04 Jun 2011

Secebis kisah kelmarin

Ibaratnya, blog saya ini diari. Ada kisah semua pembaca memahami apa yang dibaca. Ada kisah yang tidak dapat difahami tentang apa yang ditulis saya. Peningkan? Tapi di sini adalah hamparan kisah saya yang semalam, yang kelmarin , yang telah berlalu. Maaf jika ada yang tidak faham.

Hari saya semakin dekat. Dan emosi semakin gundah. Kerisauan perjalanan majlis akan bagaimana agaknya. Hari pertunangan saya, ingin saya lakukan dengan kejutan kepada beberapa teman, namun atas nasihat ianya dibatalkan. Maka saya berkongsi hari bahagia itu bersama semua teman-teman saya. Masing-masing teruja. Wah saya tidak sangka, ramai yang menanti hari gembira ini.

Hari berganti hari, bulan terus bertukar. Masa itu tidak berhenti mahun pun menunggu. Ianya terus berjalan. Persiapan semua dilakukan secara 'slow and steady'. Pengapit saya, adakala saya rasa lebih teruja daripada saya. Berharap persalinannya sedondon dengan pengapit en tunang saya. Baiklah saya turutkan. Walaupun tiada dalam belanjawan saya menyediakan persalinan untuk pengapit saya. Suka hatilah nak persalinan warna apa...saya tidak tetapkan. Namun atas permintaan dan untuk menjadikan semua orang gembira di hari gembira saya, saya sediakan persalinan itu.

Ops...masa terus berlalu. Tiba-tiba terputus hubungan dengan pengapit saya. Berhari-hari, berminggu-minggu saya cuba menghubungi tapi hampa. Tiada pun panggilan balas mahupun pesanan ringkas bertanyakan mengapa saya mencarinya. Saya silap apa ye? Saya sedar dia sibuk. Dan saya tidak berniat pun memaksa dia menemankan saya ke hulu dan ke hilir . Saya pun tidak mahu dia berasa tidak selesa dengan saya. Sebaik mungkin saya tidak mahu menambah kesibukan dirinya. Tapi sebahagian persiapan majlis saya melibatkan dia. Maka salahkah untuk saya menghubunginya bertanyakan perkembangan. Maka salahkah saya untuk berjumpa dan bercakap sendiri dengannya? SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

Perbelanjaan perlu dikawal, saya perlukan maklumat barangan yang berbaki jika ada. Maka boleh berkira-kira dan tak perlulah beli lain jika mencukupi. Bahan yang saya kurang tak banyak, sikit sahaja, kalau beli terlebih nanti membazir pula kan? Saya menanti lagi dan lagi penuh sabar, cuba untuk menjaga hatinya. Ahhhh...tapi di mana silap saya ye? Sehingga tergamak ini semua terjadi?

Saya meluahkan rasa hati melalui pesanan ringkas dan akhirnya ada balasan. Dia tahu saya sedang menunggu tapi kenapa masih melengahkan masa? Saya terus berjumpa untuk mengambil barangan saya. Saya tanya jika ada bahan yang terlebih.....jawapannya tiada.  Semua bahan habis diguna! Dan silap saya tidak teliti betul2 dan kerana percayakan dia saya terus membeli bahan yang tidak mencukupi. Dan saya hanya sedar bahan yang saya ambil darinya sebenarnya ada lebihan. Kesimpulannya bahan sudah terlebihlah kan. Tidak kah itu membazir!!!!???? SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

Saya sudah sediakan persalinan atas permintaan walaupun sebenarnya tiada peruntukan untuk itu. Dan apabila saya serahkan persalinan....."Eh kain apa ni?" ......Eh....bukankah itu permintaannya dulu? Keterujaannya untuk menjadi pengapit saya seawal pertunangan saya dulu seolah-olah tidak pernah ada.Kenapa boleh jadi macam ni? Persalinan itu bukan RM4 sahaja ye......gandakan sepuluh ! Dan sila kira utk pasangan pengapit awak ok????? .......Saya telah sedaya upaya untuk memenuhi hajat dan akhirnya apabila semua sudah menghampiri penghujung, saya diminta mencari orang lain untuk menjadi pengapit saya???? SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

Persoalannya ......saya ada buat salah apa?

Adakah kerana saya tidak dapat membantu saat awak meminta pertolongan saya sebelum awak ke Sarawak hari tu? Sebab saya sedar sekembalinya awak dari Sarawak, awak sudah mula dingin dengan saya, susah untuk dihubungi dan tiada susulan balas dari awak untuk setiap panggilan dan sms dari saya!

Saya bukan sengaja untuk tidak membantu, cuma saya tidak dapat untuk membantu. Saya sangka awak faham. (Jika itulah punca). Saya tidak akan susahkan diri saya untuk menyenangkan orang lain. Itu awak tahu kan? Tapi saya tentu saja akan menyenangkan orang lain jika ianya tidak memudaratkan diri saya sendiri. Banyak kali kan saya beritahu kenyataan ini pada awak. Awak lupa?? Dan di saat saya mahu berkongsi hari gembira saya dengan awak, awak memalingkan muka awak dari saya......SAYA SANGAT BERKECIL HATI OK?

saat saya minta tolong awak......saya datang kepada awak.
saat awak minta tolong saya......saya datang kepada awak.
saat saya minta awak temankan saya ......saya datang kepada awak.
saat awak minta saya temankan awak......saya datang kepada awak


Setelah membuat senarai ni.....saya nampak macam saya saja yang memerlukan awak. Kan? Sebab tu kot situasi yang berlaku sekarang terwujud. Mungkin awak dah bosan saya asyik datang kepada awak. Insya'allah ....selepas ini , saya tidak datang kepada awak lagi. Terima kasih untuk masa-masa yang telah awak berikan kepada saya. Tak mungkin saya dapat membalas  atau menggantikan masa-masa itu. Saya minta maaf. Saya cuma boleh beri doa untuk sahabat baik saya. (T_T)

3 ulasan:

k sal berkata...

Teringat pesan mak saya dulu-dulu....BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.......

IMANSHAH berkata...

salam

Bila ye majlisnya??

eeeda berkata...

Kena cari punca.. mungkin kita tak tahu apa masalahnya...