasa nak nangis? ada jugak. rasa nak mengamuk pun ...ada jugak. Marah pada siapa? aku tak tahu. Stress kot..... Dan tengahari itu mungkin jugaklah pertama kalinya mereka melihat aku marah dan mengamuk. Semua diam! Haaaaaaaa....mungkin juga eceran peristiwa kelmarin apabila dia bercakap dengan aku dengan nada yang tinggi. Emosi aku terganggu terus membawa ke hari semalam. Jangan ingat dia sahaja yang ada suara tinggi. Aku juga ada! Jangan ingat dia sahaja ada baran. Aku pun baran juga!
Aku sentiasa perlu bersama mereka sehingga adakala aku rimas, walaupun aku akui juga sebenarnya aku happy jugak kalau mereka ada......dan kadang-kadang merasakan seperti aku sudah tidak ada masa untuk diriku sendiri.Aku ingin ruangku bersendiri. Aku ingin masaku untuk diriku tanpa mereka. Kini, aku sudah mula merindui masa silamku. Tapi....ntahla...aku keliru. Siapa sebenarnya aku dalam keluarga itu? Apakah tugas aku dalam keluarga itu sebenarnya??? Aku sedang mencari apa perlunya aku di situ...Kenapa mesti aku?
1 ulasan:
kembali kepada diri sendiri....
Catat Ulasan