26 April 2010

New Me With My New Family...

Kasihan......aku sudah kurang masa untuk berblog seperti dahulu. Semenjak kepergian ayahanda tercinta, rutin harianku sudah mula berubah. Amat berubah. Rumah sudah seperti tempat persingahan. Bukan ini yang aku angankan. Tapi arus masa telah membawa aku ke sana. Masa aku kini banyak bersama wanita gigih ini.


Wanita yang kini aku panggilnya dengan gelaran...MAMA. Dan ada masa aku panggil MAK. Seorang ibu tunggal yang sangat sabar dengan pelbagai kerenah anak-anaknya. Ada masa aku pun terpening kepala jugak. Dan kerana mak yang inilah aku kini berada di suatu dunia baru yang dulu aku tak terpikir akan berada di dalamnya yang mana membawa aku di atas pentas perniagaan. Sesuatu yang sering aku jauhi suatu ketika dulu. Ini dia...hahaha sapa sangka kan??? aku boleh berada di kalangan mereka2 ini.

Juga, aku semakin mengenali lelaki ini. Yang adakala membuatkan aku menitis air mata tatkala teringatkan nasib dirinya. Yang adakala membuatkan aku pening kepala tatkala tiba angin kus-kusnya. Aku panggil dia Along. Ada masa aku panggil Famy. Kalau sms malas nak eja gelar saja dia dgn nama Fy. Yang paling aku tak suka tatkala aku berada di tengah-tengah antara ego Fy dan mak. Ayoyoyo......dua beranak ni susahnyalah nak ada kata sepakat! Tapi, dua-dua insan ini takde masalah pun dengan aku. Sudahnya....akan ada dialog-dialog begini :
"Nisa....mak ni bukan apa....."
"Kak....akak jangan fikir sangat...Fy okay ..."
Okay? Tapi asyik x sependapat jer selalu....camne tu? Hahahhaha aku teringat masa arwah ayah masih ada. Macamtulah juga....asyik nak bertekak...So, sebenarnya itu lumrah. Kalau aku letak diri kat tempat mak. Aku rasa aku faham apa yang mak lalui. Dan kalau aku letak diri kat tempat Famy, pun aku faham. Ada part-part aku setuju dengan mak. Ada part-part aku sebelahkan Famy. Oh...please jangan suruh aku pilih satu antara dua okay!

Dan yang cute ni plak...adik bongsu Famy...Fadzley. Kami gelar dia Epi. Yang ini...pun ada kisah dia yang tersendiri. Macam tak betah duk kat Klang. Sama....pun selalu tak ngam dengan Along dia. And again....dengan aku no problem! Hahaha....Budak Epi ni kalau balik Klang kejap sangat. Kadangkala tak sempat hilang rindu aku kat dia, dah dia balik Kuantan nun. Almaklumlah...buah hati dia kat sana kan. Last dia balik hari tu...sehari jer....tak patut betul. Sempat tinggal pesanan kat aku lagi. "Kak ...saya balik Pahang kejap je. Akak tolong tengok n temankan mama eh...kesian mama...'kejap'?...x boleh caya kejap dak Epi ni. Kejap dia ni...bukan sehari dua, tapi mau jugaklah makan bulan. errkkkkk....

Epi..kalau kesian kat mama....Epi balik la sini ,dekat ngan mama. Akak ni cuma menumpang kasih korang sekeluarga je. Mak ada 4 anak semua. 2 aku dah kenal dan dah nampak karektor masing-masing. 2 lagi aku belum jumpa dan kenal. Firdaus (Angah) dan Farhan (An). Mereka berdua stay dengan ayah deme kat Kuantan. Esok lusa aku dapat berita Famy cakap An nak datang dan stay ngan mak. Tambah lagi sorang adik yang ntah macamne plak karektornya aku pun tak tahu. Tunggu je la. Firdaus plak...dengar kata akan datang Klang masa birthday mak bulan depan. Dia datang bawak tunang dia sekali. Angah ni dah nak naik pelamin dah bulan 6 nanti. Penuh dah jadual aku ni.. Bulan 5 adik sepupu aku bertunang. Bulan 6 kenduri kawin Angah + aku nak konvo OUM. Bulan 7 kenduri kawin adik sepupu aku yang sorang lagi tu pulak naik pelamin.

Dah takde masa untuk aku duduk termenung macam dulu. Dan kerana kesibukan yang dah terlampau aku dah jadi leka dengan segala macam hal. Kecewa putus cinta pun dah pudar dah. Malas pikir. Mak jer yang bising dan selalu suh aku cepat kawin. Siap nak kenalkan aku dengan kawan dia. Aiyak....aku takmo la mak. Tak yah rekemen2. Cinta itu akan datang juga satu hari nanti. Famy pun alami nasib yang sama macam aku. Tapi dia lagi kesian ar....sebab adik dia dah kawin , tapi dia yang sulung tak lepas lagi, tu yang mak bising2 tu. Nyaris nak ditunangkan dengan adik sepupu aku budak Famy nie. Tapi dah suratan xde jodoh kot. Dua-dua takmo! Famy tu ada pilihan dia sendiri. Aku pun dah tgk foto awek dia yang cun tu. Tapi tak tahu la budak Famy nie, asyik cakap ...kawan aje...kawan aje...(lelaki memang macam tu eh....??).

Anyway.....walaupun macam-macam perangai, macam-macam senario ada dalam keluarga baru aku nie, aku happy and sayang diaorang semua. Kehadiran mereka membuatkan aku terlupa yang aku telah kehilangan. Terima kasih mak....terima kasih Famy....terima kasih Epi......I LOVE U ALL.....VERY MUCH.
p/s - Epi.......bila ko nak balik ke Klang nieeeeeeeeeeeeeeeeee???????



2 ulasan:

Unknown berkata...

perubahan
tahniah kerana apa yg berlaku pada cgu anis : yang menariknya perubahan kearah hidup yg lebih positif....

ONE ZABA berkata...

sama macam jinggo...

gembira tengok anis gembira...

semoga kebahagiaan terus mendatang.