03 November 2008

Kalau semua cikgu ada....


Begini lah keadaan rupanya apabila semua guru berada di sekolah.Penuh tu dataran di perkarangan sekolah. Sehiggakan dataran utama perhimpunan pun dah jadi medan parking cikgu-cikgu. Masa ni cikgu pagi belum balik, cikgu petang dah mula datang....Sesak....sama sesaknya seperti kat bandar Klang..hehehehe.

Tapi....yang peliknya, kalau hari Sabtu semasa kegiatan Ko-kurikulum dijalankan, tidak pulak penuh perkarangan sekolah macam ni...ermmm di mana nya hilang kesesakkan tersebut...???? tenung-tenung...renung-renung....Nilai sendiri....

.

Sabtu awal November

Hari Sabtu lepas aku selesai dah menduduki mid term exam..untuk tajuk integral kalkulus. Masa exam cuma 1 jam sahaja dan ada 10 soalan yang perlu dijawab semua. Soalan mudah je tapi aku masih x boleh nak buat dengan confident...harharhar yang pasti dan amat pasti 12 markah aku dah hilang.....balance tu ntah la berapa markah yang boleh aku skor ntah...tawakkal jer lah....
Malamnya pulak aku penuhi jemputan Majlis makan malam perkahwinan kawan aku...Kalpana..huhuuhu sempat jugak la kan. Takpe la terapi tension.hahahahaha ni la kad jemputan dari pengantin perempuan ...Kalpana, Thank You sebab undangan tersebut.

"Wedding Dinner Invitation from teacher Kalpana"

"Selamat Penganti baru untuk kedua mempelai"
N. Gopinath & R. Kalpana

.

Yum..Yum...


Tak tahu ape ke nama manisan ni...tapi yum..yum....liat macam dodol...manis macam madu.....di salut kelapa dan ade kacang hazel kat dalamnya....memang lazat.
Actually manisan nie, cikgu2 sekolah sesi petang jer dapat rasa...cuma ada sekotak je. Ustazah puteri yang bawak. Dia dapat pun daripada ayahnya yang balik ke Malaysia sekejap atas urusan kerja, sambil menjengok 2 anak daranya yang tinggal kat Malaysia....Ibu dan adik-beradik Ustazah Puteri ni sekarang semua dok kat Turki. Adios Puteri....sedap manisan nie !!!
.

02 November 2008

Tag lagi?????

Heh ele.....baru nak memenuhi tag cikgu zam malam nie.....tgk kat chat box...one z plak tag aku....but sorry la one z punya tag x dapek den nak penuhi...memalam ni...kuikuikui dah upe opah dah nie...ade undang2 plak, tu yang payah sikit tu.

Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

sepuluh orang? tak tergamak dan tak tersampai hati den.....sorang jer mungkin boleh..hehehehe~ cikgu saril a.k.a putra 745~...anda di tag untuk sekian kalinya...kuikui.

.

Aku kena tag 1...

Aku kena tag...untuk kali yang pertama pada 20hb oktober lepas....ni la baru dapat memenuhi tuntutan tag dari cikgu zam nih....heheheheh bukan apa sibuk la cikgu zam. tu yang lambat tu. Ni pun baru siapkan research....ade lagi suku x siap tu....tapi dah mabuk assignment dah ni. Tu yang cari ubat...hehheheeh rindu nak buat n3 kat blog pun...heheheh

1. The age you’ll be on your next birthday:
31 tahun dah...

2. Place you want to travel to:
buat masa ni...xde

3. Your favorite place:
My room

4. Your favorite food:
Nasi goreng kampung

5. Your favorite pet:
Kucing...aku ada sepasang, names manja & nina

6. Favorite color combination:
Biru & Putih

7. Favorite piece of clothing:
Pakaian yang nampak simple dan kemas...

8. Your all time favorite song:
Lagu sentimental dan tradisional...

9. Favorite TV show:
ermmm..apa ek, ntah tengok je mana yang dan

10. First name of your significant other/crush:
mmmmmmmmmm....(angkat bahu)

11. Which town do you live in:
Klang....padatnya ler bandar nih...nak pindah la....

12. Your screen name/nickname:
aryani02

13. Your first job:
I am doing my first job now

14. Your dream job:
My first job..

15. One bad habit that you have:
Suka tangguh lipat kain baju...hehehehe

16. Worst fear:
Ditinggal orang yang disayangi

17. Things you’d like to do before you die:
dapat memaafkan insan2 yang melukai

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
rumah.....? masih pikir...

19. Your husband/wife:
x tahu lagi siapa

20. Tagged anyone?

p/s : idah....ko plak jawab
.

28 Oktober 2008

Pantun Lara

Buah langsat kuning mencelah,
Sayang senduduk berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Hari panas mencucuk benang,
Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
Jangan disangka tiada buaya.

