20 Mac 2009

Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka

Aku mencari-cari aktiviti yang telah lama aku tinggalkan. Ya sejak aku menamatkan zaman persekolahan tika dulu. Ntah...hari ini aku kembali bermain-main warna dan hasilnya lukisan hati ini.

.: Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka :.

Duka sang hati terluka jiwa
Duka laksana terbakar di bara
Titisan air mata bisa terasa
Pedihya tiada bahasa

Di sana
Indahnya rerama
Berterbangan ceria warna

Di situ
Bunga-bunga mewangi
Pelbagai harumnya

Di sana Di situ
Cantiknya warna-warna pelangi
Mataku tertumpu
Melirik Indah segala warna
Untuk
Mengubat Kisah Duka

4 ulasan:

Tirana berkata...

Cantiknya lukisan tu.. Anis lukis ke?

p/s nanti masuk balik blog kak tirana. Kak tirana ada bagi link for more info about dvt.. InsyaAllah boleh sembuh.

~Insan Biasa~ berkata...

ihikssss....cantik ker? ye ke? ahakss..

ASYIQ berkata...

Wah...ada bakat seni adik ni...keep it up!!!! Kak tak pandai melukis sebab tak ada imaginasi. Kaku aje...

BUKU HARIAN AKU berkata...

OK pnya tuh...
link balik ke aku ya......

http://ahmad-fadil.blogspot.com/
e-mail:fatkhulanam@gmail.com