Kesanggupannya menukar pegangan hidup masih diragui. Semoga Tuhan akan terus memberikan cahaya Islam kepadanya. Siapalah saya untuk membuat suatu penilaian yang besar impaknya kelak kan? Huh saya gerun sekali membicarakan persoalan yang begini berat.
Namun terlintas juga difikiran ini, masihkah ada syurga jika dia sanggup mengenepikan keluarganya sendiri demi cinta kepada manusia lalu menukarkan agamanya hanya disebabkan cintanya itu. Masihkah ada syurga jika penderhakaan itu berlaku kepada ibu kandung dan ibu mertua? Bukankah kedua-dua ibu itu mempunyai taraf yang sama? Dikatakan Syurga di telapak kaki ibu kan? Okay...bagi seorang perempuan, setelah berkahwin maka suamilah syurganya. Persoalannya kini, mampukah suami yang dipilih itu memimpin ke jalan yang menuju syurga? Syurga duniawi mungkin.....bagaimana syurga ukhrawi? Jika dia jelas-jelas menderhakai ibu kandungnya sendiri?Kamu yakinkah dia mampu memimpin mu ke jalan syurga ukhrawi yang kekal abadi? Renungkan.
Duniaku sudah lengkap kini. Pastikah pengucapanmu itu??? Hanya dengan memiliki cinta manusia dan kamu membicarakan duniamu sudah lengkap? Bagaimana jika suatu hari kelak cinta manusia itu di tarik balik? Cinta manusia itu bukankah suatu perasaan yang juga dipinjamkan kepada kita? Setakat manakah cintamu itu jika tunjang cinta Illahi tiada dihatimu?
Allahuakbar. Semoga Allah melindungi saya daripada kemungkaran lidah dan hati. Masih lagi saya berdoa dan berharap daripada Yang Berkuasa untuk membuat penghakiman dan balasan ke atas apa juga bentuk penganiayaan yang berlaku. Semoga Allah terus memberikan saya sifat sabar dan redha yang berganda-ganda untuk menghadapi musang-musang yang berbulu ayam.
~bermenung seketika~
2 ulasan:
benaran sekali, lengkapnya duniamu jika mendapat redha allah
WAIT N C......
Catat Ulasan