Saya diserang?....herm.....sebenarnya saya diserang batuk dan setahun sekali wajib kena! Waktunya.....adalah pada waktu-waktu saya sangat stress. Tahun lepas kurang sedikit diserang batuk. Mungkin kerana tahun lepas saya berada di zon selesa. Tanpa tekanan menyiapkan assigment dan tanpa tekanan menghadapi peperiksaan. Hah....manja ye diri ini. :-) :-)
Dan kali ini serangan datang semula, gara-gara tekanan persediaan hari besar saya agaknya! Dengan kerenah en. tunang yang mungkin saya boleh kategorikan sebagai seorang yang worker holic sehingga urusan yang perlu disegerakan menjadi agak tersasar dari jadual yang telah saya rancangkan! Sabar! Saya masih berharap segalanya akan selesai minggu hadapan dan saya boleh meneruskan persiapan dengan tenang, aman dan sentosa. Saya masih berharap buah hati saya memperuntukan satu minggu hadapan khas untuk hari besar kami. Selepas itu, kerja la siang pagi petang malam....buat lah ot sebanyak mana yang dikehendaki. Kerja....kerja juga. Masa dan kepentingan keluarga jangan pula diletak pada ranking yang tidak sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan