02 Januari 2009

Korban

Saat-saat terakhir melepak di rumah. Aduhai sayang pulak nak tinggalkan tempat lepak saya selama sebulan nie. Hehehhehe. Duk terperap jer kat bilik. Mengadap laptop nie bila free. Pasni xdan la kot. Pagi buat keje umah. Petang dah pergi mengajar. Malam, adalah kot masa sekejap.

Hari ni saja saya dah mula keluar masuk rumah. Tidak lagi melepak depan laptop. Sampaikan ayah berkata-kata....tak balik lagi keee??? EErrrmm, kejap yah...kejap lagi. Sikit je lagi siap nie. Tu je la jawapan saya. Sekejap saya tu makan masa sejam jugak la. Sian ayah kan.... tapi, anak ayah nie pun ada kerja yang perlu diselesaikan. Ayah sabar dengan saya. Saya sabar dengan ayah. Huhuhuhu nak buat macamne lagi, dah sama2 tunggal nie, nak tak nak terima la walau apa senarionya.

Adik2 ayah pun masing-masing ada kerja masing2 bersama keluarga masing2. Terimalah kenyataan wahai ayahandaku. Siap leh kata ngan saya tu.....kau kan kerja esok....tak payahlah kerja hari ini. Hati saya pula kata, hari ini saya membuat persediaan untuk bekerja pada hari esok, supaya esok saya esok yang sempurna. Berkorban sedikit untuk kehidupan yang lebih selesa.

Tapi, ayah pula.....usia ayah ntah berapa lama. Ayah nak habiskan masa bersama satu-satunya anak. Kalau cuti, cuti lah tak perlu kerja. Kalau pergi jangan lama-lama, balik la segera. Ayah di rumah jangan di lupa. Dekat mana? Balik segera! Berkorban sedikit untuk ayah, boleh kan?


Pengorbanan......
Ayah minta anak faham keperluan diri seorang ayah bersara.
Anak minta ayah faham keperluan diri seorang anak bekerja.

Bulan hulur matahari berdiri,
Tanam kapas di laman raja;
Sudah masyhur saya di sini,
Saya tidak lepas sahaja.

01 Januari 2009

Award 2009....Yeay!


Sebelum menerima award ini, saya harus menyatakan 10 fakta/hobi tentang diri seorang Anisah:



1. nama: Anisah Mohd Borham

2. d.o.b: 6878

3. anak tunggal

4. mempunyai seorang bapa tunggal

5. belajar di Oum

6. mengajar di Sktp

7. mengajar M3,BM dan PJK

8. tak suka orang buat janji

9. suka kucing

10. masih sorang2 hehhe



dengan itu, secara rasminya; blog ini blog cute. haha. bloggers di bawah jua bakal merangkul award ini..



1. Kak Yong

2. Yusma

3. eeeda

4. Arryani

5. Ayu

6. Aril aka putra745

7. orang sana

8. dia

9. awak yang sedang baca

10. mereka 9 yang di atas



thx for ur support!!

Selamat Datang 1430...Selamat Datang 2009


31 Disember 2008

Aku Pening.....

Apalah jadi ngan blog aku nie....pening plak aku sidebar kanan leh turun bawah pulak...Eh, u all the readers pun....nampak cam yg aku nampak. Atau u all nampak ok jer...xde pe2?

Alhamdulillah....murahnya rezeki.

Adinda Puteri, yang mana dalam n3 yang lalu.....saya bilang saya rindu. Hari ini baru dapat jumpa. Seperti biasa saya yang tidak pandai mempamer rasa, buat-buat biasa saja. Walaupun sebenarnya Gembiraaaaaa sangat-sangat. Tapi bukan sebab jumpa Puteri seorang tetapi juga kerana dapat berkumpul semula bersama rakan setugas yang dah sebulan lebih tak jumpa. Kal Sal....sayang Kak Sal, dia je yang perasan.
"Ni dekat2 senyum2 ni kenapa? Ada apa2 ke?"
Of course la Kak Sal.....coz saya dapat jumpa kawan,teman,rakan,sahabat dan taulan yang saya sayang! Orang tunggal macam saya, orang2 yang berada di sekeliling saya sangat bermakna untuk saya. Heheheheh.


Kembali pada Puteri, saya pun lupa sebelum dia ke Turki saya dah pesan ole2 dari sana untuk saya. Saya cuma pesan key-chain je. Tak sangka pulak Put bawakan saya sehelai selendang warna kegemaran saya, key-chain, penanda buku dan ......apa ek nak sebut benda tu ( tanda vocab tak cukup dalam minda!).Heheheheh. TQ Put3.


Setakat ini n3 di tahun 2008. Apabila dimbas dan dibaca semula, saya rasa memang saya seorang yang beruntung kerana mempunyai "mereka2 " yang mewarnai hidup saya sepanjang 2008. Satu kekecewaan saya - hanya satu - telah membuatkan mata saya terlindung malah mungkin menutup dan membuatkan saya lupa tentang keberuntungan yang telah diberikan pada saya. Puncanya? Silap saya,saya terlalu berharapan tinggi. Apabila jatuh.....pastinya ianya hancur berkecai sehingga keberuntungan saya turut lenyap bersama kekecewaan itu. Satu pengajaran bagi saya di tahun 2008. Takkan saya ulangi kesilapan yang sama!



Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Baru

Mesyuarat dah pun selesai. Guru besar baru kami tahun ini seorang Puan. Ermmm pastinya sesuatu yang sangat baru dalam persekitaran SKTP. Semoga pembaharuan itu turut memberi pembaharuan terhadap semangat, sikap dan tindakan para warga di dalamnya. Ops....bukan pembaharuan yang negatif tau...tapi pembaharuan yang positif. Sesi p&p akan bermula Isnin ini. Saya rasa teruja pula. Dan harapannya rasa teruja itu sentiasa ada dan tidak hilang ditelan waktu. Tahun 2009....segalanya baru bagi saya. Suasana di sekolah yang baru- bukan la saya tukar sekolah, tetapi memandangkan kami sudah kehilangan 7 rakan, pastinya ada sedikit kelainan. Ditambah dengan guru besar yang baru. Dan saya sedang mengikut kata saudara Jinggo- bersangka baik kepada semua perkara. Semoga ianya memberi pembaharuan yang besar dalam kehidupan saya yang mendatang ini. Selamat Datang 2009!



Banyak buah perkara buah,
Buah di rimba jangan dimakan;
Banyak tuah perkara tuah,
Tuah menimpa saya harapkan.

Sehari bersama....

Actually gambar2 ni saya rakam 24/12 yang lalu. Meluangkan masa bersama rakan saya yang satu ini. Hehehhe ye ke? Mungkin juga boleh di terbalikkan ....rakan saya yang meluangkan masanya untuk saya!. Emmy, rakan dari sekolah menengah sehingga kini , lama kan? Sudah hampir 19 tahun usia persahabatan kami. Petang tersebut kami meluangkan waktu bersama. Sambil2 mencari keperluan diri di Jaya Jusco, Bukit Raja, selepas kami berjumpa seorang kawan di Bandar Baru Klang tu kami menjamu selera petang di Pizza Hut. Lama dah tak menjamah spageti, maka hidangan tersebut kami pilih. Alhamdulillah. Saat menaip n3 nie, dok terfikir, teringat bila la pula agaknya dapat keluar makan dengan Wana pulak. Lama dah tak merendek ngan Wana semenjak dia sambung belajar buat master ni....Huhuhuhuu kawan tu sibuklah pula. Hope dia tak lupakan saya!


Kalau tuan pergi ke Daik,
Belikan saya sebilah parang;
Kalau tuan hatinya baik;
Semua orang suka berkawan.

30 Disember 2008

Bukan suka-suka, tapi terpaksa

Huhuhuhhuhu.....template kena tukar. Bukan sengaja , bukan suka-suka tapi terpaksa. Tinta Semalam sudah dibuka semula. Maaf jika sepanjang hari ini, kepada yang datang berkunjung. Pintu rumah berkunci. Terpaksa robohkan rumah lama. Itu la sebabnya. Hehehehe

MAAF, TINTA SMLM "PRIVATE" SEKETIKA

adeh

29 Disember 2008

Kepada semua :


PERGILAH GELITA, HADIRLAH CAHAYA



Anak ayam turunnya tujuh,
Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
Minta doa tetapkan iman.

28 Disember 2008

Eeemmmm.....

Kamal Affandi Hashim di dalam penulisannya berkata;

"Kawan ramai dalam hidup. Rakan tempat kita mencari kelemahan dan dia bisa menunjukkannya tanpa silu. Kawan pula hanya berkata baik bila tidak perlu dan menahan lidahnya bila perlu.

Sahabat pula lebih mendalam ertinya. Tak tergali dan hanya ditemui bilamana kita bermasalah besar dan dia membantutkan hasrat nya yang lain semata mata ingin membantu kita.

Teman pula lebih dari itu. Dia tempat berkongsi bahgia dan dukalara. Hibamu selamat dan bicaranya tanpa rahsia. Teman singular bilangannya."

Emmmm tenung-tenung diri kita, siapa saya? siapa anda?
kawan?
rakan?
sahabat?
teman?

Dari sana hendak ke sini,
Sampai ke sini melipat kain;
Telah masak bacang kuini,
Kulit sama rasanya lain.

Ahad ini

Ahad ini, hari ini.....Idah datang lagi. Kali ini, nak belajar friendster pula. Hahahahah switch in malay...hampeh, saya pulak jadi conpius....(mungkin sebab biasa fs in BI kot) . Tambah pula yang sebenarnya kitaorang dah letih berblogging sebelum tu. Ahakss.

Dah tak termampu untuk berfriendster lagi. Hanya untuk petang ini la. So kelas IT bersama saya akan disambung di lain ketika. Tarikh baru belum setup lagi. Saya pun dah rindu dengan blog saya sendiri. Belum berkesempatan untuk aktiviti blog walking. Selepas ini kot.

Apa yang kami buat selama 4 jam ini? Hanya memahirkan kemahiran menggunakan aplikasi photoscape dan join friendster. Friendster masih kosong. Belum ada deco sekadar yang standard aje yang kami lakukan.

Baru sebentar tadi, idah call. sudah sampai ke destinasinya. Selepas keretanya mati di tengah2 highway kesas. Nasib baik sempat ke bahu jalan. Selepas di pujuk2, barulah keretanya bergerak semula. Alhamdulillah. Hahahahha....kereta pun manja, minta dipujuk dan dibelai!

Oh ya....Kak Yong terima kasih daun keladi. Kad kiriman dah saya tepek kat sidebar blog. Makasih ya!

Cuka-cuka beli di bandar,
Simpan makan dalam perahu;
Suka-suka mahu belajar,
Tidak belajar mana tahu.

27 Disember 2008

Kegagalan yang menjadi keperluan.


"Bagaimana jika saya masih gagal?
Gagal adalah satu lagi bentuk kejayaan

kerana dengan kegagalan akan terbentuklah kemahiran"

(Dr. H.M Tuah, Membina Imaginasi Cemerlang)

Jika orang hebat sudah mengatakan gagal itu juga adalah kejayaan, pastinya apa yang diperkatakan itu telah dihadapi sendiri, dikaji dan terhasil kebenarannya. Kita yang masih belajar tentang kehidupan, boleh menjadikannya panduan. Tidak perlu terus melihat dan merenung kegagalan yang telah pun berlalu. Jadikan kegagalan itu untuk kita menempah kejayaan. Jika tidak mana mungkin wujud ungkapan-orang gagal tidak akan sentiasa gagal. Iye kan?

Ramai diantara kita yang berazam mengubah,membuat perubahan, tapi jika yang negatif sentiasa di minda dan tidak pula bersungguh menukarnya kepada minda yang positif, mampukah si positif untuk menguasai si negatif? Kegagalan itu juga satu keperluan menuju kejayaan. Sebagaimana pentingnya hujan untuk menghasilkan pelangi.


Tanam papaya tumbuh langsat,
Dililit kangkung bertali-tali;
Seribu daya kalau berhajat,
Gunung tinggi papah didaki.

26 Disember 2008

Macam serupa - Puteri Farha

Dua insan yang berbeza sama sekali. Puteri-seorang yang sudah lama dikenali. Farha-se0rang sedang dalam proses mengenali. Sekali pandang macam seiras....ke saya sedang rindu kat dak puteri nih....hahahahha. Tak tau!. ....Cuti dah nak abis, sekolah buka nanti baru bley jumpa Puteri. Seronoknya Puteri di Turki bersama keluarga tercinta. Jangan tak balik Put....rasanya bukan akak sorang yang rindu kat Put nie....ada sorang lagi A yang rindu rasanya......ahakssss.

Puteri/Farha akak amik pic korang tau! Heehehehe. Jangan mare....

Burung Balam terbang tinggi,
Dari Pelembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
Duduk siang teringat-ingat.

25 Disember 2008

Aku tak kira!

Setiap yang kita lakukan sebenarnya memerlukan perkongsian atau mungkin juga pengorbanan masa daripada mereka-mereka yang terlibat dengan perkara yang kita lakukan. Tidak mengganggukah kita dengan urusan-urusan mereka yang perlu mereka selesaikan? Tidakkah kita mencuri masa mereka untuk bersama keluarga. Adakah kita memikirkannya sebelum kita mengambil masa mereka untuk kegunaan kita? Keikhlasan mereka mengorbankan masa yang mereka ada untuk kita, adakah kita gunakannya dengan sebaik-baiknya?

Masa itu perlu dimanfaatkan sebaiknya agar di lain masa mereka bersedia memberikan masa yang mereka ada dengan senang hati. Tanpa merasakan masa itu dibazirkan sia-sia. Ini pemikiran saya apabila saya memerlukan masa orang lain. Agar tidak mengganggu masa mereka untuk diri, keluarga dan hal-hal lain juga. Masa itu amat penting dan menjadi keutamaan pada semua orang. Dengan memikirkan masa diri sendiri, tidak sepatutnya diabaikan masa yang hendak kita ambil dari orang lain. Namun ada masa kita sebagai manusia terlupa juga, dengan hanya memikirkan pentingnya masa itu pada kita dan memaksa orang lain memberikan masa mereka untuk kita. Ermmmm kita sememangnya manusia biasa, yang juga kadang kala mementingkan diri sendiri!

Mari dikait sarang tempua,
Anak tiung pandai meniti;
Hamba duduk gelak ketawa,
Untuk mencari penghibur hati.