Simpan sepatu jangan dibalut,
Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
Bertanam halia di dalam hati.

Anak yu mati terlentang,
Mati ditikam duri sembilang;
Pilu hati bukan kepalang,
Gunung tinggi menjadi padang.

.

25 Oktober 2008

~cuti berblog~




CUTI SAT DARI BERBLOG :
DOK PULUN WAT ASSIGNMENT AND
PREPARE FOR MY MID-TERM
EXAMINATION..huhuhuhu

Nanti lah insya'allah, selepas 10 Nov 2008 wat entry baru.....manyak nak entry nih....tapi x menyempat ler...
.

17 Oktober 2008

Klang.....sesaknya!




Beginilah keadaannya lalu lintas kat Klang sekarang ini. Dan khabarnya juga akan berterusan begini sehingga penghujung tahun.......tahun...tahun....2009. Huahuahua. Tu le pasalnya aku dah tak gemar nak turun bandar Klang lagi.Hala aku untuk membeli belah sekarang menghala ke kawasan Bukit Tinggi ataupun Pelabuhan Klang je.Nasib baik lah Giant, Tesco, malah Jusco pun ade kat Bukit Tinggi. Pelabuhan Klang....sekelompok bank semua ada. So dapatlah melarikan diri dari hiruk pikuk Bandar Klang buat waktu ini. Tapi kalau nak menghala ke Shah Alam tu kena juga lah meredah laluan yang ingin sangat dielakkan. Phening!

Gambar2 yang aku ambil ni sekitar jam 5 petang. Baru balik dari Shah Alam. Kak Noi yang drive, masa aku jadi penumpang ni la aku puas menekan punat kameraku.Hheheheheh. Temankan Kak Noi ke Quality Hotel, discuss mengenai Majlis Persaraan GB dan Jamuan Akhir Tahun sekolah aku yang akan di adakan 3 minggu lagi. Buat bayaran sekali lah kan....pastu singgah ke Nagoya mencari-cari kain ela untuk dijadikan door gift ...heheheh aku amik gambar konon nak tunjuk kat AJK yang lain....last2 singgah kat ke Klang terus terpikat satu design tu terus amik order, siap dah bayar deposit RM500!!! kuang kuang....aku xdelah amik gambonya....bukan nak buat surprise....tapi memang lupe.
Antara design pilihan kat Nagoya...


15 Oktober 2008

Gerko di Hari Raya


Jumlah tenaga pengajar 70+++, tapi kete yang ade pagi sabtu di hari raya...adakah ia membayangkan 70+++ tenaga pengajarnya...fikir2 lah sendiri....


maths club, tanda buku gerko, ahli olahraga...



ahli kelab maths yang hadir 10 org saja...huhuhuhu...yang ramai tu kelab sains daa...., pk2 yang cantik berbaju kurung bersantai dan memerhati di tingkat atas.....(pantau..pantau jgn x pantau), Cikgu nizam n pengikutnya....




Berkumpul di dataran perhimpunan, cikgu syazly n cikgu zainal berserta ahli kompang..





08 Oktober 2008

Mesej dari seorang yang bergelar teman

myspace layouts myspace layoutsmyspace layouts myspace layoutsmyspace layoutsmyspace layouts

Apabila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Apabila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Apabila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."
myspace layouts myspace layoutsmyspace layouts myspace layoutsmyspace layoutsmyspace layouts

.

07 Oktober 2008

Riang Ria satu petang


Hai masih lagi salam lebaran untuk semua. Aku nak tunjuk muka sikitlah hari ini. saje jer melayan keboringan dan kebluran tahap gaban aku ni. Punya banyak aktiviti tapi aktiviti memblog tetap diteruskan. Assigment dah tengah2 malam nie stop arrr jap sambung sok subuh plak. Aku masih risau subjek Kajian ni...aduhai aku x tahu mana nak curi masa untuk cari bahan kat library or EPRD tu.....bila nak p....aku dah ngajar petang....nak g pagi tu rasa macam suntuk sangat. Dah la aku pandai sesangat jalan nak g nya. Phening...phening....namun suasana raya tu alhamdulillah ler masih berbaki lagi. Korang tengok jer la gambar2 yang aku snap petang selasa ni...aktiviti2 yang biasa kami buat sebelum balik. Dok bersantai2 dulu. Sepanjang Ramadhan memang aktiviti ni terhenti seketika almaklumlah masing2 nak balik cepat untuk persiapan juadah berbuka puasa n ditambah tak mahu tersangkut pada kesesakan lalu lintas....

La ni....Syawal dah mengganti tempat Ramadhan. Aktiviti berbalik kepada sediakala semula. Best betul bila dapat berkumpul semula setelah sekian lama x berjumpa. Cewwwaaahhhhh. Masing-masing tengah dok planning hujung minggu ni nak serang rumah sapa. Nak serbu ke mana...heheheh

K la now enjoy the picture ya...