Hari ini aku berkesempatan untuk menambah entri lagi. Almaklumlah sedang bercuti mc. Demam. Alhamdulillah esok aku akan kembali menjalankan tugasku seperti sediakala. Cuma aku agak terkilan sedikit sebab tidak berkesemptan meninggalkan pesanan kepada anak-anak didikku yang ketika ini sedang menjawab kertas ujian bulanan yang kedua.
Pagi tadi juga ada sahabat yang prihatin kepada kerisauanku mengenai keputusan ujian etems yang telah dijalani. Nyata kerisauanku benar, aku tidak bernasib baik. Terpaksalah aku menghabiskan cuti sekolahku kelak menghadiri kursus dan peperiksaan yang telah disediakan oleh pihak atasan untuk kami yang tidak lepas ujian ini. Alhamdulillah, dalam sedih aku masih bersyukur kerana masih ada peluang untuk kami mempertingkatkan ilmu kami dengan adanya kursus itu.
Tapi di mana ya agaknya kesilapan dan kesalahan itu? Teman-temanku juga agak kaget dengan keputusan yang keluar. Mana tidaknya keputusan MUET yang kududuki tahun lepas ( 2006) agak baik(bukannya sudah berlalu bertahun-tahun lamanya pun....x sampai setahun pun). Cukup syarat malah lebih pun mengikut syarat lulus OUM yang diperlukan.Nampaknya aku masih perlu mendaftarkan namaku untuk ujian MUET yang akan datang. Kali ini untuk mengekalkan status guru etems pula. Agaknya kalau 3-4 bidang aku ceburi maka 3-4 kali MUET aku perlu hadiri. Untung ya mereka?
Tapi dalam kemurungan pun aku masih redha, aku akan tunggu dan lihat apakah hikmah yang telah / sedang menanti aku dihadapan.Pasti ada.kan? Semoga dengan kursus yang bakalku duduki ini juga akan membantu aku untuk pengajianku di OUM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan