05 Disember 2008
Kancil buat hal lagi
Aku : Qusy, ko kat ner? kg ke?
Qusy : Ha'ah kat kg. nape?
Aku : Aku lock kete ngan alarm. alarm problem ni.
Qusy : Ko pi tuka alarm kete ko. Pas2 mesti elok punya.
Aku : Ek? kalau bukan pasal bateri alarm. Ada sebab lain tak yang boleh menyebabkan situasi ni?
Qusy : Alarm ko rosak. tapi bateri alarm ko je kot.
Aku : Nanti aku try.
Aku pun pegi la jalan kaki g cari and beli bateri alarm kancil aku tu. Sempat juga la singgah badurun beli majalah dan lauk pauk sekali. Sebab dah xde mood nak masak serta penyakit M dah menyerang.hehehehhe. Jalan kaki je tu.
Aku : Oit, aku dah tuko bateri. tapi xde perubahan pun?
Qusy : Alarm ko rosak. So cabut speaker alarm kat depan. Dkt enjin. N cabut fius alarm.
Aku : hahahahah masalah utamanya aku x tahu n x kenal item2 tu semua! but anyway...tq 4 all the nasihat.
Aku try tanya ustaz anuar plak yang ada guna kancil la kan. Tanya dia kat mana semua2 item2 tu. Tau ustaz jawab pe? hehehehe
Ustaz : buka bonet. terus nampak speaker tu.fius kancil bawah stereng kalau tak silap.
Aku : Ha, ustaz tahu, meh la tolong akak...
Ustaz : cabut bateri skrang. buat je tak meletup la.tgk fius kat bawah tu.kotak kat stereng. cabut ja.
p/s : nak tanya pendapat pembaca. sorang budak memang x kenal buah2an tempatan.kita suruh budak yang belum dikenalkan mana satu dokong mana satu langsat....supaya dia amik dokong. dua2 buah bercampur aduk dalam satu bakul. ada pulak tersesat buah ciku dan mata kucing 5-6 biji. agak2 buah apa yang dicapai?
hehehehhehe
.
04 Disember 2008
Warna-warna pelangi
Tu la...orang sambung belajar ikut sama sambung belajar. Eh...bagus apa, seperti yang aku dengar slot pagi daripada Ustazah Salbiah Omar...kita kena cemburu dengan hal-hal kebaikan. Kira betullah tu kan....orang lain sambung belajar, aku pun sambung belajar jugaklah. Cuma yang tak betulnya cara kita menghadapi sesuatu masalah sehingga mempengaruhi pembelajaran yang sedang berlangsung itu jer....iye salah aku juga. Mana tidak terlampau mengikut perasaan hampa kecewa. Tapi ...aku kan cuma manusia biasa tentulah ada silap salah. Aku guru, guru juga insan biasa....aku cukup tak puas hati kalau ada manusia-manusia yang berpendapat...eh cikgu mana boleh buat salah?...eeeee panas jer....
Disember dah sampai. Sikit hari lagi Januari 2009 pula. Okay aku nak mula langkah. Langkah mencari warna-warna pelangi yang terselindung disebalik kehampaan.

Aku renung,aku tenung
Aku nampak air mata
Aku lihat muram durja
Aku pandang kelam duka
Aku toleh di sana
Aku dengar gelak tawa
Aku nampak sinar cahaya
Aku lihat ada pintu bahagia
Aku fikir aku amati
Kenapa aku di sini
Kenapa mesti kaku berdiri
Di tempat yang mati
Okay aku berkeputusan
Akan mula bergerak
Akan membuat langkah
Mendekati cahaya berwarna
Yang terang
Yang cantik
Yang berseri
Yang wangi
Cahaya yang penuh warna warni
Ya...warna warna indah pelangi
Ada banyak pintu lain untukku jejaki
Tak perlu tercegat di pintu yang terkunci
.
02 Disember 2008
Aleeee.....lamanya.
.
26 November 2008
My Beloved Friend..

La Tahzan?
Lagi dari satu petikan yang aku temui,
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami'."(Surah At-Taubah:51)
Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda jadi salah.Sebaliknya apa yang membuat anda jadi salah, ia tidak akan membuat anda jadi benar. Jika keyakinan tersebut tertanam kuat di dalam jiwa dan kukuh bersemayam di dalam hati maka setiap bencana menjadi anugerah, setiap ujian menjadi kurnia dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya." (Hadis Nabi)
" Allah sudah menentukan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan."(Hadis Nabi)
Bersama kesusahan dan kemudahan.
Wahai manusia; selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena dan selepas sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan dan setiap kegelapan ada terang benderang.
.
24 November 2008
Madah Penawar

Salam semua, lagi madah penawar yang aku temui hari ini...."biarkan hari ini berlalu dengan sebuah pengalaman, dan mulakan hari esok dengan keazaman" . Menarik kan? Mungkin juga aku perlu mula berpegang pada madah itu untuk memulakan sejarah yang baru. Lembaran kehidupan yang akan datang perlu dihadapi dan aku perlu bersedia dari sekarang....Nyanyian lagu dendangan Adam yang keudara ni....adalah sebahagian semangatku yang belum pulih sepenuhnya. Dan entahlah apakah ianya akan pulih sepenuhnya aku tak pasti....Tapi keazaman untuk hari esok, aku mesti cuba !
.
23 November 2008
Selepas 10 tahun

22 November 2008
sejarah
Sejarah ni penting sebenarnya, cuma bila kita tak faham dan tak hayati maka itulah pun timbulnya kelecehan. Sejarah akan sentiasa berlaku. Dalam hidup kita kan ke penuh dengan peristiwa? Peristiwa dalam anganan semua indah-indah, itu impian. Peristiwa yang sedang berlangsung itu kenyataan. Peristiwa yang sudah berlalu pergi, itu SEJARAH.
Zaman kanak-kanak aku ada yang aku lalui sorang diri, ada yang aku lalui bersama saudara, sepupu dan jiran-jiran. Zaman remaja ku bersama teman-teman yang semuanya perempuan. Zaman pengajianku mula mengenal erti persahabatan. Zaman di alam pekerjaan lebih pengalaman hidup aku tempuhi. Semua itu Sejarah.

Khamis lepas....aku mencipta sejarah baru. Aku bersama idah memenuhi permintaan seorang kawan lama yang dah lebih 10 tahun tak berjumpa. Teman semaktab. Hahaha yang jadi sejarahnya pada aku, teman ini seingat aku la ketika di maktab aku tak pernah bertegur sapa apatah lagi untuk bertepuk tampar. Tak Pernah! Hari itu, ia menjadi sejarah, kami bertiga boleh berjumpa, makan bersama, jalan seiring dan berkongsi kisah duka. Siapa yang sangka kan, kawan yang tak pernah bertuegur sapa itulah yang menjadi tempat meluah rasa hati lara pada hari ini....hahahhah macam tak percaya! Hanya selepas 10 tahun berlalu!
Kisah-kisah duka diutara, tapi aku x berapa bercerita. Mungkin sebab aku tak pandai berkata-kata berdepan muka. Tapi, aku mula faham kisah idah, aku juga faham kisah teman lama itu. Masing-masing punya kisah duka yang boleh ku kira 'kompleks' la juga. Namun aku masih rasa kisah duka ku paling sakit. Dan aku masih tak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya pada masa-masa akan datang, kerana kisah itu akan sentiasa di depan mata aku. (p/s : yang memahami sahaja yang akan faham kata2 ini).
Tapi aku juga ingat kata-kata teman ku syahidah.......dia kata.....

17 November 2008
Mula dah penuhi jemputan....
Kenalkah anda semua siapa ini...hehehhe comfirm kenallah suami kepada seorang artis yang ceritanya hangat diperkatakan suatu ketika dahulu......heehhehehe sempatlah tgk saudara suhaimi ni nyanyi 2 buah lagu. Nak tunggu dia menyanyi duet bersama isteri tercinta, ina naim...tak larat dah mataku. mengantuk daaa. kepala pun dah berat. So kami pulang tanpa menyaksikan dan mendengar suara ina naim menyanyi secara live. Kitaorang dok cari2 juga kelibat Dr. Fadzli...Dia takde datang ker Pn. Siti Nurbaya?


Balik dari kelas oum petang tu, usai solat aku dah kepenatan amat...konon nak baring2 je. Perghhh sedar-sedar dah kul 6 petang dah. Tu pun sib baik Huda call mintak no tepon sahizan. Kalau tak mahu juga sampai ke maghrib.gheghegheghe. Malamnya aku penuhi majlis persandingan Siti Nurbaya....dak baya ni dulu pernah ngajar sementara kat SKTP. Anak kepada Cikgu Rubiah GB SK Telok Gadong.Elok2 melangkah masuk dewan, pengantin sedang diarak. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Telok Pulai. Pepun, dah namanya pengantin...of course cantik lawa ayu menawan.....Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Baya and husband. Aku g majlis ni ngan my sis la...sapa lagi, Akak Sazila aku yang bakal meninggalkan aku sengsorang....kuikuikui kurang dah satu tempat untuk aku ngadu nasib.Huhuhuhuhuhu.Niza pun ade sekali ngan kami malam tu. Jumpa gak la ngan mantan GPK2 SKTP such as Pn Faridah Omar dan Pn Noraini....Kay la Congrates Baya...at last ko dah jadi isteri seorang lelaki. Aku belum sampai masa lagi kot....Oum and my friends...
Mr Abraham, lectuter kami untuk subjek kajian berasaskan sekolah 1, sedang semak ringkasan cadangan student yang perlu di hantar ke EPRD. Bagus gak Mr Abraham ni, mintak2 tutor penyelia nanti pun dapat ngan Mr Abraham juga lah. Kat gambar tu, Mr Abraham sedang semak ringkasan Kak Nora, my other sis...good luck sis..Kelas hari tu habis 2.30 tapi oleh kerana aku and elys nak sangat ringkasan kitaorang di semak lewat2 (konon tunggu orang lain beredar la dulu....) last2 kami settle kul 3.00 ptg. Huhuhuhu sian ka sazila tunggu aku kat cafe.
La ni study plak untuk final exam. Aljabar kat Uniten-28/11/08 dan Calculus kat UM-4/12/08. Wish me luck kay.
..
Guru Besar SKTP, bersara lagi!
.: kamilah Jurufoto ..heheheh cikgu anis dan cikgu lela :.
.: Meja pendaftaran :.
.: Hadiah daripada rakan-rakan Guru Besar :.
.: untuk warga SKTP :.
"Rasanya kaya dah kedai yang jual paper bag tu....tahun ni saja dah hampir 5-6 kot paper bag yang warga SKTP ada...cube korang kira korang ada berapa dah paper bag tu?...hehehe"
100 keping untuk setiap function.kira...kira...

