Assalamualaikum....Salam tahun baru 2015.
Ini betul-betul tahun baru untuk saya jika apa yang dirancang menjadi nyata.
Penghujung 2014....terlihat segala-galanya seperti perlu diperbaharui. Ya! Azam sudah terpancar cahayanya sejurus selepas keputusan UPSR 2014 dikeluarkan.
Dalam kepala dah ada macam-macam benda yang nak dibuat, walaupun sekadarnya saya berada di tahap 1 persekolahan. Macam-macam!
Dalam bidang kurikulumnya....sudah tentu azam untuk mengekalkan atau kalau mampu untuk meningkatkan pencapaian dan peratusan A tahun 2 dalam mata pelajaran Matematik!. Macam-macam buku dah dicari, dibeli....hahah hingga lupa nak simpan sikit fulus yang ada untuk persiapan hiasan kelas. Nampak gaya, maafla...x ada hiasan yang luar biasa dalam kelas saya untuk 2015. Saya terlalu bersemangat untuk memperbaiki pendekatan pedagogi yang ingin saya guna pakai semasa PdP . Lupa pasal hiasan kelas....huhuhu.
PBS...bahagian ini pun saya ada sediakan sesuatu untuk unit PBS. Saya suka rela menggunakan modal saya sendiri. Tujuan , untuk memudahkan kerja rakan-rakan saya dan sekaligus akan melancarkan kerja-kerja saya juga.
Bahagian Koko pula? Ada....saya dah mula merangka kertas kerja untuk program yang bakal dijalankan pada Februari 2015 nanti. Malah saya sedang cuba menyusun kerja saya untuk kelancaran program sekolah gemilang yang bakal sekolah saya sertai kelak. Seronok! Saya sedang memasang angan-angan.
Memanah, ini satu lagi aktiviti yang saya nanti-nantikan! Saya telah berjanji untuk memberi sedikit sumbangan untuk kelab yang bakal ditubuhkan di sekolah saya. Best! Best! Best! Saya pasti tunaikan janji saya kepada kelab ini. Jangan gusar! Jika ada izin Allah...ia akan jadi kenyataan.
Ko-akademik? hah yang ini tak lain, tentulah syair! Saya nak cuba bawa anak didik saya untuk naik satu tangga lagi untuk mencapai pencapaian yang lebih baik berbanding tahun 2014.
Tetapi tiba-tiba.....
Saya terkesima seketika...saya bisu sekejap. Tidur malam ditemani air mata. hati saya sayang...tetapi apabila dikenang-kenang, diimbas-imbas....sebenarnya hati saya sudah lama terluka, rupanya segala yang negatif selama ni berjaya saya hilangkan dengan anggapan-anggapan positif. Tak apa....tak apalah....hmmm biarlah.....Namun ,penghujung 2014, ntah mengapa perkara-perkara positif yang saya wujudkan dalam diri untuk terus bersabar tidak dapat memadamkan rasa kecewa saya. Mungkin sudah tiba masanya saya merealisasikan semangat 2015 saya juga dengan suasana yang baru. Wallahualam........(T_T).
1 ulasan:
Semoga terus cekal mendidik anak bangsa!
Catat Ulasan