Apabila cuti...saya akan cuti betul-betul. Fresh x pikir soal kerja.Dan aktiviti utama saya. Cooking. Apabila cooking mood dah datang maka macam-macam resepi saya cuba. Heheheh
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
Kek Batik Arora. Nama pun dah glam. Apatah lagi rupanya. Memang meriah. Dah nampak resepi ni dalam blog Masam Manis. Tapi tergugat nak buat apabila jengah Dapur Tanpa Sempadan. Mat Gebu punya story berjaya menghasut saya untuk mencubanya. Walhal, DTS pun ambil dari blog MM. Hahaha. Saya buat dan bawa ke sekolah bulan lepas.Selepas selesai kunjungan nazir ke sekolah. Kira meraikan la jugak kan...:-)).
Rujukan : Spices Journey
Kek buah. Kegemaran arwah ayahanda tercinta. Sekarang baru saya dapat buat. Masa arwahnya ada, tak ada pula berangan-angan nak membuatnya. Lagi buat deeekkkk ada. Hishhh tak patut kan? Yelah lagi pun masa zaman tu, belum datang bakat memasak nie. Tambahan pula oven tak ada. Order kedai je senang. Sejak dah kawin ni pulak macam-macam makanan gatal nak masak sendiri. :-p
Rujukan : {sorry lupa}
Cream Puff ni pulak, lepas ibu kepada anak murid saya beri se'tupperware' ...ada la dalam 10-12 biji camtu.Terus suka. Ayah anak murid saya ni adalah rakan saya semasa sekolah tadika...awal tahun 80-an dulu. Pergghhh lama kan? Anak sulung dia dah darjah 2, baru jodoh saya sampai. Dan saya terbuat plak cream puff ni sebab tiba-tiba teringat betapa enaknya cream puff yang saya makan tu. Di tambah-tambah pula dengan asakan dari rakan sekerja minta saya buat. Cuti ni baru berkesempatan. Belum pun hulur kat rakan sekerja yang sedang membuyung itu. Insya'allah,kalau tidak berhalangan minggu depan merasalah dia.
Rujukan : Masam Manis
Macaroon ni sebenarnya tak berapa nak menjadi. Untuk first time ni boleh la kan. Lagipun telan tekak sendiri. Teringin nak rasa. Masa kawin dulu buat hantaran untuk pihak lelaki. Member sponsor. Saya pun tak tahu. Tahu-tahu ada dalam dulang hantaran. Tengok je la masa tu, xde lebihan. Telan air liur dulu je la.Hehehe . Akan diteliti dan diperbaiki cara pembuatannya. Saya kena cuba lagi. Yeaahhh....semangat nih.
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan
Kuih apam ni saya buat untuk bekalan suami ke tempat kerja. Semalam beliau sudah membeli pisang. Melihatkan pisang itu elok duduknya di atas meja. Ditegur en somi..."last2 tak laku la buah pisang ni yea, kuih tak abis-abis"...Dah cuti-cuti ni kalau tak buatkan sesuatu untuk suami makan-makan, macam tak patutla pulak. Apatah lagi dia bercerita: "Yang....semalam Pak Mat jumpa abang terus tanya....hari ni bawa kuih apa? "...hahaha apakah maksudnya itu? Saya beritahu suami saya, ......hehehe cuti-cuti sekolah macam ni boleh la bang....." .....harap2 en. somi paham!ngeh..ngeh...ngeh...
2 ulasan:
Wow... mintak sikit..
~heeee
sila...la...menjamu mata...:-))
Catat Ulasan