.: Kumpulan Kebudayaan SKTP :.
.: Rakan GB , antara yang hadir :.




.: Perarakan bermula :.
.: Murid dan guru ikut giliran bersalam dan ucap selamat bersara :.
. : Di rumah GB di Kg. Sg. Kembong, Pulau Indah :.
Lastly, tiga buah kereta menghantar En. Sabtu sampai ke rumah beliau di Pulau Indah. Tiga-tiga kenderaan penuh dengan hadiah dan cenderamata. Hehehehe macam nak pindah rumah. GB boleh buat satu sudut/ruang baru yang khas untuk letak semua hadiah tu. Leh buat Galeri dah. En. Sabtu.....selamat bersara dan berehat. Hheheheh GB ngan aku ni selalu jumpa trade mark dia mudah jer....."Waras?" kuikui. Beliau selalu komplain....ape lah kau ni , anak jawa tapi tak tahu cakap jawa.....hehehe aku jawab, gen melayunya lebih dari gen jawa...yang penting saya faham cikgu....kuikuikui. Siap pesan, kalau balik kg tu....kot terjumpa tegur2 la , tak pun singgah2 la.....actually, satu kampung ngan kampung ayah aku GB nie.....ngan kaum kerabat aku semua dia kenal, specially ngan pak su aku....En. Jajuli. :-P
Sekitar Hari Kecemerlangan SKTP 2008
15 November 2008
Hooreeyy.....Cuti Sekolah!
Hari ini, cuti sekolah sudah bermula. Anak murid dan guru sama riangnya....ye ke? Bergantung kepada individu. Tapi, yang pasti tiada orang yang tidak suka cuti kan? Termasuklah aku ni ha. Dulu memang tak suka cuti, tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini selalu pula merasakan cuti tu tak cukup. Hehehehe adakah kerana walau cuti pun masih ada kerja2 sekolah yang perlu disediakan untuk keperluan tahun depan pula. Get ready....Keduanya, untuk guru-guru yang menyambung pelajaran, masa inilah masing-masing sibuk menghadiri kelas di pusat pengajian masing-masing, get ready untuk exam pulak. Anak murid dah selesai, guru pula exam. Diwaktu begini, guru yang seorang pelajar, sepenuhnya pelajar, yang di rumah, sepenuhnya suri rumah tangga. Tugas beralih kepada pelajaran dan keluarga. Kepada Ibu bapa pula, cuti-cuti sekolah begini mereka mengambil alih tugas guru , mengajar dan mendidik anak-anak sendiri.
Ada beberapa perancangan yang telah dirancang. Niat di hati nak pergi berjumpa rakan2 yang dah lama tak jumpa dan keluar bersama. Ini lah masanya. Niat di hati nak bercuti rehat dan bersantai-santai meredakan kekusutan , inilah juga masanya. Tak semua perancangan akan menjadi, menjadi anak tunggal seperti aku, perlu memikirkan bapa tunggal yang akan ditinggalkan seketika jika mahu juga meneruskan perancangan. Ajak bersama bercuti, tidak mahu pula. Jika kesihatannya tiada menjadi penghalang maka perancangan akan berjalan seperti yang harapkan. Tetapi jika kesihatannya tidak mengizinkan aku untuk meninggalkannya walau untuk sehari dua, terpaksalah aku bercuti di rumah sahaja.
Hahahahha di rumah? Aduhai...peninglah kepalaku, bingitla telingaku jika anak-anak jiran ku menghabiskan cuti mereka di sini. Mereka semua lasak2 belaka. Jika cuti-cuti yang lepas ada masanya mereka menghabiskan cuti di kampung bersama atok dan opah masing2. Cuti kali ini, entah aku tidak tahu. Semoga aku ayah sihat dan aku dapat melaksanakan perancangan aku. Aku dah terlalu letih fizikal dan mental. I really need a rest for my self from everything....pleaseeeeeeeee.
.












